Mar 3, 2012

Kenali Si Kaki Cemburu Buta


Assalamualaikum. Allah sentiasa bersama insan yang sabar. \(^_^)/ Selamat hari minggu semua, hari ni baru ada mood untuk update blog,kalao tak memang penuh sawang lelabah laa blog ni..ade yang nak ambil alih handle blog saya tak? kalao ade nanti isi borang dekat kaunter m_m stop merapuinggg !


Beberapa hari lepas saya terbaca artikel tentang SI KAKI CEMBURU BUTA..memang menarik sangat ! Cemburu buta? maknanya cemburu yang terlampau-lampau lah kan sampai naik rimas orang lain dibuatnya..cemburu tanda sayang? yeahh tu kata-kata yang selalu kita dengar,tapi kalao cemburu tahap maksima 37468% sampai nak pecah hati dan jantung,sape boleh tahan kan..nak kenal SI KAKI CEMBURU BUTA? Lets cekidoutttt bebeh



"Setiap perkara yang awak buat,kemana awak nak pergi,tolong bagitahu saya,kalau boleh minta kebenaran saya terlebih dahulu,faham?" #muka garang macam Singa plus Halimauuu..woahh takutnya >,<"


Beginilah percintaan yang terpaksa dilalui oleh sesetengah gadis atau teruna saat menerima cinta pasangan pilihan hatinya yang kaki cemburu..Perghh ayat tak boleh jiwang lagi kan? m_m Kata-kata kesat dan makian menjadi makanan harian yang terpaksa ditelan.Hati sabar pun pasti terluka saat menerima kemarahan si kaki cemburu! Cemburu tandanya sayang. Namun cemburu yang keterlaluan, pasti boleh mengundang masalah besar. Jadi kenapa harus mengorbankan diri demi insan seperti ini kan?

1)Siasat Gerak Geri
Di awal perkenalan kamu ditatangnya bagai minyak yang penuh,bahkan segala kemahuan dituruti. Namun sejak kebelakangan ini ada sahaja yang tidak kena dengannya. Kalau boleh si dia cuba mengawal setiap pergerakan kamu. Ke mana kamu pergi, dengan siapa kamu bersama dan yang paling penting ada atau tidak lelaki bersama kamu akan disiasatnya dengan terperinci. Boleh dikatakan siasatan si dia mengalahkan pihak berkuasa. Kamu pada pandangan si dia seperti seorang pesalah yang sedang menanti hukuman untuk dijatuhkan.



2)Sentiasa Curiga
Lelaki atau perempuan kaki cemburu akan sentiasa menganggap kamu seorang yang curang.Kenapa? Kerana si dia tidak yakin dengan kesetiaan kamu. Sukar baginya untuk mempercayai kamu. Tambahan lagi, bila mana kamu sering diganggu dan kebanyakan daripada mereka pasti akan terpikat dengan kamu. Susah bukan? Inilah hakikatnya yang sebenar. Walaupun kamu tidak melayan mana-mana lelaki atau perempuan yang cuba mengganggu kamu, si dia tetap merasakan yang kamu cuba menduakan dirinya. Padahal kamu tidak tahu dan bersalah dalam hal ini. Apa yang kamu lakukan hanyalah bersabar dan makan hati.

3)Panas Baran
Ini merupakan salah satu ciri si kaki cemburu. Kenapa kamu perlu tahu tentang ini? Ini kerana kamu akan menjadi sebahagian daripada hidupnya. Si dia kalau kamu kenali dengan lebih mendalam mempunyai perangai yang suka marah marah. Salah sedikit sahaja pun tapi kemarahannya bukan main lagi. Sakit hati bukan? Walhal salah kamu itu tidak sebesar mana. Kamu hanya keluar bersama temanteman dan sepupu kamu sahaja. Kalau kamu ingin tahu, individu panas baran ini kalau tiba-tiba si dia naik angin bumi pun boleh terbalik. betapa kuat amarahnya. panas barannya sukar dikawal dan akibatnya kamu yang akan dimarahinya sepuas hati.



