Assalamualaikum
Sesungguhnya muka ibu yang mengandungkan serta melahirkan aku terbayang-bayang dalam fikiran ku kini. Sungguh aku sedih. Aku rindu mama dirumah. Aku tak kisah jika orang nak cakap anak emak, anak manja sekalipun. Sebab dia lah satu-satunya ibu aku atas dunia ini.
Pesan Ustaz Dato' Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah:
Rajin-rajinkan lah jenguk dan hubungi kedua ibu bapa ketika mereka masih lagi hidup dibumi ini,agar kelak tidak menyesal dan menangisi pemergian mereka
InsyaAllah,aku akan ingat dan buat selalu. Kata orang "telefon boipreng gelpreng berjam-jam boleh,tapi nak telefon mak ayah kejap pun susah". Betul tak? Memang aku tak sangkal pun,sebab bende ni realiti. Kalau telefon hanya nak suruh bank in duit,agak-agak mereka terasa hati tak? Sedih tak? Telefon untuk bertanya khabar jarang sekali laa. Moga lepas ni kita semua ambil iktibar. Nasihat untuk diri sendiri dan juga oranglain. :')
Hari ibu haram disambut? Entahlah,aku tak tahu jugak sebenarnya,kalau semua benda haram,ape pun tak boleh~~ Tapi sempena mengingati pengorbanan dan jasa ibu kita,tak salah rasanya kan untuk menyatakan perasaan sayang dan kasih kita terhadap ibu kita ni..So aku nak wish SELAMAT HARI IBU kepada mama aku yang telah bersusah payah menjaga dan mendidik aku dari kecil hingga kini. Hanya Allah sahaja dapat membalas budi baik mama #sobbing :'( sedih pulaa,hurm.
Yang pakai tudung merah tu my mom,bukan yang belakang tu.muehehe..tu mak sedare kite jep. Same tak muka same tak same tak?
Bak kata orang :
Seorang ibu mampu menjaga sepuluh orang anak,,tapi sepuluh orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu.
Untukmu Ibu:
Dalam hidup ini, kebahagiaan terbesar berasal dari kebahagiaan keluarga.
Orang tua adalah tulang yang digunakan anak-anak untuk mengasah gigi mereka
Hanya seorang ibu yang mengerti kasih seorang ibu.
Makin hari, aku semakin memikirkan ibuku.
Anak-anak adalah tangan yang membantu kmereka meraih syurga.
Siapakah yang mencintaiku dan akan mencintaiku selamanya dengan cinta yang tak mungkin lenyap oleh kesulitan, penderitaan dan kejahatan yang kuperbuat? Orang itu adalah kau, Ibuku.
Cinta ibu ibarat bahan bakar yang memungkinkan manusia normal melakukan hal-hal yan tidak mungkin.
Hanya para Ibu yang mampu berpikir tentang masa depan, sebab merekalah yang melahirkan masa depan, dalam diri anak-anak mereka.
Pemandangan paling indah di bawah bentangan langit berbintang adalah melihat seorang Ibu yang bahagia.
4 comments:
anda ditag ;)
http://sitinurshamimie.blogspot.com/2010/05/1st-mini-giveaway-by-lieyna-rosli.html
Selamat Hari ibu buat semua ibu2 blogger:)
hari2 adalah hari ibu:)
hargailah ibu sementara masih ada.. momma ucapkan slmt hari ibu buat semua ibu2...
Selamat hari ibu!!
Post a Comment
Terima kaseh drops komen
Esok-esok drops komen lagi oke ! :)