Sep 2, 2012

Ahli keluarga baru saya....




Assalamualaikum

Sihat? Sejak seminggu yang lalu saya dapat ahli keluarga baru tau? Dulu kami berenam, tapi kini dah bertujuh. Macam tak sangka. Dia comel buat saya geram rasa nak lempang kuasa 2435676 ! Biarpun bukan keluarga kandung tapi kami dah anggap macam keluarga kandung oke. Biarlah. Lantak ah....

|
|
|
|
|
|
|
V

Ni haa dia. Comel kan? Kecik lagi... Baby lagi ni.



Sebenarnya dekat rumah ni dah banyak bela kucing. Tapi tak lama pun hidup. Dah sampai hayat dia. Jadi rumah kami dah lama takde kucing. Minggu lepas ada orang buang anak kucing ni depan sekolah adik. Lepastu ramai budak sepak terajang smackdown kucing ni. Kesian kan :( Mama saya tak sampai hati, lepastu bawak balik rumah. Kesian sangat. Sampai rumah terus dia tidur. Lama sangat tidur. Dari pukul 3 petang sampai lah keesokan hari. Mungkin dah lama tak dapat tempat yang selesa untuk tidur.

Kemudian mandikan anak kucing ni. Bagi dia makan. Lahap sangat dia makan. Mesti lapar sangat ni. Manalah mak bapak dia. Haihh. Buang anak merata-rata. Tak bertanggungjawab betul. u__u Bila tengok wajah kucing ni, Ya Allah..sayu sangat rasa. Terfikir jugak macam mana kes yang buang bayi tu. Mesti lebih kurang je keadaan dia dengan anak kucing ni..Hurm. Sedih.

Sebenarnya saya ni penakut sikit dengan kucing. Dulu tak macam ni...Tak. Tapi sejak ade kes dengan adik masa kecik dulu. Terus jadi trauma, fobia dan seangkatan dengannya. Yelah dulu selalu gaduh dengan adik. Lepastu dia kejar saya sekeliling rumah sambil dukung kucing tu. Dah sampai depan muka terus lempar kucing tu. Dah terkejut sangat,kucing tu terus cakar dekat muka. Ohoii sapa tak trauma wehh m_m

Tapi sekarang cuba beranikan diri main kucing. And Im done! Sekarang dah boleh usap-usap sikit. Belai-belai. Manja-manja. Hahaha. Dah macam ape dah..





Kenapalah kau kecik sangat. Dan comel amat. Rasa nak lempang-lempang je. Sabar ah Yana. Lek ah..Lek lek. Bila besar mesti comel ni. Bulu dia kaler putih keperangan sikit. Mata tak kalah ala mat saleh oke. Warna grey. Cehh tak payah pakai contact lens dah. Me jelous. Joke.




Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

8 comments:

cik nana said...

kucing ni dah besar nanti mesti hensem. hehe

yayahnasake said...

comel sangat kucingnya... jaga bebaik... pandai didik kucing itu akan patuh tau segala arahan kita termasuk mandi :)

Hnahdy said...

mata biru

miss fluffy said...

cute dia...>,<
bertuah ada org bela dia kan..sweet^^

Dahlia Amirudin said...

http://dahlia-amirudin.blogspot.com/2012/08/drwmh-contest-and-giveaways.html jom join :D

Aisyah Hazirah said...

comel nyee :3

Aujinz said...

suka kucing gak.. cuma belum boleh bela lagi..

dah beso nanti mesti cantik bulu dia..

Best Business Brands said...

Kategori Ahli Keluarga ... Bapa (keluarga Cina) tidak berwarna. Log masuk untuk muat turun. Ibu (keluarga Cina). Log masuk untuk muat turun. Ibu (keluarga ...

Post a Comment

Terima kaseh drops komen
Esok-esok drops komen lagi oke ! :)