May 31, 2012

Random Giveaway by Yana.



STICKY POST!
ENTRY BARU SILA SCROLL BAWAH

Assalamualaikum.
..................................................................

Rasanya dah lama saya nak buat Giveaway untuk kesekian kalinya.Tapi masa tak mengizinkan.Untuk kali ni,saya lauch satu Random Giveaway untuk semua followers dan bloggers yaa.Nak join?Cuma follow simple steps dibawah tau.




SYARAT / PEMBERITAHUAN UMUM :
  1. Terbuka kepada followers blog A Tangled Tale of Fairytale ini. Tidak kira lelaki atau perempuan.
  2. Wajib mempunyai blog, bergelar blogger.
  3. Tak perlu tag kawan-kawan untuk join, cukup sekadar promote aje.
  4. Pemenang akan dipilih secara random.

    WAJIB patuhi semua syarat.
BAGAIMANA MENYERTAI ??


1. Buat entry bertajuk “Random Giveaway by Yana”


2. Letak banner giveaway dalam entry korang. 


3. Promote entry penyertaan korang habis-habisan, sebab ada hadiah untuk top referral.


4. Tekan butang LIKE dan TWEET kat bahagian entry ini untuk meriahkan Giveaway.

5. Tinggalkan link entry di comment bawah ni ye.


6. Pastikan korang ikut syarat-syarat di atas. 

Mudah je kan syarat untuk Giveaway kali ni?Lepas ni jangan malas-malas tau.Hadiah banyak untuk dikongsi.Hadiah bakal korang dapat berupa (Shawls/Tshirt/Contact Lens/Necklace/Etc).Bila tamat contest?Hujung bulan ni iaitu pada 31 May 2012.



SPONSOR KALI NI:
-YQNQ ELLYANA (LIKE)
-SENORITA SISTA CLOSET (LIKE)
-TRENDY COLLECTION (LIKE)
-NABILA HUDA GALLERY (LIKE)




Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

May 27, 2012

Tips Cantik : Atasi Perut Buncit



Assalamualaikum people
.......................................................................

Tiba-tiba tempek gambar dua ketul yang digabungkan tanpa mukadimah -___- *speechless*

Lama tak update.Menaip pun tak berapa nak laju sekarang untuk blog,mohon maaf mohon ampun.Ambil masa bertahun-tahun untuk update blog,biar blog bersawang."Eh Yana bila nak update blog nieh......." maaflah bagi ramai pihak yang bertanya.Ermm ermm *wipe tears*

Sekarang dah study week,minggu depan start Final untuk semester 4.Kejap je rasenya habis tahun 2.Dah nak masuk tahun 3."eh Yana exam bila?Bila habis?Bila start cuti..............?" Actually jadual exam kita start 4,5,6,7 Jun nanti.Hebat.Straight empat hari.Pilu sangat hati.Pilu sepilu pilunya.... *wipe tears* Lepas tu boleh laa cuti semester 3 bulan lebih kan.Ermm ermm.Ada yang jelesh *baling pasu*

Hari ni nak kongsi sedikit tips untuk mereka yang ingin kekalkan kecantikan serta penampilan.Ecehh ayat dia kan..perempuan dengan kecantikan tidak dapat dipisahkan.Lebih-lebih lagi tang wajah,perut,body.Pheww..mesti nak lawa-lawa kan.Perempuan agak sedikit sensitif dengan perut buncit.Maluuu..nak pakai baju pun nanti nampak perut buncit.Hewhew -__- buncit lepas makan tu normal laa..kalau buncit kekal? terutama untuk anak gadis nieh,mesti kasi trauma seribu lapan ratus enam ploh tahun laaa.Yang dah kahwin tu takpayah cakap.Banyak duit,pergi SlimWorld.Errr..Jom terjah sedikit tips untuk atasi masalah perut buncit.Lepas ni boleh cekidouttt yaa...


Minum air
Jika kepenuhan perut adalah disebabkan oleh penyimpanan air,korang sebenarnya dapat mengurangkan masalah tersebut dengan minum banyak air. Hal ini akan mencairkan konsentrasi sodium dalam tubuh sehingga meningkatkan pengeluaran air dari sistem perkumuhan. Minum lebih banyak air juga menjamin fungsi hempedu efektif untuk mengeluarkan produk 'sampah'. Ketika anda sedang berdiet sekalipun, jangan ubah jumlah pengambilan air kerana ia akan menyebabkan banyak bahan sukar dicerna dan seterusnya menyebabkan perut buncit.

