Aug 31, 2012

Merdeka kali ini...






Assalamualaikum



Merdeka! Merdeka! Merdeka! Sambutan merdeka kali ini tak lagi semeriah dulu kala. Kalau di zaman sekolah rendah dahulu, cikgu selalu anjurkan pertandingan melukis gambar-gambar yang berunsurkan patriotik. Dan yang bestnya saya selalu menang. Yeay! Lepastu nyanyi dekat dataran sekolah sambil kibar bendera. Comel sangat rasa. *cough*

Zaman sekolah menengah pula,setiap kali malam menunggu detik jam 12 malam, pihak sekolah akan sambut di dataran sekolah. Sebelum jam 12 malam tiba, kami semua akan tengok cerita patriotik. Best. Tengok ramai-ramai dekat dataran sambil makan popcorn. Oke tipu...mana nak rembat popcorn bila duduk asrama. u____u 

Sekolah depan pantai. Menikmati cerita sambil mendengar desiran ombak dan disapa angin sepoi bahasa. *ayat jiwang ke* best sangat. Lepas tu tengok kereta bersesak atas jalan. Masing-masing nak ke padang besar dekat Kuala Dungun tu. Nak sambut merdeka. Boleh tengok fireworks. Bukan macam dekat sekolah,mana ada fireworks. Oke me jelous.

Bila jam 12 malam, ada lah budak batch saya nama dia Abdul Rahman pergi laung Merdeka. Lepastu semua ikot. Hahaha. Lawak ah..macam hadap Tunku Abdul Rahman pula. Lepastu tengok fireworks yang cantik. Jakun kejap. LOL.

Tapi sekarang, semua berubah. Orang laung merdeka,saya hadap tv je tengok perarakan dekat Dataran Merdeka tu. Sekarang tv tv tv. Semalam dekat kawasan rumah saya pun ada sambut juga. Tepat jam 12 malam. Berdas-das mercun naik ke udara. *eh betul ke ayat saya ni?* eh biarlah..suka hati ai lah. Haha. Tapi saya duduk dalam rumah je. Intai melalui tingkap. LOL. So sad.

Tak kisah macam mana. Tak perlulah melalak sana sini kan bila sambut merdeka tu. Sepatutnya kita panjatkan kesyukuran pada Allah bila negara kita bebas dijajah. Cuba bayangkan sekeliling kita penuh dengan para penjajah. Mungkin hidup mungkin dah lama mati kita sekarang ni. So bersyukurlah.



Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Aug 27, 2012

Ai punya raya II




Sambungan dari entry INI

22 Ogos (Rabu)
Raya keempat sedare dah beransur pulang. Lega rasanya sebab tak perlu kejar lagi budak-budak kecik yang buat bising. Lulz… u__u  Hari ni saya dan family bertolak ke Kemaman untuk hadiri majlis cukur jambul dan majlis kahwin sepupu saya. Sesampainya kemaman,terus kena buat kerja. Haa..dekat sini rumah sedare belah mama pulak. Kakak mama lah. Ramai juga yang balik kali ni..adalah dalam 8 keluarga dalam rumah ni..Bayangkan. Petang tu saya dan kazen sibuk siapkan bunga telur dan sedikit buah tangan untuk yg datang majlis cukur jambul anak sepupu saya.

Lepas Isya’ majlis bermula. Tapi kazen yg bakal kahwin esok tu ajak saya rempit ke kedai kejap. Sempat lagi. Orang sibuk hal lain,kami berdua sibuk rempit memalam buta ke kedai. Hehehe. Dia nak beli inai sebenarnya. Dah la kedai jauh. Nasib baik semua selamat…yeay..

Dah selesai majlis cukur jambul. Sambung siapkan pape yang patot untuk majlis kahwin esok hari. Pelamin dah siap. Punyalah banyak bunga telur kena siapkan,lepastu untuk doorgift lagi. Hantaran pun baru nak gubah malam tu. Mujurlah ramai sedare yang ada. Kerja pun cepat setel. Orang pakai inai, sibuk nak pakai inai jugak. Hehehe. Mula lah lukis atas tangan mengalahkan bakal pengantin.

