Mar 30, 2012




Assalamualaikum


Maaf kalao diawal entry buat korang rase ngeri tahap maksima tengok muka saya bajet comel depan kamera, ahh memang susah nak pisah dengan kamera ekceli,LOL -__-" err sila fokus senyuman kambing dari saya sebab hati sedang berbunga sakura holiday midsem sudah tibaaaa,yippy..background kena blurkan sikit sebab nanti kalao mak bapak awak semua tengok sah reject saya jadi menantu,LOL,muehehhee

ATTENTION :
pakai mic la kuat sikit,hihi

saya nak bagitahu tempahan tudung bawal dah tamat tempoh ye,terima kasih bagi sape-sape yang beli dengan saya,terima kasih sangat-sangat..sape-sape nak tempah harap maaf la sebab order dah tutup,harap maklum. Sebab hari ni ramai pula yang PM tanya pasal tudung,hurm.oke settle pasal tudung bawal tu.

Now nak wish happy holiday to UMPians especially,wehuuu *lompat katak meh..
Dah seminggu berpulun habis-habisan mengadap nota, siapkan asemen tinggi menggunung, dengan testnya lagi,kuiz semua..seminggu tu rasakan bagai setahun,pehh..lamakan? -__- pulun lah sangat,.

By the way
HAPPY HOLIDAYYYYYYY






Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Mar 28, 2012

BEN ASHAARI DAN RAKAN BOGGER





Assalamualaikum

BEN ASHAARI

Anda ternampak seorang rakan anda sedang makan di sebuah gerai , kemudian anda menyapanya. Soalannya , apakah ayat pertama sekali yang akan anda lafazkan ?

JAWAPAN
Senyum sambil lambai tangan
"hye hye !"

p/s : tu jela yang aku buat kalao jumpe member,ngeh ngeh XD









Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Mar 21, 2012

Pre Order til 31 March Only !





Assalamualaikum (\^_^/)


abaikan bilik yang berselerak tu,fokus utama pada tudung bawal
hehehehe m_m

Sejak saya promot tudung bawal plain dan 2 tones tempoh hari, ramai yang berminat dan PM saya untuk beli tapi tak jugak-jugak bank in,pelik bin ajaib..LOL, so tudung awak-awak takkan dipos lah ye.. m_m

So saya buka untuk 2nd batch la,ramai yang nak borong..then saya decide boleh buat tempahan dengan saya sehingga hujung bulan ni tau..31 March 2012,please take note. Sebab tudung-tudung ni semua dari Kelate,kena ambil stok tudung gojes ni dari sana,cehh m_m

Berminat nak beli? boleh tengok koleksi tudung bawal plain dan juga 2 tones di bawah ye,kelik link tu


PM saya untuk dapatkan best price :

Grasias sebab baca,,,
babai..and kelik LIKE yooo







Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Mar 18, 2012

Blog Kecintaan Alaf Ini





Assalamualaikum. Syukur saya masih bernafas saat ini. Sihat semua? dah lama tak update blog, tutup muka 2 saat,oke dah. Entry pembukaan dengan senyuman dari saya 3 saat,oke dah.



Why so lazy nak update belog hah? macam dah kena sawan tahap kritikal bila buka dashboard, rasa cepat-cepat nak tutup sebab malas nak update,why so lazy..why so lazy? -__-" sebenarnya saya banyak habiskan masa di Twitter sejak akhir-akhir ni, korang ada twitter? Jangan lupa follow dan tweet saya sekali,sekian promot dari saya. m_m

Tahu tak lama untuk saya ambil feel suam suam suku untuk update belog ni, kena stalk artis lecun melecun dekat Twitter dulu,kena tweet dengan Alif Aziz dulu 60 saat,kena layan lagu jiwang malabes biar otak serta hati cair dulu bak jelly,baru ada feel untuk update blog,teruk kan saya? teruk kan? oke shadapp. m_m

