Feb 26, 2012

Rahsia Mata Wanita



Assalamualaikum.




Mesti awak semua tak cairkan tengok saya tenung awak semua dalam-dalam sepenuh hati,oke oke saya faham -___-" eh Yana form 2 eh? eh Yana form 3 eh?eh? eh? Jangan sebab muka saya ala-ala bebifes awak cakap saya masih budak-budak,HAHA..oke sila muntah sekarang,perasan konon bebifes sangat kan m_m. Sesungguhnya tahun 2012 ni saya dah masuk 21 tahun,jangan trauma histeria pula sebab tak boleh terima kenyataan,k fine m_m pelishh stop merapuinggg.


Dari mana datangnya cinta? Dari mata turun ke hati... Mata juga mengungkap pelbagai makna....firasat tersirat. Namun firasat ini hanyalah sekadar menambah pengetahuan, tentang tingginya rahsia pusaka Melayu lama yg kaya dgn pelbagai ilmu tilikan tentang insan bergelar WANITA. Sejauhmana kebenaran tidaklah diketahui dan mungkin sekadar kebetulan semata-mata..Perghh berbunga-bunga ayat ni kan, m_m. Kalao ambil subjek sastera kompem dapat A++++++++.


Ape rahsia disebalik mata wanita? Jom cekidouttt.


Saiz mata kecil - Peramah, banyak cakap, kurang pertimbangan. Lelaki boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya. Bersikap periang tapi bila marah lambat sejuknya. Bila bercinta suka tukar pasangan kerana hatinya tidak pernah puas. Boleh bahagia dengannya jika dapat penuhi kehendak duniawinya dan melayan syahwatnya dengan baik.


Saiz mata sedang - Sederhana, tidak banyak berahsia, ada pertimbangan, bertanggungjawab serta perlukan belaian mesra suami.


Saiz mata lebar - Cukup kuat berahsia, otak kurang cergas, pemarah,bertindak tanpa fikir panjang, kurang teratur, tiada arah tujuan dan putus asa.Tapi boleh setia. Nafsu syahwat tinggi.


Mata selalu berkedip - Pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan sabar. Wanita ini baik.


Mata jarang berkedip - Wanita ini istimewa, bijaksana, baik pekerti, setia, adil,bertanggungjawab,tidak cerewet, membantu dan membahagiakan.


Mata cengkung - Kurang memuaskan, materialistik,hidup dengannya boleh sengsara, kata manis tapi bohong, mahu senang, mudah curang, bila anda susah dia tidak peduli.


Mata redup - Wanita ini mudah dipermainkan, tidak dapat kawal emosi, hati tidak tetap, banyak kenalan kurang sahabat, mengumpat, irihati, kejam, kasar,mencemuh, pemarah.


Matanya seolah tersembul keluar - Sifatnya baik, rela, tabah, menyenangkan,ikut kata. Tapi mungkin tidak tepati janji, pendendam, tamak dan marah bila tidak puas nafsu syahwatnya.


Tapi kalao mata saya camane pula ek? Hurm,mata saya mata barbie doll,erkk puiii..oke lah,stop merapuinggg -___-" yang penting mata wanita tiada tandingan cantiknya,lebih-lebih lagi dikurniakan package dengan bulu mata yang lentik liang lentokk gitu,err saya maksudkan yang original punya,kalao pakai bulu mata pelesu tuh sah-sah memang lentik kan.. m_m. Bak kata orang,dari MATA turun ke HATI..ewahhh kelasss kau maria.



Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

11 comments:

laskar pelangi said...

ada macam2 rahsia ye disebalik mata. heee=)

Firdaus said...

wahhh.. thnx for the info.. :)

poohrist said...

mata oh mata..
aset penting nie..
nice info

purplekyu^_^ said...

akak mmg bebifes la :D, chomel!

cik ika said...

mata ika cmne lak ea?/ huhu

nur amalina athman said...

nice info..::)

CIK YAYA'NA said...

terus rase na tengok cermin, thanks!

Unknown said...

"Mesti awak rasa saya cairkan?" Hujung hujung kecairan itu makin memuncak. Ianya tiba tanpa di duga, Wanita Bermata memang suka berahsia. Apalah mata tanpa wanita yang suka berahsia.

Jangan di tenung lama lama mata wanita yang berahsia. Kelak tercair di hujung matanya. Tak perlu tanya apa yang tersurat apalagi yang bersirat. Biar muda matanya tapi sedang sedang saiznya.

Kalau dikaji mengikut tenungan mata wanita yang berahsia itu, bukan kehati? tetapi biar berhati hati.

http://berbualblog.blogspot.com/2012/02/rahsia-mata-wanita.html

Azizah Omar said...

Hi ! Yeah , saya dah tahu apa rahsia nyee (:

Gucciey Lavender said...

dari mata turun ke hati :) wah ! ^^v

monologmalamhari said...

sy tak tau mata sy bntuk cmne.. hee

Post a Comment

Terima kaseh drops komen
Esok-esok drops komen lagi oke ! :)