Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

May 9, 2012

Memang patot perempuan ni kene PENJARA!



Assalamualaikum.

Dunia sekarang terlalu kejam.Sangat kejam.Kejam bukan boleh didefinisikan untuk membunuh je tapi kejam jugak boleh didefinisi bila melakukan sesuatu kejahatan dalam segala hal.Ahh kejam kejam kejammmmm!!!! Maaf emo kejap T__T

Sejak dari tengahari tadi dah kecoh tentang video budak kene dera tu kan. Bayangkan ibu sendiri dera anak macam tu. Eh kau tak rasa sakit ke masa lahir dekat dye? Kau tak sayangkan dye ke? Kau tak rasa susah ke mengandungkan dye dulu? Sampai hati kau pukul sepak anak macam tu. Binatang pun sayangkan anak dye tahu. Binatang macam anjing sayangkan anak dye. Dah kau ni spesies ape? Sumpah tak tahan tengok budak menangis macam tu. Dah tak berdaya nak bangun. Seriusly hati kecil aku sakit, sedih sangat walau dye bukan anak aku.

Hasil aduan orang ramai, polis dah ambil tindakan keatas perempuan berhati wadefakk tuh. Ni sumpah menyumpah stail comel punya.HAHA. Maaflah,aku lebih bela akan budak kecik tu,bukan mak dye. Harap maklum. But why 18 bulan je? Why why why? T___T

Polis Diraja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan rasmi beberapa minit lepas tentang video viral beberapa jam lepas yang menunjukkan seorang wanita sedang mendera seorang bayi.
STATUS VIDEO PENDERAAN BAYI :
Berhubung dengan penyebaran video penderaan bayi melalui media sosial, PDRM telah menerima hampir 300 aduan dan komen daripada orang ramai yang rata-rata bersimpati dan prihatin dengan nasib bayi tersebut.
Untuk makluman, kes tersebut telah dilaporkan di IPD Petaling Jaya pada 29 Mei 2011 dan tangkapan telah dibuat pada hari yang sama. Pelaku merupakan ibu kandung kepada bayi perempuan yang didera.
Wanita tersebut kini sedang menjalani hukuman penjara selama 18 bulan bermula pada tarikh tangkapan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.
Tahniah atas keprihatinan yang anda semua tunjukkan berhubung kes ini, ini menunjukkan rakyat Malaysia masih mempunyai jati diri, keperimanusiaan dan moral yang tinggi dan semoga kita semua dapat mengekalkan jati diri ini.
Bila tengok wajah kecil dah teruk macam ni. Sedihnya aku. Hinanya mak dye sampai sanggup buat anak kandung macam ni. Dah tak sayang anak kasi oranglain lah weh. Ramai lagi pasangan yang dah kahwin nak jaga didik belai dengan kasih sayang budak kecik seusia ni. Ahhh geram! 

Semoga dye cepat sembuh. #sobbing :'(




Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)