Showing posts with label story of my life. Show all posts
Showing posts with label story of my life. Show all posts

Nov 26, 2012

Sama macam Diana Amir?



Assalamualaikum..

Ini entry kembang hidung empatblas inci. Bukan apa, seakan tak percaya bila diri dikatakan macam Diana Amir. Eh perasan ahh kau Yana... Hahaha. Tapi sebelum tu ramai-ramai buka entry SINI dulu, kena baca dan komen dulu. Lepastu review sedikit komen dari blogger popular dan cantik ni :) diorang komen camni..










Rasanya bukan sama dari segi muka kot, mungkin cara pemakaian shawls. Hehe.. tapi ayu tetap sama untuk aku dan dia. Ehhh? Sebenarnya cara pakai tudung ni pun aku refer tutorial Diana Amir semasa bulan Ramadhan haritu. Dalam cerita Akustika Ramadhan. Diana Amir jadi artis jemputan, lepastu dia tunjukkan 2 tutorial hijab kalau tak silap. Cantik and nice. From that, main cuba belit shawl sendiri dan akhirnya pakai untuk ke Dinner. Yeay Im done.

Nak tengok gambar dinner boleh tengok dekat SINI tau (:  ...............................................


Nah sama tak? Eh bukan muka tapi pemakaian shawl.. kalau nak cakap muka kitorang sama pun ape salahnya. Aku terima seadanya. Bhahaha.... eh dengar kata Diana Amir bertunang dengan ustaz haritu kan? Haa gosip artis cepat je kau kan Yana... cantik dia bertudung sekarang, seriously aku suka dengan penampilan dia. Style ohh... dear Diana Amir,Im really adore you... Pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas. Lols..

Dari secret admire mu : Yana xoxo.




Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Oct 9, 2012

Kami di Sungai Lembing





Assalamualaikum......

Cerita bermula hari Ahad. Bertarikh 7 Oktober.

Jam 9 pagi.
Terjaga dari tidur. Masih menunggu text masuk dari kawan. Rancang untuk mandi manda dan bbq di Sungai Lembing dengan bebudak kelas. Mandi. Online.

Jam 11 pagi.
Masih menunggu text masuk. "Jom siap,11.30 nak gerak". Packing baju yang patot dibawa.

Jam 12.15 tengahari.
Bertolak ke Sungai Lembing. Lebih kurang setengah jam perjalanan dari UMP. Mungkin. 2 kereta bertolak dahulu. Lagi 3 kereta bertolak kemudian.



Kancil pun boleh jadi Pajero. Kau hado? Hahaha :B


Hai awak :')

Saya dan kawan sampai dahulu dekat Sungai Lembing. Pemandangan sangat cantik. Air sungai yang jernih dan sangat sejuk. Ramai keluarga datang berkelah dan melayan anak masing-masing mandi. Teringat dekat keluarga dirumah :'). Setting tempat dan buat yang mana patut dahulu.



Welcome to Sungai Lembing.


Dan inilah sungainya. Air teramat lah sejuk.

Bila kesemuanya dah sampai, mula hidupkan api. Ni semua kerja budak laki. Yang perempuan goyang kaki. Hahaha u____u Rileks dulu. Hirup udara segar. Ewahhh.


Nampak bertanggungjawab. Thanks :p


Peace (Y)


Cak aa!! Hai, kami happy nak bbq dan mandi :')


Aksi spontan. Me, pakai tudung hijau. Jangan zoom please.


Ada ayam. Ada sosej. Ada ketam. eh bukan ketam hidup tau. Hehe. Banyak tak?


