Jul 31, 2011

Nuffnang,Innity,Adverlets dan Magga Ad



Blog dah ade tapi kompius nak letak iklan mana satu dalam blog, Nuffnang ke? Adverlets? ke nak letak Innity takpon Mangga Ad? haa,jangan pening-pening kepada adik-adik newbie, mari Yana kongsi serba-sedikit tentang review Nuffnang, Adverlets, Innity dan juga Mangga Ad nie, lepas ni boleh fikir 7 hari 7 malam nak letak yang mana satu tau, tehee -___-

1) Nuffnang
Kelebihan
  • Syarikat pengiklanan yang paling berjaya dan popular di kalangan blogger-blogger Malaysia.
  • Banyak contest yang menawarkan hadiah lumayan dan aktiviti untuk blogger-blogger dianjurkan Nuffnang. Antaranya Event Gatsby Deodorant Street Fair yang telah dicatatkan dalam Malaysian Book of Records untuk ‘The Largest Bloggers Gathering’.
  • Blogger juga berpeluang mendapat tiket wayang free, freebies dan sebagainya.
  • Banyak iklan dipaparkan kerana Nuffnang mempunyai banyak advertiser.
  • Mempunyai dashboard yang membolehkan blogger melihat keyword yang masuk, referrals dan unique visitor.
  • Bayaran dibuat melalui cek. Belum ada kes Nuffnang tidak membuat bayaran kepada blogger.
  • Nilai minimum untuk cashout ialah RM50.00.
Jenis iklan
Leaderboard (728×90), skyscraper (160×300) dan large rectangle (336×280)
Earning
1. Kempen CPC – Anda akan dibayar apabila iklan diklik oleh pelawat.
2. Metered Earning (Kempen CPM) – Earning bergantung kepada jumlah unique visitor semasa iklan sedang berjalan. Anda akan dibayar dengan ‘fixed amount’ untuk setiap unit iklan.
3. Buffered Earning (Kempen Metered CPM) – Advertiser membeli ruang iklan di blog untuk jangka masa tertentu.
Status Glitterati
Mana-mana blog yang hanya meletakkan iklan Nuffnang akan mendapat status Glitterati. Blog yang meletakkan iklan Nuffnang bersama-sama iklan Innity, Advertlets dan Mangga Ad akan hilang status Glitterati. Bayaran iklan untuk blog berstatus Glitterati lebih tinggi berbanding blog berstatus Ordinary. Status Gliterati tidak hilang jika iklan Google Ads diletakan di blog.
2) Innity
Kelebihan
  • Bayaran iklan tertinggi berbanding Nuffnang, Advertlets dan Mangga Ad.
  • Banyak jenis iklan yang boleh diletakkan di blog antaranya rectangle (300×250), skycraper (120×600), leaderboard (728×90), head banner (468×60), ballon (260×230), bottoms up (325×90), site take over (780×450), text link dan in-text.
  • Mempunyai option ‘Alternate Ad Management’ di mana blogger boleh meletakkan iklan-iklan lain yang akan dipaparkan secara rotate sekiranya tiada iklan Innity berjalan.
  • Tiada status membership seperti Glitterati Nuffnang. Jadi blogger bebas untuk meletakkan apa sahaja iklan di blog.
  • Bayaran dibuat secara bank-in.
Earning
1. Cost per click (CPC)
2. Cost per thousand impression (CPM)
3. Cost per engagement (CPE)
Requirement
Innity meletakkan syarat untuk blogger-blogger yang ingin berdaftar sebagai publisher. Antaranya ialah 6,000 unique visitors dan 30,000 pageviews sebulan.
3) Advertlets
Kelebihan
  • Earning yang tinggi jika mempunyai trafik blog yang tinggi.
Kelemahan
  • Kurang iklan dipaparkan berbanding Nuffnang dan Innity.
  • Lambat membuat bayaran @ buat-buat lupa nak bayar. (berdasarkan pengalaman blogger otai)
  • Minimum cashout RM100, nilai yang besar untuk dicapai oleh sesetengah blogger.
4) Mangga Ad
Kelebihan
  • Selain earning CPC, Mangga Ad turut mempunyai earning berdasarkan impression yang bergantung kepada jumlah pelawat @ unique visitor.
  • Mempunyai reputasi yang baik kerana merupakan anak syarikat Utusan Malaysia.
  • Mempunyai Friends Widget di mana blogger boleh menambah rakan blogger sebagai partner.
Kelemahan
  • Kurang iklan dipaparkan, mungkin masih kekurangan advertiser.
  • Dashboard yang tak mesra pengguna dan mengelirukan.
So, kalao tengok sekarang memang Nuffnang lah ramai blogger guna,tak salah kan mencuba? mengikut blogger-blogger otai, Nuffnang adalah syarikat yang terbaik setakat ini,pe salahnya kalao kita cuba Nuffnang jugak kan, haa..lepas ni Yana akan kongsi tips-tips untuk dapatkan Buffered Earning dari Nuffnang pula, oke jelas semua kan? hehe


Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

18 comments:

nazirulhazwan~ said...

guwa beli empon gune duit nuffnang, jadi terusla support nuffnang!hahaha

Mohd Hazwan said...

setakat ni masih lagi setia dengan nuffnang...suda 3 kali dapat cek

Nyamuk Terbang said...

nuffnang la pling best

deanzofq said...

guna nuffnanf tp lom ley cash out,.. ;( rituh da glitteri tp da lme x update jd non plak.. hu3 @@

sherryfie said...

sy guna nuffnang..tapi mcm xder org jer sudi klik saya punya iklan...
sedih oww...ygok org lain boleh beli handphone..boleh cash out..yg saya punya xgerak2...

sherryfie said...

:/

Unknown said...

setakat ni Alhamdulilah nuffnang yg terbaik!

nurshaf said...

thanks for the info,,,nuff and innity nampak best arg,,

papepon, harap2 le aku murah rezeki.huhuhuhu

Elie Lily said...

elie tak pnh ag dapat cek..tapi setia saja pada nuff!
eheee

Anonymous said...

ooh,baru tahu serba sedikit pasal ads nih.pakai men bubuh je.wakaka.thanks yana for the info :D

AyiLarimA said...

Mira ade 3 iklan dalam blog Mira. sebenarnye xkesah pn dgn bnde2 sume ni, tpi if nak tmbahkn pendapatan, pilih laa lorong pengiklanan yg btol2 m'untungkan. Tak salah klau nk ade tiga tiga iklan ni.. just perlu pndai arranged kn dengan blog ntok nmpak kemas.. itu yang penting.

Nurul Atiqah (iQa) said...

wah..input yang bagus..iQa percaya, ramai jerk blogger yang kat luar tak tahu sangat pasal ads nie..thanz!!

halidaRahman said...

ida baru bt ac nuff td pg. eh then kalau letak iklan nuff dgn heartbeat tak pe ke?

Anonymous said...

Saya x setia pada mana2 penganjur. Saya setia pada rezeki Allah saja. :)

Mari kita ucap salam perantauan sempena bulan ramadhan ini di sini! :)

Dhiwaaaaaa❤ said...

stakat nie pkai nuffnang, tapi xgerak2 un..kesian kite :(

Nizam Ijam said...

ramai yang kejar Innity tu :)

Farhanhanif91 said...

nuffnang tak tarik status glitterati ke sbb pasang heartbeat skli? haritu aku nya kena tarik lps psg heartbeat...

Editor said...

make more money with your blog with http://www.nufftag.com/signup.php?id=redlomo

Post a Comment

Terima kaseh drops komen
Esok-esok drops komen lagi oke ! :)