Makan dengan perlahan
Hindari makan terlalu cepat kerana jika korang menelan makanan dengan cepat, udara akan bertahan atau tersekat di dalam usus seterusnya membentuk gas yang dapat memicu penggelembungan perut. Amalkan makan dengan cara duduk dan kunyah makanan dengan perlahan. Makanan yang tidak dikunyah dengan betul akan menjadi bahagian-bahagian yang kecil yang tidak dapat dicerna dan menimbulkan banyak gas.

Mengurangkan pengambilan garam
Terlalu banyak garam dalam diet hanya akan menambahkan lagi sodium terhadap cairan tubuh yang seterusnya melambatkan mekanisme sehingga mendorong air keluar dari sel. Akibatnya, perut terasa penuh dan buncit.

Hindari sembelit
Sembelit didefinasikan sebagai membuang air besar sama ada tiga kali atau kurang dari jumlah itu dalam seminggu. Sebagai kesannya, perut akan membesar. Jadi untuk merangsang isi perut, tingkatkan pengambilan makanan berserat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

Olahraga/Bersenam
Olahraga/Bersenam akan membantu menggerakkan cairan dalam perut yang menyebabkan perut besar dengan mendorongnya keluar dari jaringan dan masuk ke aliran darah dan keluar sebagai peluh atau dibawa ke hempedu untuk keluar dalam bentuk pembuangan air kencing.

Dengan sedikit tips diatas,lepas ni boleh laa control yang mana terlebih tu. Dalam bilik buat senaman sikit-sikit pun dah okey kan.Tak semestinya bersenam kena turun padang.Kurangkan minum ais.*Padahal ais tu yang best..hewhew* dan sewaktu dengannya.Ada lagi tips lain? Boleh berkongsi.


follow me on Twitter------> KLIK






Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

May 16, 2012

Tanda-tanda Lelaki itu Masih Suami Orang.





Assalamualaikum
................................................................

haruslah tempek muka seketul sebagai penghias entry -.-"

Sangat tak sabar menunggu cuti semester. Dah tak sampai sebulan dah. Dan memang lumrah sekarang adelah minggu paling busy dengan presentation,kuiz test semua.Ohh demm. T__T Tapi kan tapi kan,kena update blog jugak atas rasa kejeleshan dalam diri yakni melihat blogger lain sibuk post new entry dalam group. Ohh demm. Ohh demm. T__T 

Baru baru ni ada dengar kes pelajar bercinta dengan suami orang. Haa jangan terkejut. Suami orang pun ada orang nak tahu. Asal poket penuh duit,itu ini ditanggung. Tapi tak semua perempuan macam tu tahu. Termasuk diri yang menaip ni. Nak yang single-single je. Eceh. Tapi ada jugak kes perempuan kena tipu oleh lelaki. Ohh lelaki buaya darat ! Dah ada anak bini pun sanggup cakap belum kahwin. Tak sedar diri ke ape. Opps maaf terkasar. Muehehehe. Jangan tengok hensem bak Aaron Aziz terus nak layan. Kena siasat latar belakang lelaki tu jugak. Bimbang menangis tak berlagu dimasa hadapan. Demm T__T Sebelum kena tipu jom cekidaut tanda-tanda yang lelaki itu masih lagi menjadi suami orang.


1. Bila berbual dengan anda matanya tidak memandang wajah atau muka anda kerana takut pembohongannya dikesan. 

2. Ketika sedang berjalan-jalan dengan anda matanya liar memerhatikan sekeliling kerana dia khuatir terserempak dengan rakan-rakan isterinya atau saudara mara. Dan juga menggatal tengok awek lain. Sempat je kan.

3. Jarang mengajak anda makan di tempat terbuka untuk menjaga line dengan makan di tempat-tempat yang sulit dan tersembunyi. Atau jauh dari tempat tinggalnya.

4. Sukar untuk menghubungi telefon bimbitnya kerana sering tidak dapat dihubungi kerana sebenarnya dia menggunakan 2 atau 3 talian (sim card) dan anda hanya mempunyai nombor talian yang dikhaskan untuk menggatal. Atau beralasan tidur ataupun silent.

5. Sama sekali tidak akan mengajak anda datang ke rumahnya untuk bertemu kedua orang tuanya.

6. Dalam keretanya ada tanda-tanda kehadiran budak kecil seperti anak patung, selipar, puting ataupun tompok-tompok berbau susu di kusyen kereta.