Mulakan operasi bakar ayam. Yeay! sedap sangat tau


Ni tangan saya. Hahaha. Saya bakar sosej dan ketam tu. Panas sangat oke, sampai sakit tangan u__u Hangit? eh normal lah tu. Tak hangit tak best :p


Kemain seronok main air kan. Cantik gambar ni 


Saya setia disini. Dan masih disini sampai siap masak semua. Sila jadikan saya menantu tau. Puiii :p


Hai my love. Rajin awak bakar ayam kan? Hahaha. Dah kenape muka camtu 


Makan time ! Kalao boleh nak interprem dalam semua gambar


Ni gaya bebudak laki main air. Blerghhh. Macam-macam laa

Jam 5.30 petang
Masing-masing kepenatan. Lepas makan,mandi. Lepas mandi,makan. Begitulah kami. Seronok. Tak kurang juga ada yang memancing. Dapatlah ikan 2 3 ketul. Hehhee. Sebelum balik. Haruslah tangkap gambar sebagai kenang-kenangan :') say Cheese..... :D 


Tata.


Terima kasih sudi baca :')






Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Jul 29, 2012

Diari yang dulu....









Assalamualaikum





Salam Ramadhan yang ke-9 semua. Alhamdulillah bagi mereka yang mampu berpuasa penuh. Syukur sangat kan. Hari ni mood sedikit okey dan happy sebab terjumpa sesuatu yang sudah lama saya tidak pegang. Iye..lama sangat sangat.


Tadi sedang sibuk kemaskan buku-buku di dalam bilik,tiba-tiba terjumpa "something" yang menyimpan seribu satu rahsia yang dulu. Ye..saya terjumpa diari saya yang menyimpan rahsia 4 tahun lepas. Lama kan? Masa tu saya di tingkatan 5. Tak sangka pula agak feeling terlebih nak buat diari bagai. Lawak sangat kalau diingatkan kembali. Mungkin disebabkan saya suka menulis diari dulu kala,feeling tu terbawak-bawak hingga terhasilnya blog. Mungkin laa....





Agak usang dan berdebu diari ni. Dah tersorok celah mana laa selama ni. Tapi isi kandungan masih dapat dibaca. Bila tengok,mak aihhh ape aku merepek jiwang-jiwang dalam diari ni. Lepas tu mula lah gelak sorang-sorang. Banyak kenangan manis dan juga pahit yang ada. Biarlah diri ini simpan sendiri yang pahit. Hanya diri ini dan Allah sahaja yang tahu. Saya nak kongsikan yang manis-manis saja untuk awak semua..Hehehe....


Ape yang manis sangat tu....

  • Suka dekat seorang pelajar lelaki. Manis tak? manis kan? Hahaha..saya pun remaja, saya punya jiwa, saya ingin dicinta, dan juga saya ingin menyinta..Ya Allah dah start jiwang dah. Oke dah. Hehehe.. ni semua cerita zaman monyet,zaman tok nenek. Haishh.. Tapi sekarang lain,lain sangat..
  • Berdengki dengan kawan sebab dia bijak sangat. Nasib baik berdengki pasal pelajaran, kalau berebutkan lelaki. Ohh tidak sama sekali.
  • Ada seorang guru lelaki ni hensem sangat. Buat semua pelajar perempuan cair termasuk saya. Tiap kali dia mengajar dalam kelas rasa teruja sangat. Hahahaa.. Kalau boleh nak dia je selalu mengajar. Lulz
  • Kena marah dan denda dengan cikgu Add Math sebab failed. Failed oke, hebat kan saya sampai failed? Hahaha.. Cikgu tu denda saya depan crush saya. Malu sangat tau. Malu sangat sangat.
  • Kena turun kelas sebab result tak memberangsankan. Eh ni dalam kategori manis ke? Merepek betul. 
  • Saya dan kawan baik saya (Teha) selalu nyanyi dalam kelas. Lebih-lebih ketika cikgu takde. Bukan main lagi buat konsert layan lagu jiwang. Haishh teruk perangai.
  • Saya dan kawan perempuan selalu ke library kalau cikgu takde. Study? Of course tak. Sebab nak skodeng pelajar lelaki yang ke library. Nampak macho dan berpendidikan katanya..Haha merepek oke.
  • Hari terakhir bersekolah. Kami semua memang berat hati sangat nak berpisah. 5 tahun bersama,memang susah lah kan. Lepas habis exam SPM,kami habiskan masa sehari dua untuk ber-bbq,mandi hujan,lepak sana-sini. Semua ada.
Sebenarnya banyak lagi rahsia merepek yang saya tulis didalam diari ni. Zaman sekolah, zaman remaja. Masa ni lah nak mencuba sesuatu yang baru. Semua ni kenangan. Yang akan saya simpan dihati sorang-sorang. Sejujurnya saya rindukan zaman persekolahan. Dekat sekolah ramai kawan, ramai yang boleh dengar masalah kita. Ada ramai guru yang ambil perhatian terhadap kita. Dan sangat berlainan when you turned 18 dan bawa haluan masing-masing. Semuanya kena berdikari sendiri. Trust me. Batch saya sangat ramai,dan hampir mencecah 200 orang pelajar tapi kami semua akrab. Tidak sombong, tidak berlagak pandai kalau mereka yang berada di kelas pertama. I love it.

