Aug 5, 2014

Done Internship & Selamat Hari Raya




Assalamualaikum


Intro kena letak gambar ajet ajet comel sekeping tanda semangat nak menaip entry. Hehehe. Masuk bakul angkat sendiri ye dak :D Sekarang ni dah berangan jadi fulltime blogger macam dulu dulu dah. Bukan apa, sebab dah tak busy macam dulu, dah takde kena hadap esaimen test bagai, internship pon baru je habis. Ya Allah lega sungguh rasa dia. Sekarang ni tanam anggur dkt rumah lepastu bina badan sikit sementara tunggu grad bulan 10 nanti haha. Nak cuti dulu puas puas lepastu baru kerja. Ken or kennot babe? Gambar dekat atas tu kan last aku snap masa malam last day dekat Shah Alam, dekat butik Woman of Jannah, Plaza Masalam Seksyen 9 dgn sidia. Hahaha. Perlu ke mention centuh. Takde org nak tahu pon tapi BESAR maknanya untuk aku :p

Bertolak balik ke Terengganu dalam pukul 2 pagi kot kononnya nak elak jem. Balik dengan kawan 2 orang. Kan minggu tu nak raya, aku balik Jumaat malam dengan muatan kereta melampaui batasan haha. Penuh barang aku tau, bawak balik separuh je dulu. Naik je highway terus nampak kereta beratur panjang. Tak bergerak cerita dia. Kawan2 aku ajak lalu ikut Karak lama. Rasa nak hempuk kepala sorang sorang sebab aku takut :( yelah macam macam cerita hantu dekat situ aku dengar hahaha. Diorang cakap "yana jgn takut eh, kitorang ada" ek eleh korang, bab bab sakat aku no 1 kan. Oh btw kawan aku ni 2 orang lelaki, means  balik bertiga lah. Nasib baik banyak kereta lalu dekat situ, takdela takut sangat walao hakikatnya aku seram sejuk dekat situ T.T kang xpasal pasal wolkswagen kuning main lumba kereta dgn aku :p aku tido je sampaila ke Terengganu. Haha syok gila tido :p


Sampai Terengganu pukul 9 pagi. Pehh sakit badan sakit kepala tido dalam kereta ditemani barang barang aku tu. Sampai je rumah mama aku suruh siap siap pegi amik duit Dana Raya kalao tak silap. Yg tahun ni dgn yang tahun lepas punya. Rezeki raya dapat RM400 :p biar penat pon dah orang nak bagi duit free memang gagah la jawab dia haha. Pegi dgn 2 orang awek dekat belakang tu, kawan baik dr sekolah rendah ok. Abaikan duckface kooo itewww hahaha :p 


Malam raya

Macam biasa, sedare mara ramai balik rumah aku sebab atok ade dekat sini. Malam raya tu dah sibuk buat nasi dagang, rendang & mcm mcm lah. Paling best tengok bebudak main mercun, bunga api, meriam, bom atom. Hehe over pulak. Baju raya pon dah siap. Awal awal dah gosok baju raya kemas rumah. Hmm best & seghonok. 


1 Syawal

Tema raya tahun ni family aku pakai warna Turquoises, entah betul ke tak ejaan tuh haha. Makin ramai family makin warna warni tema baju haa. Comel sangat.


Selamat Hari Raya. Maaf zahir batin (:




Ajak ciksu selpiaq. Haha. Ciksu aku ni layan je kalao bab bab bergambar :p nampak muda gila kan? Dah kahwin dah pun ni, umur pon dah 30an. Kalah iols dengan ciksu :( lepasni kena mintak petua & tips dengan ciksu untuk kekal muda & jelita gitew hahaha. Perasan letew ciksu orang cakap dia muda -.-"


Dengan mama & adik bawah aku. Nampak tak ketembamam aku sekarang. tengok pipi dah tahu weh. Pipi shj pon dah 30kg bahahaha. Nasib muat baju yg mama aku jahit ni -.-' haish


Mesti pelik kan ada ambulans dekat belakang tuh haha. Ekceli, masa raya pertama ni, pagi pagi tu pergi kubur dulu lepastu layan tetamu dekat rumah. Petangnya aku dgn yang lain pakat pergi hospital sebab pakcik aku sakit. Kesian sepupu sekeluarga, raya dkt hospital je tahun ni jaga ayah dorang. First time hari raya pergi hospital huhu. Doakan pakcik aku cepat sihat eh? (: sbb sekarang pun still dekat ward. 