7. Bila bersembang tentang rahsia wanita, pengetahuannya luarbiasa kerana dia sendiri pernah tinggal serumah, sebilik dan sekatil dengan wanita.

8. Tahap kemiangan dan kegatalannya melampau, mungkin kerana terlalu di kongkong oleh isterinya. Bila memandang tubuh anda, matanya menakutkan (tafsir sampai ke dalam kata orang tua). Tangannya pun gatal menjalar. Cium pun nak. Ada pengalaman. HAHA T.T

9. Perutnya buncit atau boroi kerana makan dan minumnya dijaga oleh isteri mithali yang baik dan setia di rumah. 

10. Bila telefon bimbitnya berbunyi, dia akan pergi ke tempat yang agak jauh dari anda untuk menjawabnya atau jika di dalam kereta dia akan membiarkan telefon berbunyi tanpa menjawabnya selepas melihat nombor yang terpapar di screen kerana yang menelefonnya adalah isterinya atau koleksi awek2 yang lain.

11.Keretanya akan dikemaskan kononnya baru balik dari kerja. Kasut dan beg diletak di depan semula.

12.Pelekat parking akan ditanggalkan untuk mengelak diketahui tempat tinggalnya.

13.Jangan percaya belum kahwin kalau umur dah meningkat 30 lebih. Errkk.


Dah cekidaut? Lepas ni kena berhati-hati nak pilih pasangan. Melainkan korang sendiri suka dengan rela dan ikhlasnya untuk jadi madu atau isteri kedua, ketiga mahupun keempat. Hambik kau. nak ke,taknak kan? kan? Hehe. Perempuan kena hati-hati ya. Nak pilih yang matang memang tak salah asal jangan silap langkah sudah. Ewah. Macam doktor pakar motivasi rumah tangga pulak kan. Ohh demm.




Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

May 13, 2012

Sayang Mama.



Assalamualaikum

Sesungguhnya muka ibu yang mengandungkan serta melahirkan aku terbayang-bayang dalam fikiran ku kini. Sungguh aku sedih. Aku rindu mama dirumah. Aku tak kisah jika orang nak cakap anak emak, anak manja sekalipun. Sebab dia lah satu-satunya ibu aku atas dunia ini.

Pesan Ustaz Dato' Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah:
Rajin-rajinkan lah jenguk dan hubungi kedua ibu bapa ketika mereka masih lagi hidup dibumi ini,agar kelak tidak menyesal dan menangisi pemergian mereka

InsyaAllah,aku akan ingat dan buat selalu. Kata orang "telefon boipreng gelpreng berjam-jam boleh,tapi nak telefon mak ayah kejap pun susah". Betul tak? Memang aku tak sangkal pun,sebab bende ni realiti. Kalau telefon hanya nak suruh bank in duit,agak-agak mereka terasa hati tak? Sedih tak? Telefon untuk bertanya khabar jarang sekali laa. Moga lepas ni kita semua ambil iktibar. Nasihat untuk diri sendiri dan juga oranglain. :')

Hari ibu haram disambut? Entahlah,aku tak tahu jugak sebenarnya,kalau semua benda haram,ape pun tak boleh~~ Tapi sempena mengingati pengorbanan dan jasa ibu kita,tak salah rasanya kan untuk menyatakan perasaan sayang dan kasih kita terhadap ibu kita ni..So aku nak wish SELAMAT HARI IBU kepada mama aku yang telah bersusah payah menjaga dan mendidik aku dari kecil hingga kini. Hanya Allah sahaja dapat membalas budi baik mama #sobbing :'( sedih pulaa,hurm.


Yang pakai tudung merah tu my mom,bukan yang belakang tu.muehehe..tu mak sedare kite jep. Same tak muka same tak same tak?

Bak kata orang :
Seorang ibu mampu menjaga sepuluh orang anak,,tapi sepuluh orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu.


Untukmu Ibu:
Dalam hidup ini, kebahagiaan terbesar berasal dari kebahagiaan keluarga.
Orang tua adalah tulang yang digunakan anak-anak untuk mengasah gigi mereka
Hanya seorang ibu yang mengerti kasih seorang ibu.
Makin hari, aku semakin memikirkan ibuku.
Anak-anak adalah tangan yang membantu kmereka meraih syurga.
Siapakah yang mencintaiku dan akan mencintaiku selamanya dengan cinta yang tak mungkin lenyap oleh kesulitan, penderitaan dan kejahatan yang kuperbuat? Orang itu adalah kau, Ibuku.
Cinta ibu ibarat bahan bakar yang memungkinkan manusia normal melakukan hal-hal yan tidak mungkin.
Hanya para Ibu yang mampu berpikir tentang masa depan, sebab merekalah yang melahirkan masa depan, dalam diri anak-anak mereka.
Pemandangan paling indah di bawah bentangan langit berbintang adalah melihat seorang Ibu yang bahagia.




Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

May 9, 2012

Memang patot perempuan ni kene PENJARA!



Assalamualaikum.

Dunia sekarang terlalu kejam.Sangat kejam.Kejam bukan boleh didefinisikan untuk membunuh je tapi kejam jugak boleh didefinisi bila melakukan sesuatu kejahatan dalam segala hal.Ahh kejam kejam kejammmmm!!!! Maaf emo kejap T__T

Sejak dari tengahari tadi dah kecoh tentang video budak kene dera tu kan. Bayangkan ibu sendiri dera anak macam tu. Eh kau tak rasa sakit ke masa lahir dekat dye? Kau tak sayangkan dye ke? Kau tak rasa susah ke mengandungkan dye dulu? Sampai hati kau pukul sepak anak macam tu. Binatang pun sayangkan anak dye tahu. Binatang macam anjing sayangkan anak dye. Dah kau ni spesies ape? Sumpah tak tahan tengok budak menangis macam tu. Dah tak berdaya nak bangun. Seriusly hati kecil aku sakit, sedih sangat walau dye bukan anak aku.

Hasil aduan orang ramai, polis dah ambil tindakan keatas perempuan berhati wadefakk tuh. Ni sumpah menyumpah stail comel punya.HAHA. Maaflah,aku lebih bela akan budak kecik tu,bukan mak dye. Harap maklum. But why 18 bulan je? Why why why? T___T

Polis Diraja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan rasmi beberapa minit lepas tentang video viral beberapa jam lepas yang menunjukkan seorang wanita sedang mendera seorang bayi.
STATUS VIDEO PENDERAAN BAYI :
Berhubung dengan penyebaran video penderaan bayi melalui media sosial, PDRM telah menerima hampir 300 aduan dan komen daripada orang ramai yang rata-rata bersimpati dan prihatin dengan nasib bayi tersebut.
Untuk makluman, kes tersebut telah dilaporkan di IPD Petaling Jaya pada 29 Mei 2011 dan tangkapan telah dibuat pada hari yang sama. Pelaku merupakan ibu kandung kepada bayi perempuan yang didera.
Wanita tersebut kini sedang menjalani hukuman penjara selama 18 bulan bermula pada tarikh tangkapan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.
Tahniah atas keprihatinan yang anda semua tunjukkan berhubung kes ini, ini menunjukkan rakyat Malaysia masih mempunyai jati diri, keperimanusiaan dan moral yang tinggi dan semoga kita semua dapat mengekalkan jati diri ini.
Bila tengok wajah kecil dah teruk macam ni. Sedihnya aku. Hinanya mak dye sampai sanggup buat anak kandung macam ni. Dah tak sayang anak kasi oranglain lah weh. Ramai lagi pasangan yang dah kahwin nak jaga didik belai dengan kasih sayang budak kecik seusia ni. Ahhh geram! 

Semoga dye cepat sembuh. #sobbing :'(




Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Sponsor bertambah.Hadiah makin BEST!



Assalamualaikum.
......................................................................

Makin hari makin bersemangat dengan Giveaway yang saya anjurkan. Bukan apa,ramai pihak yang bermurah hati ingin sponsor hadiah. Thanks banyak-banyak ye. *Hugs

Di entry yang lepas, ade pihak yang ingin sponsor baju cantik. Nak menang? sila klik entry SINI. Hari ni rezeki untuk korang menang makin bertambah sebab pihak Nabila Huda Gallery sponsor hadiah untuk dua pemenang. Nak menang cincin vintage? Atau pun necklace cantik?



Seronok kan kalau ada rezeki untuk menang? Ape tunggu lagi,cepat-cepat taip entry giveaway dan hantar diblog saya. Mana tahu rezeki korang ada untuk kali ni. Jangan lupa untuk LIKE fanpage NABILA HUDA GALLERY !

Nak join Giveaway?boleh klik di SINI.






Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

May 8, 2012

Beats by dr.dre Giveaway



Assalamualaikum
........................................................




Harap-harap dapat yang merah ini satu !
Sekian.






Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

May 7, 2012

Result UPU dah keluar?



Assalamualaikum
..............................................................

