Aug 27, 2012

Ai punya raya II




Sambungan dari entry INI

22 Ogos (Rabu)
Raya keempat sedare dah beransur pulang. Lega rasanya sebab tak perlu kejar lagi budak-budak kecik yang buat bising. Lulz… u__u  Hari ni saya dan family bertolak ke Kemaman untuk hadiri majlis cukur jambul dan majlis kahwin sepupu saya. Sesampainya kemaman,terus kena buat kerja. Haa..dekat sini rumah sedare belah mama pulak. Kakak mama lah. Ramai juga yang balik kali ni..adalah dalam 8 keluarga dalam rumah ni..Bayangkan. Petang tu saya dan kazen sibuk siapkan bunga telur dan sedikit buah tangan untuk yg datang majlis cukur jambul anak sepupu saya.

Lepas Isya’ majlis bermula. Tapi kazen yg bakal kahwin esok tu ajak saya rempit ke kedai kejap. Sempat lagi. Orang sibuk hal lain,kami berdua sibuk rempit memalam buta ke kedai. Hehehe. Dia nak beli inai sebenarnya. Dah la kedai jauh. Nasib baik semua selamat…yeay..

Dah selesai majlis cukur jambul. Sambung siapkan pape yang patot untuk majlis kahwin esok hari. Pelamin dah siap. Punyalah banyak bunga telur kena siapkan,lepastu untuk doorgift lagi. Hantaran pun baru nak gubah malam tu. Mujurlah ramai sedare yang ada. Kerja pun cepat setel. Orang pakai inai, sibuk nak pakai inai jugak. Hehehe. Mula lah lukis atas tangan mengalahkan bakal pengantin.

Yang anak dara teruna sibuk hias dalam rumah. Golongan mak ayah sibuk kopek bawang, siapkan kawah untuk bergulai esoknya. Yang bebudak kecik molek sibuk main kejar sana sini. Kecoh satu rumah. Dan saya sentiasa di sisi bakal pengantin,hahaha. Kemana dia pergi disitu ada saya dan ape dia buat saya pun buat. Menyibuk je kerjanya v__v

Malamnya semua tido pukul 4 pagi. Nak tido pun susah dengan suasana bising kan. Hurm hurm. Bangunlah pagi tu dengan mata panda yg sangat comel.

pelamin dah setel..saya org first yg rasmi..kekeke *cough*

dan gubahan hantaran

23 Ogos (Khamis)
Bangun pagi terus berebut bilik air. Berpuluh-puluh orang nak mandi ni. Lepastu berebut nak iron baju lagi. Tema kahwin kali ni ialah hitam putih merah. Untuk sedare terdekat,kazen dah sediakan kain pasang untuk setiap keluarga. Barulah Nampak 1 keluarga besar kan? Meghiah noh… majlis akad nikah pukul 10 pagi dekat masjid. Tapi saya tak pergi lah. Tak sempat nak siap-siap. Haha. Sibuk mekapkan anak dara ni haaa. Beratur panjang. Habis barang mekap saya. Sobsob *wipe tears* ada peluang jadi mak andam tak? Lepas dah setel semua barulah saya bersiap. Nasib baik bersanding petang jadi sempatlah nak melaram comel-comelannya.

Tengahari tu dah ramai datang ke kenduri. Sepupu sepapak dari pelosok dunia semua balik. Wuuu best sangat. Saya duduk dalam bilik pengantin je. Sibuk posing sana sini. Hehehe. Majlis kahwin bermula jam 3 petang.

peace (Y)

sempat je panjat katil ni haaa u__u

eh comel ah. eh eh? hahaha

ambil berkat sket. kot-kot lepasni my turn *cough*

hai kami sepupu.okebai

posing tang kanan lak. kekeke :p

peace again (Y)

us.

ini gambar cetak rompak!

ni baru 2 3 ketul yang keluar..tak semua lagi. boleh buat boria tak? v.v

nak inteprem jugak ah ai ni.. hahaha u__u

ni laa sepupu saya. hurm hurm

gemuruh jiwa raga ah naik pelamin

Selamat Hari Raya dan selamat pengantin baru buat Kak Awin. Dikesempatan ini,saya nak mohon maaf kalau ada salah silap ya. Terkata,sengaja mengata dan sebagainya. Oke salam sayang buat semua. Assalamualaikum.






Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

4 comments:

Ayu said...

comelnye pengantin pakai kaler merah...:)slm kenal...:)

Nadia Elena said...

mcm best je kawin.. :D

Shazwani Ramly said...

merah merah. cantik.

Unknown said...

meriahnya..

singgah sini,,, :)

Post a Comment

Terima kaseh drops komen
Esok-esok drops komen lagi oke ! :)