4)Tidak Pernah Puas
Betul atau tidak si dia individu seperti ini? Sudah tentu kamu mengatakan “Ya!!”. Si kaki cemburu tidak pernah berpuas hati dengan orang yang disayanginya. Ada sahaja kesalahan yang dicarinya. Dari sekecil-kecil zarah hinggalah sebesar-besar zarah. Susah betul kamu nak puaskan hatinya. Kadangkala kamu akan terfi kir, kenapa si dia harus begini dan apakah salah kamu? Sehinggakan pada satu tahap kamu akan berada dalam keadaan yang sangat tertekan. Namun setiap daripada kata-kata kamu tidak diterimanya malah air mata menjadi peneman setia kamu setiap hari.




 

5)Mengongkong
Susahnya hidup, kalau tak ada kekasih kamu mencarinya namun bila kamu dah dapat lain pula yang jadi. bayangkanlah kehidupan kamu saat ini telah berubah secara keseluruhannya. Dahulunya kamu bebas ke sana ke mari dengan sesiapa sahaja yang kamu suka tapi sekarang tidak lagi. Semua perkara yang kamu lakukan perlulah mendapat kebenarannya terlebih dahulu. Kamu tidak boleh melakukan sesuatu perkara itu tanpa pengetahuan sidia. Seolah-olah kehidupan kamu berada di tangannya. Kamu pula harus akur dengan peraturan yang diciptanya. Nak tak nak kamu terpaksa ikut. Jadi fikir-fikirkanlah.


6)Mengambil Kesempatan
Ini memberi maksud si dia mengambil kesempatan di atas kelemahan kamu.Memandangkan kamu tidak pernah melawan, setiap daripada kata-katanya kamu ikuti tanpa ada bantahan menyebabkan si dia menggunakan kesempatan itu. Setiap kali keluar, pasti si dia akan mengambil telefon bimbit kamu dengan tujuan untuk melihat mesej-mesej yang boleh mengundang kemarahannya. Malah si dia akan mengambil tahu banyak perkara tentang kamu. Si dia bijak bila mana kehormatan kamu diragutnya dengan harapan kamu tidak boleh lari dan terlepas daripadanya.


Sedih kan? sayang dalam-dalam pun kadang-kadang makan hati..bergaul berkawan biar beribu asal setia pada yang satu..tu yang penting..setiap masalah boleh disetel,jangan risau..kalau salah sorang naik hantu jadi    harimau,sorang lagi haruslah mengalah..tapi kalau orang sama asyik mengalah tiap kali tak oke jugak kan..ewahh dah macam pakar percintaan pula guaaa..guaaa maluu -___-" jaga hubungan,JANGAN BIARKAN PASANGAN FED UP DAN CARI LAIN SUDAH..hihihii..warning warning ! dan jangan disebabkan terlalu cemburu buta hal sebegini berlaku ! 



Renung-renungkan dan selamat beramal.. m_m Thanks for reading, LIKE this entry? Click LIKE BUTTON oke






Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

9 comments:

Nyamuk Terbang said...

xsuka gila org kuat cmburu

Noor Fatin said...

saya akui saya mmg kuat cemburu. dulu la. masa dengan beliau, skrg kami dah lama putus. xpela, xde jodoh. lpas ni saya harap saya xkan cemburu2 lagi pada bakal suami sbb mereka hak Allah. Allah bila2 masa bleh amik mereka.. :)

jahajahatable said...

cemburu sikit2 tak pe...sebab cemburu tandanya sayang tapi kalau dah melebih sampai melampau itu bukan cemburu namanya, itu nafsu syaitan..

Syuhada said...

kalau cemburu sgt..bahaya tu..! abes idop pon dikongkong...

Anonymous said...

cemburu ni boleh tp jgn melebih sngt. rimas jugak.

Nuruashia said...

nice entry dear...tang laki pijak bini tu mmg xpatot..bodoh

Hanys Najib said...

keratan paper kat bawah tu buat akak gerun gila lah dengan laki kaki cemburu buta,huih..mintak jauh.. ;)

Unknown said...

huhu..cemburu skit2 xpe kan..

Unknown said...

Cemburu terjadi keran asatu sahaja KEPERCAYAAN .
Tapi kalau terlalu percaya pun bahaya...hehehehe.
Tapi dalam cinta perlu ada kepercayaan ..
Pandai2 lerr..
Dari http://hanifidrus.blogspot.com/

Post a Comment

Terima kaseh drops komen
Esok-esok drops komen lagi oke ! :)