Mar 14, 2011

Kenapa Perempuan Suka Sangat Bergaduh?

olla peeps >____<
sehad tak semua ? tetibe perasaan rajin nak hupdate belog kesayangan melonjak-lonjak sekarang nieh..wuwuwuu T______T 


JOM CUCI MATE TENGOK VIDEO KEJAP







dah siap tengok? of course lah dah kan ? kan ? so,entry kali nieh nak ulas cket kenapa perempuan suka bergaduh sebenarnye...haishh...tengok video dekat atas tuh,mak aih..perempuan macam bapak jantan kowt bergusti terajang sana sini..aiyakk..silap hari bulan tiap-tiap hari hubby diorang kena Smackdown! HAHA (ape aku merepek nih..kikikikikiikikii )


Yana sendiri tak pasti kenapa, tapi sejak zaman Yana di sekolah sampai ke alam dewasa ni,(cewah..dah dewase..HAHA) setakat yang Yana perasan  lah kan, dimana ada ramai perempuan, maka di situlah pergaduhan akan selalu berlaku. actually diri yang menaip nie pon sendiri dah melalui (pernah bergaduh jugak pun)..tipu lah kalao cakap tak pernah gadoh kan..TIPU !. so,survey lah cket antara sebab-sebab bebudak perempuan nie suke bergadoh,then i got it!

1) Perempuan sangat sensitif. 
Kalau kawan-kawan tersalah cakap atau terlebih gurau, mungkin hati akan terguris. Akhirnya, jadi jawab-menjawab dan akhirnya bergaduh.


Cuba : Bila bergurau dengan kawan-kawan jangan keterlaluan, bagi yang terasa tu, kalau hati terguris, jangan simpan dalam hati. Kawan juga manusia biasa, tak lari dari melakukan kesilapan. Kalau gurauan yang menyakitkan hati tu berulang-ulang, cuba beritahu kawan dengan baik. Insya Allah dia akan faham.

2) Perempuan perlu tempat meluahkan perasaan
Secara resminya, perempuan perlukan orang untuk dia meluahkan perasaan. Tentang apa saja kerunsingannya. Kadang-kadang dia mungkin tak puas hati dengan rakan kelas, dan bercerita dengan kawan yang lain. Tapi, mungkin kawan tadi akan bercerita balik pada kawan sekelas yang dia tak puas hati tu. Akhirnya, gaduh laa.aiyakkk


Cuba: Jangan luahkan kerunsingan pada kawan sekelas juga, carilah orang di luar lingkungan itu. roomate ke boyfriend ke.. (boyfriend?perlu ke?ahhh..takyah masuk campur! )Tapi, yang terbaik, bersemuka dengan orang yang kita tak puas hati tu. Senang cerita. (berani ke?huhu)

3) Perempuan suka bercerita
Nama lainnya, bawak mulut. Nak buat macam mana, perempuan memang suka bersembang, dan akhirnya, tercerita yang tak sepatutnya...terlepas sudahhh


Cuba: Kurangkan bercakap, lebihkan kerja aje. (ini aku pun tak dpt buat lagi..aku byk cakap..huhu)

4) Perempuan emosi
Kalau tengah marah tu, semua keluar, kambing, lembu, beruang. Kisah-kisah lama masa sekolah rendah pun boleh diungkit jugak...HAHA..tak patot-tak patot..


Cuba: Bila rasa sangat marah, diam dan beristighfar dulu. Tenangkan fikiran dan cuba buat benda lain. Zikir ke? ..takpon tidow..senang hati..heehee



5) Perempuan terlalu banyak berfikir
Tahu kenapa lebih ramai perempuan yang sakit jiwa berbanding lelaki? Sebab perempuan ada yang terlalu banyak berfikir. Terutama perkara remeh. Contoh: Kalau kawannya cakap sesuatu, macam tegur dia sebab terlalu banyak bercakap dalam waktu kerja, dia akan mula berfikir, isk, mesti dia ni repot dekat bos nanti, dan sebagainya. Akhirnya, wujud la cerita lain pulak, dan sangkaan buruk yang juga akan menyebabkan bergaduh.


Cuba: Jangan banyak berfikir kalau terjadi sesuatu, apa yang jadi masa tu, tinggalkan aje, jangan ingat lagi dah. 

6) Perempuan dengki?
Kalau ada kawan yang lebih pangkat darinya, dia mula cari keburukan kawan tu. Lepas tu menjaja cerita yang bukan-bukan. (Tapi, rasanya lelaki pun ada jugak ‘peel’ ni)


Cuba: Fikirkan itu rezeki Allah untuknya, kalau kita nak murah rezeki macam tu, kena la usaha dan berdoa pada Allah. 








amacam? betol tak pe yang Yana share tue? pasal lelaki pon boleh gadoh kekadang an? berebut lah kononnyer..last-last boy tue pilih another girl..HAHA..ternganga mulut sudeyhh..biase lah,hidup kite semua tak sempurna..kalao ade buat salah dengan rakan-rakan,cepat-cepat mintak maaf tawu..ego yang tinggi tue,mintak-mintak direndah-rendahkan cket..hehe..boleh kan ? kan penah dengar pepatah nie "kalao tak bertegur sapa lebih 3 hari,dah dapat dose au" ,so cepat-cepat berbaek oke! nasihat untuk rakan-rakan dan diri sendiri juge :')

Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

12 comments:

ZACK ENTRY said...

hilang ayu di muka bila perempuan bergaduh..:)

MuNieyy said...

alaa . saia xbertegur terus sis .
mbe pngai mcm bangang ..

yqnq ellyana said...

@ zack :huhu..tau xpe >___<

yqnq ellyana said...

@ muny :yeke..hurm,try berbaek slow2 lah dik :) kalao tak boleh jugak,nak buat camne..huhu

amier azrul alias said...

haaiiyyaaa..
pompuan x elok gaduh2 woo...
x manis..

Dzu Aamal said...

uit.. gaduh2 gitu..malu la .. eii =P

Wan Dafina said...

sudah tengok video ney , hee~
mmg xmalu pown ,
nak tnjuk ganas konon , haha ^^

yqnq ellyana said...

@ amier :a'ah..betol2 :D

yqnq ellyana said...

@ cik ladies : tawu xpe..kikikiikiki

yqnq ellyana said...

@ afinaa :entah,pdahal tak ganas pon :P

Cikgu Arzahar said...

Bila jadi kat sekolah...cikgu2 lagi pening nak settle. heheheh.
Kalau kes macam ni...kena serah kat cikgu pompuan. Manalah peginya nilai2 kewanitaan budak2 dalam clip video ni.

yqnq ellyana said...

@ cikgu arzahar :tawu xpe..malu saye sebagai perempuan..huhu

Post a Comment

Terima kaseh drops komen
Esok-esok drops komen lagi oke ! :)