Saya rindukan kenangan itu. Rindu kawan-kawan saya terutama roomates. Kami sekepala tapi tak gila. Gila-gila je..u_____u

Me at Twitter: @nuyuyana




Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Jul 7, 2012

Mereka Nyawa Saya




Assalamualaikum semua...

Semalam saya sekeluarga habiskan masa bersama sepanjang hari.Sampai melecet kaki penat berjalan sana sini..Lulz..Dah lama tak berkumpul satu family camni,dekat rumah ada 4 orang..dua orang lagi, saya belajar pahang dan adik bawah saya duduk hostel..so kami berdua jelah yang jarang balik rumah..

Tujuan utama keluar sebab nak shopping baju raya je..huehuehue..awal ehh?haruslah awal..semangat itu penting!..mama saya tukang jahit,dah kalau beli lambat-lambat maka malam raya lah baju kami baru dijahit nanti..kadang-kadang tak sempat siap pun baju raya..tempahan baju dah banyak dirumah sekarang..kesian kan?.. :(

Ni lah perempuan melayu terakhir..ehh?haha..check twitter kejap sementara tunggu yang lain siap..

Ni pula adik bawah saya..Menna,dah Form 5..ehem u___u

Adik bongsu saya..kenapa buat muka kiut sangat hah?muka bajet baik tapi nakal gilaaaa :(

Dua dua adik saya..hehe..syasya,darjah 5 dan akid..5 tahun..jauh kan jarak kami?hehe...

Geram betul si syasya ni amik gambar,tak sempat senyum betul betul dah snap..ggrrr..kang dah jadi mata sepet disitu.. m___m

Mama siapkan makanan..nak picnic dekat Masjid Terapung(Masjid Intan Zaharah) di K.Terengganu katanya..

Ni lah mama saya..tengok muka garang dia tu,kikikiki..marahkan akid lah tu..degil sangat!

Gambar ni bila dah siap makan dan siap siap nak kemas..hahaha..masa makan takpayah laa,melahap tak ingat dunia dah..

Dengan adik adik..hehe

Persembahkan..kami 4 beradik -___-" kenapa saya pendek :( 

Mama saya kiut kan?why mama so cute hah?haha...

Gambar abah takde,sebab dia taknak bergambar..malu katanya..haha..adoii..picnic dekat Masjid Terapung ni sangat best..kawasan okey,menghadap ke laut..boleh tengok pemandangan yang cantik..kawasan tempat rekreasi ni jauhlaa dari masjid tu..bukannya betul-betul picnic di celah masjid tu..siapa pernah datang tahulah macam mana tempatnya kan..huehue

Kemudian kami menuju ke kedai kain..sejujurnya saya ada 3 pasang baju kurung untuk raya tahun ni..huehuehue..satu untuk raya,2 pasang lagi untuk kenduri kahwin sepupu raya nanti..tema tahun ni grey..ceyhh..punya pening masuk kedai cari kain,sesak sangat dengan ramai orang..at last pilih yang ni...

4 perempuan makan 4 jenis corak,sekian...

