Aug 26, 2012

Ai punya raya




Assalamualaikum.

Hai eberibody *waving*. Saya masih berada dalam mood raya. Maka blog pun lama juga beraya lalu tak berupdate. Banyak cerita nak saya kongsikan dekat sini. Hal-hal sebelum, semasa dan juga selepas raya. Semuanya tertangguh gara-gara penat dan tiada masa nak update. Harap sabar baca entry panjangnya berjela-jela ye. Peace (Y)

16 Ogos (Khamis)
3 hari sebelum raya,saya hadiri majlis iftar bersama Menteri Besar Terengganu. Majlis ni meriah sangat. Kalau nak tahu,majlis ni khas untuk PERMATA iaitu persatuan anak-anak Terengganu dari seluruh Universiti di Malaysia. Buat dekat Taman Tamadun Islam yg dekat Masjid Kristal tu. Tahu? Best..sempat jugak terserempak dengan ex-schoolmates. Oke masa ni sangat malu ahh..4 tahun tak jumpa tup-tup bertentang mata di TTI. Wuu. Happy sangat. Ramai yg join,beribu-ribu yg datang berpakaian Baju kurung dan juga Baju Melayu bersampin. Hensem worr u__u

hey! its me..Yana (Y)



dalam dewan. Geram saya belum ready senyum *jeling*


mari makan..Yummeh


and me beside him *cough* hai awak,rindu awak ah..

dah ayu semacam kenapa?

dapat kawan baru..from UTEM


17 Ogos (Jumaat)
2 hari lagi nak raya! Pagi tu saya dan adik-adik sibuk kemas rumah. Bersihkan kipas,tukar langsir,mop lantai dan macam-macam ahh. Penat worr. Ada masa sikit tolong mama jahit baju tempahan. Hurm hurm. Petang tu abah ajak berbuka dekat luar. Ape lagi,masak banyak-banyak. Lauk semua feveret saya. Macam tau-tau je mama ni. Bertolak lepas asar. Jalan jem ahh..geram sangat. Biasalah petang-petang kan. Orang busy nak ke bazar. At last sampai jugak dekat Pantai Batu Buruk. Berbuka dekat situ best worr. Ramai orang. Meghiahh aih.. berkelah tepi pantai sangat best.

Siap berbuka dan solat. Kami pergi beli pakaian raya pula. Dah penat berjalan,singgah Dataran Shah Bandar. Ramai orang dekat situ. Jual macam-macam. Murah pulak tu. Saya beli tudung dan kerongsang je. Adik-adik ah sibuk beli banyak sangat. Hurm hurm. Bertolak balik pukul 10 malam. Sampai rumah pukul 1 pagi. Nice sangat oke. 3 jam perjalanan disebabkan jalan jem. Kalau nak ikutkan 45 minit dah sampai rumah.

pantang jumpa kamera.. camni ah jadinya *cough*

benci gambar ni sebab muka dh tembam. *jeling**jeling**sad*


18 Ogos (Sabtu)
Sehari sebelum raya. Kemas lagi rumah. Lepastu tolong mama jahit baju tempahan lagi. Tolong abah pasang pelita. Tolong pacak buluh dan batang kayu. Tak lama lepastu maksedare dah sampai. Makin meriah rumah dengan budak-budak kecik. Malam raya main mercun main bunga api. Ya Allah best sangat. Jiran-jiran pakat main mercun lepastu lawan siapa paling kuat. Dah rasa macam dekat medan peperangan dah. Hahaha. Lawak ah…

Mama cakap tak cukup makanan ni. Saya adik abah dan kazen keluar pekan kejap. Nak beli makanan semua. Malam raya pun jem. Tension sangat hidup. Erghh…Sampai rumah pukul 12 malam. Kena mop lantai lagi. Bebudak dekat rumah tumpahkan air. Sabar jelah..pukul 3 baru tido.


19 Ogos (Ahad)
1 SYAWAL. Selamat hari Raya!!!..Seawal 6.30 pagi saya dan bangun. Kemas rumah sikit-sikit. Sayu hati bila terdengar takbir raya dari masjid. Teringat dekat arwah atok nenek. Lepastu mandi sunat hari raya. Gosok baju. Yang lain pergi sembahyang raya,tinggal beberapa orang je dekat rumah termasuk saya. Kami siapkan juadah hari raya. Tahun ni ada nasi ayam, sate, soto, lemang dan rendang.

Raya pertama dan kedua dan ketiga hanya dekat rumah. Sebab ramai sedare belah abah balik sini. Jumpa sedare yang duduk jauh. Seronok sangat. Seronok dengan kemeriahan yang ada. Tak kurang juga ramai kawan adik dan kawan abah yang datang. Kawan saya je yang tak datang. Sedih betul. Hurm hurm.

Nak dijadikan cerita,ada kawan abah datang 1 keluarga. Anak dia ramai. 2 perempuan dan 6 lelaki. Hensem hensem worr. Hahaha. Malu saya masa nak hidang makanan dan air. Macam berjumpa bakal mentua je. Kekeke..*perahsantan.jpg*

siapa salam memang bengkak ah dahi dia kena cincin..haha u_u

dis is me. edit je ni. terlebih puteh pulak. macam kena siram tepung..kuikui

penunggu pintu. cehh. nak duit raya meh salam kiss tangan pipi dulu.. blurzz

hmmp hmmp pipi kuh..

cakk! saya pakai shawl tocang..kau hado? *annoyed face*

buang tebiat kejap rompak spek adik. wuwuwu

Meghiah meghah mak ngah kali ni. Nasib baik selesa pakai sebab beli last minit. Poor me and siblings. Raya kali ni tak jadi ah ikut tema. ikut suka hati je. Sebab baju tak sempat siap. Ahh lantak. Asal kami semua bahagia. Cerita raya tak stop dekat sini. Tunggu next entry yaa..sayang semua!

To Be Continue....






Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

4 comments:

Nyamuk Terbang said...

wewit comel

#thelagidanlagi said...

sempoi la wak yana !!

THE AUTHOR said...

Wah!!! kesimpulannya..sebelum dan selepas raya banyak bergambar..hehehehehe
By the way Selamat Hari Raya..

Jom join segmen saya:
http://hanifidrus.blogspot.com/2012/08/hanifidrus-segmen-menerjah.html

Nadia Elena said...

lawa baju..beli katne? =D

Post a Comment

Terima kaseh drops komen
Esok-esok drops komen lagi oke ! :)