2 Syawal


Ootd sekali. Hehe. Bila aku upload gambar ni dekat wechat & Insta, ramai PM tanya ni kereta aku ke. Hahaha. Amboi belum kerja dah kaya benor aku nak drive kereta crz tu :p tapi kalau betul pon ape salahnya hehehe.


Siap siap nak pergi kenduri aqiqah anak sedare. Lepastu beraya lagi rumah sedara yang lain. Tiap tiap hari berjalan. Sekali pergi beraya 3 4 kereta haha syok aaaa. Tapi tak syok sebab duit raya tahun ni tak sebanyak dulu dulu dah tsk tsk :'( 


Me & cousy. Eh aku je paling tua, semua bebudak lagi T.T dengggg. Tapi perangai kalah bebudak. Boleh geng lah kan


Mak buah dengan anak buah


Maka berakhirlah sesi makan makan dekat rumah sedara. Dari tengahari sampai malam makan je nonstop. Aku lagi laa sumpah kuat melantak raya ni. Mulut tu asyik nak makan je haha. Balik rumah dalam pukul 8 lebih camtu. Lepastu pukul 9 lebih start bbq dekat rumah pulak. Haha. Sempat lagi bbq haa. Pakat bagi tugas ada yang masak nasi ada yang kena bakar ayam, fuhh syok wei. Perut pun syok. 


3 Syawal


Amboi meghah makngah jah raya ketiga ni hehehe. Dengan adik no 2. Adik tinggi kalah ahkak, padahal baru Tingkatan 1. Masa ni siap siap nak pergi beraya dekat rumah makcik di Cheneh. Sambung makan makan dekat sana pulak hehe. 










Nasibla korang dapat akak macam aku hahaha :p muka takde control ayu punya. Dekat rumah memang aku gila sikit, bukan gila gila tapi gila hahaha. Adik aku selalu cakap "along! mu ingat muka mu comey sangat buat gitu orr?" hahaha cekati aku ah :p . Gambar ondeway sahaja pun penuh memory inikan dalam majlis makan makan dekat rumah makcik hihi. Lepastu malam tu kan aku & family follow pakcik duduk Klang balik sana. Stay 2 malam sebab nak balik Shah Alam kejap angkut barang dekat rumah sewa lagi separuh. Err lagi separuh pon dah penuh bonet kereta haha :p

Next entry aku cerita pasal pergi Shah Alam pulak ye. Banyak sangat nak cerita kang termuntah pulak baca banyak banyak. Hehehe. Baideway Selamat hari raya semua. Maaf kalao ada salah silap selama ni, terkasar bahasa terguris perasaan, takpuas hati dengan aku ke haha. Kosong kosong ok. Babai.











Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

9 comments:

Nadya Bubble said...

Selamat hari raya, awk :)

twinscraftlife said...

안녕하세요! This is twinscraftlife. We are handcrafters! pls visit our blogshop~ We sell handmade bags, pouch, phonecase, bookmarks, notes and many more! 감사합니다~ 꼭오세요~ twinscraftlife.blogspot.com

AINUN ZURIYATI MOHAMED said...

duk teganu ke?
ambe gannu gok...;-)

Ania said...

Blognya keren! Saya lihat bahwa kamu upload banyak foto. Apa kamu mau mengembangkan blognya lagi? Kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Kamu bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya. Kami tidak terhapus filenya dengan waktu batas. Coba servis kami tanpa registrasi:)

Farisha Adnan said...

Saya tag awak. Heee :)
http://farishaadnan.blogspot.com/2015/02/iphone-5s-giveaway-by-syafiqspecki.html

shah said...

nice la blue tu

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Анна Лапина said...

Шлюхи и Проститутки Киева для секса анального и минета без резинки, в рот. Как вам такой расклад?

Zainal Abidin said...

4 Syawal nulis post diatas. Ahahahaha :D Ditunggu kunjungan baliknya di http://catatanonlinesederhana.blogspot.com/ yah?

Post a Comment

Terima kaseh drops komen
Esok-esok drops komen lagi oke ! :)