Yang anak dara teruna sibuk hias dalam rumah. Golongan mak ayah sibuk kopek bawang, siapkan kawah untuk bergulai esoknya. Yang bebudak kecik molek sibuk main kejar sana sini. Kecoh satu rumah. Dan saya sentiasa di sisi bakal pengantin,hahaha. Kemana dia pergi disitu ada saya dan ape dia buat saya pun buat. Menyibuk je kerjanya v__v

Malamnya semua tido pukul 4 pagi. Nak tido pun susah dengan suasana bising kan. Hurm hurm. Bangunlah pagi tu dengan mata panda yg sangat comel.

pelamin dah setel..saya org first yg rasmi..kekeke *cough*

dan gubahan hantaran

23 Ogos (Khamis)
Bangun pagi terus berebut bilik air. Berpuluh-puluh orang nak mandi ni. Lepastu berebut nak iron baju lagi. Tema kahwin kali ni ialah hitam putih merah. Untuk sedare terdekat,kazen dah sediakan kain pasang untuk setiap keluarga. Barulah Nampak 1 keluarga besar kan? Meghiah noh… majlis akad nikah pukul 10 pagi dekat masjid. Tapi saya tak pergi lah. Tak sempat nak siap-siap. Haha. Sibuk mekapkan anak dara ni haaa. Beratur panjang. Habis barang mekap saya. Sobsob *wipe tears* ada peluang jadi mak andam tak? Lepas dah setel semua barulah saya bersiap. Nasib baik bersanding petang jadi sempatlah nak melaram comel-comelannya.

Tengahari tu dah ramai datang ke kenduri. Sepupu sepapak dari pelosok dunia semua balik. Wuuu best sangat. Saya duduk dalam bilik pengantin je. Sibuk posing sana sini. Hehehe. Majlis kahwin bermula jam 3 petang.

peace (Y)

sempat je panjat katil ni haaa u__u

eh comel ah. eh eh? hahaha

ambil berkat sket. kot-kot lepasni my turn *cough*

hai kami sepupu.okebai

posing tang kanan lak. kekeke :p

peace again (Y)

us.

ini gambar cetak rompak!

ni baru 2 3 ketul yang keluar..tak semua lagi. boleh buat boria tak? v.v

nak inteprem jugak ah ai ni.. hahaha u__u

ni laa sepupu saya. hurm hurm

gemuruh jiwa raga ah naik pelamin

Selamat Hari Raya dan selamat pengantin baru buat Kak Awin. Dikesempatan ini,saya nak mohon maaf kalau ada salah silap ya. Terkata,sengaja mengata dan sebagainya. Oke salam sayang buat semua. Assalamualaikum.






Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Aug 26, 2012

Ai punya raya




Assalamualaikum.

Hai eberibody *waving*. Saya masih berada dalam mood raya. Maka blog pun lama juga beraya lalu tak berupdate. Banyak cerita nak saya kongsikan dekat sini. Hal-hal sebelum, semasa dan juga selepas raya. Semuanya tertangguh gara-gara penat dan tiada masa nak update. Harap sabar baca entry panjangnya berjela-jela ye. Peace (Y)

16 Ogos (Khamis)
3 hari sebelum raya,saya hadiri majlis iftar bersama Menteri Besar Terengganu. Majlis ni meriah sangat. Kalau nak tahu,majlis ni khas untuk PERMATA iaitu persatuan anak-anak Terengganu dari seluruh Universiti di Malaysia. Buat dekat Taman Tamadun Islam yg dekat Masjid Kristal tu. Tahu? Best..sempat jugak terserempak dengan ex-schoolmates. Oke masa ni sangat malu ahh..4 tahun tak jumpa tup-tup bertentang mata di TTI. Wuu. Happy sangat. Ramai yg join,beribu-ribu yg datang berpakaian Baju kurung dan juga Baju Melayu bersampin. Hensem worr u__u

hey! its me..Yana (Y)



dalam dewan. Geram saya belum ready senyum *jeling*


mari makan..Yummeh


and me beside him *cough* hai awak,rindu awak ah..

dah ayu semacam kenapa?

dapat kawan baru..from UTEM


17 Ogos (Jumaat)
2 hari lagi nak raya! Pagi tu saya dan adik-adik sibuk kemas rumah. Bersihkan kipas,tukar langsir,mop lantai dan macam-macam ahh. Penat worr. Ada masa sikit tolong mama jahit baju tempahan. Hurm hurm. Petang tu abah ajak berbuka dekat luar. Ape lagi,masak banyak-banyak. Lauk semua feveret saya. Macam tau-tau je mama ni. Bertolak lepas asar. Jalan jem ahh..geram sangat. Biasalah petang-petang kan. Orang busy nak ke bazar. At last sampai jugak dekat Pantai Batu Buruk. Berbuka dekat situ best worr. Ramai orang. Meghiahh aih.. berkelah tepi pantai sangat best.

