Feb 14, 2013

Kini Kembali..



Assalamualaikum <3


*sengetkan kepala* Haip, Lama nya tak update blog. Sebulan mungkin, seingat aku last update pun sebelum cuti semester semasa study week kalau tak silap. Lama kan? rasa dah nak letak jawatan dari persatuan blogger sedunia dah, malu akan diri sendiri sebab malas sangat n___n . Cuti semester pun berbaki tak lebih dari tiga hari sahaja lagi. Oke ni part paling sedih.

"Cuti sebulan buat ape dekat rumah?". Soalan paling femes di abad kini bila balik rumah. Banyak benda yang aku buat sebenarnya. Makan. Online. Jalan kesana kemari. Hangout dengan kawan-kawan. Luangkan masa dengan keluarga. Shopping. Dan banyak lagi lah. Part makan dan online tu penting sampai naik rimas. Aher aher aher. Tapi tuntas, berat tak pernah naik walau makan seketul batu besar sekalipun. Sad, I is sad.


Cuti kali ni semua ahli keluarga ada dekat rumah. Jadi lagi seronoklah. Tiap-tiap hujung minggu mesti keluar dengan adik yang sorang ni (tanam anggur di rumah,sebab tunggu result espiem). Teman dia ke klinik gigi lah (sibuk nak pakai braces), teman shopping, teman perabeh duit. Dan teman semua lah. Lahai...

Dan dimalam hari pula, aku akan jadi guru yang paling garang tapi kiut diabad kini. Selalunya balik cuti, mesti ada jiran-jiran yang suruh aku ajar anak diorang, I mean buat tusyen untuk anak diorang. Tugas ni bukan senang tau, takde praktikal macam bakal-bakal cikgu tu, terus main hentam ngajar anak orang. Aher aher n__n Kebetulan adik aku pun bakal menduduki UPSR tahun ni, dengan sedikit bekalan ilmu di dada, aku adakan tusyen dekat rumah khas untuk adik dan kawan-kawan dia. Ajar lah 4 subjek tu dengan muka takabbur. Allahu.. hahaha. (agak-agak ada bakat jadi cikgu tak?). Ape yang menyedihkan, malam ni malam terakhir aku mengajar. (padahal happy dah tak ngajar).


Dan sejujurnya cuti kali ni paling bermakna dalam banyak-banyak cuti. Sebab dapat buat reunion dengan budak-budak kelas zaman sekolah rendah dulu. Bukan sekolah menengah tau, sekolah rendah. Aher aher aher n_____n Bukan senang tahu nak plan semua ni agar menjadi. Sempena Chinese New Year ni of course lah ramai yang cuti kan. Jadi lepas contact mana-mana yang dapat, maka berkumpul dan berbabeque lah kami. Hati ni tak payah cakap lah betapa rindunya dengan kawan-kawan. Dah lama sangat tak jumpa. Mungkin dah 10 tahun. Yang dulu kecik, sekarang dah besar. Yang dulu comot, sekarang dah comel lote. Yang dulu nakal, sekarang dah body ketul-ketul. Ehh.

Plan asal nak bbq tepi sungai tapi tuntas. Sehari sebelum bbq tu hujan tak henti-henti. Bimbang jugak kalau tak jadi plan kali ni. Keesokan hari kejap hujan kejap tak. Stress tahu tak sebab fikir keadaan dekat sungai tu. Pagi tu aku dan 2 orang kawan keluar awal sebab nak set up tempat. Semangat okey lepas subuh tak tidur sebab prepare bbq punya pasal. Bagus betul oke. Aher aher n___n Dan kecewa sangat bila sampai dekat sungai, memang tak berkelip mata tengok air yang dalam gila gilaa gilaaa gilaaaa gilaaaaaa. Okey kalau dah gila banyak kali tu tandanya sangat-sangat dalam lah. Hehehe. Dah semacam nak melimpah ade lah. Kang banjir terperangkap dekat situ acano.

At last, texting semua orang suruh datang rumah aku ajelah. Bbq sini, selamat sikit. Lololol. Kecewa kemain. Lagi selesa lagi best tak payah berhujan. Aiceh.


