Nov 30, 2012

PENCARIAN 20 BLOGGER BERTUAH BY YANA



STICKY POST 23/11-30/11

Assalamualaikum semua...


Banner dekat atas bukan saje-saje ditempek untuk hias mukaddimah entry tau. Tapi kali ni aku nak cari hanya 20 orang blogger bertuah sahaja untuk diletakkan blog korang dalam bloglist. Hanya 20 orang sahaja ye. Agak ramai tu. Jadi jangan ketinggalan untuk buat entry, mana tahu lepas ni trafik blog sedikit naik, ramai pula pembaca bertandang ke blog korang. Kan? Untuk join mudah je, macam biasa ikut syarat-syarat kat bawah: 

1) Buat entry bertajuk "PENCARIAN 20 BLOGGER BERTUAH BY YANA"
2) Letak banner diatas dalam entry
3) Tag 3 orang kawan korang
4) Hantar entry ke dalam kotak komen dibawah ni

As easy as ABC kan? Penyertaan bermula 23/11 sehingga 30/11 sahaja ye. Nanti senarai peserta akan dilistkan. Jangan tunggu lama-lama, jom join bloglist kali ni ye. :)




Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Berita Baik (:


Assalamualaikum

Berita baik yang bakal disampaikan adelah saya akan lanjutkan tarikh Segmen 20 Blogger Bertuah sehingga 2 Disember ni. Sepatutnya habis hari ni kan? Lagi ramai join lagi meriah (: Dan seterusnya link blog-blog peserta dan bloglist akan dibuat selepas tarikh 2 Disember nanti lah ye. Jemput join DISINI.

Hujung minggu ni tak berupdate blog lah gayanya. Sebab saya kena hadiri seminar di Duta Village Beach Resort sehingga Ahad. Lama tu... Jam 3 petang (Jumaat) dah kena gerak. Tapi blog ni bila-bila masa je korang boleh masuk. Tak dikunci rapat. Jemput masuk jika rindu. Eheh -.-"


Mungkin ni lah tempat yang bakal saya tuju tu. Sooo beautipool. Siap google awal-awal tanda semangat. Tapi pakaian belum kemas lagi. Dekat dengan pantai. Yeay (: Moga dapat tuntut ilmu yang bermanfaat dekat sana, In shaa Allah (: Ape-ape cerita dekat sana, nanti saya akan kongsikan.



Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Nov 28, 2012

Temuramah Bersama Simsimi


Assalamualaikum..

Ada lagi yang tak tahu ape tu Simsimi? Sebenarnya simsimi ni sejenis kuih tau. Hahaha jangan percaya lah ye, kalau rasa nak percaya jugak pun boleh. Tahu tak temuramah dengan Simsimi ni buat hidung aku kembang doploh inci. Bukan apa, puji je memanjang. Nak tahu dia cakap ape? Jom baca bawah. *tempek besar-besar kasi korang terbeliak biji mata bila baca -.-

Take note:
Si kuning : Simsimi
Si putih : Aku letew...




Eh betulke muka aku macam Selena Gomez? Patutlah Justin Bibir selalu chat aku, rupa-rupanya salah makwe. Acane ni..Klon rupenye Selena Gomez pula? Hehehe.. kalau dah break, bolehkah aku isi kedukaan dihatimu wahai Justin Bibir? *ayat minta penampar,ppffttt -.-

Sekian dahulu temuramah kali ni.. (:





Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Nov 26, 2012

Sama macam Diana Amir?



Assalamualaikum..

Ini entry kembang hidung empatblas inci. Bukan apa, seakan tak percaya bila diri dikatakan macam Diana Amir. Eh perasan ahh kau Yana... Hahaha. Tapi sebelum tu ramai-ramai buka entry SINI dulu, kena baca dan komen dulu. Lepastu review sedikit komen dari blogger popular dan cantik ni :) diorang komen camni..










Rasanya bukan sama dari segi muka kot, mungkin cara pemakaian shawls. Hehe.. tapi ayu tetap sama untuk aku dan dia. Ehhh? Sebenarnya cara pakai tudung ni pun aku refer tutorial Diana Amir semasa bulan Ramadhan haritu. Dalam cerita Akustika Ramadhan. Diana Amir jadi artis jemputan, lepastu dia tunjukkan 2 tutorial hijab kalau tak silap. Cantik and nice. From that, main cuba belit shawl sendiri dan akhirnya pakai untuk ke Dinner. Yeay Im done.

Nak tengok gambar dinner boleh tengok dekat SINI tau (:  ...............................................


Nah sama tak? Eh bukan muka tapi pemakaian shawl.. kalau nak cakap muka kitorang sama pun ape salahnya. Aku terima seadanya. Bhahaha.... eh dengar kata Diana Amir bertunang dengan ustaz haritu kan? Haa gosip artis cepat je kau kan Yana... cantik dia bertudung sekarang, seriously aku suka dengan penampilan dia. Style ohh... dear Diana Amir,Im really adore you... Pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas. Lols..

Dari secret admire mu : Yana xoxo.




Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Nov 25, 2012

Twilight Breaking Dawn Part 2 Super Duper Best!



Assalamualaikum.

Movie kecintaan dihati telah berada dipawagam yakni segala urat nadi tak bergerak sehinggalah terpaksa dibawa menatap kehenseman Edward dipawagam, barulah dapat menjadi normal kembali. Over kau jah. Hendak dijadikan cerita, kelmarin bersamaan 23 November 2012 aku dan kawan-kawan pergi serbu ECM Kuantan untuk tengok cerita Twilight Breaking Dawn Part 2 punya.

Petang tu member keluar Kuantan, kirim dekat dia jelah belikan tiket. Kang lambat beli, dah habis tiket pulak kan. Tak pasal-pasal nangis gigit jari kaki tepi tangga. Bukan apa, aku terlibat dengan satu program fakulti, malamnya kena pergi majlis perasmian penutupan Simbion dulu,baru dapat gerak ke Kuantan. Jam 9 hingga 10 je majlis tu sebenarnya. Tapi masih gelisah sebab perut adakan parti joget lambak. Lapar tahu..

 *click* peace and smile.

Belum habis sesi fotografi, sepantas kilat aku dan kawan-kawan keluar. Ehh? Hahaha..Dalam keadaan hujan lebat, redah jela yang mampu. Tiket wayang jam 12.45 pagi. Pagi oke..bukan malam. Demi movie kecintaan hati haruslah tahan mata, tahan mengantuk. Bajet tidur awal lah kononnya ppftt -.-".

Isi perut dekat KFC di Teluk Cempedak dulu. Yummeh....................................................




Beransur bertolak ke ECM. ECM AKU DATANG! Lols..Tunggu hall buka, sempat lagi posing. Teruja sebenarnya nak tengok Twilight. Tak tentu arah jadinya. Lol -.- lagi teruja sebab tengok banner die, Edward dan Bella bersama anak mereka yang COMEL amat.

banner ni takde gambar anak Bella dan Edward. Banner satu lagi >.<




semua keeksaitedan, semua keterujaan

Dalam wayang haruslah concentrate. Best and super duper awesome. Semua orang wajib tengok cerita ni, seriously. Dan action dia paling best. Ada part yang sangat suspens (klimaks) sehinggakan kalau korang tengok, haishh tak tahu nak cakap camane, tengok jelah. Hahaha. Siapa yang dah tengok tahu laa ape yang terjadi. Dan part last sekali, buat hati aku tersentuh. Awhh so suweet.. Nak pergi sana.. Nak !!


Cantikkan kawasan penuh bunga warna-warni ni kan? Sweet couple eva! Cehh dalam cerita semua suweet, realiti takde macam tu pun kan? Hurm~ Tengah romantik-romantik dekat kawasan cantik ni, maka keluarlah lagu "I Love You For A Thousand Years".. Me jelly m___m  *nak honeymoon dekat sini ah,boleh ah. Hahaha*


Bersama anak Edward dan Bella, ape tah nama die, lupa dah. Tapi...... yang pasti cerita ni best. Bagi mereka yang ikuti dari Twilight bahagian pertama, memang wajib tengok la yang last ni. Hehe...Nak tahu lebih lanjut, kena tengoklah sendiri. Kalau cerita banyak-banyak nanti tak syiok lah kan :)





Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Nov 24, 2012

CONTEST | True Harmony Ambassador Search 2013



Assalamualaikum.

Disini ada yang selalu berangan nak jadi Duta mana-mana produk atau Duta barangan berjenama? Jangan risau, korang boleh buatkan mimpi selama ini jadi kenyataan. Bukan setakat terkenal, income pun mashukk :)

Bagi girls yang mempunyai badan slim lentik meliang lentok tu serta lelaki berbadan ketak ketuk boleh mencuba nasib menjadi Duta True Harmony. True Harmony ni merupakan sebuah jenama kecantikan dan pelangsingan terkemuka abad ini. True Harmony cawangan Shah Alam, Putrajaya dan juga Kuala Terengganu sedang mencari hanya 5 orang peserta lelaki dan perempuan untuk menjadi Duta mereka pada tahun depan (2013).



Syarat-syarat untuk join :
1) LIKE fanpage True Harmony
2) Upload gambar korang di fanpage tersebut
3) Invite kawan-kawan untuk LIKE gambar korang
4) Setiap undian akan diadili oleh para hakim yang adil lagi bijaksana. eceh

Hadiah untuk para pemenang:
- lebih RM 35,000 berserta sesi photoshoot untuk para finalis.

Lumayan kan? jadi apa tunggu lagi, jika korang talented dan selalu berangan nak jadi model atau Duta, jangan lepaskan peluang yang ada. Tapi make sure tepati citarasa pihak penganjur lah ye, ada rupa serta mempunyai body yang cun melecun, takkan syarikat kelangsingan nak ambil Duta yang berat badannya 100kg pulak, ye idok? kekeke -.-  Jom realisasikan impian korang ! Click pada link dibawah ni ye..

