May 27, 2012

Tips Cantik : Atasi Perut Buncit



Assalamualaikum people
.......................................................................

Tiba-tiba tempek gambar dua ketul yang digabungkan tanpa mukadimah -___- *speechless*

Lama tak update.Menaip pun tak berapa nak laju sekarang untuk blog,mohon maaf mohon ampun.Ambil masa bertahun-tahun untuk update blog,biar blog bersawang."Eh Yana bila nak update blog nieh......." maaflah bagi ramai pihak yang bertanya.Ermm ermm *wipe tears*

Sekarang dah study week,minggu depan start Final untuk semester 4.Kejap je rasenya habis tahun 2.Dah nak masuk tahun 3."eh Yana exam bila?Bila habis?Bila start cuti..............?" Actually jadual exam kita start 4,5,6,7 Jun nanti.Hebat.Straight empat hari.Pilu sangat hati.Pilu sepilu pilunya.... *wipe tears* Lepas tu boleh laa cuti semester 3 bulan lebih kan.Ermm ermm.Ada yang jelesh *baling pasu*

Hari ni nak kongsi sedikit tips untuk mereka yang ingin kekalkan kecantikan serta penampilan.Ecehh ayat dia kan..perempuan dengan kecantikan tidak dapat dipisahkan.Lebih-lebih lagi tang wajah,perut,body.Pheww..mesti nak lawa-lawa kan.Perempuan agak sedikit sensitif dengan perut buncit.Maluuu..nak pakai baju pun nanti nampak perut buncit.Hewhew -__- buncit lepas makan tu normal laa..kalau buncit kekal? terutama untuk anak gadis nieh,mesti kasi trauma seribu lapan ratus enam ploh tahun laaa.Yang dah kahwin tu takpayah cakap.Banyak duit,pergi SlimWorld.Errr..Jom terjah sedikit tips untuk atasi masalah perut buncit.Lepas ni boleh cekidouttt yaa...


Minum air
Jika kepenuhan perut adalah disebabkan oleh penyimpanan air,korang sebenarnya dapat mengurangkan masalah tersebut dengan minum banyak air. Hal ini akan mencairkan konsentrasi sodium dalam tubuh sehingga meningkatkan pengeluaran air dari sistem perkumuhan. Minum lebih banyak air juga menjamin fungsi hempedu efektif untuk mengeluarkan produk 'sampah'. Ketika anda sedang berdiet sekalipun, jangan ubah jumlah pengambilan air kerana ia akan menyebabkan banyak bahan sukar dicerna dan seterusnya menyebabkan perut buncit.

Makan dengan perlahan
Hindari makan terlalu cepat kerana jika korang menelan makanan dengan cepat, udara akan bertahan atau tersekat di dalam usus seterusnya membentuk gas yang dapat memicu penggelembungan perut. Amalkan makan dengan cara duduk dan kunyah makanan dengan perlahan. Makanan yang tidak dikunyah dengan betul akan menjadi bahagian-bahagian yang kecil yang tidak dapat dicerna dan menimbulkan banyak gas.

Mengurangkan pengambilan garam
Terlalu banyak garam dalam diet hanya akan menambahkan lagi sodium terhadap cairan tubuh yang seterusnya melambatkan mekanisme sehingga mendorong air keluar dari sel. Akibatnya, perut terasa penuh dan buncit.

Hindari sembelit
Sembelit didefinasikan sebagai membuang air besar sama ada tiga kali atau kurang dari jumlah itu dalam seminggu. Sebagai kesannya, perut akan membesar. Jadi untuk merangsang isi perut, tingkatkan pengambilan makanan berserat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

Olahraga/Bersenam
Olahraga/Bersenam akan membantu menggerakkan cairan dalam perut yang menyebabkan perut besar dengan mendorongnya keluar dari jaringan dan masuk ke aliran darah dan keluar sebagai peluh atau dibawa ke hempedu untuk keluar dalam bentuk pembuangan air kencing.

Dengan sedikit tips diatas,lepas ni boleh laa control yang mana terlebih tu. Dalam bilik buat senaman sikit-sikit pun dah okey kan.Tak semestinya bersenam kena turun padang.Kurangkan minum ais.*Padahal ais tu yang best..hewhew* dan sewaktu dengannya.Ada lagi tips lain? Boleh berkongsi.


follow me on Twitter------> KLIK






Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

11 comments:

Tyikhya Sharfyikha said...

wau,, sya sellu mkn dgn lju,,
sya main teln jer,,
ptut argh perut sya buncit *sikit,
tpi sya memg xdpt nk elak mkn dgn caraa lju,walupun abah dh pesn mkn dgn plhn,

sayakayrulez said...

ok boss...


nice tip

H A N said...

dari blog Nisa Kay...

T'kejut mula2, sebab tengok tajuk pasal perut buncit, tengok2 ada gambaq pandang kiri kana 2 keping, hahaha...

Usy@M^^ said...

owh... mcm tu rupenya..

Unknown said...

Thanks diatas maklumat berguna itu! :D

Anonymous said...

lama tak datang jenjalan sini dear! :)

nice tips! btw, cantikk ahh yana style tu! :)

Unknown said...

saya pun sama. suka makan cepat, sbb kdg tak sedar kita tgh kunyah makanan cepat sgt :D

THE AUTHOR said...

Aku makan laju ler...orang tua-tua kata kalau makan perlahan-lahan..nanti kerja lambab..heheheh
Sekarang dah tak boleh slow makan..huhuhu

NIA SI DRUMSTICK said...

waaa...stresss ng buncettt..huhu..
ssh nk cover..

sury said...

hi..saje singgah baca blog.
nak kurus,nak bodylicious,nak buat part time income
jom follow saya.
http://www.wannsury.com/2012/09/premium-beautiful-by-wannsury-jom.html

Unknown said...

waa terbaiklah

Kuruskan Badan Dengan Cepat Tanpa Guna Produk!

Post a Comment

Terima kaseh drops komen
Esok-esok drops komen lagi oke ! :)