Mar 10, 2013

Makeup Remover Simplysiti



Assalamualaikum.


Nak keluar hang out dengan kawan-kawan? Berdating dengan pakwe? Mestilah nak melawa aje kan. Dan kini malas sangat nak bermekap tebal sume, kasi liang roma tersumbat adelah. At last jerawat beranak pinak dimuka. Rimas kan? Kalau sekarang ni, pergi kelas cuma sapu foundation jelah sikit yang ada perlindungan dari sinaran matahari tu berserta bedak. Bukan ape, nak elak sunburn. Kang hitam legik cik abe lari. Huhuhuhuu -____-" Dunia sekarang makin panas, dalam kampus takdenya pokok besar-besar untuk bertuduh. Jalan bawah matahari ajelah. 

Masa keluar outing barulah pakai eyeliner, ada feeling nak melawa sikit pakai maskara sekali, kasi lentik gitew bulu mata. Tapi takdelah pakai eye shadow, blusher semua. Kurang berminat. Just simple and nice. Aiceh. Gitu....

Dah balik kelas, mesti penat kan. Kalau boleh terus nak baringkan badan atas katil sampai pagi esok tanpa menghadap assignments homeworks bagai. Foundation bedak semua pun kalau boleh malas nak cuci. Esok boleh tunggu cik jelawat datang melawat. Tapi sekarang dahu dah jumpa makeup remover paling best abad kini. Tak berminyak, 3 in 1 khas untuk bersihkan muka, bibir dan mata. Best kan? Thanks Dato' Sitinurhaliza selaku idola pujaan hati ini memperkenalkan dan menghasilkan produk makeup remover simplysiti. Ade fefeling jadi Dato' Siti kejap. Aiseh.


Haa ni lah rupa makeup remover simplysiti. Kandungan 100ml. Nampak 2 lapisan dekat situ, atas warna cam jernih gitu dan bawah warna hijau. Kalau sebelum ni, guna baby johnson oil aje nak buang makeup. Lepastu tak selesa sebab muka rasa berminyak. Cari produk lain, ada untuk muka sahaja. Untuk mata sahaja. Untuk bibir sahaja. Kan dah rugi dekat situ. Guna makeup remover simplysiti ni jugak yang best. Berbaloi-baloi. Tak berminyak, mudah serap kedalam kulit. Ape yang penting dihasilkan dari natural plants. Dan kalau boleh elakkan segala jenis produk yang menggunakan bahan kimia tau. Pilih yang berasaskan pokok sahaja.


Kalau nak guna cuma goncangkan sedikit botol tu, biar 2 lapisan tadi bercampur. Lepastu ambil kapas muka dan tuangkan sedikit. Sapulah keseluruhan muka, mata dan bibir. Yang paling best makeup remover simplysiti ni sesuai untuk semua jenis kulit. Jangan risau kalau kulit korang jenis sensitif tau. Semua okey.


Nampak kan pada kapas muka tu. Dah takde sisa foundation bedak semua dekat muka. Rileks 3 minit, sedar-sedar muka dah kering dan bersih macam baru lepas cuci muka. Best sangat. Kulit pun jadi lembut. Tapi kalau boleh, pergilah cuci muka dulu ye. Kadang-kadang kalau dah datang tahap malas gaban tu tak cuci pon, terus tido. Eheh -___-"

Mana nak dapatkan produk ni? Boleh berkunjung ke watson ataupun guardian. Harga around RM19.90 camtu lah. Dah lupa. Tapi berdasarkan pengalaman kawan-kawan yang gunakan produk simplysiti ni, semua memberi kesan yang positif, makin cantik. Berbaloilah dengan harga dan keberkesanannye kan? Tak rugi pun melabur sedikit duit, janji puaskan hati kita dan dapat digunakan dalam tempoh jangka masa yang lama.


Terima kasih sudi baca (;







Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

6 comments:

Unknown said...

hehe comel :D

yqnq ellyana said...

@ANa Ahmad err tak comel pon laaa

Unknown said...

awak.. mcm mana nak buat side bar cam awak? boleh buat totorial tak?

Unknown said...

gambar tu otw ke tandas ke?

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

ok..pasnie nk try SS.hehe =)

Mikah Lurima said...

Alhamdulillah... Simply Siti dah keluarkan. Nak try lah! Btw, samalah kita. Kalau ngantuk apa pun tak jadi. Hahaha

Post a Comment

Terima kaseh drops komen
Esok-esok drops komen lagi oke ! :)