Selama ni perut saya sentiasa gegar tahap maksima sebab teruja baca blog kecintaan hati. Gelak sorang-sorang sehingga gegar paru-paru,malabesss..yeah saya adalah silent reader belog anda,tepuk tangan dua saat.oke dah. Nak tahu ciri-ciri blog kecintaan hati saya? Sebenarnya banyak, tak terkata,cehh puii
  • ada gambar kartun omei omei
  • lawak,sengal serta senget bila membaca
  • so kalerfull
  • entry berkisarkan kecantikan
  • photoshoot
  • santai,ayat tak skema
Blog korang ada ciri-ciri diatas?kalao ada even 0.00011% tu maknanya saya selalu jadi silent reader blog korang laa..yeaayy happy tak?*tepuk tangan 1 saat* ekceli saya paling suka baca entry yang ada gambar kartun,ada dialog lawak dan kongsi pelbagai celitaa..kalao baca sah-sah tak sabar tunggu entry seterusnya..kalao tak percaya korang boleh follow belog kecintaan hati saya minggu ini..santai,rilex dan cool bila berada dalam belog diorang..

Tempat pertama jatuh kepada
*drum roll*
|
|
|
|
v



Belog kak Ain Zulaikha omei lagi kiut


Tempat kedua tergolek kepada
*drum roll*
|
|
|
|
v


Belog Tengku Puteri


Tempat ketiga mengesot kepada
*drum roll*
|
|
|
|
v
 

Belog Bapak aku ! eh silap belog aku laa


Tempat keempat terjunam kepada
*drum roll*
|
|
|
|
v


Belog Azmeer,wohoo :O

Jangan malu untuk terjah dan bersantai blog-blog diatas tu ye,semua best dan santai..rilex je kalao baca macam baca komik gitu,tapi ni edisi belog punyaa m_m now dah faham citarasa belog kecintaan saya? ekceli banyak lagi blog lain yang saya nak kongsi tapi next time lah,hehe..ade yang nak saya promot blog korang? boleh sila emelkan kepada yanatolongpromote@yahoo.com. Ya Allah saya tipu je,jangan pergi hantar emel betul-betul lak nanti,shadapp.

p/s : ekceli akhir bulan ni nak buat contest dan giveaway,ada yang nak sponsor hadiah? nanti boleh PM dekat facebook ya,banyak manfaat yang korang boleh nanti..terimakasih daun keladi.







Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Mar 15, 2012

Ciri2 buatkan lelaki gila bayang pada wanita



Assalamualaikum, semua sihat? Alhamdulillah kalau sihat.

Sebelum saya share post yang boleh dikatakan agak menarik ni,saya nak hints sikit..hati saya asyik berbunga sakura sejak dua menjak ni,sebab tu selalu terfikir nak post entry ala-ala cintan cintun..haih jangan kuat mengelamun sudah m_m.


Lelaki tidak dapat hidup tanpa perempuan tapi perempuan dapat hidup tanpa lelaki,ehh betulke kata-kata ni? saya macam pernah dengar ayat ni,tapi rasanya betul kot,HAHA..sang lelaki jangan baling saya dengan telur tau kalau tak puas hati,memang saya nak menangkan kaum wanita je m_m. Saya rasa ayat tu betul sebab contohnya kalao satu couple tu gaduh lah kan,at last lelaki tu akan tetap datang dekat awek dye,konon nak pujuk la,minta maaf laa,hihi.eh faham tak ape saya tulis ni? HAHA ke syok sorang-sorang,GGRRR >,<


Tapi sebenarnya perempuan yang bagaimana membuatkan lelaki gila bayang? tentu ada semua tertanya bagaimanakah ciri-cirinya kan? Ada 6 sikap ciri-ciri wanita yang sebegitu.




PANDAI JAGA PENAMPILAN


Pandai jaga penampilan ni termasuklah jugak dalam kategori pandai jaga diri dan macam mana korang menunjukkan kepada orang ramai perangai korang ye. Pastikan yang penampilan korang tu ada ciri-ciri perempuan dan bukannya ciri-ciri kaum satu lagi ye. Sebelum pergi kerja ataupun pergi kelas, mekap dan pakai cantik-cantik dan lepas tu jaga adap tu. Tak cantiklah kalau muka dah lawa, pakai baju lawa-lawa, sekali terpekik terlolong. Nak nampak gojes kena nampak cool.


