Jan 13, 2014

#Throwback Hari Bahagia Kami




Assalamualaikum

Tak cukup dekat twitter & facebook & instagram nak pakai hashtag, dekat blog pun boleh nak #throwback kan, hehe. Sibuk dengan study masing-masing sampai lupa nak habiskan masa berlalu insan insan kesayangan untuk kali terakhir. Oke ni part sedih bila cakap "kali terakhir". Moga dipanjangkan umur & kita boleh jumpa lagi oke?.

Tak rancang pun nak keluar hujung minggu lepas. Disebabkan otak seakan akan beku lagi tepu bila seharian dalam bilik layan movie je, kita ubah angin sikit kita keluar ambil angin dekat Kuantan. Haha. Kuantan jelah aku mampu memandangkan belajar dekat sini. Tak pergi oversea memang takkan lah. Ikutkan nak keluar dengan semua roomates tapi macam ada yang busy study untuk exam je, so tak semua lah yang keluar. Aku nak exam jugak minggu ni tapi macam orang tak exam je perangai. Mwihihihihi.


So, ini aku. Lol.



Aku dan mereka. Liya (baju biru merah) merangkap PA aku disini. Hahaha. Taklah, merangkap kawan yang paling baik dengan aku lah kiranya dekat sini sepanjang 4 tahun aku di UMP. Yang tengah tengah tu Yana (nama sama), muda setahun dari aku, merangkap roomate aku semester ni, dan sebelah lagi tu Fatin, kawan si adik yana ni. Ceh adik la sangat ekekek.

Mula-mula tempat yang dituju adalah Ecm dekat Kuantan tu. Cari makanan gila tak lapar dari pagi belum makan. Singgah dekat nasi ayam penyet. Not bad lah, 6/10 kot. Kekeke. Sebab lapar kan. Uhm ape lagi selca dulu, menyempat je.








Boleh tahan kembung pipi aku. Hahaha. Lol. Satu je aku perasan, tak tahu lah korang perasan ke tak. Kawan aku ni aku syak dia muka lebih kurang macam Nisa Kay. Haha. Kalau senyum nak dekat sama je aku tengok. Marah betul dia kalau aku cakap muka dia macam Nisa kay :p


Ape tengok-tengok? Mau jugak ehh. Teka air ape aku minum tu. Ni air favourite aku kalau nak tahu. Nyummeh sedap weh.


Aiskrimmmm! doposen doposen!










Aku tak tahu nak letak caption ape sebab gambar banyak sangat, haha. 

Dah nak malam ni, dinner lah pulak kan. Penat sebenarnya jalan-jalan dalam mall tu. Kalau ada 30 kedai kasut, kesemua kedai kasut tu lah kitorang masuk and try kasut. try je, bukan beli pun. Ekekek. Nasib tak melecet je kaki, lenguh dari atas sampai bawah dibuatnya haaa. Malam kitorang jalan-jalan dekat Teluk cempedak. Destinasi pertama dituju adalah kedai yang jual western dengan hanya RM5 shj tau. Ada jugak jual RM5 keatas. tengoklah menu ape. Uhm kitorang order Chicken Chop, RM5 satu set. Kenyang weh. Berbaloi sangat. Nampak sikit tapi bila makan macam tak larat dah nak habiskan.

Yang pastinya kedai sini memang sentiasa dipenuhi orang. Mana tak laku kalau jual murah dan sedap. Kalau datang Teluk Cempedak bolehlah cuba tau.



Tengah taip pun boleh tertelan air liur ni sebab terliur. Nak lagi nak lagi! Gedik betul nak masa ni, bila ada depan-depan tak ngabis pulak. Hehehe.





Nampak kan orang ramai beratur dekat belakang tu, kedai dia dah besar. Ada dekat luar & dekat dalam. Itu pun full gila gila masa baru sampai. Pandai- pandailah kau kene berebut tempat dengan orang. Masa aku dah siap beli ni pandang sekeliling, eh nampak kosonglah pulak. orang dah ramai siap makan, eh sakit pulak hati kita. Haha. Buat letih je berebut tempat tadi. 

Dah siap makan semua, kitorang jalan-jalan dekat tepi orang jual jual barang tuh. Sekali hambek kau, ada budak main ular sawa dekat sana. Mahu tak kene serangan jantung, dah lah aku aku paling & geli & memang senang cerita takleh pegi ah dengan ular. Sibuk pulak jalan sana sini main ular, suruh orang pegang lah. Marah betul aku tau. Haha. Duduk jelah situ diam-diam ek eleh dia ni. Ada sesekali tu budak tu datang dekat aku oke, padahal dah cover gila muka taknak bagi nampak takut, eh main main betul lah. Last last kawan aku ni macam warning dia lah. Melawan tau budak budak zaman sekarang, dia jawab camni "dah kalau dia takut ular, biar dia lah, bukan masalah saya" ewah ewah budak ni. Nasib baik dia pegang ular, kalau tak dah lama aku cili tau haha.

Lantaklah cerita budak tu. Yang penting aku happy hang out hari tu haha.


Last but not least, maybe ini last kita keluar sama-sama tau Liya. Lepasni aku dah nak praktikal, tak dapat gosip sama-sama dah, makan sama sama dah, gedik sama sama dah. gedik dalam telefon je kalau mampu. Haha. Thanks untuk persahabatan kita selama ni and thanks untuk gelang yang kau hadiahkan dekat aku. Yeayyy sukaa sangat! Akhir kata, selamat maju jaya untuk FYP kau semester depan, dan kita jumpa balik masa konvo Oktober nanti oke? Gonna miss you friend.





Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

4 comments:

Mardhiah said...

done follow..followback please from

http://unprivatediarytyping.blogspot.com/2014/01/segmen-jalan-jalan-cari-kawan.html

dan jangan lupa join sekali

http://unprivatediarytyping.blogspot.com/2014/01/handphone-giveaway-by-syuhada1981com.html

kalau nak menang fon yang comell ! :) Thanks . Followback tau !

yqnq ellyana said...

@Dhiah haha okey!

MyCherita said...

salam ukhwah..tahniah.. anda salah seorang pemenang segmen saya..sila ke link berikut.. terima kasih.. :-)

http://thescreammer.blogspot.com/2014/01/senarai-pemenang-segmen-bloglist.html

yqnq ellyana said...

@MyCheritawasalam ya Allah terima kasih sgt2 awak! :)

Post a Comment

Terima kaseh drops komen
Esok-esok drops komen lagi oke ! :)