Jul 31, 2011

Nuffnang,Innity,Adverlets dan Magga Ad



Blog dah ade tapi kompius nak letak iklan mana satu dalam blog, Nuffnang ke? Adverlets? ke nak letak Innity takpon Mangga Ad? haa,jangan pening-pening kepada adik-adik newbie, mari Yana kongsi serba-sedikit tentang review Nuffnang, Adverlets, Innity dan juga Mangga Ad nie, lepas ni boleh fikir 7 hari 7 malam nak letak yang mana satu tau, tehee -___-

1) Nuffnang
Kelebihan
  • Syarikat pengiklanan yang paling berjaya dan popular di kalangan blogger-blogger Malaysia.
  • Banyak contest yang menawarkan hadiah lumayan dan aktiviti untuk blogger-blogger dianjurkan Nuffnang. Antaranya Event Gatsby Deodorant Street Fair yang telah dicatatkan dalam Malaysian Book of Records untuk ‘The Largest Bloggers Gathering’.
  • Blogger juga berpeluang mendapat tiket wayang free, freebies dan sebagainya.
  • Banyak iklan dipaparkan kerana Nuffnang mempunyai banyak advertiser.
  • Mempunyai dashboard yang membolehkan blogger melihat keyword yang masuk, referrals dan unique visitor.
  • Bayaran dibuat melalui cek. Belum ada kes Nuffnang tidak membuat bayaran kepada blogger.
  • Nilai minimum untuk cashout ialah RM50.00.
Jenis iklan
Leaderboard (728×90), skyscraper (160×300) dan large rectangle (336×280)
Earning
1. Kempen CPC – Anda akan dibayar apabila iklan diklik oleh pelawat.
2. Metered Earning (Kempen CPM) – Earning bergantung kepada jumlah unique visitor semasa iklan sedang berjalan. Anda akan dibayar dengan ‘fixed amount’ untuk setiap unit iklan.
3. Buffered Earning (Kempen Metered CPM) – Advertiser membeli ruang iklan di blog untuk jangka masa tertentu.
Status Glitterati
Mana-mana blog yang hanya meletakkan iklan Nuffnang akan mendapat status Glitterati. Blog yang meletakkan iklan Nuffnang bersama-sama iklan Innity, Advertlets dan Mangga Ad akan hilang status Glitterati. Bayaran iklan untuk blog berstatus Glitterati lebih tinggi berbanding blog berstatus Ordinary. Status Gliterati tidak hilang jika iklan Google Ads diletakan di blog.
2) Innity
Kelebihan
  • Bayaran iklan tertinggi berbanding Nuffnang, Advertlets dan Mangga Ad.
  • Banyak jenis iklan yang boleh diletakkan di blog antaranya rectangle (300×250), skycraper (120×600), leaderboard (728×90), head banner (468×60), ballon (260×230), bottoms up (325×90), site take over (780×450), text link dan in-text.
  • Mempunyai option ‘Alternate Ad Management’ di mana blogger boleh meletakkan iklan-iklan lain yang akan dipaparkan secara rotate sekiranya tiada iklan Innity berjalan.
  • Tiada status membership seperti Glitterati Nuffnang. Jadi blogger bebas untuk meletakkan apa sahaja iklan di blog.
  • Bayaran dibuat secara bank-in.
Earning
1. Cost per click (CPC)
2. Cost per thousand impression (CPM)
3. Cost per engagement (CPE)
Requirement
Innity meletakkan syarat untuk blogger-blogger yang ingin berdaftar sebagai publisher. Antaranya ialah 6,000 unique visitors dan 30,000 pageviews sebulan.
3) Advertlets
Kelebihan
  • Earning yang tinggi jika mempunyai trafik blog yang tinggi.
Kelemahan
  • Kurang iklan dipaparkan berbanding Nuffnang dan Innity.
  • Lambat membuat bayaran @ buat-buat lupa nak bayar. (berdasarkan pengalaman blogger otai)
  • Minimum cashout RM100, nilai yang besar untuk dicapai oleh sesetengah blogger.
4) Mangga Ad
Kelebihan
  • Selain earning CPC, Mangga Ad turut mempunyai earning berdasarkan impression yang bergantung kepada jumlah pelawat @ unique visitor.
  • Mempunyai reputasi yang baik kerana merupakan anak syarikat Utusan Malaysia.
  • Mempunyai Friends Widget di mana blogger boleh menambah rakan blogger sebagai partner.
Kelemahan
  • Kurang iklan dipaparkan, mungkin masih kekurangan advertiser.
  • Dashboard yang tak mesra pengguna dan mengelirukan.
So, kalao tengok sekarang memang Nuffnang lah ramai blogger guna,tak salah kan mencuba? mengikut blogger-blogger otai, Nuffnang adalah syarikat yang terbaik setakat ini,pe salahnya kalao kita cuba Nuffnang jugak kan, haa..lepas ni Yana akan kongsi tips-tips untuk dapatkan Buffered Earning dari Nuffnang pula, oke jelas semua kan? hehe


Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Jul 30, 2011

Hasil Jejari tak Berapa Nak Mulus


Masih ada yang jenguk belog Yana tak? Hari ni rasa malas pula nak berblogwalking, korang jelah datang belog Yana ye, tehee =__=" camane orang nak datang kalao tak pergi jengah kepale dekat belog korang kan, nak patah rasanya main dengan photoshop dan photoscape bagai, nak kena siapkan tempahan blog.,bukan senang nak design ikut taste masing-masing kan? harap korang boleh bersabar ye, sabar tu kan separuh daripada iman, Yana nak makan minum mandi main jugak, takkan lah nak duk depan lappy seharian, eheh, paham kan?

Jom lah Yana kongsi serba sedikit artworks yang Yana buat hari nie..start dari pukul 2 hingga 4 petang tadi, laju berdesup bak Ferrari tak? -.-"

Ni adalah header adik Izzah, dye nak simple ada doodle, crown semua ni haa, oke tak? Nak tengok lebih besar gedabak sila skodeng belog beliau dekat SINI


Oke ni pulak header adik kandung Yana, si Denana..saje buat, belum pasang lagi dekat blog dye, nanti-nanti ah, sebab free so kasi lambat sikit, hikhikhik padan muke dye :P



Haa yang ni pula menu tab yang direquest oleh adik Ezzati, fuhh nasib baik menjadi..baru je siap ni, belum pasang lagi dekat belog, dye nak simple so Yana buat se simple yang mungkin lah nie, hehe, oke tak?

Dan last sekali gambar dekat bawah ni watermark Yana punya, jangan gegatal nak curi lah ye, HAHA, ade ke orang nak cap jari besar gedabak name kau, ceittt -.-" so lepas ni Yana akan letak watermark dekat semua gambar di blog Yana nieh, sebab hari tu kan, Yana terjumpe ade sorang budak ni copy sebijik-sebijik entry Yana, sekali dengan gambar pulak tuu, dah sound budak tu, senyap terus..jangan memain oke, belum tunjuk taring memang korang nampak Yana lembut dan berhemah, cehh,yeke? haha,oke perasan sorang-sorang.
 
p/s : sebarang tempahan sila inbox Yana, sori kalao lambat reply, berpuluh-puluh messages, pening pulak rase



Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Tips Kekalkan Kulit Selembut Bayi



Best kan kalao kulit kita lembut je sepanjang hidup nie, eceh tapi tipu lah kan bila dah tua kedut-kedut pasti muncul jugak kelak,tehee -___-' Kulit yang halus dan lembut merupakan idaman setiap wanita. Kulit mulus merupakan penunjang penampilan yang menandakan kita pintar merawat tubuh.,yeah sukses gitu.


Nak omei? Mari cuba tips ringkas kat bawah ni.

Lindungi Kulit dari Sengatan Sinar Matahari
Sinar matahari sememangnya boleh menurunkan kadar kolagen dan elastin (protein yang berfungsi untuk membuat kulit tetap kencang dan elastis). Tentu korang tidak perlu memakai pakaian yang 100% menutup seluruh tubuh untuk melindungi kulit Anda dari sengatan sinar matahari. Dalam pasaran sekarang, kita boleh dapatkan banyak produk untuk melindungi kulit yang tak berapa nak mulus ni dengan krim yang mengandungi pelindung dari sinaran UV.Best solution? korang pakailah payung, spek mata hitam dan topi lebar macam duk kat pantai tu haa, oke tak? nak lagi best pakai kain kapan, kompem tak kene sinaran UV langsung.hikhik

Bersih dan Pilih Sabun yang Tepat
Kulit yang bersih adalah kunci untuk mendapatkan kulit yang halus dan lembut. Untuk menjaga kebersihan kulit, korang boleh merawatnya dengan mandi dua kali sehari dan selalu membersihkan wajah dari sisa make up yang tebal-tebal sampai tersumbat liang roma korang tu.Tapi....
 
