Aug 21, 2013

Cerita Raya kali ni :')




Assalamualaikum readers :')

Oke oke first of all kite mengaku kite dah tak selalu update blog macam dulu. Kesian pula bila mendalami balik riwayat hidup blog yang satu ni. Latest entry pun sebulan yang lepas, lepastu berkubur balik. Hehehe. Sibuk je memanjang kalah PM you know?

Sekarang pelajar U sedang bercuti semester 3 bulan kan? Sampai 9 September nanti. Tapi tak bagi Yana, cuti kali ni habiskan masa dekat lab buat FYP (Final Year Project). Nangis airmata darah pun terpaksa lah kena buat kerja demi kesejahteraan masa depan kelak, aiceh :') Pasal kerja Yana ni next time oke cerita. Tu pun kalau ada orang nak tolong taipkan blog. Ekekek

Back to the story, raya tahun ni sangat meriah tau. Padahal sama je tiap-tiap tahun tapi rasa jugak lain kemeriahan die. (Lama tak menaip ayat pun dah jadi tunggang langgang). Yana balik rumah seminggu awal sebelum raya. Pasal puasa tahun ni tak payah cakap lah. Sedih tahap dewa kena berpuasa dekat U, dah la takde orang, berape ketul je yang wujud. Wuwuwuwu. Sahur minum air sedeguk je tahu? T____T Lastly tak tahan tahap juta lemon kena balik rumah jugak, merasa lah bersahur berbuka masakan emak kecintaan hati ni :')

3 hari sebelum raya

Habiskan masa dgn family. Berbuka ramai-ramai dekat Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu. Sambil berbuka sambil tengok bebudak lempar mercun tepi kaki. Kuang hasam bebudak ni tahu. 


Ni adik-adik Yana. 3 orang. Dah sama besar dengan kakak dia yang sulong tu oke. Marah ni marah sebab orang tertukar mane adik mane kakak T___T


Sibuk je si Akid ni tahu. Ggrr


Gua tengok anak bulan. Lu hado? Hahaha.

Lepas berbuka siap-siap. Boleh belah ke tempat lain untuk shopping baju raya, kasut raya, tudung raya, kuih raya, sofa raya, langsir raya. Lol. Semua benda nak raya kan

2 hari sebelum raya

Masa ni duk berpakat dengan kawan-kawan sekolah rendah nak pergi berbuka puasa ramai-ramai. Mula mula 10 orang jadi pergi, makin lame makin berkurang bilangan yang jadi pergi. Sentap mak noks. Yelah, ada yang dah kawen, ada yang dah ada anak, ada yang bakal berkawen, ada yang berada di awang-awangan takde calon pilihan hati, ade belake. Hehehe. Yang jadinya 6 orang je. Cis cis, redah jelah. Demi kerinduan dihati nak jumpa kawan-kawan kena pergi jugaklah :')


Bersepah pinggan gelas atas meja tau. Malu kite, ihiks :p bergambar dengan si kembar Ayu & Aya. Comel dua beradik ni tau. Meh cium sikit meh :*


Pucat lesi muka ai. Hehehe. Teruja bila nampak paling tinggi antara bertiga. Ekekek


Serabai lah korang wahai bebudak laki. Hahaha. 3 ketul ni je muncul, yang lain sibuk lah kot. Tsk tsk. Anyway, tak cukup pun masa yang kita lepak tu nak bercerita itu ini. Lame tak jumpe. Lepas darjah 6 jarang-jarang dah jumpa sebab memasing belajar jauh kan :')

Malam raya

Dalam bulan ramadhan, paling best adalah malam raya. Lol. Bukan sebab dah habis puasa, tak. Tapi meriah dia lain macam sikit. Betul tak? Yelaaa, semua pakat nak bertanding bom atom siape paling kuat. Mercun macam-macam jenis naik ke udara, nasib je tak meletop rumah haku. Budak-budak punya pasal laa, haish. 


Semangat pasang pelita keliling rumah tahu. Main bunga api dengan sepupu. Oh ye, tahun ni semua sedara mara balik tau, so thats why lah meriah dia lain macam. Hehe. Nenek dah takde, tinggal atok je :') Semua adik beradik belah emak sepoloh orang tu balik tahu. Tapi satu family je takde, beraya dekat Sabah. Gilir-gilir ikut tahun beraya lah kan? :') Kereta yang ada pun 9 ketul dekat halaman rumah. mampu? Haha. Sepupu-sepupu yang tang kecik-kecik ni ramai tak yah cakap lah, buas dia haih... *hantuk kepala*

Raya pertama 1 Syawal


Menu utama di pagi raya, mesti lah ada lemang, ketupat dan rendang. Lepastu ada nasi minyak, mee goreng, soto, kuih raya, sate dan macam-macam lah. Lupa dah juadah hari raya. Banyak sangat. Haha. Bebudak datang nak mintak duit raya pun ramai tahu, dah lah taknak makan, nak duit je. Lol. Apedaa


Adik teruna ai. Ensem tak? Haha. Model dekat belakang tu menyibuk aje kerjanya. Zzz


Ni adik bawah Yana, Menna name dia. Haha. (perlu ke nak kenal kan? cis cis)


Ni nama die kak Yana comel. Haha. Muntah darah semangkuk.


