May 9, 2012

Memang patot perempuan ni kene PENJARA!



Assalamualaikum.

Dunia sekarang terlalu kejam.Sangat kejam.Kejam bukan boleh didefinisikan untuk membunuh je tapi kejam jugak boleh didefinisi bila melakukan sesuatu kejahatan dalam segala hal.Ahh kejam kejam kejammmmm!!!! Maaf emo kejap T__T

Sejak dari tengahari tadi dah kecoh tentang video budak kene dera tu kan. Bayangkan ibu sendiri dera anak macam tu. Eh kau tak rasa sakit ke masa lahir dekat dye? Kau tak sayangkan dye ke? Kau tak rasa susah ke mengandungkan dye dulu? Sampai hati kau pukul sepak anak macam tu. Binatang pun sayangkan anak dye tahu. Binatang macam anjing sayangkan anak dye. Dah kau ni spesies ape? Sumpah tak tahan tengok budak menangis macam tu. Dah tak berdaya nak bangun. Seriusly hati kecil aku sakit, sedih sangat walau dye bukan anak aku.

Hasil aduan orang ramai, polis dah ambil tindakan keatas perempuan berhati wadefakk tuh. Ni sumpah menyumpah stail comel punya.HAHA. Maaflah,aku lebih bela akan budak kecik tu,bukan mak dye. Harap maklum. But why 18 bulan je? Why why why? T___T

Polis Diraja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan rasmi beberapa minit lepas tentang video viral beberapa jam lepas yang menunjukkan seorang wanita sedang mendera seorang bayi.
STATUS VIDEO PENDERAAN BAYI :
Berhubung dengan penyebaran video penderaan bayi melalui media sosial, PDRM telah menerima hampir 300 aduan dan komen daripada orang ramai yang rata-rata bersimpati dan prihatin dengan nasib bayi tersebut.
Untuk makluman, kes tersebut telah dilaporkan di IPD Petaling Jaya pada 29 Mei 2011 dan tangkapan telah dibuat pada hari yang sama. Pelaku merupakan ibu kandung kepada bayi perempuan yang didera.
Wanita tersebut kini sedang menjalani hukuman penjara selama 18 bulan bermula pada tarikh tangkapan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.
Tahniah atas keprihatinan yang anda semua tunjukkan berhubung kes ini, ini menunjukkan rakyat Malaysia masih mempunyai jati diri, keperimanusiaan dan moral yang tinggi dan semoga kita semua dapat mengekalkan jati diri ini.
Bila tengok wajah kecil dah teruk macam ni. Sedihnya aku. Hinanya mak dye sampai sanggup buat anak kandung macam ni. Dah tak sayang anak kasi oranglain lah weh. Ramai lagi pasangan yang dah kahwin nak jaga didik belai dengan kasih sayang budak kecik seusia ni. Ahhh geram! 

Semoga dye cepat sembuh. #sobbing :'(




Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

17 comments:

widiea azira said...

kalo dh taknak sgt anak tu. .post je kt sy xde hal lah. .adoiii

shera haifa said...

dh nk dekat sthun.. knpa baru kecoh hari nie videonya??

Yumida said...

bgs la...lega mendgrnya..semoga ibu dia pulih n insaf atas kesalahannya sms dipenjara nnti...mmg isu hangat tajuk crita si ibu ni arini...ske baca penerangan sis yg detail, beserta tarikh kejadian n tindakan polis...x spt d blog2 lain yg mn hanya menyiarkan videonya shaja..jd byk la makian yg bertaburan...lepas bc entry ni baru sy fhm n tahu kisah sebenar..

follower ke 8841

PariPari Puteri said...

orang lain susah2 mau dapat anak . yang dea p menjahanamkan anak sendiri . babal banar bini2 atu . talur !

blogtilldrop said...

tak sampai nak tengok depa dok ganaz terhadap baby

Syan_Neesa said...

18 bulan jer? knapa x sebat jer mak dia tu, biar dia rsa sama mcm yg dia wat dkt anak dia tu, xde hati perut langsung! geram nengok nya >.< grrrrr!

zaril said...

Dah keluar nanti kompom die buat lagi.. Kejap je tu 18 bulan.. weh tak nak anak bg kat aku lah weh...

Azam Shah said...

tak sanggup nak tgk video tu. :(

eiqa azra said...

huh.. semoga baby nie cepat sembuh dan dapat meneruskan harinya dengan bahagia..

xnak cakap pasal mak dia..benci!!

fatin adawiah said...

diharapkan di luar sane whai kaum2 wanita..syangilah anak2 anda..=)

Nyamuk Terbang said...

ya allah kesiannya

Hanif Idrus said...

kasihan nya...tiada perasaan kot!!

Fiya said...

18BULAN je ? K memang sangat3 tak patut!

eima said...

kesian baby tu sampai jd cam tu ... kejam .... sedey nye aku .. hati ni tersentuh tgk penderitaan baby ni ....

ucupiza said...

sedih sangat bile tengok video tu,xsampai ati nk abiskan video tu,menitik air mata tengok die dera baby tu mcm tu..die terajang mcm binatang..xd berperikemanusiaan langsung...semoga baby tu dilindungi.

Cik Penguin_Solehah said...

asal lah dia pnjra 18 bulan je =.='.. Biar gntg sampai mati pun ok gak=p

nliyate said...

salam , hye . saya joined .

http://sumanya-lillah.blogspot.com/2012/05/random-giveaway-by-yana.html

Post a Comment

Terima kaseh drops komen
Esok-esok drops komen lagi oke ! :)