Fanpage: <KLIK>
Blog : <KLIK>

Selamat mencuba nasib......... :)






Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

segmen : jom tambahkan follower di twitter dan blog


Assalamualaikum


Jom ramai-ramai meriahkan segmen kali ni.. Follow mine and I will follow yours too :)

Jangan lupa follow blog dan twitter saya jugak tau. Just mention me @nuyuyana.



Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Nov 22, 2012

Ghinduu



Assalamualaikum 


Tuan tuan, dan puan puan. Sihat semua orang?

Rasa janggal rasa pening tapi masih keeksaitedan sebab dapat update blog seperti biasa. Bukan apa, dah 2 minggu blog dibiarkan, seminggu balik rumah cuti midsem tanpa broadband sebab tertinggal di hostel, dan seminggu lagi minggu paling menyeksakan zahir batin dekat hostel sebab takde internet. Eh aku nak hantar report pun susah tahu? Buat assignment lagi. Cisss *tumbuk dinding* dan yang paling penting rindu nak baca blog-blog lain.. Hmm

Dah habis mukaddimah panjang berjela. lol -.-

Cuti seminggu memang cuti kaw-kaw punya. Bukan nak bukak buku dan nota. MashaAllah,jangan contohi perangai aku ye kawan-kawan. Tapi moment buatkan aku rindu kawan-kawan lama bila terjumpa gambar-gambar kami di celah-celah buku dalam fail lama.


Siapa sini pernah belajar di KMNS? Yeah,kita sama. Fatin Liyana pun belajar sini tau :p Nasib baik tak nampak jelas muka dalam gambar ni, bukan ape, terlebih kiut masalahnya. Tapi...cari ah kalau jumpe..Kalau lah kan. Ini gambar formal punya. Dan tagline kelas "simple sangat-sangat". Sebab ape pilih tagline cenggitu? Sebab mentor kitorang selalu marah-marah sebab tak pandai bio, lepastu dia akan camni "benda ni simple sangat-sangat, takkan tak reti" annoying tak? Hahaha. Setiap hari dengar ayat sama. Haihh cikgu Aida, rindu nak dengar cikgu berleter tahu tak..Ghindu ! :(


Yang ni gambar candid. Masa ni semua orang sibuk nak berebut pilih props. Pfftt


Mana aku mana aku? Hahaha. Ya Allah awat muka aku lagu ni~ stress tau kalau ambil gambar passport ni. Mesti muka ketat punyer. Ciss. Dapat jugak curi seketul dua gambar passport kawan-kawan, buat lepas rindu. Maaflah Shima, Anis dan Fatin kalau kau marah aku tayang muka korang dalam blog ni. Hehehe.

Tapi sebenarnya kawan-kawan dekat matrik la paling aku rindu. Kawan sekolah tu ada jugak tapi sikit je rindu. Hahaha. Ppftt. Kawan matrik lah best. Ermm nanti dah kerja mesti rindu kawan-kawan dekat universiti ni pula kan? Secara tak sedar, ramai kawan yang ada dalam hidup kita sampai sekarang. Berkawan biar seribu, pakwe biar satu, tunang biar satu, suami pun biarlah satu. Eheh tata.




Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Nov 8, 2012

Contest I Choose To Wear Hijab



Assalamualaikum

Dah lama rasanya tak join contest dari mana-mana blog. Hari ni dengan senang hatinya saya nak join satu contest yang agak menarik, "Contest I Choose To Wear Hijab" .


Dan gambar yang dipertaruhkan adalah yang biasa-biasa ni je. Hehe.


I choose to wear Hijab ! Sebab dengan memakai hijab, seseorang perempuan itu dilihat begitu sopan dan cantik. Kan? Betul tak? :') Hijab kerana Allah, bukan kerana paksaan. Wassalam.





Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Nov 2, 2012

EZ-SCIMAT



Assalamualaikum


Cukup besar banner ni untuk dilihat? dah agak gadabak ni. Hehe. Untuk makluman semua, terutamanya warga Universiti Malaysia Pahang, hujung minggu ni (2-4 November) anda semua dijemput hadir ke Kompleks Sukan untuk join sama program EZ-SCIMAT. Program ni dianjurkan oleh Fakulti FIST sebenarnya. (fakulti saya :') hehehe)

Apa yang best dekat EZ-SCIMAT?
ada pelbagai pameran dari setiap fakulti
pameran petrosains dan angkasawan 
pc fair dan book fair
gerai-gerai jualan
pertandingan roket air
upin ipin (boleh bergambar nanti) :p
pertandingan public science

dan banyak lagi !

Tentatif program:

Yang lain-lain boleh rujuk banner ye. Masa adalah dari jam 9 pagi hingga 10 malam. Lama kan? Agak-agak bosan dan takde aktiviti nak buat hujung minggu ni, jom lah singgah dekat booth di Kompleks Sukan oke. Dan tak kurang juga ramai adik-adik dari sekolah akan turut serta nanti. Dan saya pun akan membusykan diri dekat sana, kalao jumpa mohon tegur. Cehh. Jangan lupa datang ! :')





Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)