Korang kenalah berhati-hati memilih sabun yang di pakai, sebab kalao salah memilih sabun, kulit dengan mudahnya akan mengalami iritasi, kering dan kusam.,taknak kan? umur baru 15 tapi muka dah macam di usia 50-an, ceittt tipu benor perumpamaan ni -.-"

Pilih sabun mandi yang tidak hanya membersihkan, tetapi juga dapat menjaga kelembutan kulit. Sabun dengan kandungan pelembab dan minyak dari tumbuh-tumbuhan akan baik untuk menjaga kelembutan kulit korang. Selain itu, jangan terlalu suka mandi terlalu lama dengan air panas sebab mungkin kelembaban kulit korang akan hilang sedikit demi sedikit., yelah nak kena bangun awal-awal pergi sekolah kerja semua, mesti sejuk nak mandi shower kan?

Rajin Memakai Pelembab 
Pelembab sangat penting terutama mereka yang memiliki kulit kering. Ada banyak produk pelembab yang ditawarkan, sesuaikan produk tersebut dengan jenis kulit yang korangmiliki.

Jika korang memiliki kulit normal, gunakan pelembab yang memiliki bahan utama air. Jika kulit korang sensitif, pilih pelembab yang tidak mengandungi bahan kimia dan anti alergi. Jika korang memiliki kulit kering pula, gunakan pelembab yang mengandungi minyak dan mengandung propylene glycol yang boleh menjaga kulit korang tetap lembut.

Pilih Makanan Sihat
Menjaga kelembutan kulit tidak hanya dari luar, tetapi juga memerlukan perawatan dari nutrisi dalam tubuh jauh lebih baik. Usahakan untuk minum air mineral sekurang-kurangnya 8 gelas setiap hari. 

Selain untuk mencegah dehidrasi, minum air mineral dapat membuat kulit korang makin segar dan tidak terlihat kusam. Jangan lupe makan banyak sayur dan buah yang pelbagai warna dan jenis untuk memberikan nutrisi vitamin A, vitamin B6, vitamin C, vitamin D, dan vitamin E yang baik untuk kulit korang tau.

Memulai Gaya Hidup Sihat
Jauhkan diri korang dari stres, sebab stres hanya akan membuat fikiran korang makin kacau dan serta menjadikan kulit korang tampak kusam dan tidak sehat..Jangan asyik nak gaduh dengan gurlpren boypren je tau ! hehe :)  

Jangan lupe lakukan olahraga atau bersenam setiap hari agar kulit korang makin sihat dan segar. Termasuk, hindari diri korang dari kebiasaan merokok sebab merokok bukan hanya buruk bagi kesihatan organ dalaman, malah rokok adalah musuh terbesar bagi kulit.

Tidur yang mencukupi
Bab-bab tidur memang best ! hehe, pastikan korang cukup tidur ye, kalao tak tidur for sure kulit akan kusam bila bangun tidur. Selain tu eyebarg juga mudah ada ditambah lagi dengan jelawat-jelawat tak berperikemanusiaan mulai tumbuh bak cendawan di muka.



Kepada yang mempunyai masalah kulit seperti ekzema, psoriasis, rosacea atau pun ruam disebabkan iklim dan sebagainya, Renew Intensive Skin Therapy adalah jawapan kepada masalah korang. Kepada kulit sensitif, alergi, merekah, kasar dan sebagainya,dijamin dalam masa yang singkat korang akan dapat melihat perbezaannya selama 2 - 3 hari sahaja!

 Jaminan kepada masalah kulit anda

  Ramuan untuk Renew Intensive Skin Therapy

Renew halal digunakan dan dijamin akan berpuas hati. Kepada yang tidak percaya dan masih ragu-ragu dengan akan perkataan Cetyl Alcohol dan Benzyl Alcohol,kedua-dua ramuan ini diperbuat dari tumbuh-tumbuhan. Kalao tak percaya jugak, korang  boleh klik perkataan tersebut dan baca sendiri oke??.

