Aug 19, 2011

Faktor-faktor blog berat


Salam semua, hari ni Yana rasa rajin pulak nak share something useful untuk korang nieh,even dah ramai tahu tapi ramai jugak yang tak tahu kan,yelah newbie meningkat dari sehari ke sehari..Yana nak share faktor-faktor yang mungkin atau sememangnya buatkan blog korang BERAT.

1) Widget Follower- pelik ke? agak pelik kalau tak letak dalam blog kan,maksud Yana disini widget follower sememangnya berat tau sebenarnya sebab nak kena loading banyak gambar. So disyorkan kat sini korang letak widget tersebut di sidebar, jangan letak di bawah header ataupun diatas first entry korang yer.

2) Post/Entry- Ehem,semua dapat posting entry besh-besh kan? rasa nak letak je semua kat bahagian hadapan blog korang tu.JANGANNN ! nanti blog korang teramat-amat berat nak loading ditambah lagi penuh gambar-gambar dalam entry,fuhhhh penat tunggu. Seeloknya letak 1/2 sahaje entry dekat halaman depan blog tau.

3) Bloglist- Salah ke letak bloglist dalam blog? Tak salah pun malah dialu-alukan lagi..maksud disini janganlah korang letak 5 6 bloglist dalam blog tu,cukuplah setakat 1 atau 2 bloglist je..faham? satu lagi faktor kalao boleh tak perlu lah letak icon tepi bloglist,ianya mempengaruhi jugak berat blog yer. Untick je dekat icon,kan elok begitu.

4) Gambar di sidebar- Biasalah baru-baru nak blogging,semua benda nak cuba kan? termasuklah letak gambar orang-orang yang korang sayang disidebar. Tapi janganlah sampai penuh sidebar korang dengan gambar,dahlah besar gedabak..haishh,naik angin jugak orang yang datang blog korang tu nanti tau.Kalao sangap sangat nak letak jugak,guna lah marque tutorial yang  buatkan gambar tu bergerak tu.Tahu kan?

5) Penggunaan HTML- Yang ni mesti semua tahu kan? janganlah serabutkan blog korang yang comel tu dengan pelbagai widget yang babitkan penggunaan HTML..nak senang letak setempat dalam 1 HTML untuk 2 atau 3 code yang korang gunakan,make sure ingatlah code tu untuk ape tau.

6) Header- Header yang saiznya terlalu besar jugak boleh lambatkan loading blog.Errr macam blog Yana ni,besar tak? HAHA,hambik kau tempek muke besar gedabak kat header,kekekeke -___-" Ada sesetengah blog header yang digunakan tu sampai mencecah 400++ KB,erkk -__-" larik awal-awal.

7) Template- Template yang digunakan juga penyumbang utama berat blog korang sebenarnya. Nak yang ringan boleh gunakan template minima ataupun template denim. Tapi kalao dah tahu template blog tu berat,kurangkan penggunaan widget di sidebar tau,biar contra gitu.

8) Background Blog- Background yang disyorkan untuk guna adalah yang blank tau,terutama kaler putih.Tapi jaranglah tengok orang guna kaler putih kan? tak meriah,huhu..Tak perlulah nak letak background style gerak-gerak tu,siap colourful lagi..perhhh berpinar mata..guna yang blank atau stripe pun dah oke.

9) Audio Widget- Korang tahu ape audio widget? haa contohnya letak lagu yang menggunakan autoplay,sedap memang sedap tapi widget ni sebenarnya sangat banyak pengaruhi berat korang. Selain tu ramai yang tak suke kalao letak lagu yang tak boleh pause nieh,bingit tahu tak kalao bukak 10 blog dalam masa yang sama,semua blog nak letak lagu cenggitu..dah boleh jadi rentak bollywood dahh -__-

10) Flash widget- Contohnya header flash,banner flash dan jugak pelbagai jenis iklan yang korang letak dalam blog,haa fikir-fikir kanlah yer..jangan nak sumbat banyak sangat pelbagai iklan korang di blog..biar berpada-pada.

FAKTOR UTAMA
LINE INTERNET KORANG TU SLOW PADAHAL,NAK SALAHKAN BLOG ORANG LAK,HEHE,TOL KAN? BB TAK BAYAR STREAMIX TAK BAYAR,TEEETTTT

Dah cukup 10 faktor Yana kasi tu,harap ianya dapat membantu Yana dan korang semua untuk tingkatkan lagi kualiti blog korang yer lepas nieh,baru lah pengunjung tak lari..hihihii..oke tak?

Boleh tekan LIKE kalao ianya betul-betul bermanfaat buat korang semua,PEACE :)




Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

15 comments:

Falling . said...

hahaha yg faktor utama tu betol ;)

zuhaida said...

tips yang bagus . thanks for sharing :)

Nadia said...

thanks for sharing..ngee..blog nad berat x yana??

milo said...

nice tips..thanx yana! :)

Lieyda Sabri said...

blog sy brat x? eh btw, sy punye background kaler putih. mmg xmeriah haha

najihahfara said...

nice tips..
tenkiu :)

Farhanhanif91 said...

flash tu tak berat pon sbnrnya....saiz dia lg kecik drpd png atau jpeg...serius...

http://farhanhanif.blogspot.com/

Noor Anis said...

nice tips !~ tq ek

M Fizan said...

thanks2..huhu..tips yang berguna untuk blogger picisan macam saya :)

Atiah Zainal said...

sokong entry ni :) FAKTOR UTAMA tu yg hahaha :) serius lawak.

♥ Nurulz Sabeeha ♥ said...

yeah betul.. selalu beeha buka tab sampai 15 tab ... Tak hang pun.. Tapi beeha buka satu blog ni perghh buka satu tab jer pun dah hang. Nasib baik blog tu banyak info ttg blog kalau tak ermmm. tekan [x] la jawab nya,, huhu

Nina Athirah said...

thanx ye kak yana for the tips!!

Atiqah Wadiah said...

berukbeng lembap cam setokingg :(

raziellia said...

ingat time mula2 berblogging.. suma gambar nak taruk.. haha

Anonymous said...

hope tak la.hihi.ade yg msuk mcm2 smpai full page..yg paling penting entri.

Post a Comment

Terima kaseh drops komen
Esok-esok drops komen lagi oke ! :)