Assalamualaikum <3
Ingatkan hujan sampai ke petang, rupanya sampai ke tengah malam lalu ke subuh hari. Perumpamaan baru oleh dahku. Semalam saya dan roomates bercadang untuk ke Kuantan, release tension kononnya sebab study week. Padahal nota tolak tepi, movie je bertahta di hati. Bangun pagi dengan malas sekali. Ingatkan baru pukul 7 pagi rupanya hampir 12 tengahari. Gelap je, memang sangat tidur. Bertemankan hujan lebat amat. Janji punya pasal, haruslah bersiap untuk ke Kuantan.
Mula-mula hujan takdelah lebat sangat, biasa-biasa saje. Sesampai sahaja dekat jalan Sungai Isap, terus jammed. Dan tak kurang jugak ada kereta yang patah balik. Tahu sebab apa? Banjir dah dekat sana..Tak percaya sangat. Dengan gigihnya cuba masuk jalan pintas. Nasib baiklah jumpa. Niat dihati kami semua nak serbu Megamall, nak main bowling je sebenarnya. Tapi terpaksa batal niat yang kudus disudut hati. Jalan dekat Kuantan jammed sangat-sangat. Lepastu depan mall dah banjir. Frust kuasa patratoslimabelas kali.
Ni gambar depan Megamall Kuantan. Penuh dengan air. Tang celah mana nak lalu. Kereta pun dan nak tenggelam. Kejadah ape kitorang ni masih gigih ke Kuantan redah banjir. Hahaha. Rotan doploh kali pun belum tentu insaf u______u Lepastu duduk diam-diam dalam Kuantan Parade je. Nasib baik tak banjir dekat situ.
Balik je UMP hujan masih lebat. Seharian hujan tanpa henti. Kalau siang dan malam tu macam takde beza je tau. Gelap je sepanjang hari. Tak lama lepastu adik bagi mesej, "along, kitorang sefamily dah pindah ni,banjir teruk". Whatt? Homaigawd terkejut sangat. Sebab tak sangka akan banjir dekat rumah di Terengganu tu. Mula lah hati resah gelisah. Kalau sampai kena pindah tu sebab banjir teruk sangat lah tu. Sebab selama ni jarang pindah masa banjir. Air takat peha depan rumah tu dah biasa la.
Sumber dari facebook dan google. Keadaan rumah penduduk di Kemaman,Terengganu. Teruk kan? Nampak atap je sekarang. Mesti rosak teruk barang elektrik dalam rumah tu. Hmm sedih teringat dekat rumah sebenarnya. Sedih sebab tak dapat tolong family angkut barang dan paling sedih sebab tak dapat main banjir dengan adik-adik dan kawan-kawan. Cis cis nyampah! ._________.
Kol my mom, and Alhamdulillah, air pun dah makin surut. Dah boleh balik rumah. Bersihkan mana yang patut. Tanya dah makan ke, dah jawab mama. Makan megi je dengan adik-adik ni. Alahai sedih je dengar mangsa banjir ni. Haha. Boleh pulak bergelak tawa dengan mama. Rindu sebenarnya :( Dan nasib baik laa tak jadi balik rumah masa study week ni. Dah la jalan banyak tutup dekat area Pahang dan Terengganu. Alamatnya tak balik study laa di UMP nieh.
Rindu sebenarnya nak main banjir. Sejak akhir-akhir ni,kalau banjir mesti takde dekat rumah. Lepastu mogok sorang-sorang sebab tak puas hati u__u Zaman kecik, kalau dah banjir ni siap naik sampan lagi. Takpun tebang batang pokok pisang tu buat rakit. Best sangat oke. Turun main air pada waktu pagi. Nak petang baru nampak batang hidung balik rumah. Sejuk dan lapar. lepastu makan kenyang-kenyang, turun main air balik. Seronok sangat. Bukannya nak tolong mama angkut barang dalam rumah. Hehehhe....
p/s: rindu family, rindu nak main banjir........................
12 comments:
teruknye..smpai nampak atap jer..nasib baik area umah sy kt kg tak banjir.
td kwn gtau kat air puteh bnjir terok..
kemaman ngn besut yg terok sgt bnjir kat ganu ni..
huhu
teruknyaaa. sampai tenggelam semua. semoga semuanya akan baik pulih semula. :)
@ luqman: haah, memang agak teruk banjir kali ni .___________.
@ ezy: air putih? yeke banjir teruk? hmm memang takboleh gerak mana mana lah lepasni
@shazwani: inshaaAllah moga dipermudahkan segalanya (:
wah! tak penah experience banjir..
teruk sangat dah sampai nk same tinggi dengan pokok da
tahu takpe, yana. sofia kat rumah ni pun takleh nak ke mana2. tersekat. semua jalan kena tutup dengan air banjir. tang pusat bandar kemaman pun teruk. banyak premis2 perniagaan kena tenggelam air banjir. nasib baik rumah kat tempat tinggi. alhamdulillah, takat ni tak pernah lagi air banjir sampai depan rumah. mintak dijauhkan sungguh.
@schajar: yeke..stay area mana?
@najihahfara: kan? memang teruk dan sgt bahaya sebenarnya
@cik violet sofia: yeke..awk stay area mana? tp mmg banyak jalan yg tersekat kan? susah nak gerak..duduk rumah jelah
Post a Comment
Terima kaseh drops komen
Esok-esok drops komen lagi oke ! :)