Assalamualaikum peeps !
Hati tak keruan sejak dua menjak ni,lagi bertambah tak keruan pabila ade mangkuk hayun ajak Yana kahwin semalam,oke bukan cik abg yang ajak..ini mangkuk hayun yang ajak..HAHA..kalao tak percaya boleh tengok print screen shoutbox ni haaa #ade jugak ke orang nak kahwin dengan aku rupanya.. -__-" mood :happy gegatal benorr..oke shadappp pelish !
Oke thanks kepade tuan empunya link sebab ajak Yana kahwin..agagagaa,thanks sekali lagi sebab bagi sumber inspirasi untuk hapdet belog..dalam kepale hotak ni tetibe terfikir kes kahwin yang Heaven-heaven bagai tuh..amboi kemain lagi kan..tapi kan,lagi ligat kepale hotak ni berfikir bila kes parents tak suka dekat pasangan kita..eh eh pasangan korang laaa,not mine #senyum
Mulelah banyak kes kahwen lari berlaku..tak penat ke kahwen lari-lari ehh? -__-"
Perempuan berwatak sheksi diatas bukan Yana hokehh,HAHA..ni anak kepade jiran kepade jiran kepade jiran sebelah rumah makcik Leha nun hujung sane tuu..
KAHWEN LARI TU APE YEEE??
kahwen lari...bukan bermakna kita berlari...lari pecut mahupun berlari-lari anak..naik kereta kahwen dekat thailand pon kira kahwen lari..tapi kalau ..wali ada dekat thailand..itu bukan kahwen lari..wali berada jauh lebih dari 2 marhalah.ok la..untuk kasik clear adik-adik yang belum tahu apa tu kahwin lari..#macam ustazah pule rase -__-" .secara ringkasnya..kahwen lari tu...kita kahwen guna wali hakim....sebab 'TAK ADA' wali (belum refresh sangat subjek munakahad..ehe..) selalunya untuk lari daripada masalah.
contoh-contoh masalah....macam....
- suami tak dapat keizinan untuk kahwen lagi satu dari mahkamah atau isteri sebelumnya.
- anak tidak dapat restu daripada keluarga sebab perbezaan darjat ..nak kahwen laki orang ke...blablabla..
- untuk merahsiakan perkahwinan atas sebab-sebab tersendiri
- tidak cukup bajet untuk kahwen .haha.ada ke?kesiannn
dan banyak lagi la kan...atas apa jua alasan..kalau diajak kahwin lari...jerit kuat-kuat dekat telinga orang tu..nooooo!tak nak!tidak mungkin!..sebab ??!! sebab ...kita mungkin memang dapat lari daripada masalah-masalah diatas...tapi..kita terjun dalam masalah lain pula tanpa sedar.so mari sedarkan diri...INSAFLAAAA
contoh-contoh masalah..macam....
- dah kahwin lari tu..ada dua pilihan lagi.nak terus tinggal kat sana atau pulang ke Malaysia..kalau pasangan bawa balik malaysia elok lagi..kalau yang stok kahwin dengan orang asing...macam warganegara indonesia ke,Bangla ke,Afghanistan ke,ahh mane-mane jelah kan...bawak duduk lombok ke..tak ke nayeee...sebelum kahwin janji lain.dah kahwin lain.sebelum kahwin sanggup nak duduk sana.susah hidup di negara orang.......macam-macam dugaan.jadikan .kes Rosnah Abu Bakar sebagai iktibar.
- katakanlah..pasangan korang tu...menganiaya korang,contohnya cam pukul...curang...tidak bertanggungjawab ..kalau lelaki ok.boleh lafaz cerai.perempuan?tuntut fasakh?macam mana?mahkamah tak boleh tolong.apa bukti anda kahwin?perkahwinan anda tidak didaftar di Malaysia....
- ok..kalau dah masalah macam diatas...ada anak pulak...lelaki dah lafaz cerai...siapa dapat hak penjagaan?kalau dua-dua nak macam mana?? again..mahkamah takboleh buat apa-apa..tanpa mahkamah susah la nak dapat keadilan
- walaupun pasangan tu nampak cam hidup bahagia...tak ada masalah....dapat cahaya mata....anak tu warganegara apa?macam mana nak didaftar kan..sedangkan perkahwinan korang tidak didaftarkan ikut undang-undang Malaysia.jeng3..masalah2....
- fikirkan..hak anak tu pula untuk dapat pendidikan yang sepatutnya..macam sekolah...macam mana.macam-macam hal.tak boleh nak daftar kan anak ke sekolah ok...sebab anak tak ada dokumen-dokumen kelahiran. tu baru pendidikan...hak kesihatan...bank...haih macam-macam.untung tau dapat jadi wargaanegara malaysia. kita dah rasa...kesian anak tak dapat.
- and korang fikir keluarga akan mudah terima anda sekeluarga ke?keke...mesti la makin membuak-buak benci...marah...tidak puas hati sebab mengenepikan mereka....dah tepi..membelakangkan pula..if anything happen to u...sebatang kara?nauzubillah..perkahwinan tu seharusnya menyatukan dua buah keluarga..bukan memecah belah kan.ceceh.agree?
HABESLAA KORANG KENE DENGAR CERAMAH USTAZAH YANA KALI NIEH..OKE SHADAPP !
Banyak masalah timbul kan kalao kahwen lari ni..so ape kate kahwen diam-diam je dekat rumah duduk atas pelamin..hikhik..yang penting jangan disebabkan parents tak restu or what,terus nekad nak kahwen lari lah konon..ceiittt -__-" otak senteng ke ape.Mungkin ade hikmah disebalik kejadian tu semua,ewahhh..ayat berbunga-bunga..
To Mangkuk Hayun : Telima kaseh,HAHA
15 comments:
hehe..terkejut..ingatkan pakwe yana propose tadi..grr..suspen je..hehe..bagus maklumat nie.
kawen lari ni banyak keburukannye...so jgn kawen lari...;p
haha. ade2 je Yana.. klu ade asthma abis tau..penat kawen lari. LOL.
sape 2 mangkuk??hee
hahaha...cian yana..ade mangkuk hayun ajak kawen..huhu:)
nme sya hye.. tpi org pggil sya mgkuk hayun.. haha=D
p/s: dun take it seriously, pls..
heheheh cian2 :D
untunglah die ade orang ajak kawin. hee.
igtkan btol2 d ajak kawen oleh cik abg..hehe
so, sekarang ni nak tak kawin?
memang tak boleh bla tetibe ajak kawin . haha
good info dear
amboi yana... cerita kawen2 ni.. hehehe... nice post!
Kalau cerita kahwin kahwin ni dah tak lama lah nak makan nasi minyak kak yana. Hihi
lahwin lari adventure sikit haha. *huh simpang malaikat 44, takmahu kawen lariii
Post a Comment
Terima kaseh drops komen
Esok-esok drops komen lagi oke ! :)