Lepastu masa nak balik kan..en.kesayangan saya kol..katanya nak jumpa.nak bagi hadiah untuk saya..masa tu dah happy sangat-sangat kan..last week dia ke Bandung,kire ole-ole untuk saya dari Bandung lah ni..thanks hunn!Sila jelesh tahap 2384756 km/jam! Nah ni hadiah dia kasi saya..

Kain pasang dari Bandung.. :) saya suka sangat.

Konklusinya saya sangat happy sampai tak boleh tidur satu saat..Lulz..Nanti dah start Ramadhan saya sibuk tolong mama jahit baju tempahan orang..ada yang nak tempah?maaf tempahan ditutup dah..hehe..sekian entry panjang lebar untuk hari ini.






Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Jul 5, 2012

Adikku dipaksa kahwin







Semacam tak percaya hal ini terjadi.Dalam diam aku menyeka titis titis jernih yang laju turun di pipi ku.Betul ke keputusan mama dan abah buat? Adik ku baru form 5,tahun depan InsyaAllah akan melanjutkan pelajaran di mana mana institusi di negara ini.Kahwin..siapa yang taknak..aku pun nak,tak dapat dinafikan lagi.Tapi adik mahu fokuskan belajar,kenapa mesti mama dan abah marah-marah adik dan paksa dia kahwin..baik sangat ke lelaki yang akan menjadi bakal adik iparku kelak..itu semua atas pilihan mama dan abah.Kami tak mampu bersuara.


Aku tahu,adik selalu menangis..dia taknak kahwin secepat ini.Dia masih mentah.Bagaimana dengan masa depannya nanti.Adik bermati-matian bangkang keputusan mama.Aku tidak mampu berbuat apa-apa.Hanya mampu menenteramkan hatinya yang telah terluka.Aku bayangkan diriku ditempatnya.Terpaksa tinggalkan insan yang dia sayang untuk bakal suami bukan dari pilihan hati.Ya Allah,dugaan..


Angin sepoi-sepoi bahasa.Petang ini sangat indah,sangat tenang.Perlahan-lahan aku menarik kerusi duduk bersebelahan mama dan abah yang sedang menikmati pisang goreng.Jantungku makin berdebar-debar.Aku mulakan perbualan...


Aku: Mama,abah..kenapa buat angah macamtu,kesian dia.Dia masih muda,baru 17 tahun...biarlah dia kahwin dengan pilihan sendiri lepas habis belajar.


Mama menjegil mata kearahku..Aku tahu mama marah,bimbang abah mengamuk jika aku tanya banyak.Aku tunduk...


Abah: Along buat hal sendiri.Tak payah masuk campur urusan kami.Yang pasti angah tu dia kena kahwin sebelum masuk belajar di universiti nanti.


Aku: Tapi kenapa?.....seribu persoalan bermain dimindaku masih belum terjawab.


Mama: Dah pergi masuk dalam,jangan sibuk hal orang tua.


Air mata ku mengalir laju.Mama dan abah semua berbicara dengan nada tinggi..Aku terkilan..Maafkan along dik,along tak mampu halang pernikahan kali ni..Aku menyeka lagi titis jernih ini.


Keesokan harinya,apabila aku bangun dari tidur..aku terlihat banyak kereta diluar rumah.Ya Allah,orang datang merisik adik ke.Paling malu aku masih tidak bangun dari tidur sedangkan orang ramai diluar rumah.Masa tu jam menunjukkan pukul 8 pagi...Aku kehairanan,mengomel seorang diri..


"awalnya datang merisik..baru pukul 8..sekurang kurangnya datanglaa pukul 10 ke..hurmm" lantas aku mencapai tuala disebelahku untuk kebilik air.


Aku cari adik.Puas aku cari disekeliling rumah.Akhirnya aku berjaya jejaki dirinya dibelakang rumah.Aku nampak dia menangis tersedu-sedu.Aku peluk erat dirinya.Aku bagi kata kata semangat untuknya.Makin aku bersuara makin kuat tangisannya.Lantas aku masuk rumah dan berlari meluru kearah mama dan abah.Dengan suara yang tinggi,aku pertahankan hak adik aku...