BERSEDERHANA


Sambungan kepada point di atas, pastikan diri korang sentiasa amalkan kesederhanaan. Tak payah nak make up tebal-tebal, dan pakai baju lady gaga semata-mata nak tarik perhatian orang ramai. Kalau masuk fashion show atau ada majlis-majlis penting tak apalah jugak. Ini setakat nak pergi pasar pun nak make up tebal-tebal dengan gincu merah pekat kat bibir.. Konpem laki takut nak dekat sebab korang akan dilabel perempuan kaki kikis. Selain tu, jangan suka amalkan terpekik terlolong apatah lagi mencarut macam kaum laki ni. Kalau nak jugak, pastikan ‘line clear’ baru buat. Jatuh saham nanti~~~


MANJA BUKAN GEDIKS


Lelaki suka perempuan yang tunjuk perangai manja tapi bukan manja untuk amik kesempatan atau terlebih manja a.k.a. gediks..Euwww sana..Euww sini….Nak nampak manja tak perlulah sampai nak nangis terhentak-hentak kaki yek..Biasanya perempuan akan nampak manja bila ada perkataan olo….. ataupun ala…..lepas tu buat muka berkerut korang tu. Mesti hancur leburlah hati jantan lelaki nih.Eceh…cutenye…agagaga, ayat takleh blahh ni -___-"


CERIA DAN SENYUM SOKMO


Dalam banyak-banyak senjata perempuan, ini senjata rahsia yang korang kena gunakan waktu keadaan stress. Senyum korang tu mampu menawan hati lelaki. Ditambah pulak dengan perangai ceria ala-ala dalam cerita korea…Pergh…Mabeles wa cakap lu..Korang akan nampak menyerlah.Cuba cenyum cikit..Kan tomei tu…Smile and the world will smile with you!


MUDAH MESRA


Mudah mesra atau dalam kata lainnya mudah memberikan kerjasama. Tapi hati-hati, lelaki akan mudah cari kesempatan dengan perempuan yang mudah mesra. Jangan terlebih mesra, cuma amalkan mesra ditempat kerja ataupun dalam kelas je. Selain daripada tu kalau dah nampak lelaki ni macam ulat beluncas, nak melekat sana, melekat sini,mengeliat sana sini, lepas tu dia bagi nafas syahwat naga dia, korang dah boleh buat tendangan percuma kat anak gajah dumbo dia..paham ta? paham ta? GGRRR


JADI DIRI SENDIRI


Akhir sekali, jadi diri sendiri. Apabila korang sayang diri korang, orang lain akan sayang korang. Kalau semua orang perangai sama, mana nak nampak keistimewaan diri tu kan? Ramai perempuan tak perasan yang dalam diri korang tu ada sifat blur-blur. Apabila laki cakap mesti korang akan blur. Blur tu lah yang menampakkan korang sweeeeet sangat! Tapi jangan terlebih blur. Bebal tu namanya. Jadi, just be yourself...HAHA m_m


Gila sket-sket cam budak bawah ni oke la..dikira tahap tak serius masuk ICU..hihi




Oke babai awak semua, spread some loves :')
dadadaddadadaaadadada










Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Mar 14, 2012

Jom jadi geng KAMI BLOGGER MALAYSIA






 

Nak join geng Kami Blogger Malaysia? kelik banner di atas
dan Yana adelah blogger dari??
Yeah for sure Terengganu
ganu kiteeeeeee

Yana tag semua orang join yaa

Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Mar 12, 2012

Segmen : Jom Kumpul Link Untuk Blogwalking!







nak join? jom kelik laju-laju link di atas ye










Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Mar 9, 2012

Senaman mata paling best !



Assalamualaikum, masih segar semua? selamat berhujung minggu semua, dah faham dah, kalao hujung minggu tak sah kalao tak hadap lappy 24 jam kan sampai nak tersembur biji mata halkum semua -___-" budak sekolah dah start cuti ke? ahh sangat-sangat tak aci, sesungguhnya hati ni sabar tunggu cuti akhir bulan ni..yeahh sabar menanti m_m  mesti penat mata tu kan asyik hadap lappy, ape kata Yana ajar senaman mata paling cool di alaf ni .jom buat senaman mata kejap !

Pejam mata semua !!


3



2



1







|
|
|
|
V

Tenung dalam-dalam 
















Oke siap ! ada yang nak muntah? HAHA oke lari dulu babai
sekian sahaja kelas senaman mata kali ni


larikkkkkkk!!




Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Pre Order-Tudung Bawal Plain/Two tones

 



Assalamualaikum, jangan terkejut lihat wajah saya transform menjadi Dian Pelangi cantik jelita bila pakai tudung bawal tu..cantik kan saya kat atas tu? ahh macam la ade orang percaye kan m_m malu sorang-sorang. So refer tajuk entry ni pon dah tahu semua kan yang saya bakal tunjuk barang murah punyaa dekat semua orang. Trend lah kan pakai tudung bawal plain atau yang 2 tone punya sekarang ni..kalao tengok mana-mana blogshop mesti jual mahal-mahal kan? paling murah tudung bawal plain tu dalam RM10 laa..dan paling mahal RM20..tapi dengan saya?

DAPATKAN TUDUNG BAWAL PLAIN
DENGAN HANYA
RM8 SHJ !!
(1-20 HELAI)

RM7 SHJ !!
(20 KE ATAS)

Murahkan? ada rasa-rasa nak borong sampai lebam kaki tak? bukan senang nak dapat harga camni,yang penting kualiti kain sangat-sangat best, lembut dan mudah dibentuk oke. Boleh tengok contoh-contoh warna tudung bawal plain dibawah ni ye..

(kelik gambar untuk tumbesaran gambarajah)









Untuk 2 Tones pula..di blogshop lain paling murah RM15 lah kalao tak silap kan..tapi kalao beli dengan saya, yeahh korang boleh jimat RM2 ! berbaloi kan? so korang boleh borong bawal 2 tones ni hanya dengan

RM13 SHJ !!

Boleh tengok contoh-contoh gambar bawal 2 tones dibawah. Sebenarnya banyak lagi warna lain, so korang boleh order mana-mana warna yang korang nak lah ye..






Harga adalah tidak termasuk kos penghantaran ye. Postage RM7 akan ditambah disetiap pembelian. So jangan lepaskan peluang, cepat-cepat PM Yana atau kawan Yana (Taukeyy bawal) di facebook ya. Pre-Order open lagi ni..grab it ! Sementara harga murah macam nak kene lempang,dushhh ! -__-"



p/s:
Tudung Bawal bercorak InsyaAllah bakal menyusul..hehe
Mohon ramai tekan LIKE untuk SHARE,terima kasih :')







Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Mar 8, 2012

MegaGiveAway by Penmerah.com





banner format21 MegaGiveAway By Penmerah.com

So saya tag semua orang jelah ehh? join laa kalao nak join




Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

"WANTED : Blog link for Khumaera Ismail bloglists siri 4"




! ❀✿ MISS LIBRARIAN ✿❀ !


Ada yang berminat join bloglist Khumaera Ismail? Tekan je banner comel dekat atas oke


Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Mar 7, 2012

Wordless Wednesday #7 | Penjual Tudung Bawal







Jual tudung bawal di Pasar Malam UMP
What do you think?


Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Mar 6, 2012

Photoshoot (Potraiture III)




Assalamualaikum, sihat semua bloggers and readers? Dah lama kan saya tak update entry tentang photoshoot, sebab ade yang pernah tanya takde buat photoshoot dah ke,errr ekceli dengan segan silunya nak cakap saya bukanlah model,aduyaii..hanya pemosing ala-ala buat muka kiut depan kamera je hakikatnya tak berapa nak kiut miut pon m_m stop merefekinggg. 


2 hari lepas saya diajak fotografer hebakk UMP, Kamal untuk shoot disekitar Gambang, katanya nak try guna elemen baru, shoot di kawasan bangunan..okei tepi jalan pekan Gambang tu memang banyak bangunan ekceli, style and ala-ala vintage seposen dua -__-" vintage lah sangat.hihi..then kitorang moved to another site, ermm tempat tu lawa lah jugak sebab ada banyak lalang kan..so kena slumber kan diri masuk dalam semak sambil tarik dress..ceh ala-ala cinderella lah konon -__-" 


