Assalamualaikum

Berita baik untuk mereka mereka yang suka berposing atau pantang kamera lalu depan mata. Macam diri sedang menaip ni. Hehehe. Pihak Loreal Paris Malaysia sedang membuat satu kontes dimana korang boleh kongsikan gambar gambar comel korang di instagram. Oh yee. Kontes ni yang bestnya, korang boleh kongsikan seberapa banyak yang mungkin gambar. Mana tahu hantar 100 keping gambar, untung-untung ada 1 gambar dapat pikat hati juri kan? :')
Its all about Ms Rosy yang mana dia sangat pentingkan kesegaran kulit, sukakan benda-benda comel dan pink! Hehe. Faham tak maksud tersirat disini? Oke, kontes ni macam pihak Loreal Paris Malaysia mencari mereka-mereka yang mempunyai kesegaran wajah, posing kiut dan comel macam Miss Rosy tu. Haa macam tu lah. Nak tahu lebih lanjut, kena baca sendiri di page Loreal Paris Malaysia tau? :')


Apa syarat-syarat yang diperlukan untuk menyertai kontes dari Loreal Paris Malaysia ni?
Dah baca syarat-syarat untuk penyertaan? Berminat untuk sertai? Ada 3 step mudah yang perlu korang lakukan.
1) Tunjukkan pose paling menarik
2) Upload gambar di Instagram dengan menggunakan hashtag #RosyFairness
3) Gambar secara automatik akan dimasukkan ke page Loreal Paris Malaysia. Claim dan tunggu untuk menang!
Mudah sangat kan? Pejam mata pun boleh buat. Jangan lupa, pihak Loreal Paris Malaysia mencari 51 orang pemenang bertuah untuk memenangi hadiah yang cukup lumayan dari Loreal Paris. Untungnya bagi mereka yang dah ada akaun Instagram tu, jangan lupa upload gambar sekarang dan gunakan hashtag #RosyFairness okay? Hadiah yang bakal dimenangi pula? Of courselah produk-produk dari Loreal Paris kan...... Tarikh penyertaan bermula dari 6 September 2013 sehinggan 31 Disember 2013 sahaja ye. Dan para pemenang akan diumumkan pada Januari tahun hadapan. Tunggu ape lagi? Jom sertai sekarang!
Page Loreal Paris Malaysia
<KLIK>