Saya yakin sejak semalam pasti student lepasan SPM yakni yang sedang menunggu tawaran UPU berdebar-debar menunggu result UPU hari kan. Yeah. Pagi tadi lepas celik mata terus saya buka lappy untuk online. Dah macam mengigau pun ade. Bila buka twitter, Timeline penuh dengan tweet nerves nak dapat result UPU lah,itu laa ini laa. Wah nerves habis kan. Situasi ni saya pernah lalui macam korang sebenarnya. Memang tak tidur malam. Eceh over pula. T___T 








Maaflah saya jadi pencuri status tweet kejap tadi.HEHE.Untuk show off sikit-sikit je pun. Sila baca sila nerves sila tutop muka dengan bantal. LOL T__T

Lepas ni sape-sape dapat UPU sama macam saya,jangan lupa untuk bagitahu yaa. Saya orang pertama yang teruja nanti. Tak pasal-pasal.HEHE. Bagi sape-sape yang tak dapat,jangan kecewa jangan putus asa. Sesungguhnya rezeki ada dimana-mana. Jangan ingat tak dapat tawaran UPU,masa depan korang terus gelap. No no no ! Bukan macam tu okeh. Tempat belajar dalam Malaysia ni banyak tak terkira. Korang mampu,sambung je study dekat mana-mana. Err cakap senang je kan. T__T Entahlah,depends result SPM korang jugak sebenarnya. Rezeki ada dimana-mana,InsyaAllah. Dan ni pesanan ikhlas dari hati saya untuk semua adik-adik. Baca bawah baca bawah :


Saya post tweet tadi. Sape nampak,nampak lahhh. Sape tak nampak,err takpelah. HEHE. Jangan lupa follow twitter saya juga. Taip je CRUSHGURLZ atau mention saya @nuyuyana. Sekian.










Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

May 6, 2012

Sponsor bertambah untuk Random Giveaway By Yana.



Assalamualaikum.

Sihat-sihat belaka? Siang tadi saya dah lancarkan satu Random Giveaway untuk bloggers dan followers. Rasanya semua dah tahu.Eh ke ade yang belum tahu.Lepas ni kena selalu up to date yaa. Untuk giveaway kali ni.saya dapat sponsor tambahan dari Senorita Sista Closet. Hadiah ape? Baju yang cantik untuk TOP REFERRAL Giveaway saya.Boleh kan?


Bagi sesiapa yang belum Join Random Giveaway boleh taip entry laju-laju.Refer dekat SINI oke untuk join.



Macam mana nak menang? Awak kena selalu promote Giveaway ni.Tiap-tiap hari kalau rajin.Paling malas pun setiap jam.HEHE.Kidding.Buat sticky post atau share dekat facebook atau twitter.Atau jugak letak di sidebar blog masing-masing.Mana tahu rezeki untuk awak menang baju cantik kali ni kan?

Jangan lupa untuk LIKE page sponsor

Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

May 3, 2012

Jualan Terakhir Bawal Bercorak




Assalamualaikum
.......................................................................


Kali ni saya nak taip entry sesimple yang mungkin. Masih ada yang tanya saya jual lagi ke tak tudung bawal bercorak. Dengan saya ada 4 helai lagi. Untuk penghabisan,saya jual dengan harga RM10 sahaja sehelai. Berminat? boleh tengok dulu corak-corak yang cantik dibawah ni tau



Grey colour

Blue colour

Pink plus brown colour

Soft blue colour

RM10 sahaja ya.Sape cepat dye dapat. Untuk contat saya,boleh contat dipage yaa..Klik SINI.












Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

BEN ASHAARI : MAY 2012




BEN ASHAARI

Ceritakan sedikit kenapa nak berada dalam bloglist blog BenAshaari.com dan pandangn anda mengenai blog BenAshaari.com ini .

Sebab-sebabnya? :
1) Tak pernah join bloglist Ben sebelum ni
2) Dapat tambah kenalan blogger
3) Moga saya rajin kembali utk updte blog lepas ni
4) Bloglist di blog Ben selalu dapat perhatian,join sekaki.HEHE
5) Dah tak tahu sebab dah. T.T

Pandangan blog Ben? :
1) Bagus! sebab selalu updte.
2) Banyak info best.Paling best baca tntang Qhaliff.Sory Ben,jangan jelesh.HEHE
3) Suka baca blog Ben.
4) Entry sempoi-sempoi.Rileks je kalau baca.
5) Harap Ben terima saya seadanya.HAHA.Sekian




Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)