Selamat mencuba :)



Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Jul 29, 2011

Orang Khianat Yana, terima dengan senyuman je



ENTRY HARUS BACA....

Selamat pagi readers and bloggers, 

Dalam hidup kita ni tak lepas dari pelbagai masalah harian kan, itu yang pasti..tapi jika ada yang khianati kita boleh bersabar lagi tak? paling tidak cuba untuk bersabar, tetapi kalao dah kerap kali memang meletop jugak kan..hari ni celik mata dengan senyuman tetibe bertukar menjadi tragedi menyayat hati, ceittt, macam ada orang mati je ayat -.-" taklah, disebabkan perasaan dikhianati ni tak dapat dibendung lagi, harap korang semua dapat bantu Yana ye..

Seperti yang korang tahu, Yana ada sediakan khidmat edit blog untuk para blogger khusunya blogger baru yang masih berjinak-jinak ayam dalam dunia bloging nieh..Last week, ade lah sorang blogger **** ni datang minta bantuan untuk edit blog dan buatkan header..oke, totally she need to pay RM20 ya..dia suruh buat dulu..oke lah, disebabkan percaya dekat budak hingusan tu GGRRR -.- Yana bertungkus lumus siapkan edit full blog dye dalam masa sehari..nak buat camane, setiap 5 minit inbox Yana, tak ke annoying bagi korang? bagi Yana, yes! annoying yang terlampau, fuhh sabar jelah =___="

"Oke, done editing your blog dear"
"Jangan lupe tolong bayar ye??"

ceittt, kemain manis plus manja plus berhemah ayat Yana ni kan sebab dah berjaya design pe dye nak..tup tup 2 hari senyap, hati dah rase lain sebab awal-awal Yana dah kasi no telefon, sebab budak ni nak topup je haa, oke laa..accepted..tadi rase macam nak buka balik inbox yang dye hantar..baiklah, ni yang kau kasi kan..Ok Fine, Terima kasih banyak-banyak

*agak-agak rabun ayam, kelik je gambar untuk tumbesaran sihat ye

 

Finally I got the answers, fuhhh, berdesup menusuk hati..panass ! nampaknya dye dah larikan diri, facebook kompem-kompem dah block Yana, the second blog dye dah tukar another URL blog..tak sempat nak godam masuk dengan emel dan password dye kasi, GGRR, dah dapat ape dye nak, tak nak bayar pulak ye..takpe-takpe, sabar selagi termampu..tapi kalao satu hari nanti Yana terjumpe blog dye ni..siap lahh, engat tak cam ke muka kau yang "comel" tuh, GGRR..

Bagi sesiape yang kenal budak ni tolong inform Yana ye?nama facebook dye
  • Aquwh Syahira
Korang kenal? entah-entah member korang je nie..kalao bab blog Yana tak sure lah sebab sepanjang edit blog dye, dah 2 kali tukar URL blog, ape kes daaa =__="
Dan yang pastinya gambar dye ada di facebook Yana sekarang, hoho..hari tu dye tag 2 gambar dye untuk dijadikan header, sekarang still ade..kalao korang nak tengok siapekah gerangan budak tu sila lah melawat facebook Yana ye, kalao kenal tolong inform Yana..malas nak tempek muka dye dekat sini, takde pekdah langsung, biarlah korang tengok sendiri oke.

Moga ramai yang dapat bantu agar permudahkan jalan Yana jejaki budak nieh, boleh tak?

Insan dikhianati, sob sob :'(

p/s : Yana just nak bantu blogger, tapi kena khianat..ni adalah kali ke-3 kena camni,berbaloi ke aku buat baik dengan orang tapi tak hargai? kenapa aku terlalu berlembut dengan orang, rambut sama hitam, hati lain-lain, oke bai


Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Review Keputusan Penuh Perlawanan Bola Malaysia VS Singapura



Fuhhh, malam ni berpeluh-peluh tengok bola, habuk kerja tak capai dek tangan, siapa cakap perempuan tak minat bola? HAHA, kalao dalam rumah Yana ni memang muka Yana dan baha je depan tv tengok bola tau, adik-adik jadi pasukan sorak sudaa,..

