Jan 1, 2013

Diary 2012.



Assalamualaikum.

Sesungguhnya banyak perkara manis pahit masam masin tawar terjadi sepanjang tahun 2012. Yang manis kenang-kenangkan dan yang pahit dibuang-buangkan. Kalau nak diceritakan, 10 entry rasanya belum tentu habis lagi. Dan ni lah antara pengalaman yang masih segar dalam ingatan hingga detik tika saat jam ini.

Majlis berbuka puasa anak-anak Terengganu(pelajar ipta seluruh malaysia) bersama Menteri besar. 

Habiskan masa bersama keluarga tersayang. I miss you all right now. Seriously. Jom baca kisah kitorang picnic! Best sangat (: Klik SINI tau.

Hari raya hari mulia! Merah baju tahun ni. Baca SINI kalau nak tahu.

(Sambungan cerita dari gambar diatas)...Bukan saya kahwin. Tapi sepupu saya kahwin. Tema merah hitam putih. Banyak pulak kombinasi warna kan? hehehe.. Nak tau selanjutnya? Jom lah baca dekat SINI.

Lepas sorang, sorang sepupu kahwin. Tinggallah dahku anak dara belum disuntik oleh lebah. Eh ayat buatan manusia je tu. Ciptaan sendiri. Entry masih dalam draft, lupa dipublishkan. Maaf :/

Hidup sebagai pelajar, kawan-kawanlah yang jadi penyerinya. Tanpa kawan mungkin kita terkapai-kapai keseorangan. Betul tak? Kami berjayets. ehehe. Jom baca. Klik SINI.

Menyibukkan diri di majlis konvokesyen baru-baru ini. Teruja tengok senior konvo. InshaAllah, 2014 nanti giliran saya pula untuk pakai jubah berserta segulung ijazah (:

Picnic bersama bebudak kelas yang sporting semuanya. Alhamdulillah berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Seronok berbbq, seronok mandi sungai. Nak tahu kitorang mandi manda dekat mana? Kenalah baca entry yang SINI.

Cantikkan kami? Haruslah puji diri sendiri demi kebahagiaan diri sendiri, nusa dan bangsa. Hahaha. Ni semasa dinner untuk kelab Permata. Jom cuci mata dekat SINI.

Dah tengok movie romantic ni? Of course lah Twilight movie kecintaan hati dulu hingga kini. Hari kedua ditayangkan dekat pawagam, terus kitorang terjah tahu. Hehehe. Jom cekidaut SINI.

Lawatan ke KLCC sempena program BioMalaysia. Err BioMalaysia kalau tak silap. Eh lupa lah .___. Haha. Tengok pamerannya kejap. Merayap ke tempat lain je sebenarnya ni. Baru tahu gojes tak gojes we alls. Buang jaket, mekap sikit. Tangkap gambar sana-sini. Haha lawak laa..

Program U Harapan. Best program ni. Silakan baca diSINI.

Cakk Aaaa.. Comel tak kami? Warna warni warnu gitu semasa dinner Fakulti. Jangan malu lagi segan untuk baca kisah selanjutnya di SINI tau (:

Dan akhir sekali, hang out bersama 2 orang roomates yang cantik ni semasa study week minggu lepas. Kami lepak bersama, berkongsi cerita. Best sangat. Even baru sem ni kenal, tapi rasa dah macam kenal lama. Dua orang tua setahun dua je dari saya tapi macam sebaya je. Ehh nanti perasan lah tu kak Yana dan kak Fara. Hehehe.

Banyak lagi yang nak diceritakan sebenarnya. Banyak sangat cerita nak dikongsikan bersama. Kalau kita borak depan-depan, mesti lagi best kan? Tutup buku lama, buka buku baru. Goodbye 2012. And welcome 2013. Happy new year everyone! xoxo




Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Dec 31, 2012

25 random things, facts, habits and goal.



Assalamualaikum <3

Semalam check twitter ada seorang blogger comel ni tag untuk jawab 25 random things, facts, habits or goals. Terima kasih ye (: Dah lama tak main mendealah ni. Kalau dulu zaman baru nak mula blogging ni memang banyak lah tag, awards dan macam-macam lagi. Mukaddimah panjang, terbabas dari tujuan sebenar ._____. Baca diam-diam jelah. Tulus dari hati kudus lagi murni ini...
"Once you have been tagged, you are suppose to write a note, with 25 random things, facts, habits or goals about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated."
1. Nama diberi Nurul Liyana Zakaria, boleh panggil Yana atau budak manis lagi lembut bersopan santun -.-"
2. Umur 21 tahun. Nak anggap 12 tahun pun boleh. Tade masalah...Tapi tepat pada 13 Jun 2013 Umur bertukar 22. Eh...
3. Anak pertama dari 4 beradik :- contoh akak mithali ni
4. Belajar dekat UMP Pahang. Degree in Biotech. Tahun 3.
5. Im taken. Lalalala~
6. Dah berblogging selama 2 tahun.
7. Ada account fb, page, blog dan twitter sahaja.
8. Fanatik pink dan purple.
9. Coolblog menjadi pilihan sejak dulu kala. Perisa chocolate dan honeydew.
10. Benci orang talam 2 muka. Depan mcm malaikat belakang mcm syaitonirojim.
11. Suka bercerita, suka ketawa. Tapi dgn orang2 tertentu la. I dont know why -.-"
12. Sensitif. Mudah menangis. Cepat patah hati ._____.
13. Kuat merajuk. Stay away from me (muncung patblas)
14. Cepat marah cepat sejuk
15. Mudah maafkan orang. Tersangat-sangat mudah (:
16. Malas belajar tapi nak result gempak. Boleh? Lol
17. Suka memasak. Biarpun tak sedap.
18. Tak suka persekitaran yang bersepah. Suka yg bersih-bersih.
19. Suka kan fashion. Suka kan makeup.
20. Love blogging.
21. Selalu stalk perempuan cantik. Lepastu rendah diri sorang-sorang .______.
22. Sekali sayangkan seseorang, selamanya sayang dia <3
23. Gemar shopping dan penuhkan almari dgn baju dan tudung.
24. Menyampah dgn orang buat muka. Rasa nak lempang laju-laju. Huh!
25. Saya sweet. Wkwkwkwkkwkwk (muntah warna warni)

Cukup 25? Rasa nak tambah lagi kasi cukup 100. Tapi takut ada orang pening lalat pula nak baca. Saya nak tag semua orang laa. Kalau dah siap entry boleh pastekan dalam ruangan komen dibawah. Sharing is loving. xoxo.



Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)