Jun 27, 2014

Entry lepas ghindu




Assalamualaikum.

Confius orang bila jenguk blog yana sekarang ni kan, sebab dah lama sangat tak update. Kalao orang luar boleh confius apetahlagi owner blog ni, mwahaha. Blog ditinggal tinggalkan. Kesian. Nasib baik password boleh ingat lagi, damn damn T___T

Last update haritu pun entry pasal viva Final Year Project kan. Kalao nak ikotkan banyak benda yang nak yana kongsi dgn semua orang sepanjang dari tempoh haritu sampailah ke saat dan detik sekarang ni. Bukan apa, yana lebih aktif dekat instagram & facebook je kot sekarang. Twitter pon dah tak aktif sebab terlupa password. Double damn for me. Sigh. Tua dah agaknya sampai semua benda nak lupa :p hmm hmm.

Actually yana tengah praktikal sekarang dekat Shah Alam. Dah 5 bulan praktikal baru nak cerita, bahaha :p takpe takpe tinggal lagi sebulan je nak habis praktikal yeayy. Happynyaa :') macam macam aktiviti yana dekat sini. Kalao weekend tu memang susah nak nampak muka dekat rumah :p bukan ape, lebih suka lepak & ngedate dengan kawan kawan dkt luar. Kebetulan kawan ramai belajar dekat area Shah Alam & KL ni kan. Dari yang tak tahu jalan sampai ingat satu persatu tempat dekat sini. Hamboih kemahen beb.

Minggu pertama intern:


Macam ni lah rupa dia bila bosan. Haha. Maklumlah, minggu pertama kedua ni memang tak banyak kerja untuk praktikal student. Nasib baik ada rumah kedua selepas ofis. Boleh jugak lepak dekat lab. Dalam lab ni bersih, kau nak baring ke guling ke kuak lentang ke semua boleh. Bahaha. Lagipun ada 3-4 dekstop dalam lab ni haa. Paham paham jelah bila bosan kita akan layan..... movieeeee. Heaven betul intern dkt sini. Mwahaha. Ok dekat tempat intern ni yana ada lah buat satu project ni kan, its all about CAT. Chromosome Aberration Test ok bukannya kucing T.T nak cerita panjang sangat, haha erm last sekali kiranya kita kene kira beribu riban breakage chromosome lah dalam chinese hamster lung cell ni. Paham tak paham tak? :p

Aktiviti harian di SIRIM BERHAD:



sebok je nak letak gambar selpie dekat atas tu haha. Kalao nak tahu ni lah aktiviti yana dekat tempat intern. Kantoi tak pakai lab coat bahaha. Takpe tak contaminate :p first time belajar buat animal tissue culture dari chinese hamster lung cells. Lepastu stain sendirian berhad oke atas slide tu lepastu observed chromosomes bawah microscope. Pheww ambil masa berminggu minggu jugak sebenarnye buat benda alah ni. Keep repeating setiap minggu sampai muntah. Hoho. Selain tu belajar jugak benda lain. Aiceh gaya cerita macam buat report intern lak -,-" best jugakla intern dekat sini. Semua orang baik baik je, tak pernah kene tengking ke marah ke buli ke. Sempoi je semua. Dah la selalu dapat makan free. Tu yg best tu :p wait wait bukan skandal yang bagi makan oke. Hahaha boooo


   Met ex-roomate KMNS batch 09/10:



Sejak habis matrik 2010 yg lepas, kitorang tak pernah ada kesempatan nak jumpa walaopun rumah sama sama dekat Terengganu je pon. Busy sangat T.T disebabkan Shima ni belajar dekat UPM, so bolehlah jugak nak jumpa dia dekat sini kan. First meeting dekat Mid Valley. Happy dia sampai tak cukup masa nak borak sebab banyak sangat nak cakap. Ini namanya lepas rindu setelah 4 tahun tak jumpa. Ok kali kedua jumpa bila yana sendiri pergi jalan2 dekat UPM tuh. Haha. Kemahen jauh aku berjalan noks. Dia bawak pergi shopping dekat Mines & makan sate kajang dkt kajang wuhuuuu. 


