Showing posts with label dinner. Show all posts
Showing posts with label dinner. Show all posts

Nov 26, 2012

Sama macam Diana Amir?



Assalamualaikum..

Ini entry kembang hidung empatblas inci. Bukan apa, seakan tak percaya bila diri dikatakan macam Diana Amir. Eh perasan ahh kau Yana... Hahaha. Tapi sebelum tu ramai-ramai buka entry SINI dulu, kena baca dan komen dulu. Lepastu review sedikit komen dari blogger popular dan cantik ni :) diorang komen camni..










Rasanya bukan sama dari segi muka kot, mungkin cara pemakaian shawls. Hehe.. tapi ayu tetap sama untuk aku dan dia. Ehhh? Sebenarnya cara pakai tudung ni pun aku refer tutorial Diana Amir semasa bulan Ramadhan haritu. Dalam cerita Akustika Ramadhan. Diana Amir jadi artis jemputan, lepastu dia tunjukkan 2 tutorial hijab kalau tak silap. Cantik and nice. From that, main cuba belit shawl sendiri dan akhirnya pakai untuk ke Dinner. Yeay Im done.

Nak tengok gambar dinner boleh tengok dekat SINI tau (:  ...............................................


Nah sama tak? Eh bukan muka tapi pemakaian shawl.. kalau nak cakap muka kitorang sama pun ape salahnya. Aku terima seadanya. Bhahaha.... eh dengar kata Diana Amir bertunang dengan ustaz haritu kan? Haa gosip artis cepat je kau kan Yana... cantik dia bertudung sekarang, seriously aku suka dengan penampilan dia. Style ohh... dear Diana Amir,Im really adore you... Pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas. Lols..

Dari secret admire mu : Yana xoxo.




Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Oct 24, 2012

Dinner PERMATA UMP



Assalamualaikum


To the left to the left *~*

Lama tak update blog kan? Lately saya teramat lah sibuk dengan test,kuiz,assignments dan segala program dekat UMP ni. Dan alhamdulillah,sekarang dah berada dekat rumah. Cuti raya haji lah katakan..*smile.jpg* lepas cuti ada 3 test lagi menanti. Sangat best. Lols

Ahad malam yang lepas (21 Oktober 2012) saya hadiri dinner PERMATA UMP dekat Arabian Bay Resort,Bukit Gambang Resort City. Tempat ni baru siap dan baru dibuka sebenarnya. Cantik sangat pemandangan dekat sana lebih-lebih lagi waktu malam. Ohh sebelum terlupa, PERMATA UMP tu persatuan mahasiswa mahasiswi UMP untuk anak-anak kelahiran Terengganu sahaja ye.


Dan... Ini saya dan Mariah :) Posing dalam bilik je dulu.


Nah! Zoom sikit. Terover putih lak gambar ni *~*

Majlis dinner kali ni sangat simple. Semua mahasiwa masuk dewan. Tunggu ketibaan VIP semua. Bacaan doa. Lepas tu boleh makan.. Best kan? Tak payah tunggu orang siap berucap semua. Hahaha u__u


Dan ini... banyak tak? SShhh. 


Kalau boleh nak penuhkan satu meja tau dengan pelbagai jenis makanan :) Yang paling best sebab hadir dinner ni FREE sahaja. Takde bayaran, dan dapat makan banyak dan puas-puas. Ni lah saya rasa dinner yang pertama kalinya dapat makan banyak dan balik dengan perut yang kenyang. Hehehe


Ni meja kami.


Belon wajiblah dijauhkan dari saya. Takot meletop sebenarnya *sigh*


Yang ni pula orang kuat PERMATA UMP. 


Ni kawan baru.. nama dia er... lupa -..-


Sambil makan sambil dengar lagu. Seronok oke. Rasa nak menari je. Ehh over :p


Haruslah bergambar sebelum balik :)


Like a princess? Ciss. Haha. Btw Mariah comey lote :p


Last from me. Hai :)

Dinner best. Tapi yang jadi tak best sebab pening nak pilih dress mana yang sesuai.. and.. kalau lah setiap dinner tu dapat makan kenyang macam ni kan best :) Tu je cerita kali ni.. tunggu cerita sembelih lembu lak. Hehehe.. Tata.

p/s: sebenarnya ada banyak lg gambar nk upload tapi malas ah :(





Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)