Showing posts with label rumah terbakar. Show all posts
Showing posts with label rumah terbakar. Show all posts

Aug 14, 2012

Rumah itu dah.......





Assalamualaikum

Mungkin sekarang saya masih trauma. Saya sangat takut. Sampai mengigau setiap malam. Teruk jugak. Entahlaa.. tiada siapa memahami perasaan dan trauma saya sekarang. Kejadian ni berlaku beberapa hari yang lepas. Baru je lagi. Tapi igauan terhadap diri ini sampai sekarang.

Pagi sabtu, mama abah dan adik no 2 keluar pekan untuk beli lauk nasi. Yang berada dirumah hanya saya,adik kedua bongsu dan adik bongsu. Kami tiga beradik. Masa tu jam baru pukul 11 pagi kalau tak silap. Saya diruang tamu baca majalah, adik kedua bongsu dalam toilet bersiap nak mandi dan adik bongsu main ebook diruang tamu. Saya bosan, saya ke tepi tingkap. Mata ni melirik ke arah asap dari rumah jiran. Dalam fikiran, asap ape. Mungkin orang bakar sampah. Mungkin. Saya ke dapur untuk intai balik. Kot-kot nampak asap dari mana. Ahh pedulikan.

Saya menuju kebilik untuk mengambil henfon. 2 minit lepas tu saya dengar letupan yang kuat amat. Bunyi macam mercun. Tapi lagi kuat dari mercun. Macam mercun das. Sekarang dah tak sedap hati. Saya berlari ke tepi tingkap dan hampir rebah dekat situ. Allahurabbi...rumah jiran saya terbakar. Bahang sampai kedalam rumah saya. Api marak hanya Allah yang tahu. Badan saya terketar,bimbang marak ke rumah saya. Dengan kudrat yang ada saya dukung adik bongsu keluar rumah sambil menjerit sekuat hati menyuruh adik seorang lagi yang dalam toilet tu keluar. Makin lama makin marak api. Saya menangis sebab takut, bimbang. Lagi bimbang adik saya belum keluar rumah lagi. Sehabis kudrat saya masuk melalui pintu dapur dan keluarkan adik saya seorang lagi. Kami berpelukan tiga beradik diluar rumah. Ya Allah takut sangat. :(

keadaan rumah lebih kurang camni..ihsan pakcik Google

Masa kejadian, anak-anak jiran je berada dirumah. Ayah dia pergi kerja. Mak pula ke kedai beli ikan bawa anak seorang je. Lagi 3 orang tinggal dirumah. Anak semua kecik-kecik. 4 orang semuanya,yang sulong baru berumur 6 tahun. Yang bongsu baru 2 bulan. Yang saya sedih sangat bila tahu anak yang sulong tu tersedar api dibahagian dapur. Dengan pantas dia angkat adik bongsu letak diluar rumah dan terus berlari ke kedai panggil mak dia. Tengok? baru 6 tahun dah boleh harap kan? sedih tau tak. Masa mak dia sampai rumah,seorang lagi anak didalam bilik. Anak dia tu tengah menangis esak-esak keseorangan. Pengorbanan mak, sanggup dia masuk rumah dalam api  yang marak tu nak selamatkan anak dia. Alhamdulillah. Semua selamat.

Rumah jiran rumah kayu. Jadi cepatlah api menjilat seluruh rumah. Mungkin dalam 5 minit je rumah dia habis dijilat api. Sedihkan? 5 minit lepas tu bomba sampai. Masa tu dah 80% rumah terbakar. Api dia Ya Allah..besar sangat. Asap kepul hitam. Nasib baik bomba sempat sampai. Kalau tak mungkin marak kerumah saya. Nauzubillah. :(

Simpati sangat sebab sehari sebelum kejadian berlaku, jiran dah berhabis RM800 untuk beli kelengkapan raya untuk anak-anak. Mungkin nasib tidak menyebelahi dirinya. Sekelip mata habis semua depan mata. Sedihkan? Hurm. Tinggal sehelai sepinggang. Masa tu orang kebajikan dah datang hulurkan bantuan. Sedih sangat tengok keadaan mangsa. Cuba bayangkan kita ditempat dia. Tambahan lagi dah nak raya. Wartawan dan polis pun ramai yang datang.

dah tinggal macam ni memang tak boleh buat ape lah.. :(

Teruk dia sampai wayar letrik putus dan meletup-letup depan rumah. Dahsyat sangat kot. Mujurlah semua selamat. Biarlah hilang harta asal tak hilang nyawa. Mungkin masih dipanjangkan umur. Allahu... 

Tak lama lepastu mama abah balik. Saya hampir menangis. Sebab takut kan. Benda jadi depan mata. Selama ni selalu baca dalam surat khabar atau tengok berita je. Pengajaran untuk semua. Lepas ni make sure jangan tinggal sembarangan rumah tu kalau nak keluar. Plug yang dah tak guna tolonglah tutup dan cabut semua yang ada. Bila saya dengar mercun,saya tutup telinga. Saya takut dan jadi trauma sangat-sangat. Teringatkan bunyi letupan rumah jiran. Dah banyak malam saya susah nak tidur. Hurmm

Mungkin entry ini panjang dan bosan. Tapi saya lega dapat berkongsi dengan semua. Dan saya tak sangka dapat melindungi adik adik semasa ketiadaan parents. Bila diingakan balik,dah macam dalam drama tv. Ada bakat tak berlakon? Hehe sempat lagi. Moga cerita ni dapat bagi pengajaran untuk semua.



Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)