Date dengan adik blogger famous:


Caption macam tak boleh belah je nak date bagai. Haha. Ok ade ke blogger tak kenal Syafiq Elf / Syafiq Aiman ni? Aicecece. Blogger muda mudi remaja mesti kenal si Syafiq yang peramah ni kan. Yana kenal die masa mula mula join blogging dulu. Lebih kurang 3 tahun lepas kot. Selalu sembang dgn dia dekat fb, kongsi tips buat blog, sama sama promote blog masing-masing. Makin hari makin femes budak kecik ni. Haha. Kalah ahkak ah nyampah. Masuk magazine la apela, now budak kecik ni jadi pelakon, ewahh. Haha. Dahla rapat dengan Keknis (Hanis Zalikha) blerghh ai is jeles ok. Nak jumpa keknis jugak! :( mintak Syafiq tolong bawak keknis taktahu bila dapat ni T.T Erm kiranya ni first meeting kitorang lah dah alang alang stay dekat sini kan. Terasa muda pula bile duduk sebelah orang muda :p bahaha


Wedding:



Salah satu benda yang yana suka join ialah ke majlis kenduri kahwen. Haha. Bukan ape, sebab boleh pakai cantik cantik mekap sikit sikit lepastu boleh bergambar atas pelamin yang comel :p alasan macam tak masuk dek akal pon boleh kan. Haha. Masa ni yana pergi kenduri kawen abg Afzan (awek baju mint tu). Balik Perlis ok dari Shah Alam ni, gigih sangat T.T Majlis dia sangat sangat meriah. Best. Bila pengantin pergi layan tetamu haaa kitorang lah pulak layan pelamin sambil posing maut atas tu :p ok tak maut pon sebenarnye haha :p Im waiting for you my prince! haha gewdix! 


First photoshoot dgn Danny:

 


Ewah kemain posing hehe. Beberapa minggu stay Shah Alam, si Danny (kwn alam maya je pon) ajak photoshoot dekat Tasik Shah Alam. Mula mula mcm malas tapi die cakap nak shoot untuk FYP die. Budak ni amik kos fotografi kot kalao tak silap. Lupe dah. Haha :p sorry beb. Mula mula segan jugak nak pose bagai sebab dah lama tinggal dunia posing memosing ni :p masa zaman mude mudi dekat universiti dulu selalu lah jugak join kan. Demi kawan, setuju ajelah haha. ok wait, Danny bawak kawan dia lagi 2 orang sebenarnye, Ayu & Omar. The sweet couple ever :p haa. sejak dari haritu dah mula berkawan rapat dgn bebudak ni tau. Oh actually diorang ni semua muda lagi dr yana. Waaa terasa tua kejap *nangis*

Engagement photoshoot Ayu & Omar:




Ni lah ayu kawan si Danny tuh. Haritu ayu & omar bertunang so diorang plan nak photoshoot dekat area Tasik Shah Alam, tapi sebelum tu diorang dah photoshoot dekat Setia City Mall. Alang alang datang shah alam lantas aku dgn cepatnye nak menyibukkan diri. Bahaha. Jadi tukang pegang kasut & props pon jadilah bahaha. Sebab dah lama sangat tak jumpe kan lepastu kita pon lepas ghinduuu dekat kepsi Seksyen 2 tuh. Bahaha perlu ke nak mention semua benda alah tu. Tapi damn sikit haritu sebab air takde, nak cuci tangan pon susah. Yang masa zaman catuan air dekat selangor ni. nasib baik rumah den tak kene kalao tak susah worrr -.-

Hijabi Flea Market at Karangkraf:





