May 16, 2012

Tanda-tanda Lelaki itu Masih Suami Orang.





Assalamualaikum
................................................................

haruslah tempek muka seketul sebagai penghias entry -.-"

Sangat tak sabar menunggu cuti semester. Dah tak sampai sebulan dah. Dan memang lumrah sekarang adelah minggu paling busy dengan presentation,kuiz test semua.Ohh demm. T__T Tapi kan tapi kan,kena update blog jugak atas rasa kejeleshan dalam diri yakni melihat blogger lain sibuk post new entry dalam group. Ohh demm. Ohh demm. T__T 

Baru baru ni ada dengar kes pelajar bercinta dengan suami orang. Haa jangan terkejut. Suami orang pun ada orang nak tahu. Asal poket penuh duit,itu ini ditanggung. Tapi tak semua perempuan macam tu tahu. Termasuk diri yang menaip ni. Nak yang single-single je. Eceh. Tapi ada jugak kes perempuan kena tipu oleh lelaki. Ohh lelaki buaya darat ! Dah ada anak bini pun sanggup cakap belum kahwin. Tak sedar diri ke ape. Opps maaf terkasar. Muehehehe. Jangan tengok hensem bak Aaron Aziz terus nak layan. Kena siasat latar belakang lelaki tu jugak. Bimbang menangis tak berlagu dimasa hadapan. Demm T__T Sebelum kena tipu jom cekidaut tanda-tanda yang lelaki itu masih lagi menjadi suami orang.


1. Bila berbual dengan anda matanya tidak memandang wajah atau muka anda kerana takut pembohongannya dikesan. 

2. Ketika sedang berjalan-jalan dengan anda matanya liar memerhatikan sekeliling kerana dia khuatir terserempak dengan rakan-rakan isterinya atau saudara mara. Dan juga menggatal tengok awek lain. Sempat je kan.

3. Jarang mengajak anda makan di tempat terbuka untuk menjaga line dengan makan di tempat-tempat yang sulit dan tersembunyi. Atau jauh dari tempat tinggalnya.

4. Sukar untuk menghubungi telefon bimbitnya kerana sering tidak dapat dihubungi kerana sebenarnya dia menggunakan 2 atau 3 talian (sim card) dan anda hanya mempunyai nombor talian yang dikhaskan untuk menggatal. Atau beralasan tidur ataupun silent.

5. Sama sekali tidak akan mengajak anda datang ke rumahnya untuk bertemu kedua orang tuanya.

6. Dalam keretanya ada tanda-tanda kehadiran budak kecil seperti anak patung, selipar, puting ataupun tompok-tompok berbau susu di kusyen kereta.

7. Bila bersembang tentang rahsia wanita, pengetahuannya luarbiasa kerana dia sendiri pernah tinggal serumah, sebilik dan sekatil dengan wanita.

8. Tahap kemiangan dan kegatalannya melampau, mungkin kerana terlalu di kongkong oleh isterinya. Bila memandang tubuh anda, matanya menakutkan (tafsir sampai ke dalam kata orang tua). Tangannya pun gatal menjalar. Cium pun nak. Ada pengalaman. HAHA T.T

9. Perutnya buncit atau boroi kerana makan dan minumnya dijaga oleh isteri mithali yang baik dan setia di rumah. 

10. Bila telefon bimbitnya berbunyi, dia akan pergi ke tempat yang agak jauh dari anda untuk menjawabnya atau jika di dalam kereta dia akan membiarkan telefon berbunyi tanpa menjawabnya selepas melihat nombor yang terpapar di screen kerana yang menelefonnya adalah isterinya atau koleksi awek2 yang lain.

11.Keretanya akan dikemaskan kononnya baru balik dari kerja. Kasut dan beg diletak di depan semula.

12.Pelekat parking akan ditanggalkan untuk mengelak diketahui tempat tinggalnya.

13.Jangan percaya belum kahwin kalau umur dah meningkat 30 lebih. Errkk.


Dah cekidaut? Lepas ni kena berhati-hati nak pilih pasangan. Melainkan korang sendiri suka dengan rela dan ikhlasnya untuk jadi madu atau isteri kedua, ketiga mahupun keempat. Hambik kau. nak ke,taknak kan? kan? Hehe. Perempuan kena hati-hati ya. Nak pilih yang matang memang tak salah asal jangan silap langkah sudah. Ewah. Macam doktor pakar motivasi rumah tangga pulak kan. Ohh demm.




Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

4 comments:

laskar pelangi said...

hihi~kena check ni;)
=D

Lil_me said...

Nice entry! ^_~

- - - - - - - - - -

Mengapa Islam tidak benarkan wanita dedahkan kecantikan secara Zahirnya?

Jom ke blog saya! :D

THE AUTHOR said...

Alamak no 9 tu buat aku terasa lak..huhuhuhuhu...kekeke

Nara Qumaira said...

nice info!!ley berjaga-jaga lepas nie...huhu

Post a Comment

Terima kaseh drops komen
Esok-esok drops komen lagi oke ! :)