Apr 1, 2013

Cameron Highland (Part I)



Assalamualaikum pembaca semua<3

Berkobar-kobar semangat sekarang ni nak berkongsi cerita dan pengalaman kesana sini sepanjang blog ni kesepian. Kesian ini belog tahu?. Sekarang dah 70% lega sebab banyak kerja dah setel. Tapi masih lagi dalam mood minggu test, dan akan datang presentation proposal Final Year Project lepas cuti midsem nanti. Luruh jantung satgi tatau laa..

Sabtu yang lalu, aku dan kawan-kawan kelas berkesempatan ke Cameron Highland kekonon untuk belajar aplikasi plant tissue culture di ladang teh. Tapi tuntas, bukan kesana buat ape sangat. Posing je lebih sampai mati kekerasan kamera ni tahu sebab dah habis bateri tangkap gambar sini sana. Dahsyat kau nyah T.T

Part 1 ni sila cuci mata untuk tatap gambar-gambar aku jelah dulu. Hahaha. Nanti menyusul gambar-gambar yang lain. Muka macam Mak Jemah ada hati nak tunjuk dekat orang. Eh peduli laa.. T.T. Bertolak dari UMP kira-kira jam 5 pagi. Awal gilaaaaa kan? Lepastu berhenti solat subuh di RnR Temerloh. Lepastu teruskan perjalanan ke Cameron Highland... teruja takpayah cakap ah. Hehe. Sepanjang perjalanan asyik tidur je. Seronok tidur dalam aircond free ni tahu.. sampai je Cameron Highland, yang tengah tidur serta merta bangun sebab terbeliak mata lihat keindahan dekat sane. Ya Allah, cantik sangat-sangat tau. Sepanjang perjalanan kiri kanan korang boleh tengok tanaman-tanaman yang subur, pelbagai jenis dan warna pokok bunga. Sawan kejap T.T

Destinasi pertama adalah masuk kawasan Mardi tu. Teruja sangat sebab sejuk. Fefeling macam luar negara gitew. Menikmati keindahan pokok-pokok bunga, ladang strawbery, sayur-sayuran. Rasa nak pengsan tengok tapi kena tahan dari pengsan sebab nanti rugi tak menikmati semua tu. Hehehe.....




Pokok yang biasa tengok pun jadi cantik sebab berada di Cameron Highland. LOL. Tapi seriously warna kehijauan pokok dekat sana tak sama macam yang kita lihat hari-hari. Warna hijau dia macam lain sikit, haa special gitew.

Gambar belah kiri bawah tu aku pegang species orkid liar. Cantik. Macam buah anggur. Gambar belah kanan ni macam takde motif sangat nak ukur ketinggian dekat pokok. Eh sah-sah la pokok tu lagi tinggi dari kau Yana...


         
Bunga warna oren ni menarik perhatian aku. Cantik sangat. Peace untuk semua. Sila jeles laju-laju.. kalau ade seribu warna bunga, seribu jugaklah gambar yang aku nak tangkap bersama. Masalah aku ni -.-"


 

Nah mempersembahkan perigi hang tuah dekat korang. Bila masa laa hang tuah berhijrah ke Cameron ni kan. Hehehe.. eh jangan percaya lak ini perigi hang tuah. 

 

Kawasan bunga yang cantik lagi segar bakal sawankan korang dekat sana. Rasa nak curi seketul dua masukkan dalam beg bawak balik rumah. Bunga lavender dan ape entah satu lagi tu, tak pasti. Tak dapat pegang bunga cantik cenggini dekat oversea, dapat pegang dekat Cameron pun jadilah. Hehehehe








 

Mak Jemah tunjukkan strawberi dekat korang semua. Muka macam tak cukup tidur aje, dah laa serabai T.T eh sila abaikan Mak Jemah dan fokus pada strawberi yang yummy..... 


Tadaaa. Cantik bunga dekat belakang tu.


Bunga yang segar. Nak beli tapi............... erm takpelah. Lainkali aje. Dan gambar sebelah kanan tu aku berdiri dekat depan kilang proses teh sebenarnya. Atas bukit. Angin pun sepoi-sepoi bahasa. Tinggi, siapa yang gayat tu takyah la berdiri tepi tu, bahaya T.T Nampak kan ladang teh dekat belakang tu.

 

Bergambar atas bukit. Penat jalan-jalan. Peace yaw



Ladang teh. Rasa segar mata lihat hijau je sekeliling. Ada fefeling macam cerita hindustan gitew lari-lari lepastu pusing dengan sari dalam  ladang teh. Ihiks. Hijau aaaa daun teh ni. Geram tengok.

Nak tengok banyak lagi gambar? Tunggu part II pula ye......

tata xoxo.





Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

21 comments:

Cik Nor said...

nak g cameron jgk..:)

gnesop said...

lama x gi cameron :)

ibnuismaini said...

Tak pernah g. Rasanya.

Unknown said...

kuning itu meriah :D

dEdEQ dE wIshEs said...

SAKAN BERJALAN .. COMEL3 JE :)

AKAK DTG FOLLOW CINI

yqnq ellyana said...

@Normi Nieza lets goooooo (:

yqnq ellyana said...

@Sop Nama Saya pergi laaa, mesti dh byk perubahan dari dulu (:

yqnq ellyana said...

@Ibnuismaini Ismail silakan pergi (:

yqnq ellyana said...

@ANa Ahmad hehe meriah ke :P

yqnq ellyana said...

@dEdEQ dE wIshEs terima kasih akak (:

MalizaMah said...

seronoknya ... jeles jeles ni... heeeeee

Admin said...

panas2 ni best g cameron sejukkk

Unknown said...

alaaa, bestnya.. tak pernah sampai sana lagi.. huhu

SN said...

comel :>

Aida Ismail said...

Serious masa kecik dulu je pernah pergi Cameron sekali. Dah besar2 ni tak pernah lagi. Nanti nak pergi jugak ah!

yqnq ellyana said...

@Leeza dayasari [santai leeza] jom jalan-jalan (:

yqnq ellyana said...

@Phatbest gilaaaaa hehe

yqnq ellyana said...

@aisyapergi la sekali, seronok tahu (:

yqnq ellyana said...

@SyamimiNazifaterima kasih :>

yqnq ellyana said...

@Aida Ismailjom pergi ! nak join haha

Hunny Kitty said...

pokok juntai2 tu mmg cantik!

Post a Comment

Terima kaseh drops komen
Esok-esok drops komen lagi oke ! :)