Dec 31, 2012

25 random things, facts, habits and goal.



Assalamualaikum <3

Semalam check twitter ada seorang blogger comel ni tag untuk jawab 25 random things, facts, habits or goals. Terima kasih ye (: Dah lama tak main mendealah ni. Kalau dulu zaman baru nak mula blogging ni memang banyak lah tag, awards dan macam-macam lagi. Mukaddimah panjang, terbabas dari tujuan sebenar ._____. Baca diam-diam jelah. Tulus dari hati kudus lagi murni ini...
"Once you have been tagged, you are suppose to write a note, with 25 random things, facts, habits or goals about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated."
1. Nama diberi Nurul Liyana Zakaria, boleh panggil Yana atau budak manis lagi lembut bersopan santun -.-"
2. Umur 21 tahun. Nak anggap 12 tahun pun boleh. Tade masalah...Tapi tepat pada 13 Jun 2013 Umur bertukar 22. Eh...
3. Anak pertama dari 4 beradik :- contoh akak mithali ni
4. Belajar dekat UMP Pahang. Degree in Biotech. Tahun 3.
5. Im taken. Lalalala~
6. Dah berblogging selama 2 tahun.
7. Ada account fb, page, blog dan twitter sahaja.
8. Fanatik pink dan purple.
9. Coolblog menjadi pilihan sejak dulu kala. Perisa chocolate dan honeydew.
10. Benci orang talam 2 muka. Depan mcm malaikat belakang mcm syaitonirojim.
11. Suka bercerita, suka ketawa. Tapi dgn orang2 tertentu la. I dont know why -.-"
12. Sensitif. Mudah menangis. Cepat patah hati ._____.
13. Kuat merajuk. Stay away from me (muncung patblas)
14. Cepat marah cepat sejuk
15. Mudah maafkan orang. Tersangat-sangat mudah (:
16. Malas belajar tapi nak result gempak. Boleh? Lol
17. Suka memasak. Biarpun tak sedap.
18. Tak suka persekitaran yang bersepah. Suka yg bersih-bersih.
19. Suka kan fashion. Suka kan makeup.
20. Love blogging.
21. Selalu stalk perempuan cantik. Lepastu rendah diri sorang-sorang .______.
22. Sekali sayangkan seseorang, selamanya sayang dia <3
23. Gemar shopping dan penuhkan almari dgn baju dan tudung.
24. Menyampah dgn orang buat muka. Rasa nak lempang laju-laju. Huh!
25. Saya sweet. Wkwkwkwkkwkwk (muntah warna warni)

Cukup 25? Rasa nak tambah lagi kasi cukup 100. Tapi takut ada orang pening lalat pula nak baca. Saya nak tag semua orang laa. Kalau dah siap entry boleh pastekan dalam ruangan komen dibawah. Sharing is loving. xoxo.



Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

8 comments:

Nurul Anis said...

Nom 2,9,12,21dan 22 tuh same lar..hihi

yqnq ellyana said...

@arnissa eh ade persamaan lak kite en :p

THE AUTHOR said...

Datang sini nak mengucapkan Selamat Tahun baru 2013....semoga persahabatan kita kekal berkekalan

yqnq ellyana said...

@Hanif Idrus selamat tahun baru jugak (:

Unknown said...

jyeahh akak dah update .thanks yaa akak :)

yqnq ellyana said...

@farah adila awk yg tag kan? hehe thanks sbb tag akak

outbound malang said...

nice day :)
hargailah hari kemaren,
mimpikanlah hari esok,
tetapi hiduplah untuk hari ini.
bagi-bagi motivasinya yaah...

Encik Tido said...

show off la sngat...

Post a Comment

Terima kaseh drops komen
Esok-esok drops komen lagi oke ! :)