Dating berdua dengan Shahirah. Dekat sini macam macam event ada setiap minggu. Ada transport, ada kawan yg sporting suka join event memang bestlah nak ajak jalan jalan kan. Hehe. Kebetulan minggu tu ada event dekat karangkraf, memang dh dekat sangat dengan rumah. Tak sampai 15 minit pon. Lepastu try ajak Shahirah ni kot kot nak pergi & die pon on je. Hehe. Macam macam aktiviti dekat sini, ada jual jual barang baju makanan semua ada. Paling best ada audition untuk sape sape nak jadi model majalah hijabista dan jugak pengacara tv. Pheww semua yang datang tinggi lampai cun melecun. Tetibe terasa kecik ketot dekat situ bahaha. Kawan suruh try, eh memang idok ler nak try kan sebab masa pergi tu dah dekat 200 orang yang join untuk jadi model tu. Hmm hmm. Kita tengok orang je posing depan juri. Ekekek. Lepastu usha usha booth yg jual pakaian. Rasa mcm nak beli semuaaaaaaa je tau. Pakaian preloved pon cantik cantik. Harga serendah rm5 lak tu.


My 23rd celebration birthday party:     




Actually birthday yana baru je lepas 2 minggu yang lalu. Haha. 13 Jun 2014 alhamdulillah genap umur 23 tahun oi. Ni taraf boleh kawen dah ni hahaha :p umur 23 pon tapi perangai tak macam 23 -,-" memang duduk shah alam ni yana banyak bergaul dgn kawan kawan dkt sini. Ramai sgt kawan dkt sini actually. Dan mereka meraka ni lah yang buat yana happy sebenarnye, yelah orang tengah patah hati masa nak start intern. Bahaha. Tapi Allah tu maha adil. Dia gantikan segala kesedihan tu dengan benda lain. Syukurlah (: dikelilingi dgn kawan kawan yg sweet muweet, yang mengambil berat & macam macamlah. Alhamdulillah. Masa birthday haritu pon yana dapat 5 surprise birthday party. Haha banyak betol. Rasa macam dunia ini aku yg punyaaaaaa. Thanks for the delicious cakes and foods. Really appreciate oke. Yang paling best kena prank last week. Haha kene tipu hidup hidup dgn kengkawan yana ni. Pandai betul berlakon. I love them so much. Rasa berat hati lak nak tinggalkan kawan kawan dkt sini :( yelah lagi sebulan kot nak habis intern. Hmm. Takpe, dunia sekarang canggih. Boleh contact ikot fb, insta, whassap, wechat, viber & bla bla blaaaaa. Kann


Internship presentation:


Kemahen besar gedabak gambar mak jemah sorang ni. Hahaha. Semalam baru je habis presentation intern. Gilaaa lama nak tunggu. Oranglain dh lame merdeka -.-' actually nak buat minggu first bulan Jun, lepastu postpone minggu kedua, lepastu minggu ketiga last sekali minggu keempat baru boleh buat -.-' nak buat cemana intern dkt sini 4 orang termasuk classmate, lecturer nak datang sini haruslah supervisor masing masing free kan. Hoho. Kesian i olls :p Takpelah janji dh lepas. Rasa mcm dh grad dh :p 

Banyak lagi cerita cerita best sepanjang 5 bulan tak berupdate blog ni :p nampak gaya macam kene hire PA lah untuk update blog. Haha. Malas betol nak menaip haaa. Enjoy this entry. Till we meet again dlm next entry :p kalao nak tahu life yana korang boleh follow insta yana je kot. >INSTAGRAM< Sebab lebih aktif dekat situ. Hehe. Oklah babai. Nah kiss rindu cikek haha *mmuahh* (buang tebiat budak ni haaa). Ohh sebelum terlupa, SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN ALMUBARAK ok. Moga Ramadhan kali ni lebih barakah dari sebelum sebelumnya. InshaAllah (:








Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

4 comments:

burung unta said...

Blog walking kat sini, jom baca artikel baru

Madonna Ingin Peluk Islam, Kejutkan Peminat Di Instagram
---> http://syokbah.com/madonna-ingin-peluk-islam-kejutkan/

Yuliana Wahit said...

Salam dear.. Jalan2 sini sambil baca entry.. Jemput singgah blog sy www.sayeshukepink.com

yqnq ellyana said...

@Yuyu Zaza ty singgah. lainkali singgah lagi ye (:

yqnq ellyana said...

@Yuliana Wahit thanks sudi singgah :)

Post a Comment

Terima kaseh drops komen
Esok-esok drops komen lagi oke ! :)