Aku: Mama abah! Tak kesian ke tengok angah menangis setiap hari?Penting sangat ke lelaki tu sampai tidak fikirkan kebahagiaan anak sendiri?Kami ni anak angkat ke abah?mama?


Airmata aku makin laju..Akhirnya tangan abah hinggap dipipiku..Aku jatuh terduduk..Pipiku terasa kebas dan pedih yang amat..Tak pernah abah tampar aku selama hidupku 21 tahun ini..Aku menangis tersedu-sedu..bergetar suaraku..hanya tuhan yang tahu..


Saat aku ingin bangun,pinggangku sakit yang amat.Bila aku sedari,aku tahu aku hanya bermimpi..Terdengar suara mama diluar rumah mengejutkan aku dari tidur.Aku terkesima..Ya Allah mimpi rupanya..Mimpi sehingga jatuh katil...Aku tergelak seorang diri..Petang harinya aku menceritakan kisah mimpiku kepada ahli keluarga..Semua gelakkan aku..Dan aku tahu orang yang membaca cerita ini pastinya bengang..Sekian...






Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Jul 3, 2012

Kini kembali




Assalamualaikum semua
...............................................................


Seakan tak percaya masih menaip untuk blog untuk kesekian kali.Hampir sebulan saya tinggalkan blog.Sedih tak tipu langsung.....Sekarang jari masih kaku,otak pun kaku,hati serta perasaan turut kaku.Dalam fikiran banyak benda saya nak kongsi,tapi apekan daya broadband baru ada ditangan.Toyol curi toyol curi toyol curi! *lepas perasaan*


By the way dah nak masuk sebulan saya cuti semester dirumah.Pelbagai aktiviti saya buat dirumah.Tak kurang juga menternak lemak.Baru sebulan dah naik 3kg.Yesss!Misi tercapai.Yang paling best belajar memasak.....ehh macam tak percaya.Lepas ni nak daftar masuk masterchef.Sekian.


Walaupun tak update blog,tapi secara senyapnya saya masih online ditwitter dan juga facebook.Hehehee...see?Mostly saya habiskan masa ditwitter.Siapa selalu tweet tu dia tahulaaa.Blog ni In shaa Allah saya akan slow slow update yaa lepas ni.Sory guys yang tanya kenapa saya tak update blog.Harap dah dapat jawapan.


Esok laa update lagi.Banyak benda nak dikongsi.Mohon maaf.Saya tiada idea sebab terlalu keeksaitedan.Cissss.Sejujurnya saya rindukan dunia blogging.Tanpa blog saya tak kenal ramai kawan baru....

Salam rindu beribu kali rindu,
Yana....

Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Jun 8, 2012

Sebelum pergi...





Assalamualaikum
...........................................................................................


Eh kenapa muka saya nampak pelik? Ahh lantak,hati tengah berbunga gembira tidak mampu kata apa-apa. Tahu tak saya dah habis paper untuk Final? Tahu tak betapa gembiranya saya sebab hilang beban selama 4 hari pulun 1 paper setiap hari. Ya Allah..gembira betul. Hari ni saya dah nak tinggalkan UMP untuk cuti semester,korang yang belum habis paper lagi sila jelesh dengan tahap selaju 673878297 km per jam! 


Lepas ni mesti dah rindu kawan-kawan dekat rumah. Rindu dekat DIA. Rindu dekat semua lah senang cerita. Ehh dah macam taknak balik UMP dengar lagak ayat camni kan. Hewhew. -__-" niat dihati nak sangat update blog setiap hari macam dulu-dulu. Tapi tengok keadaan lah. Bimbang duduk rumah busy makan ke,busy ternak anak berudu ke,busy panjat pokok ke. Ermm ermm. Susah susah.

Tengok gambar dekat atas, rindu berphotoshoot dengan senior. Cehh kau an Yana,hurmm -__-" (iklan colgate kejap!)



