Jul 1, 2014

selamat menyambut ramadhan almubarak



Salam Ramadhan Almubarak buat para pembaca sekalian (ayat kemahen skema sgt kenapaaa)

Ok baru masuk puasa ketiga kan so harap tak terlambat lagi kalau nak wish pun. Hehe. Sekejap je rasa masuk tahun 2014 ni, tup tup dah puasa dah lepastu rayaaaa yeay. Bab raya laju je kan. And I know sebelum puasa pun lagi dah ramai beli baju raya. Baik mengaku cepat! Hehe sebab tu pun termasuk diri yang menaip ni :p actually mak kita yang jahitkan of courselah kena beli kain pasang siap siap & buat cepat cepat. Sebab tahu dah biasanya kitorang adik beradik mesti siap baju malam raya -.-" nak nangis pun adooo sebab mak kena jahitkan baju oranglain dulu. Herghhh. 

So sepanjang puasa ni ape aktiviti korang? Tidur? banyakkan amal ibadat? mengumpat? ke ape? Haha. Psiko pulak kan soalan dia :p Let say kalau sebelum ni kita tak banyak buat amal ibadat ke suka mengata orang ke, apa kata Ramadhan kali ni kita ubah sedikit gaya hidup kan. Tak rugi pun, malah ganjaran pahala berlipat kali ganda lagi. InshaAllah dgn izinnya :)

Ok dekat sini yana nak sharekan sedikit amalm kesukaan Rasulullah kita sepanjang bulan Ramadhan. Bukan untuk korang je, untuk yana jugak ok :)

Membaca al-Quran

Disunatkan memperbanyakkan bacaan al-Quran pada bulan Ramadan kerana ia bulan al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: "... bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah." (Surah al-Baqarah, ayat 185).

Malaikat Jibril sentiasa bertadarus al-Quran dengan Nabi SAW setiap hari sepanjang Ramadan. Para salaf mendahulukan bacaan al-Quran daripada ibadah lain. Sebahagian salaf khatam al-Quran dalam masa tiga hari, sebahagiannya tujuh hari dan 10 hari pada Ramadan.

Saidina Uthman bin Affan khatam al-Quran setiap hari pada Ramadan. Imam Zuhri berkata apabila tiba Ramadan, "Sesungguhnya Ramadan itu bulan membaca al-Quran dan menyediakan makanan untuk orang berpuasa."

p/s: ustaz cakap baca ayat alquran 1 huruf pun dh dapat pahala inikan satu ayat atau satu muka surat atau lebih. Betol tak? Paling kurang bacalah alquran 1/2 muka setiap kali lepas solat. Mudahkan? Nak lagi afdal tadarus dengan kawan kawan

Memberikan makan kepada orang yang berbuka puasa.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang memberikan makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya seperti pahala (orang yang berpuasa) dalam keadaan tidak berkurung sedikitpun dari pahala orang yang berpuasa itu." (Hadis riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibn Majah dan ad-Darimi)

p/s: tangan yang memberi lebih baik dari yg menerima :)

Qiamullail

Disunatkan berjaga malam secara berjemaah pada bulan Ramadan iaitu solat terawih dan waktunya di antara solat Isyak hinggalah terbitnya fajar. Nabi sangat gemar mendirikan malam pada bulan Ramadan.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesiapa menghidupkan Ramadan dengan keimanan dan pengharapan pahala daripada Allah Taala, maka akan diampunkan segala dosanya yang terdahulu."
(Hadis riwayat Bukhari).

p/s: masa zaman sekolah dulu selalu buat sebab semua student wajib buat. Hmm kalau sekarang ni of courselah mcm liat sikit kan kalau sorang sorang. Kalau boleh tahan mata/bangun tido awal pagi sebab nak tengok world cup why not qiamulail xboleh kan :)

Solat tarawih

Solat tarawih adalah solat khusus yang hanya dilakukan pada Ramadan. Solat tarawih, walaupun dapat dilaksanakan bersendirian, umumnya dilakukan secara berjemaah di masjid. Di sesetengah tempat, sebelum solat tarawih, diadakan ceramah singkat bagi menasihati jemaah.

p/s: bukan selalu ada tarawih. Sekali setahun je ada. Ape salahnya singgah masjid kejap buat tarawih kan. Agak agak paling malas pun nak gerak, buatlah dekat rumah :)

Mengerjakan umrah

Perkara disunatkan pada Ramadan adalah mengerjakan umrah berdasarkan sabda Baginda SAW yang bermaksud: "Umrah pada Ramadan (pahalanya) sama dengan (pahala) mengerjakan haji atau mengerjakan haji bersamaku." (Hadis riwayat Bukhari).

p/s: bagi yang mampu bolehlah buat umrah :)

Zakat fitrah

Zakat fitrah dikeluarkan khusus pada Ramadan atau paling lambat sebelum selesainya solat sunat hari raya. Setiap Individu Muslim yang berkemampuan wajib membayar zakat fitrah. Nilai zakat fitrah adalah satu gantang makanan ruji atau setara dengan 2.7 kilogram beras.

p/s: hah! yang ni perlu bagi mereka yg berkemampuan. Rasanya ramai sangat yang mampu zaman sekarang ni kan. Biasa bila masuk bulan puasa ramaila yg nak bayar zakat ape semua :)

Sebenarnya banyak lagi amalan amalan sunat yg boleh kita buat terutama bulan ramadhan ni. Korang boleh google je kalau paling malas pon :p sebab ape yg yana share ni pon dh banyak orang share tiap tiap tahun. Hehe. so last word, selamat berpuasa everyone! jangan ngengada nak ponteng puasa oke





Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

1 comment:

arzmoha said...

Semoga ramadhan ini ramadhan yang bermakna buat kita semua

Post a Comment

Terima kaseh drops komen
Esok-esok drops komen lagi oke ! :)