Harimau Malaya hebakk beraksi malam ni walaupun kalah, yang penting Khairul Fahmi maintain macho tangkap bola, tu jelah kau tahu an =__=" kalah bermaruah, oke pe..kan?

Jom review perlawanan tadi, kalao tak taip rase gelisah pulee nieh -.-

Objektif utama malam nie seharusnya Malaysia sumbat 2 gol lah kan? yang penting benteng pertahanan kena kuat laa, lebih-lebih diasak oleh pemain Singapura yang sungguh lembek tuh..kalao tengok dekat stadium mak aihh beribu riban datang, naseb baik konkrit maintain kalao tak mahu roboh..ouh nooo, dan pastinya jersey Harimau Malaya ramai pakai kan, wahh semangat ! nampak gaya memang 85 000 tiket berjaya dijual, berasak-asak penyokong bola sepak negara datang.

Ni adelah pusingan kedua kelayakkan piala dunia tamat apabila Malaysia tewas 5-3 ke atas Singapura. Malaysia yang menjaringkan gol pertama seawal minit pertama oleh jaringan Safee Sali. Dan selepas itu dibalas oleh Singapura yang pandai mengambil kesempatan dalam peluang mencipta gol. 2 gol diperolehi menerusi sepakan percuma, dan ditambah 2 gol lagi yang menjadikan Malaysia ketinggalan 4-1 pada separuh masa pertama..memang kejam kan..hoho -.-"

Memang sedikit kecewa la, tapi kan geram dengan pasukan Singapura..macam trick diorang je nak lengahkan masa, setiap 5 minit ade yang jatuh sakit, ceittt,geram pula kan..tambah pula si goalkeeper tu sakit jugak, mula-mula sakit dekat dada lah kot..pastu pegang kepala kononnya sakit kepala, trickk trickk, cool sudah..kan? nak sangat ambik lah kad kuning tuu..kesian pula dekat pemain Malaysia yang dapat kad merah tuu, ishh! -.-

Suka yang ni, tengok nie abe amboo,ganah dop? HAHA..abe kawe nieh..


Dan kat bawah nie khas untuk penyokong Harimau Malaya ! yeahhh !!

 

Amacam, ade berani?


Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Jul 28, 2011

Kalao dah macam nie, stop bloging jelah



Seharian Yana emo, dengan masalah orang  tak betul di facebook lah, masalah di blog laa..erghhh, maybe agak tensyen sebab selama ni tak pernah jadi..ceittt, memang malang plus plus ke ape hari nieh..

Nak dimulakan cerita, celik je mata pagi tadi terus terjah lappy suam suam suku nie haa, tunggu masa nak meletop je sebab asyik online sampaikan cooler dah nak pencen..semalam line maxis buat hal gara-gara hujan lebat teramat..okelah, dah faham sangat, esok-esok oke leteww..mula-mula kemain senyum melebar sebab dapat connect broadband walaupun dalam keadaan rambut kusut masai,,marilah buka blog kejap..oke hencik google,perlukan belas ehsan anda

Taip---> http://alyaeyanaqaisara.blogspot.com/

Loadinggggg>>>>>>>>>

Mari tengok sini wehh, nak sentap kejap nieh


Bulat mata Yana kejap, kalah mata berbie doll tau..mane body background Yana? yang warna putih tu..haishh, tak puas hati..refresh lagi..refreshhhh..sampai 5 kali ni haa..scroll bawah sikit tengok ape jadi..ni haa,kasi urat-urat saraf menggelegak bak buih-buih air panas dalam kawah..GGRRHHH, apesal jadi camnie?

Haah? dah lesap mak aihh, lepas je iklan Churp-Churp tu terus tadaakk hapa, uhuk-uhuk..jangan lah rosak wahai intan payungkuhh..boleh demam aku, pastu scroll lah bawah lagi..kali ni memang loncat-loncat happy..sebab? korang tengok lahh ...

Totally musnah dan hancus blog Yana nih..yeayy ! hypothesis accepted wehh..baguslahh, laen kali buat perangai lagii..