Hey hey ape nak buat cuti 3 bulan dekat rumah nieh. Kalao ada orang bawak bercuti ke Korea kan best. Berangan tahap langit ketujuh. Entah bila sampai sana pun tak tahu.Kawan-kawan yang dah start cuti nanti jangan lupa contact saya.Kata nak buat reunion.Ohh best gilaaa.

Ini entry merepek.Dah la baca,sebab saya rasa bosan bila baca dari awal entry hingga akhir.Cehh,mohon simpati.Kepada bebudak universiti,selamat bercuti ya walaupun Final korang lambat dari saya,kelak cuti jugak. *muka berlagak* Kepada kawan-kawan,semester depan jumpa lagi InsyaAllah jika dipanjangkan umur. Kepada Faiz, I will mish u sooonnnnn.Thanks spent masa semalam hingga pagi.Teman saya makan Mc'D,teman tengok Snow White dekat wayang.Trololololol.Dah la,saya malu nak buat pengakuan dari hati ke hati ni sebenarnya.Yang penting rindu semua semua.

Akhir kata.Siap sedia tunggu result Final.Hihihihi.Gabra je kan bila sebut pasal result.Hekelehh.Oke guys selamat bercuti semua,especially budak-budak UMP okeh. :)

Salam sayang untuk semua
-Yana-




Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Apr 13, 2012

Teringat zaman kecik molek dulu





Makin menginjak usia, makin dalam ingatan kisah-kisah zaman kecik-kecik dulu,ye saya sangat-sangat nakal ye,parut sebab jatuh pokok tu orang kata biasa lah tu..budak-budak zaman sekarang tak seganas zaman dulu kala,duduk dalam bilik ade aircond,main ipad ipod,angry bird laa,handfone laptop common lah tu bagi diorang..tak macam zaman kite dulu-dulu..kan? kan? bertuah punye budak. n___n


Dulu masa kecik saya tak ramai kawan perempuan,kalao ade pun besprengg saya sorang je perempuan,yang lain lelaki.cehhh memang taiko wa cakap lu,..ish ish kaver ayu balik -___-" rumah dekat-dekat je,so kawan dengan jiran sebelah rumah lah kan,masing-masing ade anak lelaki time tu yang sebaya saya,yang perempuan semua kecik-kecik baru nak pandai jalan,adoi nasib nasib..Even saya perempuan,saya pernah lempang lelaki sampai tinggal kesan 5 jari di pipi,engkau ado? haha..nak sangat usik anak dara orang,ciss..kenangan tu paling indah sebenarnya,HAHA..saya tahu kalao mak bapak awak bace kisah saya mesti dah reject nak jadi menantu,ciss..jangan tunjuk ye,lailailailailaiiiii....


Antara permainan saya pernah main dulu kala macam kat bawah ni haa..


Main getah
Tahu ke? tahu kan..saya dan kawan-kawan pakat curi getah dekat dapur dirumah masing-masing,lepas tu buat kerja jahat taknak mengaku salah,Ohh Tidakkk! dengan getah tu kitorang ikat jadi panjang,lepas tu main la loncat-loncat macam pocong,hihihi..main rumah terbakar laa,zerofen laa,zeroki kombek laa..haha..dekat tempat korang panggil ape? ape? errr


 

Main bola beracun/bola tengah
Yang ni best,kita duduk tengah lepas tu ramai-ramai lempar bola,kalao kena kita dah OUT. Time duduk dalam game tu suka la,bila time kita kena lempar bola mula nak merajuk sebab penat,dah taknak main..ngada-ngada betol kan? kuikui..main dengan perempuan memang camni T.T


Main batu seremban/lambuk
Di Trganu kitorang panggil batu selambuk/batu lambuk..hebakk tak? cis, batu ni dari banyak bucu tajam dah jadi bulat dah sebab everytime main. Cikgu keluar kelas cepat-cepat bukak group main ramai-ramai..best sangat..nak pelekong orang pon best,huh..tahu pelekong? cari dalam kamus oke. buruk perangai T.T Kalao dekat rumah mak selalu bebel sebab asyik terpijak batu merata-rata saya sepahkan dalam rumah,Ya Allah teruknya kau Yana,Panggg!! rotan sekali,tsktsktsk


 


Main galah panjang
Yang ni best,paling suka bila On game,paling benci kena jaga orang,HAHA..kalao tak silap ade 4-6 petak lah kot,kena jage jangan bagi orang tu terlepas atau mara petak lagi depan.


