Sep 8, 2013

Tips Wajah Berseri



Assalamualaikum :-)

"Wah cantiknye muka kau, berseri-seri macam pengantin, kau guna produk ape ye?"
"Eh teruknya muka kau, kusam semacam, jerawat banyak lak tu,"

2 situasi ni memang selalu kita dengarlah kan? Seorang muka cantik, flawless, gebu baq hang. Natural beauty. Gitu. Seorang lagi jenis muka bermasalah, jerawat kalau takde seketul dekat muka memang tak sah. Stress gitu. Tapi muka yang bermasalah ni bukannya tak boleh dirawat kan. Ada lah cara dia. Yang penting diri sendiri, malas ke rajin nak belek muka tiap-tiap hari. Bak kata orang, "sikit sikit lama lama jadi bukit". Aiceh, gitu haaa.

Nak wajah cantik berseri, tak susah mana pun. Yang penting kena istiqamah jaga. Tapi biasanya students ni jarang-jarang lah boleh belek muka, busy katanya. Eh ke ai je cemni, pemalas cemni T__T Tapi kan hujung minggu tu bolehlah bermanja-manja dengan wajah kita sekali sekala. Takkan takde masa langsung, betul idok? Oke, ni antara tips-tips yang boleh korang buat untuk kekalkan wajah berseri setiap masa.


1.Mata Segar
Mata yang layu turut memberikan kesan kepada wajah kita. Korang boleh segarkan mata dengan menyimpan sudu besi di dalam peti sejuk semalaman. Apabila bangun pagi, lekapkan sudu yang telah disejukkan tu ke bahagian atas kelopak dan bawah mata. Ini dapat membuatkan mata kita terasa sejuk dan segar. Best kan? Selain tu, kita jugak boleh hiris timun dan lekapkan dekat mata. Alaa macam biasa-biasa orang buat tu. Tapi sekarang ni orang lebih ramai gunakan Collagen Crystal Eye Bag Mask untuk kesegaran mata dan kurangkan eye bag. Cubalah. Pasti best!

2.Skrub Wajah
Skrub wajah untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati yang membuatkan kulit wajah kita menjadi kusam dan tidak bermaya. Scrub muka biasanya boleh kita beli dekat watson/guardian. Tapi zaman sekarang ni, macam-macam jenis scrub muka dah dijual di laman sosial. Yang penting pilih yang tak berbahaya dan kasi side effect pada kulit wajah kita okay?


3.Masker Wajah
Masker pun kita dapatkan dekat watson/guardian. The best masker adalah berasaskan aloe vera ataupun bird nest.Selain itu, masker berasaskan yogurt pun sangat banyak khasiatnya untuk kulit wajah kita. Nak buat masker sendiri tak susah pun, ini salah satu masker yang kita boleh buat dirumah.

"Caranya kisarkan timun bersama dua sudu besar yogurt asli dan satu sudu susu segar. Selepas itu, sapukan ke wajah dan leher. Biarkan ia kering selama 10-15 minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Wajah akan terasa lebih lembut dan segar selepas menggunakannya."



4.Haruman
Semua orang sukakan wangian kan. Takde yang suka pada bau busuk. Tubuh badan yang wangi dapat merangsang mood kita secara tidak langsung. Mood yang baik dapat membuatkan kita gembira, bertenaga dan membuatkan wajah kita berseri-seri. Betul kan? Lepasni, jangan lupa pakai perfume atau losyen okay. Wangi-wangi sikit baru best. Secara tak langsung confident level menjadi tinggi, tak risau bila nak berhadapan dengan orang.


5.Kuasa Mekap
Kata orang, natural beauty itu lebih baik dari kuasa mekap. Ye, memang betul. Tapi sekali sekala tak salah kalau nak mekap. Janji jangan conteng muka berlebih lebihan sudahlah. Gunakan kuasa mekap yang dapat memberikan warna kepada wajah kita. Oleskan penggaris mata, pemerah pipi dan gincu di bibir. Pasti ianya dapat menyembunyikan wajah kusam dan menjadikan wajah kita tampak lebih berseri-seri!. Mekap bukan bermaksud kita perlu oleskan eyeliner, mascara, gincu merah, blusher, eyeshadow semua. Tak tak. Mekap disini membawa maksud, biarlah muka kita nampak sedikit fresh dari biasa, contohnya pakailah eyeliner dan lipgloss pun sudah cukup. Simple is better right?


Rasanya ni jelah kot sedikit perkongsian tips untuk buatkan wajah kita berseri. Hehehe. Rajin pulak kan nak update pasal ni. Cantik comel cute sama-sama. Gitu. :-)





Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

13 comments:

wanzafirah said...

tapi, malas sangat nak touch up muka ni. ehehe

Hana said...

hujung minggu boleh lah nak manjakan wajah..hehe

Nyamuk Terbang said...

collagen crystal eye mask tue kiter pun pakai..dan memang best + kiter jual sekali bnda tue...hehe

Anonymous said...

tips yang menarik =)

Yaya Ijat said...

thanks for tips adik cantek! hehe..
jemput singgah my blog

http://inibelogcikgusuraya.blogspot.com/

yqnq ellyana said...

@wanzafirah takyah touch up lebih lebih. hehe

yqnq ellyana said...

@hana hadihaah, hujung minggu bolehlah manjakan muka kan. hehe

yqnq ellyana said...

@Nyamuk Terbang best kan? lepasni bolehlaa yana beli dgn awak. hehe

yqnq ellyana said...

@Fazi Isma ty for reading ^^

yqnq ellyana said...

@Puan Suraya okey sis. I will :-)

Eimma said...

patutlah yana makin hari makin cantik ;)

Unknown said...

comelnye blog..rajinnye sharekan petua, boleh cuba ni
https://vitaminpilihansemua.blogspot.com/

Unknown said...

nice tip

Post a Comment

Terima kaseh drops komen
Esok-esok drops komen lagi oke ! :)