Then Yana tanya kawan-kawan blogger lain dekat group suruh tengokkan..diorang cakap oke je? normal macam biase? apesal Yana tengok abnormal nieh, gosok-gosok mata sikit sambil refresahh berulang kali..hasil tetap sama,.then try bukak dengan Google Chrome, Mozilla lagi..Internet Explorer lagi..sama je, separuh-separuh..GGRRR =___="

Korang tengok oke tak? macam biase? tolong komen boleh sebab nak survey nieh..dan kalao sesiape tahu jalan penyelesaiannya harap dapat bantu dan inform Yana ye..dah seharian merajuk dengan blog niehh..uhhh -.-"




Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

BEN ASHAARI CARI BLOG ..CEPAT !



Salam readers blog Yana,,..
Tak sah kalao sehari bagi Yana untuk berkunjung ke blog blogger famous amous, Abg Ben Ashaari nieh..ewahh, bak kata orang pembakar semangat dalam dunia blogging..cehh =__= ,so tadi beliau ade buat satu segmen yang sangat best and for sure Yana akan join !


Setiap makhluk Allah baik kaum Hawa dan kaum Adam pasti ada personaliti yang menarik bukan? Kalao selama ni asyik baca tentang riwayat hidup perempuan je sepanjang zaman..apa kata kita cungkil serba sedikit personaliti menarik bagi kaum Adam nieh, hero kita ! of course lah kena tahu kan, ewahh..mane tahu boleh jadi panduan serba sedikit.
  • lelaki sebenarnya tidak memandang wanita yang cantik tetapi mereka yang mampu buatkan sejuk mata serta mempersona..cewaahh,maluu auu
  • lelaki sangat benci dikhianati..erghhh =___="
  • walaupun sang lelaki mencintai sang perempuan, tetapi kawan-kawan tidak dilupakan..normal lah tu kan..asyik hang out dengan kawan-kawan je sampai si gadis tarik muncung 40..kalah mulut itik ni haa..kan?
  • even seharian lelaki sibuk dengan kerja, percayalah saat dye mahu tidur PASTI korang jugak yang dye ingati..Alhamdulillah, ingat jugak kan? 
  • lelaki sangat suka dengan senyuman sang gadis..auu smile always oke,,chill gituu
  • jika lelaki itu sanggup bertemu dengan kedua orang tua korang, itu tandanya dye benar-benar serius dengan korang..usah ragu-ragu lagi ye..ouhh romantik pulee -.-"
  • jangan sesekali pernah berusaha buat lelaki marah, kalao tak memang meletop satu dunia okeyhh
  • lelaki sukakan sang gadis yang pandai masak, maka haruslah belajar masak dari sekarang agar tidak menyesal kelak..hikhikhik..
  • lelaki adalah makhluk yang simple. yeahh yang ni memang diakui, takdelah nak berdandan bak sang gadis nieh kan..semua nak pakai nak beli..ouh simple betul..kalao boleh keluar date pakai selipar jepun je..HAHA $__$
  • lelaki sangat benci dengan Queen Control ! harus take note yaa..kalao gurl tak suka dengan "Polis Penchen"..agak-agak faham tak?
Setiap orang ada kelemahan masing-masing..try handle dengan sebaik mungkin..ye tak sang pria kuu?

Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Jul 27, 2011

Daftar Churp Churp



Selamat hari rabu semua ! Seperti biase, lappy akan dibuka setiap hari untuk jumlah earning blog, dan juga churp churp Yana, ahah..bab-bab duit free cepat je kan..siapa cakap join churp churp tak dapat untung? churp churp bukan semata-mata untuk mereka yang bergelar blogger, tapi kalao korang hanya ada facebook dan juga twiiter juga boleh buat duit tau..setakat nieh, Churp Churp Yana dah berisi duet RM150++ , ewahh, baru sebulan join,nanti lah cashout, kumpul banyak-banyak dulu buat belanja dekat universiti nanti..mata pun dah jadi $__$ sebab giler duit..ceittt =__=" ,as usual, dapat request dari blogger tentang cara-cara nak join Churp Churp nieh..so sesiapa yang ada facebook dan twitter jangan lepaskan peluang..oke saya membebel panjang -.-"

1.Firstly, korang pergi ke page Churp-Churp

2.Next, tekan button Sign up


3.Korang haruslah lengkapkan segala maklumat yang dikehendaki


4.Tick dan submit


5.Page ini akan keluar sekiranya pendaftaran korang berjaya oke


6.Buka email korang di yahoo.com

7.Email yang dihantar adalah camni, nampak tak? Click pada link yang diberi dalam email itu.


