Sep 7, 2013

Jamuan Raya terakhir di UMP




Ollaa Ollaaa Ollaaaaa. Assalamualaikum semua <3

Kemain eksaited mak. Baca tajuk entry semacam tak boleh belah sebab ada perkataan "terakhir" tu kan. Bukan ape, esok lusa bukak semester kita kena sedar diri sebab kita dah jadi budak Final Year dah. Dah masuk tahun empat dekat UMP. Tahun depan dah boleh belah slow slow dari UMP. Taktahulah rasa sedih ke happy sebab bercampur baur. Ekekek. Ciss.

Ni nak cerita pasal Jamuan raya. Bukan pasal sedih sedih tau. Pasal sedih sedih entry tahun depan ah tunggu ah. Jamuan raya ni kali terakhir la sebelum keluar UMP. Sebab memang takde nak sambut dah jamuan raya untuk tahun depan dekat sini. Meriah? Bolehlaa, macam biasa. Penuh booth, staf hidang makanan yang sedap, bebudak ramai. Tahun ni budak diploma dengan first intake degree yang masuk last week pun ramai gilaaaaaa kau. Tu tak termasuk senior dengree tahun 2 3 & 4 lagi tu. Fuhh.

Sebelum bergerak. Ambik gambar dulu sekeping dua. Dah menjadi kewajiban setiap insan bergelar perempuan tahu? Lelaki sila lah faham.



Nasib baik bawak baju raya balik U. Kalau tak bawak alamatnya pakai baju kurung biasa yang pergi kelas tu jelah jawab dia. Aiceh. Tema ai adalah purple plus pink belacan. Wey tahu ke pink belacan tu ape. Haha. Cekati ai lah nak panggil ape pun. Hek eleh >,<


Ni lah kawan kawan ai. Baru angkat kamera dah start posing. 


Ek ehem. Gambar ai mestilah ada sekali okay. Masa ni bergambar depan booth Fakulti Fist rasanya. Kalau tak silap. Sesak. Takleh jalan. Penuh dengan junior saje. Sama besar je adik adik dengan golongan ahkak ahkak ni tahu. Tsk tsk.



Dua keping gambar dekat atas dah cukup rasanya bukti yang menunjukkan betapa ramainya junior wey. Student yang bertudung hitam semua tu adalah first intake degree yang masuk last week. Kalau students lelaki diorang pakai seluar hitam dengan kemeja putih. So boleh cam lah kan bebudak baru masuk ni haa. Hambik. Ramai kan. Tsk tsk. Dah macam join orentasi je berada dalam kelompok diorang ni T.T


Tadaa. Ni antara makanan yang sempat kami sambar. Hehehe. Cari tempat best dulu baru boleh kumpul makanan banyak-banyak. Padahal banyak lagi makanan yang tak tunjuk dalam gambar ni. Bimbang speechless jakgi. Lol.



Maaf. Sengaja letak gambar candid korang. Hahaha. Mesti tak perasan bila aku ambik kan? Ekekek


Nah. Ada jejaka datang join sekali. Lol. Ni semua antara bebudak kelas ai lah ye. Ramai yang belum balik UMP lagi sebab seronok berholiday dekat rumah. Eee nyampah nyampah. Tampor pipi lelaju. Mostly yang datang awal ni sebab kena siapkan Final Year Project. Hehehe.


Ek ehem. K bye :b



Ni kawan ai. Akmal nama dia. Dia orang Pahang. Lol. Perlu ke nak sebut kan. Ekekek. Kalao Akmal tengok mesti dia marah makin hamun ai jakgi. Sebab pemalu orangnya. Biar ah. Hahaha.


Ni cik Adiela Ridzuan kita :D


Dah siap makan kenyang-kenyang. Barulah boleh ambik gambar dengan jayanya. Nah terimalah gambar dari 7 aweks UMP. 


Close up sikit. Aicecece.


Close up sikit lagi. 


Lambang UMP dekat belakang haruslah ada. We are UMPians. We love UMP. We love each other.

Last but not least. Gambar ai posing sorang-sorang wajiblah ada. By the way, ni tudung bawal yang ai pakai with new styles. Dah lama tak belit tudung/shawl dengan new style kan. Mahu simple katanya. Yang penting boleh dilabuhkan dan menutup dada. Mahu cuba? Silakan :-)









   
Sekian cerita jamuan raya kali ni. Open house pun dah habis. Mari kita open books and assignments pulak lepas ni. Aicece. Macam tak biasa. Students kan. K lah, adios :-)







Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

16 comments:

luqman zakaria said...

ghamainye..bersesaklah..tapi cam seronok je.. :)

yqnq ellyana said...

@luqman zakaria haha kan? memang ramai pun tapi meriah laa :-)

amirnawawi said...

Tapi serius orang lebih ramai dari tahun lepas. Padahal tahun ni budak tahun satu jer ada kan..

Syamimi Hazirah said...

Kita serupalah Yana, tahun depan dah boleh angkat kaki keluar dr UMP. Yayy!

p/s; Mohon buat tutorial style tudung Yana tuuuu puhlissssss

Busyra Bt Takiyudin said...

awk comel la. purple!

Shazwani Ramly said...

seronoknyaaaa.

yqnq ellyana said...

@amirnawawihaah, pelik jugak sbb terlalu ramai kan? macam seramai senior2 dlu je

yqnq ellyana said...

@Syamimi Hazirahsama lah kita. tak sabar nak grad tau. hehehe. tutorial? meh dtg bilik yana lah senang, hehe

yqnq ellyana said...

@Busyra Bt TakiyudinAlhamdulillah, biasa saja syg :-) baju yg comel. hehehe

yqnq ellyana said...

@Shazwani Ramlyyeay ^^

Mysara Ab Rahman said...

bestnyer! mai baru hbs before puasa ri tu...rndu zaman U..mmg dh xda la sambutan2 cm ni

yqnq ellyana said...

@Mysara Ab Rahmanmai belajar U mana? nanti dh habis belajar mmg akan rindu zaman belajar lah kan :-)

Sufinah Yussof (SY) said...

Fine~ Terindu, ter??? Yup! Terindu UMP. T_T

yqnq ellyana said...

@Sufinah Yussof (SY) ex umpians ye?

Sufinah Yussof (SY) said...

@yqnq ellyana yup! ^_^

yqnq ellyana said...

@Sufinah Yussof (SY)ohh hye senior. hehe. sekarang msti dh kerja kan

Post a Comment

Terima kaseh drops komen
Esok-esok drops komen lagi oke ! :)