Main game kapal terbang/surat khabar
Yang ni orang panggil ape eh? yang kena lompat dengan 1 kaki tu haa,dekat Trganu orang paggil Main Tang decok,eh eh yeke?blurr kejap -__-" kita letak satu batu dalam mana-mana petak,lepas tu lompat laa,tak boleh pijak petak yang ada batu tu.hihihi..ade bentuk kapal terbang,bentuk surat khabar dan banyak lagi.




 

Main tang duduk/tang nusuk
Tang duduk? errr yang kejar-kejar tu,kalao kena sentuh sebelum duduk,dye lah yang kena kejar oranglain lak..hehe..moral of the story,kalao orang kejar awak,baik duduk cepat-cepat nanti penat nak kena kejar oranglain,LOL..tang nusuk ni ape?kui..nusuk means nyorok..atau dalam bahasa sepeking nya,Hide and Seek,ceyhh..biru mata ai T.T disebabkan saya kecik,saya suka nyorok atas pokok,senang panjat..tapi time nak turun,woi woi..tolong aku woiii..cehh


Kutip buah getah
Dulu petang-petang selalu masuk hutan pergi kutip buah getah,berani tak? masa kecik mana ade istilah takot dalam diri saya,haihh teruk kan.Buah getah sangat keras tau,kalao baling dekat dahi orang mahu benjol ayam dapat ni..biasanya orang kutip buah getah untuk dijadikan guli main congkak,tapi saya guna untuk lastik burung dalam hutan,kuikui..best betol,kalao tak kene burung,bontot kawan pun jadilaa,HAHA..atoiii


Baling Selipar
Yeay,sangat best tau kalao main,selipar tu kita cantum jadi 3 dah mcm menara,baling selipar sampai tumbang..lepas kejar kejar laaa..kalao kena dah OUT,hihi..ahli kumpulan kena kerja keras bina balik menara selipar jepun tuh,sumpah lawak kalao main..hihihi


 


That moment paling syok dan best bilamana dapat mandi sungai dan panjat pokok. Mandi sungai,yeah..panjat bukit kat lereng sungai tu lepas tu lompat buat aksi ala-ala penerjun Olimpik gitu,HAHA..teruk perangai..sape paling hebakk dye menang..ade ke patot? last saya mandi sungai bila tingkatan 1 kalao tak silap,masa tu saya dan besprengg saya je,kami mandi sungai berdua..hmm,lepas tu saya rasa sakit dan macam ada sesuatu dekat kaki kanan,bila tengok je "Makkkkk!!! lintah besooooo!!!" mahu terlolong sane sini mintak tolong,bespreng saya dah mula takot,dye lari jauh-jauh bukannye nak tolong,sampai hati,cis..


 

Depan rumah saya ade pokok rambutan dan jambu batu dulu-dulu..tumbuh sebelah-sebelah camtu,ada 2 batang pokok tapi dekat atas jadi satu pohon,daun bercantum camtu..eh paham ke? bahasa Itali ni,LOL -__-" moment paling best bila dua pokok ni berbuah,apelagi atas pokok la tempat saya..dah makan rambutan sesenang hati lempar kulit dekat orang yang lalu lalang,jahat kan saya? cepat-cepat orang lari sebab ingatkan hantu,saya kecik boleh nyorok dalam daun banyak-banyak tuh..nakal tak?kan kan? erghhh


 
hasil google search,entah gambo sape lah ni,haha
tibai je


Sekarang usia dah menginjak 21 tahun, ye dah 21 tahun,tak boleh nakal-nakal..dah kena belaja hidup berdikari,tak perlu bergantung hidup pada oranglain..kata mak "umur dah 21,kalao zaman dulu anak dah 4 5 orang dah ni" aitototoo..zaman sekarang kahwin lebih 25 pun ade kan,sebab terlalu kejar kerjaya..tapi saya nak kahwin before 25..boleh ke cik boiprengg? ehem ehemm,cari duit cepat-cepat sikit. n___n