8.Korang akan dibawa ke page ini pula


9.Pendaftaran korang  telah selesai dan kini anda telah mempunyai akaun churp-churp. Yeahh, sukses sukses!

10.Untuk masuk ke akaun korang, click “here” seperti di dalam gambar kat atas tu.

11.Korang akan dibawa ke laman Churp-Churp. Click pada dashboard untuk setup akaun korang.


12.Kemudian korang akan dibawa ke page ini. Sila perhatikan bahawa sebelum mula mengiklan, korang perlulah menghubungkan akaun Churp-Churp dengan facebook korang tu.. Click pada button yang dimerahkan.


13.Next, korang akan dibawa ke page ini. Click pada “authorize with facebook”.


14.Korang akan dibawa ke laman facebook. Login ke akaun facebook korang oke


15.Click “allow

16.Setelah selesai, page ini akan keluar menandakan korang telah siap setup.


17.Click button “dashboard” dan korang akan dibawa kembali ke page ini. Sila isikan maklumat yang diminta.


18.Setelah selesai. Tekan button “update social sharing settings”.


19.Lastly,korang dah boleh mula untuk berkongsi maklumat bersama rakan-rakan korang. Rujuk "General Guide" di dashboard anda untuk maklumat lanjut.

Fuhhh.penatnye buat tutorial nieh..menitik peluh-peluh..kahkah..lepas ni jangan lupe join ye, pasti income masuk free free je, tengok nie mata Yana "$$$$$$$,$$$$$$$"

Nak lebih hebat dengan Churp-Churp? Korang click je gambar lawa gerak-gerak tepi sidebar Yana nieh, yang ade tulis "LIKE? JUST CLICK" tu haa,oke?magic bakal berlaku







Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Jul 26, 2011

Tutorial : Styling Your Shawls


Salam semua readers,followers,visitors and bloggers blog Yana..

Semalam Yana ade upload satu gambar di facebook dan juga beberapa gambar di blog, then ramai yang suruh ajar style Yana pakai shawls tu..ekceli Yana takde lah pro sangat dalam styling shawls nieh, masih baru berjinak-jinak bak baby belajar merangkak..walau pape pun, ilmu jangan disorok..betul tak? make sure pakai shawls biar kemas ! jangan nak meleleh je,pastu nampak leher..haa, orang mengata kat belakang kita tak tahu kan...ceitt, membebel pulee -.-"


Jom bertutorial kejap, celik mata luas-luas sebab Yana takde kekuatan lagi untuk ajar di dalam video,hikhik..even ramai suruh tapi saya tetap maluu..erghh -.-" hope gambar-gambar ni pun dapat banyak membantu korang ye..oke,lets start..
Ape yang korang perlukan?
  • Shawls / Pashmina
  • 1 Inner
  • 2 Brooch
  • 1 Peniti

Gambar 1 :
Seperti biase, pakai inner dulu..kemudian bahagikan shawls sebelah pendek dan sebelah lagi panjang

Gambar 2 :
Sengetkan bahagian pendek kebelakang..kemudian pin kan dengan brooch di belakang leher..make sure biar ketat-ketat ye..jangan longgar..jelas? refer gambar kalao tak faham


Gambar 3 :
Tarik bahagian yang pendek tadi kedepan..kemudian bawakan ke bahagian leher sebelah lagi

Gambar 4 :
Pin kan dengan peniti bahagian pendek tadi..tak kesah lah atas atau bawah telinga korang..make sure kemas


Gambar 5 :
Tarik bahagian yang panjang pula..tak perlu tarik bahagian dalam shawls, yang luar tu je

Gambar 6 :
Bawakan bahagian panjang tadi ke sebelah leher dan belit macam biase..bawa keatas kepale tau


Gambar 7 :
Nampak jadi camane? haa, untuk kemaskan boleh pin dengan brooch..ataupun selit sahaja dibawah leher korang..senang kan?

