Sep 12, 2013

PIXY Truly Asian Beauty


Assalamualaikum.


Berita baik untuk penggemar lagi kegilaan produk produk PIXY. Sejak 1 September hingga 28 September ini,Pihak PIXY Malaysia menganjurkan kontes untuk mereka mereka yang setia menggunakan produk PIXY dan mendambakan hadiah hadiah yang lumayan. Hadiah ape yang menarik? Berminat untuk join sekaki? Silakan habis baca segala terma & syarat. Bimbang akan direject hidup hidup pulak. Sesal tak sudah. 

Antara syarat-syarat penyertaan:

  1. Peraduan ‘Truly Asian Beauty’ PIXY dianjurkan oleh Mandom Malaysia Sdn. Bhd. (“Penganjur”) dan dibuka kepada semua wanita warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas kecuali kakitangan-kakitangan Penganjur, syarikat sekutunya, agensi-agensi pengiklanan dan/atau promosi, dan/atau ahli keluarga terdekatnya. Pihak Penganjur mempunyai hak untuk membatalkan kelayakan Peserta untuk menyertai Peraduan ini. Keputusan penganjur adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayani.
  2. Tempoh kempen Peraduan ini adalah dari 1hb September 2013 hingga 28hb September 2013.Penyertaan yang diterima selepas 28hb September 2013 tidak akan dilayani.
  3. Pemenang-pemenang akan dipilih oleh Penganjur berdasarkan kreativiti dalam gambar yang dihantar, undian yang diterima dan keterangan. Sistem pengadilan adalah seperti berikut: 70% untuk kreativiti gambar yang dihantar, 30% untuk undian yang diterima dan keterangan akan digunakan sekiranya markah adalah seri. Keputusan penganjur adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayani.
  4. Peserta adalah dibenarkan untuk menghantar seberapa banyak penyertaan, tetapi hanya akan layak untuk memenangi satu (1) hadiah sahaja.
  5. Peserta tidak dibenarkan untuk menggunakan kandungan yang dianggap menyinggung perasaan, melanggar hak, berunsur hasutan atau menyalahi undang-undang yang berkaitan dengan mana-mana undang-undang dan/atau peratuan Malaysia. Pihak Penganjur mempunyai hak untuk membuang sebarang kandungan yang dianggap menyinggung perasaan, melanggar hak, berunsur hasutan atau salah disisi undang-undang. Keputusan penganjur adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayani.
  6. Penganjur akan memaklumkan pemenang melalui e-mel sebelum membuat pengumuman keputusan di laman Facebook PIXY Malaysia.
  7. Hadiah-hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai, kredit, baucar atau lain-lain barangan, sama ada sebahagian atau sepenuhnya. Penganjur berhak untuk menggantikan hadiah dengan barangan yang sama nilai pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
  8. Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian atau kerosakan hadiah semasa / selepas proses penghantaran.
  9. Peserta akan bertanggungjawab dan menanggung segala liabiliti dan tanggungjawap jika berlaku sebarang liabiliti, kejadian yang tidak diingini, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kematian) akibat daripada penyertaan mereka dalam Peraduan ini, penebusan dan / atau penggunaan hadiah penuh. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti, kejadian yang tidak diingini, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kematian) dalam apa cara sekalipun.
  10. Semua kos pengangkutan, penginapan, kos peribadi dan / atau sebarang kos, yuran dan / atau perbelanjaan lain yang ditanggung untuk menyertai Peraduan ini dan/atau untuk menuntut hadiah adalah tanggungjawab peserta.
  11. Peserta bersetuju untuk melindungi dan bertanggungjawab dengan sepenuhnya kepada Penganjur terhadap sebarang pelanggaran kesulitan, paten, hak cipta atau mana-mana hak harta intelek dalam gambar dan bahan-bahan yang dihantar dan akan menpertahankan, melindungi dan memastikan Penganjur tidak mengalami sebarang tindakan, tuntutan, kerugian untuk pelanggaran atau didakwa melanggar kesulitan, paten, hak cipta atau mana-mana hak harta intelek tersebut.
  12. Dengan menyertai Peraduan ini, peserta bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat-syarat Peraduan ini dan keputusan Penganjur.
  13. Tanpa notis terlebih dahulu, pihak Penganjur berhak untuk mengubah, membatalkan, menamatkan atau menggantung Peraduan ‘Truly Asian Beauty’ PIXY, termasuk tetapi tidak terhad kepada jangkitan oleh virus komputer, penggodaman, campur tangan, tanpa izin, penipuan, kegagalan teknikal atau apa jua sebab lain di luar kawalan Penganjur.
Cara-cara untuk menyertai peraduan:

1. Hantarkan sekeping gambar anda sudah bermekap. 
2. Tulis keterangan gambar. 
3. Lengkapkan borang pendaftaran.
4. Kongsi di Facebook dan dapatkan undian dari rakan-rakan anda.

Hadiah-hadiah yang lumayan bakal menanti para pemenang!

Prizes

Best kan? Mana tahu ada nasib dekat sini. Pihak PIXY Malaysia mencari 13 orang pemenang. Ramai bukan? Lepasni bolehlah touch up dengan bedak PIXY sikit sikit, lepastu jangan lupa upload dekat page PIXY Malaysia okay. Untung untung dapat iPad Mini seketul. Hehehe.

Boleh refer page PIXY Malaysia untuk menyertai ye:










Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

3 comments:

Post a Comment

Terima kaseh drops komen
Esok-esok drops komen lagi oke ! :)