Ni baru sikit. Ade tiga empat pinggan ayam dan sosej lagi tau. Banyak sangat sampai makan pun tak habis. Nak buat cemane yang datang 10 orang tapi prepare makanan macam nak makan 100 orang. Hehehe. Bila dah sampai semua kawan-kawan, Ya Allah rasa sedih sangat. Tak sangka dapat jumpa tau. Rasa nak peluk lama-lama takmo lepas :'( Yang datang ni pun kebetulan free dan tak kahwin lagi. Aher aher aher. Sebenarnya budak kelas aku dah ramai kahwin tau, anak dua tiga orang dah. Nak join reunion confirm susah kan sebab dah ada suami dan anak-anak. Tapi takpe, datang 10 orang ni pun dah ubat rindu dihati ni. Aiceh. Aku bila lagi? aiceh biarlah rahsia.


Dulu kecik lagi. Pendek dan renek. Sekarang dah besar, makin ayu jelita gitew. Ada bakal cikgu, bakal lecturere, bakal doktor, pakar sakit tulang, eh pakar ke? hahaha. Ade semua. Alhamdulillah, semua berjaya.


Kesian. Lelaki sejati yang datang 3 orang je. Tapi kecoh macam 30 orang. Bila buka cerita zaman kecik-kecik semua gelak. Nakal tak payah cakap lebih-lebih lagi semasa darjah 6. Ketawa bersama menangis bersama. Kena rotan sama-sama. Kena denda sama-sama. Bila masuk tingkatan 1 semua dah bawa haluan masing-masing.


Ini kembar dalam kelas aku. Ayu dan Aya. Yang kiri Ayu dan kanan Aya. Rindunya dekat korang bila tengok gambar ni. Haih. Dengar cerita Ayu tak lama dah nak kahwin. Aher aher seronok ah cenggitu. Kalau boleh nak peluk lama-lama tau *hugs*


Dan ini gadis-gadis kecintaan hati. Sastriah (pakai tudung biru) dah nak kahwin bulan 5 nanti. Semua pakat kahwin, tinggallah daku sorang-sorang. Aher aher. Comel-comel dah semua. Dulu comot, serabai, hitam legam. Hihihi. Eh tu aku lah tu hitam legam masa kecik. Dah konfius jantina lelaki ke perempuan. Hehehe n__n

Banyak lagi gambar sebenarnya. Tapi takleh lah upload, nanti keluar isu-isu yang tidak disenangi. Hehehe. Hope lepas ni ada lagi reunion. Biar semua dapat datang. Tak kisahlah bawak anak ramai-ramai pun. Aher aher aher. Last but not least, ni untuk kalian...

"we are born alone, we live alone, we die alone. Only through our love and friendship can we create the illusion for the moment that we are not alone"

Terima kasih sudi membaca (:





Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

18 comments:

Hanim Irsyad said...

hehe. bestnye dapat jumpe member-2 lame.

Farah Fauzi said...

fuhh..pnjggnyee..heee.. farah time lepas spm prnh gk jd ckgu tusyen utk budak2 kt tmn umh nie..hee

WanieShifu said...

belajar elok2 ye syg...gonna miss FIST and alls..

FatihahFazlin said...

wa...sronoknya,,..

yqnq ellyana said...

@Hanim Irsyad Haah, memang best sangat2 (:

yqnq ellyana said...

@farah.fauzi hehe lama tak update kenelah panjang sikit :p

yqnq ellyana said...

@Wanie Anina oke kak wani, gonna mish u too ;* LI elok elok tau

yqnq ellyana said...

@~N!k nURfAt!hAH hARun~ yup, memang seronok (:

sufie said...

selamat kembali ke pangkuan UMP. ^^

Shazwani Ramly said...

seronok cuti

cokiedacomot said...

sukanya baju kamuuuu dgn twin tu .. hihi ..

Unknown said...

Wah...Bestnya dapat jumpa member2 lama ^_^

yqnq ellyana said...

@Sufinah Yussof (SY) ehehe..dah selamat tiba ni

yqnq ellyana said...

@Shazwani Ramly seronok sangat sangat

yqnq ellyana said...

@azlizaASRI nah! ambiklah nak pinjam :p

yqnq ellyana said...

@Dunia Wilma haah memang seronok gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa (:

MalizaMah said...

Gambar2 ni comel2 lah... waaaaa

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

Salam.hi yana.sis smbg master business admin.boleh la jumpa2 an.sis ado kelas setiap khamis,jumaat,sabtu after work.huhu

Post a Comment

Terima kaseh drops komen
Esok-esok drops komen lagi oke ! :)