Thanks also to Najib, Redzuan Azis dan Kak Farra sebab join and jayakan shoot kali ni..fun sangat oke..jom la tengok hasil fotografi si Kamal ni..hebakk weh hebakkkk sangat m_m











































ni gambar spesel dari seniorku si Najib, thanks Najib yaa \(^_^)/




Dan ni satu gambar ni pula hasil kerja seniorku juga, Redzuan Azis..saje curik-curik gambar dari Wan, m_m,ekceli suka sangat-sangat gambar ni,tak tahu nape..huk -__-"


Oke tak? hehe..sorry kalao gambar tak nampak cantik dalam blog ni sebab wide untuk entry tak berapa nak besar, so erm halal jelah eh? hehe m_m So ade sesiapa yang berminat nak berphotoshoot dengan fotografer hebakk ni tak? Korang boleh tempah untuk sebarang majlis laa..just contact Kamal dekat sini ye



Selain tu korang boleh tengok album2 photoshoot saya yang lain di sidebar ye..thanks for reading, hope enjoy and happy always..LOVE XOXO

p/s : nak tengok gambar dengan kualiti lagi cantik sile rujuk di blog Kamal ye
Jangan lupe untuk LIKE jika suka entry ni :)






Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

BEN ASHAARI AJAK KORANG KRITIK BLOG AKU






BEN ASHAARI

Kenapa blog saya perlu dikritik?

  • nak tahu mana-mana kelemahan blog ni
  • stabilkan trafik blog everyday
  • tambah kenalan blogger
Harap semua rakan-rakan blogger sudi kritik yang baik buruk blog Yana ni yer..grasias~




Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Mar 3, 2012

Kenali Si Kaki Cemburu Buta


Assalamualaikum. Allah sentiasa bersama insan yang sabar. \(^_^)/ Selamat hari minggu semua, hari ni baru ada mood untuk update blog,kalao tak memang penuh sawang lelabah laa blog ni..ade yang nak ambil alih handle blog saya tak? kalao ade nanti isi borang dekat kaunter m_m stop merapuinggg !


Beberapa hari lepas saya terbaca artikel tentang SI KAKI CEMBURU BUTA..memang menarik sangat ! Cemburu buta? maknanya cemburu yang terlampau-lampau lah kan sampai naik rimas orang lain dibuatnya..cemburu tanda sayang? yeahh tu kata-kata yang selalu kita dengar,tapi kalao cemburu tahap maksima 37468% sampai nak pecah hati dan jantung,sape boleh tahan kan..nak kenal SI KAKI CEMBURU BUTA? Lets cekidoutttt bebeh



"Setiap perkara yang awak buat,kemana awak nak pergi,tolong bagitahu saya,kalau boleh minta kebenaran saya terlebih dahulu,faham?" #muka garang macam Singa plus Halimauuu..woahh takutnya >,<"


Beginilah percintaan yang terpaksa dilalui oleh sesetengah gadis atau teruna saat menerima cinta pasangan pilihan hatinya yang kaki cemburu..Perghh ayat tak boleh jiwang lagi kan? m_m Kata-kata kesat dan makian menjadi makanan harian yang terpaksa ditelan.Hati sabar pun pasti terluka saat menerima kemarahan si kaki cemburu! Cemburu tandanya sayang. Namun cemburu yang keterlaluan, pasti boleh mengundang masalah besar. Jadi kenapa harus mengorbankan diri demi insan seperti ini kan?

1)Siasat Gerak Geri
Di awal perkenalan kamu ditatangnya bagai minyak yang penuh,bahkan segala kemahuan dituruti. Namun sejak kebelakangan ini ada sahaja yang tidak kena dengannya. Kalau boleh si dia cuba mengawal setiap pergerakan kamu. Ke mana kamu pergi, dengan siapa kamu bersama dan yang paling penting ada atau tidak lelaki bersama kamu akan disiasatnya dengan terperinci. Boleh dikatakan siasatan si dia mengalahkan pihak berkuasa. Kamu pada pandangan si dia seperti seorang pesalah yang sedang menanti hukuman untuk dijatuhkan.