Mase ni ai tengah text ucap hari raya dekat you olls. Ingat lagi tak? Haha


Takde motif pun gambar ni sebenarnye -.-"


Cak aaa. Selekeh lekeh.


Atok dekat belakang tu. Cakap pasal ape entah. hehe. Eh sama tinggi ke? Eh tak kan..


Dengan mama kite :')


Masa ni dua orang adik lesap pergi beraya rumah orang lain. Berempat ajelah. Mama, abah, along, angah. Gambar sedara mara tak ambik pun sebab malas, haha. ramai sangat lahai. Lepastu pagi raya ni Yana dan family pergi ziarah kubur nenek atok, sedara mara yang dah takde. Sedih, tahu? Seriusly cakap masa hari raya ni Yana makan nonstop oke. dari pagi sampai ke malam. Agak-agak naik berat 50 kilo satu hari. Haha over dok? Mane tak makan banyak, belah malam ramai-ramai berkumpul bakar sate dan buat bbq. Ayam dah makan 6 ketul. Oke sorang je tau habiskan 6 ketul tu T___T Gila nafsu makan aku. Bhahaha


Raya kedua 2 Syawal


Pagi-pagi mama dah kejutkan sebab nak pergi beraya rumah sedara yang lain. Urgh malasnye sebab cuaca mendung sedap menternak cendawan atas katil Lol. Nasib je tak kena simbah air tahu?. Haha. Sebab dah orang sediakan nasi lemak yang best ni, basuh muka terus melahap 2 pinggan. Kikiki. teruk wey teruk. Nasib baik baju raya muat lagi. Kalau kembang sane sini tak ke naye. Haish


Isipadu pipi tak boleh disorok lagi. Siap-siap nak pergi beraya rumah lain hokeh.


Oh sebelum pergi beraya tu, kitorang singgah dekat openhouse YB Adun Ajil. Ececece. Ramai sangat orang tahu. Nasiblah boleh lahap sepinggan nasi minyak. Eh? :p lepastu baru gerak rumah sedara mara yang lain. Pakwe hensem pun ramai tahu. Haha. Tu jelah kerjanya. Ciss. Just kidding you :') setia setia! :p

Raya ketiga 3 Syawal

Kali ni abah ajak beraya rumah moyang Yana lak. Lama sangat tak jumpe. Rindu :'( Yana masih ada moyang tau. Umur seratus lebih. Panjang umur kan? Cuma sedih masa jumpa tu moyang dah kurus sangat, sakit tua. Tapi yang terharu dia masih boleh kenal dan ingat cucu cicit dia lagi. Hmm sedih. Walau mata tak nampak mane dah kan, dengar suara pun dah cukup. Hmm






Gambar moyang takde. Gambar kak Yana je ade. Kikiki. Selca pah ceroh. urm urm. Dulu baju kurung ni besar tau, kalau pakai memang jatuh bahu la, besar. Tapi sekarang dah elok, dah muat elok. Nampak tak dah gemok sikit, nampak tak? haha. terharu ai dua saat

Raya keempat 4 Syawal



Ini bukan merah makngah, ini merah kak Yana je. Putih dia kemain menipu benor. Haha. Effect dari sinaran nur lah ni. Terima kasih sbb cerahkan kulit ai. kikiki. Masa ni nak hantar adik Yana balik KMP (matrik Perak). Bukan hantar dekat Perak pun, dekat bus stand K.Terengganu tu je. Kesian dia, muka nak nangis tak puas beraya tapi dah kena balik matrik. Dah lah esok lusa tu ada exam. Nasib kau lah. Haha





Like sister like brother. Haha. Pepatah amende entah. pelik je bunyi. Dah sesiap hantar adik tu, we olls yang ada ni jalan-jalan jap. Kalau adik tahu mesti dengki ni. (Harap sangat kau baca weyh)

Raya ke ke ke... berapa entah

Masa ni lupa dah raya keberapa. Banyak jugak lah pergi openhousenye. Tapi tak amik gambar pun. Malas. Haha. Semua benda malas tahu. Makan je rajin. Ekeke. Takde gambar tak bestlah cerita dalam satu-satu entry tu kan? :') Maaf sebab panjang dan merepek sangat. Rasa awkward dengan blog. Aiceh. kekonon. Akhir kata, selamat hari raya buat semua, Maaf zahir batin ye kalau ada salah silap. Tak kira lah pernah borak dgn Yana ke, bertepuk tampor ke, chatting ke, kenal dekat blog ke, twitter ke, apa segala bagai jenis media yang menghubungkan kita sekarang :') nak jemput kerumah pun Yana dah takde dekat rumah, dah balik ump dah sambung buat kerja. Jumpa dekat Pahang jelah eh eh? Ekekek. 



Ty for reading :')






Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

1 comment:

Busyra Bt Takiyudin said...

semua comel2. slamat hari raya. masih belum terlewatkan nak ucap . hehe. kan masih bulan syawal. :)

Post a Comment

Terima kaseh drops komen
Esok-esok drops komen lagi oke ! :)