Aug 2, 2012

Gigihnya awak wahai si faker tegar




Assalamualaikum

Satu malam saya bersengkang mata stalk sana sini dengan gigihnya. Nak stalk orang-orang yang berperangai comel lagi baik budi pekerti mencuri semua hak saya. Baik kan orang-orang yang macam ni. Jangan ingat saya diam tanda saya suka. Sampai lebih dari sepuluh orang kawan mengadu dekat saya jumpa account memang terang lagi bersuluh tersergah muka saya ni. Tak kisah lah account facebook,twitter,page,skype mahupun blog. Semua ada. Hurm. Tak sangka saya ada ramai kembar atas dunia ni. Sebijik 200% pula tu sama. Hebak kan?

Tapi..penakut juga si faker ni. Block saya dan juga en kesayangan saya. Hahaha. Kelakar oke. Macam lah saya tak boleh jejak awak lagi. Kesian...Lifeless!


Ni salah satunya. Account facebook ni kawan saya yang jumpa. Nama dia Hong Kyung. Amboii kemain nama korea gitu. Nampak kan muka saya dekat DP tu. Mungkin dia kembar saya dari Korea. m__m


Yang ni faker seterusnya. Bukan setakat gambar saya dia curi. Siap gambar saya dan kawan-kawan saya sekali. Hahaha. Kenapa nak buat lawak sangat haa awak. Tak pasal pasal semua femes. Nama budak ni kan Wan Nur Aleya batrisya. Comel nama dia.(Y) Peace.

Dulu saya pernah up entry pasal si faker tegar sorang ni. Bila saya tegur dia difacebook. Dia mula block saya. Lepas tu saya minta beberapa orang kawan tegur dia. Bukan ape,dia dah buat 3 Album gambar saya. Banyak sangat. Faham faham jelah. Lepas tu ada seorang hamba Allah ni chat saya. Dia minta maaf sebab dia yang buat account tu. Dia janji nak delete. Oke fine saya terima.


Tengku Aina Azam. Dialah yang mengaku semua tu. Sebulan lepas tu ada kawan cakap dia tak delete pun. Bila saya buka,yes dia dah block saya. Waa comel perangai awak kan. Saya try log in guna fb en kesayangan saya. Hahaha. Dia block juga. Lepas tu saya log in guna fb adik saya. Baru dapat.


Mean Fatin Qaisara. Dah ramai dia add kawan saya. Kantoi je awak kan. Owner account ni la yang block saya. Lepas tu buat 3 album lagi. Gigih sangat awak ni. Bukan tu je,bio profile pun mostly copy bio facebook saya dulu. Sekarang dah siap create page,blog,skype dan twitter pula kan. Tegarnya awak ni kan. Lu bikin gua makin panas.....(jadi rempit kejap)


Hai cik qaisara,ada blog dah sekarang? Saya rasa awak kena rajinkan diri update blog lepas ni (Y) Peace.


Dah ada fanpage pula dah sekarang. Takleh tahannya dah seramai 479 orang fan dia kumpul. Kesian mereka-mereka ni. Hurm.

(fatin aiena92 )

Skype pun boleh...u____u



Gigih dan cekal lagi tabah awak buat 2 account twitter ye cik qaisara. Terharu saya tengok muka saya tersergah di twitter awak. Saya tahu awak stalk twitter ORIGINAL saya kan. Sebab 99% tweet awak COPY dari tweet saya kan?.. Hahaha. Kenapa comel sangat hah. Adoilaa tak faham betul laaa. Kalau saya tweet tengah berak awak pun tweet camtu jugak ke..(annoyed face)

Hari baik bulan baik saya tak nak lah sumpah seranah kan. Semua dah besar panjang. Boleh fikir baik buruk. Dan terima kasih buat semua ni. Susah susah je. Hahaha. Dalam masa yang sama saya bersyukur tak punyai haters. Biarlah ada fakers pun. Saya oke. Wassalam.

p/s: Selamat berpuasa kepada my fan-maniac.
Twitter @nuyuyana .. 






Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

19 comments:

Keknis said...

wow, peminat tegar nampaknya..huhuhu

Unknown said...

huhu...faker nih berangan nk jd kamu..tu yg wt keje cenggini..rajin bebenor dier yer..xrse bslh lgsung..huhu...sabar ek...klu melampau sgt, wt lporan kt skmm...

Anonymous said...

sungguh rajin si faker tu..huhu
pelik kan ade org mcm tu..
kalau la dia gigih buat account sndiri,blog sndiri,skype sndiri,fanpage sndiri ok la jgk...ni x, rajin plak dia tlg fameskan Yana..huhu

Anonymous said...

sungguh rajin si faker tu..huhu
pelik kan ade org mcm tu..
kalau la dia gigih buat account sndiri,blog sndiri,skype sndiri,fanpage sndiri ok la jgk...ni x, rajin plak dia tlg fameskan Yana..huhu

unknownname said...

faker nie huduh agak nyew? sebb tuh dia nak jadi awak.. awak kan cantik and comel. Taperh lah awak... dia yang berdosa... berdoa pada tuhan sepuya dia sedar dengan perbuatan terkutuk dia tuh. sabar lah :)

Unknown said...

kelakar la sikap dia..huhuh

Unknown said...

kelakar la sikap dia..huhuh

sayakayrulez said...

dia jadi faker
coz dia xde confident diri nak letak pic sendiri..
org macam ni

mmg xle nak wat bini..

Fatin Farhana Binti Ramli said...

WAH . ramai peminat rupanya awk ni .. HUHU


__________________________________

MINTAK KERJASAMA
sudi kiranya singgah di blog saya dan blok page yang berunsurkan seksualism & porno supaya dapat selamatkan gadis melayu sekarang

PERHATIAN : Kepada Gadis Melayu Yang Cun Melecun

tq ..

Semut Senyum said...

Dasyatnye yana... sampai mcm tu gigih ye.. dorang2 ni tak penat ke wat keje2 lagha tu.. Tak original langsung!

INNANIE ARIFFIN said...

sampai sekarang ni masih tak faham, apa motif faker macam ni buat kerja bodoh macam ni. be yourself lah!

Mime MF said...

kesian giler kat fakers..xda identiti sendiri ke?aishh

Unknown said...

faker tu malu nak letak identiti sendiri..x pon nak cepat popular..

Nuruashia said...

uishhh melampau dah ni..sabr2 dik..

najihahfara said...

wahh banyaknye

Jiarizaira said...

ada gak orang jenis macam ni yer...

Anonymous said...

muka comel sgtla yang

Viell~My Story said...

adui... kesiannya c faker tu ya? terlalu comel sgt2... btw, faker ne sebenarnya ketandusan idea... sbb tu la dia main coffee mix pasta jerr idea orang... hurmm... menyedihkan... apa2 pun selamat berpuasa bwt awak..

✉ ¥ana Fauzi ✉ said...

Wuahh , bnyak peminat nmpak:P hahaha;))

Post a Comment

Terima kaseh drops komen
Esok-esok drops komen lagi oke ! :)