2)Sentiasa Curiga
Lelaki atau perempuan kaki cemburu akan sentiasa menganggap kamu seorang yang curang.Kenapa? Kerana si dia tidak yakin dengan kesetiaan kamu. Sukar baginya untuk mempercayai kamu. Tambahan lagi, bila mana kamu sering diganggu dan kebanyakan daripada mereka pasti akan terpikat dengan kamu. Susah bukan? Inilah hakikatnya yang sebenar. Walaupun kamu tidak melayan mana-mana lelaki atau perempuan yang cuba mengganggu kamu, si dia tetap merasakan yang kamu cuba menduakan dirinya. Padahal kamu tidak tahu dan bersalah dalam hal ini. Apa yang kamu lakukan hanyalah bersabar dan makan hati.

3)Panas Baran
Ini merupakan salah satu ciri si kaki cemburu. Kenapa kamu perlu tahu tentang ini? Ini kerana kamu akan menjadi sebahagian daripada hidupnya. Si dia kalau kamu kenali dengan lebih mendalam mempunyai perangai yang suka marah marah. Salah sedikit sahaja pun tapi kemarahannya bukan main lagi. Sakit hati bukan? Walhal salah kamu itu tidak sebesar mana. Kamu hanya keluar bersama temanteman dan sepupu kamu sahaja. Kalau kamu ingin tahu, individu panas baran ini kalau tiba-tiba si dia naik angin bumi pun boleh terbalik. betapa kuat amarahnya. panas barannya sukar dikawal dan akibatnya kamu yang akan dimarahinya sepuas hati.



4)Tidak Pernah Puas
Betul atau tidak si dia individu seperti ini? Sudah tentu kamu mengatakan “Ya!!”. Si kaki cemburu tidak pernah berpuas hati dengan orang yang disayanginya. Ada sahaja kesalahan yang dicarinya. Dari sekecil-kecil zarah hinggalah sebesar-besar zarah. Susah betul kamu nak puaskan hatinya. Kadangkala kamu akan terfi kir, kenapa si dia harus begini dan apakah salah kamu? Sehinggakan pada satu tahap kamu akan berada dalam keadaan yang sangat tertekan. Namun setiap daripada kata-kata kamu tidak diterimanya malah air mata menjadi peneman setia kamu setiap hari.




 

5)Mengongkong
Susahnya hidup, kalau tak ada kekasih kamu mencarinya namun bila kamu dah dapat lain pula yang jadi. bayangkanlah kehidupan kamu saat ini telah berubah secara keseluruhannya. Dahulunya kamu bebas ke sana ke mari dengan sesiapa sahaja yang kamu suka tapi sekarang tidak lagi. Semua perkara yang kamu lakukan perlulah mendapat kebenarannya terlebih dahulu. Kamu tidak boleh melakukan sesuatu perkara itu tanpa pengetahuan sidia. Seolah-olah kehidupan kamu berada di tangannya. Kamu pula harus akur dengan peraturan yang diciptanya. Nak tak nak kamu terpaksa ikut. Jadi fikir-fikirkanlah.


6)Mengambil Kesempatan
Ini memberi maksud si dia mengambil kesempatan di atas kelemahan kamu.Memandangkan kamu tidak pernah melawan, setiap daripada kata-katanya kamu ikuti tanpa ada bantahan menyebabkan si dia menggunakan kesempatan itu. Setiap kali keluar, pasti si dia akan mengambil telefon bimbit kamu dengan tujuan untuk melihat mesej-mesej yang boleh mengundang kemarahannya. Malah si dia akan mengambil tahu banyak perkara tentang kamu. Si dia bijak bila mana kehormatan kamu diragutnya dengan harapan kamu tidak boleh lari dan terlepas daripadanya.


Sedih kan? sayang dalam-dalam pun kadang-kadang makan hati..bergaul berkawan biar beribu asal setia pada yang satu..tu yang penting..setiap masalah boleh disetel,jangan risau..kalau salah sorang naik hantu jadi    harimau,sorang lagi haruslah mengalah..tapi kalau orang sama asyik mengalah tiap kali tak oke jugak kan..ewahh dah macam pakar percintaan pula guaaa..guaaa maluu -___-" jaga hubungan,JANGAN BIARKAN PASANGAN FED UP DAN CARI LAIN SUDAH..hihihii..warning warning ! dan jangan disebabkan terlalu cemburu buta hal sebegini berlaku ! 



Renung-renungkan dan selamat beramal.. m_m Thanks for reading, LIKE this entry? Click LIKE BUTTON oke






Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)