Mar 26, 2013

Free Dress Giveaway by Yana


STICKY POST UNTIL 25/3/2013


Assalamualaikum <3.

Dengan sukahati lagi sukacita dimaklumkan saya akan mengadakan satu giveaway buat pembaca setia blog saya yang kian menginjak ke usia 3 tahun. Yang tak setia pun boleh join tapi lepasni kena lah selalu setia berkunjung ye walau tak update sebulan. Eh kau.. hehehe. Nak menang dress comel tak? Jangan panik jangan gelojoh, ikut sahaja step dekat bawah In shaa Allah ada rezeki. Selain menang hadiah dress comel ni, saya akan pilih 3 orang blogger yang bertuah untuk direview blognya. Best bukan? Apa yang lagi best, bukan sahaja mereka yang ada blog sahaja boleh menang, mereka yang banyak share hashtag di twitter pun boleh menang tau.

Syarat-syarat Giveaway.

BLOG:
1) Buat entry bertajuk "Free Giveaway by Yana"
2) Masukkan banner giveaway dalam entry.

3) Like 2 fanpages dibawah selaku sponsor dress dan shawl. (WAJIB)

4) Hantar link entry diruangan komen dan link facebook masing-masing. (UNTUK SAH KAN LIKE PAGE SPONSOR)

TWITTER:
1) Tweet menggunakan hashtag #FreeDressGiveaway dan mentionkan saya @nuyuyana.
2) Tweet sebanyak mungkin untuk menjadi Top Referral.

Mudah je kan? Follow semua syarat, menanglah anda. Giveaway akan bermula dari 25/2/2013 dan berakhir pada 25/3/2013. Goodluck ebelibady~~

P/S: LIKE & SHARE YAA





Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Mar 10, 2013

Makeup Remover Simplysiti



Assalamualaikum.


Nak keluar hang out dengan kawan-kawan? Berdating dengan pakwe? Mestilah nak melawa aje kan. Dan kini malas sangat nak bermekap tebal sume, kasi liang roma tersumbat adelah. At last jerawat beranak pinak dimuka. Rimas kan? Kalau sekarang ni, pergi kelas cuma sapu foundation jelah sikit yang ada perlindungan dari sinaran matahari tu berserta bedak. Bukan ape, nak elak sunburn. Kang hitam legik cik abe lari. Huhuhuhuu -____-" Dunia sekarang makin panas, dalam kampus takdenya pokok besar-besar untuk bertuduh. Jalan bawah matahari ajelah. 

Masa keluar outing barulah pakai eyeliner, ada feeling nak melawa sikit pakai maskara sekali, kasi lentik gitew bulu mata. Tapi takdelah pakai eye shadow, blusher semua. Kurang berminat. Just simple and nice. Aiceh. Gitu....

Dah balik kelas, mesti penat kan. Kalau boleh terus nak baringkan badan atas katil sampai pagi esok tanpa menghadap assignments homeworks bagai. Foundation bedak semua pun kalau boleh malas nak cuci. Esok boleh tunggu cik jelawat datang melawat. Tapi sekarang dahu dah jumpa makeup remover paling best abad kini. Tak berminyak, 3 in 1 khas untuk bersihkan muka, bibir dan mata. Best kan? Thanks Dato' Sitinurhaliza selaku idola pujaan hati ini memperkenalkan dan menghasilkan produk makeup remover simplysiti. Ade fefeling jadi Dato' Siti kejap. Aiseh.


Haa ni lah rupa makeup remover simplysiti. Kandungan 100ml. Nampak 2 lapisan dekat situ, atas warna cam jernih gitu dan bawah warna hijau. Kalau sebelum ni, guna baby johnson oil aje nak buang makeup. Lepastu tak selesa sebab muka rasa berminyak. Cari produk lain, ada untuk muka sahaja. Untuk mata sahaja. Untuk bibir sahaja. Kan dah rugi dekat situ. Guna makeup remover simplysiti ni jugak yang best. Berbaloi-baloi. Tak berminyak, mudah serap kedalam kulit. Ape yang penting dihasilkan dari natural plants. Dan kalau boleh elakkan segala jenis produk yang menggunakan bahan kimia tau. Pilih yang berasaskan pokok sahaja.


Kalau nak guna cuma goncangkan sedikit botol tu, biar 2 lapisan tadi bercampur. Lepastu ambil kapas muka dan tuangkan sedikit. Sapulah keseluruhan muka, mata dan bibir. Yang paling best makeup remover simplysiti ni sesuai untuk semua jenis kulit. Jangan risau kalau kulit korang jenis sensitif tau. Semua okey.


Nampak kan pada kapas muka tu. Dah takde sisa foundation bedak semua dekat muka. Rileks 3 minit, sedar-sedar muka dah kering dan bersih macam baru lepas cuci muka. Best sangat. Kulit pun jadi lembut. Tapi kalau boleh, pergilah cuci muka dulu ye. Kadang-kadang kalau dah datang tahap malas gaban tu tak cuci pon, terus tido. Eheh -___-"

Mana nak dapatkan produk ni? Boleh berkunjung ke watson ataupun guardian. Harga around RM19.90 camtu lah. Dah lupa. Tapi berdasarkan pengalaman kawan-kawan yang gunakan produk simplysiti ni, semua memberi kesan yang positif, makin cantik. Berbaloilah dengan harga dan keberkesanannye kan? Tak rugi pun melabur sedikit duit, janji puaskan hati kita dan dapat digunakan dalam tempoh jangka masa yang lama.


Terima kasih sudi baca (;







Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)