Feb 16, 2012

Perempuan tak suka jika lelaki begini!







Assalamualaikum. Saya nak jadi isteri solehah,awak? err tetibe je -___-" silap silap,saya nak jadi perempuan baik dan tak queen control,awak? hehe m_m.


Ehem,sehat? Alhamdulillah ceria-ceria semua. Bila kita ceria kita akan dapat awek muda,eh silap awet muda..betol ke? maybe betol lah kan sebab senyum selalu takde marah-marah macam nenek kebayan tu.maybe maybe maybe..tinggg poshitif okey? m_m. Boleh setuju tak dengan penyataan saya ni tentang perbezaan emosi fizikal dan minda lelaki dan perempuan bila diorang sedang marah atau cemburu? 


Tajuk besar : Cemburu buta tahap 74598203987%
Tajuk kecik : Tengok perbezaan mata si perempuan,kui kui kui




Hihi,cepat check mata siape lagi besar? Bila perempuan marah,dunia bagai bergoyang-goyang nak meletup..mahu jadi kecik-sekecik keciknya sang lelaki..sebab sayang punya pasal,rela jelah tadah telinga dengan bebelan si intan payung masing-masing..kan?HAHA,betul ke.. m_m

Tapi takkan lah saje-saje perempuan naik angin dengan pasangannya.Lelaki memang berbeza dari perempuan. Setiap ciri adalah berbeza samada dari segi percakapan, gaya, gerak geri, penulisan dan sebagainya. 

Dan sebab itulah terdapatnya beberapa sikap yang sangat-sangat perempuan tidak suka sekiranya lelaki berbuat begini kepada dirinya.


Suka menyampuk apabila mendengar sesuatu cerita, menjadi cepat bosan, hilang sabar dan suka menyampuk. Cerita tidak didengar dengan tekun.

Memerintah apabila memerlukan sesuatu, dia seakan-akan memberi perintah dan bukan suatu permintaan. Misalnya, “buka pintu!!!”, “buat kopi!!!”, "angkat kasut tu!!!” dan tidak bermula dengan pertanyaan yang lebih elok seperti “boleh tolong buatkan kopi” dan “tolong buka pintu tu”.

Bergurau kasar. Gurauan yang kasar tidak sesuai dengan keperibadian wanita yang lembut sekali gus memperkecilkan wanita apatah lagi jika menggunakan humour yang berbaur sexist. Apabila wanita menunjukkan rasa jengkel, lelaki marah pula dan berkata “gurau pun tak boleh”.

Cepat naik berang. Sifat lelaki yang cepat berang, suka mengutuk, mengkritik dan meninggikan suara membuat wanita berjauh hati. Lebih baik berkongsi pendapat dengan kaum wanita yang lebih memahami.

Cakap besar. Sikap lelaki yang suka syok sendiri membosankan. Bermegah-megah dengan pencapaian dan kebaikan diri seakan-akan dirinya sahaja yang paling baik.

Suka mengawal. Jika wanita datang dengan sesuatu masalah misalnya berselisih pendapat dengan teman, keluhan tidak didengar secara empati tetapi dengan cepat diberitahu apa yang sepatutnya dilakukan dan bagaimana sesuatu patut dikatakan. Memberi huraian yang tidak dipinta.

Ego sebesar gajah. Sukar meminta maaf walaupun sedar akan kesilapan, sukar mengakui kesilapan dan tidak mahu meminta pertolongan. Tidak mahu merendahkan diri.

Tidak suka meluah emosi. Walaupun ada sesuatu yang mengganggu fikiran, lelaki lebih suka diam membatu lalu membuat wanita tertanya-tanya dan rasa terasing dan terabai.

Buat wanita rasa bersalah. Jika wanita menimbulkan sesuatu perkara yang menimbulkan perasaan kurang senang, lelaki menganggap wanita itulah yang bertanggungjawab membangkitkan perasaan negatif pada dirinya dan bukan terhadap perkara yang disebutkan itu.

Lokek beri pujian. Lelaki suka dipuji tetapi berat memberi pujian sama ada jika masakan sedap atau pakaian isteri yang cantik. Mereka seolah-olah tidak perasan sebarang perubahan. Buat penat masak sehari suntuk dan berdandan untuknya.

Pengotor. Tiada wanita yang tahan dengan lelaki bersifat pengotor sama ada dalam soal kebersihan diri atau yang suka mengotorkan ruang sekitaran.

Lupa hari-hari istimewa. Wanita yang bersifat nostalgik dan romantis memang senang diberi hadiah yang bermakna pada hari-hari istimewa. Lelaki yang tak ambil kisah terhadap keinginan begini bersiap sedialah apabila cik adik merajuk.

Tidak tunjuk rasa kasih. Wanita ingin dibelai dan dimanjakan dan tentunya akan berasa tidak disayangi apabila lelaki bersifat seperti robot, tiada luahan kasih sayang dalam bentuk senyuman, gurauan, berkongsi masalah dan dakapan.

Sekiranya ada lelaki yang baca post ni, peliharalah diri korang. Korang suka kepada si dia, oleh itu,korang kenalah menunjukkan yang diri korang itu layak untuk dirinya. Berapa banyak korang laa -___- Semoga berjaya!

Thanks for reading,
tekan LIKE jika suka entry ini
babai semua....


Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

14 comments:

Pahlawan Kucing said...

lelaki mmg xsuka tunjuk kasih syg sgt..tp sbnrnye hati lelaki baik..kih3

Unknown said...

tak semua lelaki macam tu..tapi dah sifat lelaki macam tu....hehehe

Ganteng Terox said...

thanks for the info.sangat superb!! :)bukan semua lelaki begitu.tapi most of them memang sikap macamtu..so that bila nak couple atau nak cari suami biar kenal dalam tempoh yang panjang.info ini juga sangat bermanfaat agar lelaki2 di luar termasuk sy dapat lebih berhati2 dengan senstiviti ini

cik ika said...

wahhh..setuju sgt2...dgr uh wahai kaum lelaki..

p/s: rasanye semalam ternampak kt surau ecmall.kan?

Unknown said...

dgr dh ni...haha

Unknown said...

ye btl skali =)

encik iqram said...

Take a note..thankss.. ;)

Hafizin Jamil said...

woot..banyak juga yang perempuan tak suka..

Unknown said...

setuju!!
haha..tp x dinafikan kdang laki pon ada yg diorg x suka dgn prempuan nie..hehe..
adil lar kan..

Nuruashia said...

one more dik..smoker n kaki shisha hohoho

cinta siswi said...

betul2.. setuju 101%..hihi

Zuemiey Khairuddin said...

lelaki memang ego tapi kalau dia turunkan ego dia untuk sesuatu perkara yang tak membawa faedah dan hanya dipandang remeh oleh perempuan, maka dia tidak akan sesekali dengan senangnya menurunkan egonya untuk kali yang seterusnya.

Suci Mine said...

nice post sista ^_^

biela bell said...

cemburu biar berpada..kadang cuba sedaya upaya taknak nmpak cemburu tapi si dia suka tgok kita rasa cmburu..hua2x.

Post a Comment

Terima kaseh drops komen
Esok-esok drops komen lagi oke ! :)