Assalamualaikum
Salam Ramadhan ke-11 dari saya. Pejam celik pejam celik dah seminggu lebih kita berpuasa kan. Pasti semua tak sabar menunggu hari kemenangan kita pada 1 syawal nanti..kan? Bulan puasa banyak berkatnya. Setahun sekali sahaja kita akan berada di bulan mulia ni. Kalau boleh tingkatkan lagi ibadah kita bagi menampung segala kekurangan amal kita selama ni. In shaa Allah...
Tapi..sepanjang berpuasa ni betul ke cara makan kita semasa berbuka dan juga bersahur? Memang lapar,tapi tak boleh la main redah je makan semua kan. Ada hadnya jugak. Nanti sakit itu ini siapa susah. Korang juga kan..kali ni saya nak share sedikit sebanyak tips pemakanan yang terbaik untuk kita sepanjang bulan puasa ni.
Tips 1: Kita digalakkan mengambil lebih kanji untuk elakkan perut dari berasa lapar di siang hari. Contohnya roti yang kaya dengan serat. In shaa Allah badan akan kekal cergas di siang hari.
Tips 2: Amalkan makan kurma. Ianya memang digalakkan oleh Rasulullah memandangkan salah satu makanan nabi kita. Kurma sangat elok sebab mengandungi sugars,fiber,karbohidrat,dan juga magnesium. Jangan lupa beli kurma Yusof Taiyyob ye..hehehehe..tetibe
Tips 3: Pisang juga baik untuk dimakan sepanjang berpuasa ni ya. Kerana pisang mengandungi sumber potassium,karbohidrat dan juga magnesium. Bila puasa,kita memang kurang air putih kan disiang hari. Jadi mesti susah nak "membuang" kadang-kadang tu. Tapi bila makan banyak pisang,In shaa Allah masalah penghadaman kita akan oke.
Tips 4: Almond. Yeay! sedap kan,dalam fikiran mesti dah terfikir almond london je. Banyakkan makan almond sebab ianya mengandungi banyak protein.
Tips 5: Elakkan makan makanan bergoreng dan juga boleh menyebabkan kegemukan. Tak semua orang berpuasa akan kurus tau. Kalau tak jaga makan main redah je semua boleh mengundang kegemukan juga. Jadi pandai-pandailah pilih makanan ye.
Tips 6: Elakkan makanan yang mempunyai banyak gula. Contohnya aiskrim. Makan sikit-sikit tu takpelah. Janganlah makan sampai 50 ketul aiskrim cornetto dalam satu malam. Kononnya tak nak terliur di siang hari. Lulz
Tips 7: Elakkan makan berlebihan pada waktu sahur terutamanya. Dengan harapan taknak lapar disiang hari. Makan nasi sampai 5 pinggan. Hebak sangat ni. Hehehe..Takpun makan beger best macam gambar dekat atas tu sampai 10 ketul. Dah tahu sangat lepas sahur mesti ramai tidur kan. Nanti bila bangun dah lapar balik. Kan sia-sia tu. Lagipun makanan tak dapat dicerna dengan baik. Tak elok.
Tips 8: Elakkan minum air teh yang banyak pada waktu sahur. Tak elok untuk kesihatan kerana ianya akan keluarkan garam yang kita perlukan di siang hari melalui urine. Nanti buatkan badan kita rasa lemah dengan tiadanya garam dalam badan.
Suka baca tips kali ni? Harap semua baca dan sumbat dalam kepala ketat-ketat ye. Jangan main redah je makan. Hehehe.. Moga ramadhan kali ni lebih baik berbanding dari tahun tahun yang lepas. Jangan disebabkan alasan letih dan penat,kita kurangkan ibadah di bulan mulia ni. :-)
p/s:Dah baca tu LIKE dan SHARE lah sikit ye kawan-kawan. Terima kasih sudi baca.
6 comments:
biasanya la kan klo sye buka puasa amalkan buah tamar dgn buah-2an dahulu..hehe..nice entry dear ;)
nasi makanan utama buka n sahur..hehee...nice tips,utk kekal cergas...slmt berpuasa..;)
bulan puasa kena banyakkan minom air masak jugak kan..takleh nak minom air yang manis jerk -_____-
Kurma banyak khasiat dan makanan sunnah jugak..Sambil makan dpt pahala.hehe :D
Tips yang menarik!!
kurma wajib ntuk buka puasa.. yang penting elakkan minum air sejuk.. mngurangkan haus.
Post a Comment
Terima kaseh drops komen
Esok-esok drops komen lagi oke ! :)