Gambar 8 :
Lebihan bahagian pendek tadi, nak dibiarkan begitu sahaja pun takpe


Gambar 9 :
Kalao nak bergaya lagi, twist kan hujung bahagian pendek tu..dan bawakan ke belakang shawls hingga ke hadapan..untuk lebih menawan, pin kan dengan brooch besar gedabak yang penuh dengan permata warna-warni tu..baru nampak eksklusif gitu..

Gambar 10 :
Finally, I've done pakai shawls style nieh..menarik tak? ehehehee =.="


Harap korang dapat enjoy dan mencuba tutorial styling shawls nieh, pergi duluuu..daa

Kalao suka? Jangan lupe LIKE dan drops Coments ya?



Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Suka Join Contest? Jom join !



Assalamualaikum readers belog Yana..

Kali ni Yana nak kongsi satu contest yang agak menarik dimata Yana tatkala buka blog lalu terpampang mata di bloglist sekejap, just review dan promote ye..contest ni dibuat oleh akak Cpm Nurhaliza ,kenal tak sape? huu, ni blogger golongan dewasa pujaan hati Yana ni..actually Cpm Nurhaliza ni akak kandung kepada Irine Nadia dan juga Aizul Marcello tu..yang buka stokis VCO gempak lagi hebakk tuu *oke saya membebel panjang -.-"

Yana tak layak nak join so promote dekat korang jelah ye yang selalu titik berat pasal kecantikan dan kesihatan luar dalam badan ni..uhuk =.=' camane nak join, mata dah macam panda sekarang,ceitttt ta aci betul..jeles tahap cipan @__@

 
Lawa kan banner contest nie? akak Cpm ade buat Contest Skin Care ,wehuu..so sesiapa yang rase nak join, meh lah ramai-ramai..tak susah pun syarat-syaratnye..paling besh tang hadiah lahh, tapi Yana hanya mampu tutop mulot dengan tangan sambil kelip-kelip mata jelaa..nak join rase tak layak teramat..ceittt touched sekejap nie..jom tengok hadiah akak Cpm akan kasi nanti

NEXTTTTTTT--------------------
  •  1 orang pemenang sahaja dipilih
  • Pemenang akan diumumkan pada 27 Ogos 2011
  • 1 Trial Botanical skincare f2 berserta 1 makeup bag dan akan dipos pada 28 Ogos 2011 nanti
Menarik bukan? nak tahu syarat penyertaan bolehlah rujuk dekat SINI ye..akak Cpm ni memang cantik orangnya..selalu menjaga kecantikan dan juga kesihatan..tak lama lagi akak Cpm nak lahirkan baby dah..fuhhh, harap-harap selamat belaka..kalao tak percaya boleh terjah blog beliau tau.

[IMG_0210.JPG] 

Ni lah akak Cpm, subhanallah..cantiknya ciptaan Allah ni kan? even dah jadi isteri dan ibu kepada 2 org cahaya mata, ni nak masuk 3 orang dah pun..tapi still maintain lawa..hukhuk..jeles yang amat -.-

p/s : belog kak Cpm dah makin lawa, pink kaler gitu..I Like it, ahak ahak..I Like it, ahak ahak..belog beliau banyak ajar tentang cara-cara makeup dan juga produk-produk kesihatan terbaik..meh lah tengok reramai

edited and credit to : Cpm Nurhaliza



Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Jul 25, 2011

Stay cute



Selamat petang you olls, buhsan sangat hari nieh sebab tak keluar rumah pun..ouh cuaca sangat panas, haruslah jaga kulit muka agar tak terbakar -.- ,tapi kan..jari terase nak menaip tapi no idea GGRR, paling tak suka jadi macam nieh, harap maklum.

Bila otak tak berapa nak center maka keluarlah posing poyo depan kamera gara-gara puas teramat..anggap jelah wordless okeh..haha =.=" *nothing to say anymore





  • peace no war
  • belajar kenyit mata, still sepet macam amoi -.-
  • peluk bear, besh maen peluk-peluk nieh.eeiiihaaa
  • muke sengal ubi
saya sedar saya tak cun, harap jangan kutuk..kah kah, apesal sedikit touched nieh =.=" lagipun saya cuba maen-maen belit shawls tadi..oke tak? wehuu >,<


Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)