Siap berbuka dan solat. Kami pergi beli pakaian raya pula. Dah penat berjalan,singgah Dataran Shah Bandar. Ramai orang dekat situ. Jual macam-macam. Murah pulak tu. Saya beli tudung dan kerongsang je. Adik-adik ah sibuk beli banyak sangat. Hurm hurm. Bertolak balik pukul 10 malam. Sampai rumah pukul 1 pagi. Nice sangat oke. 3 jam perjalanan disebabkan jalan jem. Kalau nak ikutkan 45 minit dah sampai rumah.

pantang jumpa kamera.. camni ah jadinya *cough*

benci gambar ni sebab muka dh tembam. *jeling**jeling**sad*


18 Ogos (Sabtu)
Sehari sebelum raya. Kemas lagi rumah. Lepastu tolong mama jahit baju tempahan lagi. Tolong abah pasang pelita. Tolong pacak buluh dan batang kayu. Tak lama lepastu maksedare dah sampai. Makin meriah rumah dengan budak-budak kecik. Malam raya main mercun main bunga api. Ya Allah best sangat. Jiran-jiran pakat main mercun lepastu lawan siapa paling kuat. Dah rasa macam dekat medan peperangan dah. Hahaha. Lawak ah…

Mama cakap tak cukup makanan ni. Saya adik abah dan kazen keluar pekan kejap. Nak beli makanan semua. Malam raya pun jem. Tension sangat hidup. Erghh…Sampai rumah pukul 12 malam. Kena mop lantai lagi. Bebudak dekat rumah tumpahkan air. Sabar jelah..pukul 3 baru tido.


19 Ogos (Ahad)
1 SYAWAL. Selamat hari Raya!!!..Seawal 6.30 pagi saya dan bangun. Kemas rumah sikit-sikit. Sayu hati bila terdengar takbir raya dari masjid. Teringat dekat arwah atok nenek. Lepastu mandi sunat hari raya. Gosok baju. Yang lain pergi sembahyang raya,tinggal beberapa orang je dekat rumah termasuk saya. Kami siapkan juadah hari raya. Tahun ni ada nasi ayam, sate, soto, lemang dan rendang.

Raya pertama dan kedua dan ketiga hanya dekat rumah. Sebab ramai sedare belah abah balik sini. Jumpa sedare yang duduk jauh. Seronok sangat. Seronok dengan kemeriahan yang ada. Tak kurang juga ramai kawan adik dan kawan abah yang datang. Kawan saya je yang tak datang. Sedih betul. Hurm hurm.

Nak dijadikan cerita,ada kawan abah datang 1 keluarga. Anak dia ramai. 2 perempuan dan 6 lelaki. Hensem hensem worr. Hahaha. Malu saya masa nak hidang makanan dan air. Macam berjumpa bakal mentua je. Kekeke..*perahsantan.jpg*

siapa salam memang bengkak ah dahi dia kena cincin..haha u_u

dis is me. edit je ni. terlebih puteh pulak. macam kena siram tepung..kuikui

penunggu pintu. cehh. nak duit raya meh salam kiss tangan pipi dulu.. blurzz

hmmp hmmp pipi kuh..

cakk! saya pakai shawl tocang..kau hado? *annoyed face*

buang tebiat kejap rompak spek adik. wuwuwu

Meghiah meghah mak ngah kali ni. Nasib baik selesa pakai sebab beli last minit. Poor me and siblings. Raya kali ni tak jadi ah ikut tema. ikut suka hati je. Sebab baju tak sempat siap. Ahh lantak. Asal kami semua bahagia. Cerita raya tak stop dekat sini. Tunggu next entry yaa..sayang semua!

To Be Continue....






Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Aug 14, 2012

Rumah itu dah.......





Assalamualaikum

Mungkin sekarang saya masih trauma. Saya sangat takut. Sampai mengigau setiap malam. Teruk jugak. Entahlaa.. tiada siapa memahami perasaan dan trauma saya sekarang. Kejadian ni berlaku beberapa hari yang lepas. Baru je lagi. Tapi igauan terhadap diri ini sampai sekarang.

Pagi sabtu, mama abah dan adik no 2 keluar pekan untuk beli lauk nasi. Yang berada dirumah hanya saya,adik kedua bongsu dan adik bongsu. Kami tiga beradik. Masa tu jam baru pukul 11 pagi kalau tak silap. Saya diruang tamu baca majalah, adik kedua bongsu dalam toilet bersiap nak mandi dan adik bongsu main ebook diruang tamu. Saya bosan, saya ke tepi tingkap. Mata ni melirik ke arah asap dari rumah jiran. Dalam fikiran, asap ape. Mungkin orang bakar sampah. Mungkin. Saya ke dapur untuk intai balik. Kot-kot nampak asap dari mana. Ahh pedulikan.

