Feb 25, 2012

Gambar Majlis Pernikahan Ana Raffali dan Naim



Assalamualaikum, ramai sungguh artis di tanah air kita kahwin bulan februari ni kan? 2 hari lepas pasangan Lisa Surihani dan Yusry,hari ni pula Ana Raffali dan pasangannya Naim pula. Ape-ape pun,moga kalian bahagia sampai akhir hayat yaa.

ana raffali dan naim


ana raffali nikah

ana raffali nikah naim

ana raffali dan naim


Tahniah buat  Penyanyi Ana Raffali, 26 yang sah bergelar isteri kepada Ahmad Aznaim Abdullah, 30, selepas sekali lafaz dalam majlis pernikahan Ana Raffali  dan Ahmad Aznaim Abdullah telah diadakan di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati di sini, Sabtu.
Pasangan Ana Raffali  dan Ahmad Aznaim dinikahkan oleh bapa Ana, Mohd Raffali Mohd Nor kira-kira pukul 12 tengah hari dengan disaksikan oleh Jurunikah Masjid Al-Hidayah, Abdullah Mat. Sebelum majlis pernikahan Ana Raffali  satu majlis pertunangan  antara Ana dan Naim pada pukul 11 pagi.
Majlis dihadiri kira-kira 500 jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga kedua-dua pasangan pengantin dan wakil media.
Ana Raffali  menerima mas kahwin sebanyak RM11,412 daripada pihak lelaki dan menerima tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang.
Antara barang hantaran yang diberikan oleh pihak perempuan (Ana Raffali)  seperti bunga rampai, buah, kek, dompet, kamera, iPad, jam tangan, minyak wangi, sebentuk cincin dan sirih junjung.
Manakala pihak lelaki (Ahmad Aznaim) membalas dengan sirih junjung, coklat, telekung, minyak wangi, manisan dan gelang tangan perak. Kesemua hantaran itu direka dan digubah sendiri oleh Ana.
Ana Raffali  tampil Cantik  dengan mengenakan busana  baju kurung moden rekaan pereka fesyen, Ezuwan Ismail dari rona kelabu manakala Naim segak dengan baju Melayu lengkap bersamping dengan warna sedondon dari pereka sama.
majlis resepsi perkahwinan Ana Raffali  dan Ahmad Aznaim Abdullah  turut diadakan di tempat sama sejurus selepas majlis pernikahan.
Selamat Pengantin Baru Ana Raffali  dan Ahmad Aznaim Abdullah  semoga bahagia hingga ke akhir hayat….


Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

4 comments:

Ain Fadhilah said...

kamera dengan ipad woosh :o

purplekyu^_^ said...

sy nak ipad jugak :P *tetibe ,haha

H.J said...

chubby nya anna,,haha

Ms.Siti said...

cantikla ana bertudung.

Post a Comment

Terima kaseh drops komen
Esok-esok drops komen lagi oke ! :)