Jul 29, 2012

Diari yang dulu....









Assalamualaikum





Salam Ramadhan yang ke-9 semua. Alhamdulillah bagi mereka yang mampu berpuasa penuh. Syukur sangat kan. Hari ni mood sedikit okey dan happy sebab terjumpa sesuatu yang sudah lama saya tidak pegang. Iye..lama sangat sangat.


Tadi sedang sibuk kemaskan buku-buku di dalam bilik,tiba-tiba terjumpa "something" yang menyimpan seribu satu rahsia yang dulu. Ye..saya terjumpa diari saya yang menyimpan rahsia 4 tahun lepas. Lama kan? Masa tu saya di tingkatan 5. Tak sangka pula agak feeling terlebih nak buat diari bagai. Lawak sangat kalau diingatkan kembali. Mungkin disebabkan saya suka menulis diari dulu kala,feeling tu terbawak-bawak hingga terhasilnya blog. Mungkin laa....





Agak usang dan berdebu diari ni. Dah tersorok celah mana laa selama ni. Tapi isi kandungan masih dapat dibaca. Bila tengok,mak aihhh ape aku merepek jiwang-jiwang dalam diari ni. Lepas tu mula lah gelak sorang-sorang. Banyak kenangan manis dan juga pahit yang ada. Biarlah diri ini simpan sendiri yang pahit. Hanya diri ini dan Allah sahaja yang tahu. Saya nak kongsikan yang manis-manis saja untuk awak semua..Hehehe....


Ape yang manis sangat tu....

  • Suka dekat seorang pelajar lelaki. Manis tak? manis kan? Hahaha..saya pun remaja, saya punya jiwa, saya ingin dicinta, dan juga saya ingin menyinta..Ya Allah dah start jiwang dah. Oke dah. Hehehe.. ni semua cerita zaman monyet,zaman tok nenek. Haishh.. Tapi sekarang lain,lain sangat..
  • Berdengki dengan kawan sebab dia bijak sangat. Nasib baik berdengki pasal pelajaran, kalau berebutkan lelaki. Ohh tidak sama sekali.
  • Ada seorang guru lelaki ni hensem sangat. Buat semua pelajar perempuan cair termasuk saya. Tiap kali dia mengajar dalam kelas rasa teruja sangat. Hahahaa.. Kalau boleh nak dia je selalu mengajar. Lulz
  • Kena marah dan denda dengan cikgu Add Math sebab failed. Failed oke, hebat kan saya sampai failed? Hahaha.. Cikgu tu denda saya depan crush saya. Malu sangat tau. Malu sangat sangat.
  • Kena turun kelas sebab result tak memberangsankan. Eh ni dalam kategori manis ke? Merepek betul. 
  • Saya dan kawan baik saya (Teha) selalu nyanyi dalam kelas. Lebih-lebih ketika cikgu takde. Bukan main lagi buat konsert layan lagu jiwang. Haishh teruk perangai.
  • Saya dan kawan perempuan selalu ke library kalau cikgu takde. Study? Of course tak. Sebab nak skodeng pelajar lelaki yang ke library. Nampak macho dan berpendidikan katanya..Haha merepek oke.
  • Hari terakhir bersekolah. Kami semua memang berat hati sangat nak berpisah. 5 tahun bersama,memang susah lah kan. Lepas habis exam SPM,kami habiskan masa sehari dua untuk ber-bbq,mandi hujan,lepak sana-sini. Semua ada.
Sebenarnya banyak lagi rahsia merepek yang saya tulis didalam diari ni. Zaman sekolah, zaman remaja. Masa ni lah nak mencuba sesuatu yang baru. Semua ni kenangan. Yang akan saya simpan dihati sorang-sorang. Sejujurnya saya rindukan zaman persekolahan. Dekat sekolah ramai kawan, ramai yang boleh dengar masalah kita. Ada ramai guru yang ambil perhatian terhadap kita. Dan sangat berlainan when you turned 18 dan bawa haluan masing-masing. Semuanya kena berdikari sendiri. Trust me. Batch saya sangat ramai,dan hampir mencecah 200 orang pelajar tapi kami semua akrab. Tidak sombong, tidak berlagak pandai kalau mereka yang berada di kelas pertama. I love it.

Saya rindukan kenangan itu. Rindu kawan-kawan saya terutama roomates. Kami sekepala tapi tak gila. Gila-gila je..u_____u

Me at Twitter: @nuyuyana




Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

13 comments:

kindergartenlibrary said...

nely pun ada diari dulu . tapi , sejak ada blog , hilang sudaaa ~~

Anonymous said...

dulu pun saya selalu failed addmath. tapi, sbb dah asyik kena marah akhirnya spm dpat A.

alhamdulillah

Nisha said...

jempot join ya!

http://misskpoppers.blogspot.com/2012/07/segmen-dudel-kapel.html

teyhah said...

eh sma la nama.teha jugak.haha.dlu ada gk diary bentukarnab buku tu.yg free msa beli mknn nm apa tah ala2 honeystar haha

Nurain Jamil said...

sila join ye >_<

http://ceritasiaiyon.blogspot.com/2012/07/gempak-giveaway-hari-raya-by.html

kaizen said...

kemain usha laki yer....

Unknown said...

zaman kegemilangan tuu kak yana..haha..
pasal failed addmath jgn ckp lah..kenangan tuu..huhu..

Unknown said...

usha lelaki tampan perkara biasa bagi wanita...haha

nadia said...

nadia tak lah rajin nak tulis diari..:)

alamak, failed add math tu mcm reflect kat nadia je.. hehe

THE AUTHOR said...

Dulu buat diari gak....3 tahun ajer. Biasalah isi2 tentang cinta2....darah muda....kekeke

Sweet Tooth said...

lepak library mmg best ade aircond...pustakawan pun ad..hee

sayakayrulez said...

skrg blog lak jadi diary kan.

masyi said...

ad diari smpai skrg...klu private diari dalam buku pum ad...n dlm phone pum ad...hee...memg suka menulis sejk dulu kala...done follow sini

Post a Comment

Terima kaseh drops komen
Esok-esok drops komen lagi oke ! :)