Saya menuju kebilik untuk mengambil henfon. 2 minit lepas tu saya dengar letupan yang kuat amat. Bunyi macam mercun. Tapi lagi kuat dari mercun. Macam mercun das. Sekarang dah tak sedap hati. Saya berlari ke tepi tingkap dan hampir rebah dekat situ. Allahurabbi...rumah jiran saya terbakar. Bahang sampai kedalam rumah saya. Api marak hanya Allah yang tahu. Badan saya terketar,bimbang marak ke rumah saya. Dengan kudrat yang ada saya dukung adik bongsu keluar rumah sambil menjerit sekuat hati menyuruh adik seorang lagi yang dalam toilet tu keluar. Makin lama makin marak api. Saya menangis sebab takut, bimbang. Lagi bimbang adik saya belum keluar rumah lagi. Sehabis kudrat saya masuk melalui pintu dapur dan keluarkan adik saya seorang lagi. Kami berpelukan tiga beradik diluar rumah. Ya Allah takut sangat. :(

keadaan rumah lebih kurang camni..ihsan pakcik Google

Masa kejadian, anak-anak jiran je berada dirumah. Ayah dia pergi kerja. Mak pula ke kedai beli ikan bawa anak seorang je. Lagi 3 orang tinggal dirumah. Anak semua kecik-kecik. 4 orang semuanya,yang sulong baru berumur 6 tahun. Yang bongsu baru 2 bulan. Yang saya sedih sangat bila tahu anak yang sulong tu tersedar api dibahagian dapur. Dengan pantas dia angkat adik bongsu letak diluar rumah dan terus berlari ke kedai panggil mak dia. Tengok? baru 6 tahun dah boleh harap kan? sedih tau tak. Masa mak dia sampai rumah,seorang lagi anak didalam bilik. Anak dia tu tengah menangis esak-esak keseorangan. Pengorbanan mak, sanggup dia masuk rumah dalam api  yang marak tu nak selamatkan anak dia. Alhamdulillah. Semua selamat.

Rumah jiran rumah kayu. Jadi cepatlah api menjilat seluruh rumah. Mungkin dalam 5 minit je rumah dia habis dijilat api. Sedihkan? 5 minit lepas tu bomba sampai. Masa tu dah 80% rumah terbakar. Api dia Ya Allah..besar sangat. Asap kepul hitam. Nasib baik bomba sempat sampai. Kalau tak mungkin marak kerumah saya. Nauzubillah. :(

Simpati sangat sebab sehari sebelum kejadian berlaku, jiran dah berhabis RM800 untuk beli kelengkapan raya untuk anak-anak. Mungkin nasib tidak menyebelahi dirinya. Sekelip mata habis semua depan mata. Sedihkan? Hurm. Tinggal sehelai sepinggang. Masa tu orang kebajikan dah datang hulurkan bantuan. Sedih sangat tengok keadaan mangsa. Cuba bayangkan kita ditempat dia. Tambahan lagi dah nak raya. Wartawan dan polis pun ramai yang datang.

dah tinggal macam ni memang tak boleh buat ape lah.. :(

Teruk dia sampai wayar letrik putus dan meletup-letup depan rumah. Dahsyat sangat kot. Mujurlah semua selamat. Biarlah hilang harta asal tak hilang nyawa. Mungkin masih dipanjangkan umur. Allahu... 

Tak lama lepastu mama abah balik. Saya hampir menangis. Sebab takut kan. Benda jadi depan mata. Selama ni selalu baca dalam surat khabar atau tengok berita je. Pengajaran untuk semua. Lepas ni make sure jangan tinggal sembarangan rumah tu kalau nak keluar. Plug yang dah tak guna tolonglah tutup dan cabut semua yang ada. Bila saya dengar mercun,saya tutup telinga. Saya takut dan jadi trauma sangat-sangat. Teringatkan bunyi letupan rumah jiran. Dah banyak malam saya susah nak tidur. Hurmm

Mungkin entry ini panjang dan bosan. Tapi saya lega dapat berkongsi dengan semua. Dan saya tak sangka dapat melindungi adik adik semasa ketiadaan parents. Bila diingakan balik,dah macam dalam drama tv. Ada bakat tak berlakon? Hehe sempat lagi. Moga cerita ni dapat bagi pengajaran untuk semua.



Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Aug 12, 2012

Kad Raya Tinggal Kenangan- UTUSAN MALAYSIA




Assalamualaikum

Minggu depan dah raya. Seronok? Puasa cukup? Cakap pasal raya mesti ada kaitan dengan KAD RAYA. Haaa..dekat sini siapa dapat kad raya banyak? Mesti seronok kan. Tapi zaman makin moden. Hantar ucapan raya melalui e-kad je. Dah tak seronok sangat macam dulu kala. Kan?

Amboi Yana kemain senyap-senyap masuk paper kan. Macam mana dapat masuk ni. Pung pang pung pang soalan bertalu-talu orang tanya semalam. Eheks. Sebenarnya 2 minggu lepas wartawan dari Utusan Malaysia, Kak Alyn. ade contact saya dekat facebook dan juga fanpage saya. Dia tanya camni

"Yana ada kumpul kad raya tak? Saya wartawan dari Utusan Malaysia nak isi ruangan S2 mengenai kad raya sempena nostalgia raya nanti la.....blablablabla.."

Lepas tu kami contact melalui fon dan aturkan interview dan shoot semua. Jurugambar tu datang rumah saya, baguskan? Hehehe u____u. Saya pun jadi malu. Sebab mama saya ada. Hahaha.


Ni lah muka depan Utusan Malaysia untuk ruangan S2 semalam. (11/8/2012). Tu semua gambar kad raya saya kumpul sejak berabad dulu kala. Jumlah hingga sekarang adalah dalam 159 keping kad. Hehehe. Jurugambar tu nampak teruja sangat tengok kad raya banyak-banyak. u___u



Kalau awak beli paper semalam. Boleh lah baca cerita saya tentang kad raya. (Y)


Ni siapa? Ni saya. Tak kenal? Oke fine. Hehehe.


Haa. tu haa muka saya dalam paper. Noob. Mama cakap muka saya nampak lain dalam paper. Sekali tengok memang tak cam. Mungkin lah. Macam-macam cerita saya kongsikan. Sebab kad raya ni sangat bermakna dan bagi seribu satu kenangan bagi mereka yang dapat. Bila kita baca balik. Kita akan rindu saat itu. Rindu kepada si pemberi. Dan rindu semua lah.

Terima kasih kepada sesiapa yang kasi kad raya dekat saya tahun ni. Tak sangka masih lagi dapat merasa kad raya pemberian kengkawan. Tahun ni saya dapat 15 keping kad raya. Korang? Hehehhee.
Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Aug 9, 2012

Candylicious.




Assalamualaikum

Selamat berpuasa untuk hari ke-17. Sekejap je kan. Persiapan raya mesti dah siap sedia semuanya kan. Mesti manis je nanti dihari raya. Sebut tentang manis, semua orang sukakan kemanisan. Betul tak? tak kisah lah cokelat manis ke, awek berwajah ayu lagi manis ke. Conclusionnya benda yang manis semua orang suka. End.

Hari ni oranglain sibuk kejar Baskin Robbins tapi saya nak kejar Candylicious. Mahu ikot? Jom!

Pernah dengar Candylicious? Dalam fikiran mesti terbayang sweet candy yang best best. Apa kata kita tawan deria rasa kita dengan kepelbagaian di Candylicious. Ada cokelat,gula-gula,manisan dan banyak lagi. Mana nak cari? Candylicious di Malaysia ni ada 2 iaitu dekat Suria KLCC dan juga One Utama. Dan sebenarnya ada lebih 5000 produk yang kita boleh dapati di Candylicious ni. Banyak gilaaa kan?




Ni depan pintu masuk ke Candylicious. Lawa kan. Siapa tengok mesti nak masuk. Trust me.



Pemandangan dalam Candylicious. Sangat menarik oke.




3 gambar dekat atas ni menempatkan Bulk Candy yang terdiri dari gula-gula, tapes dan juga cokelat. Ape yng best,kita boleh beli dalam aturan Pick & Mix.





Suka lolipop? Lollipops are for suckers. Nampak sedap belaka kan. Kalau makan semua ni dah sah satu hari je terus sakit gigi. Hahaha. 



Gelato Stick


Ais Krim Gelato


Garret Popcorn

AND
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V




This is for me. Thanks you friend alam maya sebab kasi saya yang ini. Sedap sangat. Sangat-sangat. :* walau tak pernah jumpa tapi awak baik. Lepas ni sape-sape nak pos hadiah dekat saya bagitau ye. Hahahaha.






Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)