Awak semua ade rase hidup macam saya? ada ada? 
sile share tau :')


Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Apr 8, 2012

Dengar sini semua sekali



Assalamualaikum
dot dot dot
..................................................................................


sedar tak sedar dah habis cuti seminggu untuk midsem break..eh awalnya? ye semua kawan-kawan universiti lain baru nak holiday,happy holiday ebelibodi..serius jelesh tahap cipanzi -..- lepas ni kena gigihkan diri untuk belajar dan Final,yeay dah nak habis sem 4 dah pun kan,kejab je rasa masa berlalu..eh yana bila habis belajar? bertalu-talu soalan ni masuk celah telinga sebab ramai sangat tanya..jawapannya lagi 2 tahun ye,iye 2 tahun -..- 

cuti yang lepas memang saya rasa 1001% jadi anak mithali..HAHA..mithali lah sangat..my mom sakit,terlantar dekat hospital,kadang-kadang pergi jaga dekat hospital,lepas tu kena urus rumah..ayah kerja,tugas hantar ambil adik di sekolah,yeah..semua saya kena buat..duduk rumah kemas rumah,basuh baju sidai lipat baju semua..Ya Allah penat sangat,masa tu rasa nak menitis air mata,ni ke kerja my mom tiap-tiap hari..nak kena sedia makan untuk adik-adik dan ayah,nasib baik pandai la jugak masak sikit-sikit,kalao tak nak bagi makan ape lah kan dekat orang di rumah.

first time saya jejak kaki di Terengganu,mom orang pertama saya jumpe dan cium tangan,Ya Allah pucat sangat,muka pun dah lain sebab sakit teruk sangat. kebetulan saya cuti,bolehlah jaga my mom dan rumah..masa tu saya macam nekad je dah taknak datang belajar,tak sanggup tengok mom sakit camtu,sedih sangat,Tuhan je tahu perasaan tu..hurm,tapi ayah suruh saya sabar,pergi je belajar,jangan susah hati hal dirumah..mungkin berkat doa mom dah sembuh,setelah berubat dengan ustaz yang lebih pakar..kena buatan orang? Wallahua'lam..sekarang dah beransur pulih,thanks Ya Allah

................................................................................

Bila saya jejak kaki di Pahang,rase sebak angat-angat tau.. -..- ish macam budak kecik je nak sebak bagai,huewhuew..rindu dekat pameli lah katakan,baru beberapa saat berpisah,LOL..semalam check inbox,mak aiii ramainya tanya pasal tudung bawal..maaf ebelibodi,kite tak online pun masa cuti hari tu,tade masa nak check inbox..so lepas ni sape-sape nak order tudung bawal dialu-alukan yaa..bisnes semakin maju,thanks God


hey hey perasan tak gambar saya dekat atas tu..ada nampak sesuatu tak? hewhew T.T

sebenarnya saya ada buka bisnes baru tau,bisnes bawal bercorak..dah macam jenis tudung sekarang kan,tudung saya jual ni material yang lembut dan senang dibentuk,tidak terlalu nipis..ade yang berminat nak buat bisnes dengan saya tak? just PM me tau..saya bagi best price untuk harga borong..untung? sangat untung yaa sebenarnya..wee T.T next entry InsyaAllah saya akan upkan gambar tudung bawal ni,pelbagai jenis corak ada..just wait and waitttttt..............

okela,just short entry to share
semua yang baik datang dari Allah,yang buruk datang dari kelemahan diri saya sendiri,Assalamualaikum.






Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)