Mar 8, 2013

Berjimba



Assalamualaikum <3 <3 <3


Disertakan 3 ketul love belakang salam tanda rindu buat kalian semua. Gitu. Long time no see. Konon busy dengan study padahal tak seindah khabar pun. Ada jugak masa untuk melepaknya. Haruslah bagi seorang student berperangai sedemikian. Hehe. Bersiap-siap lepas maghrib dengan blouse warna peach berpolkadot kecik cinonet serta tudung bawal warna warni warnu dengan niat dihati berjimba lantas makan pizza. Sedap gila kau tahu. Mata agak lebam mungkin banyak tido barangkali. Hahaha -____-"


Beli 3 pizza tahu, bolehlah masing-masing makan sampai buncit. Dengan rasa tak bersalah, ambil cawan dari kepsi lantas tadah sos dekat mekdi dan melepak makan di pondok luar mekdi tanpa segan silu. Nasib baik kepsi dan mekdi bersebelahan dekat Teluk Cempedak tu. Aiseh.


Sempat lagi tangkap gambar seketul dua tanda ingatan di sanubari. Terliur pula rasanya tengok pizza dalam gambar ni tahu. Muka nak cover aje bila bergambar, kalau tang makan tak hingat dunia angin lintang semua.


Sempena birthday Kak Peje malam tu, dapatlah merasa sekeping dua pizza buat alas perut dimalam hari. Tak sah kalau tak berjalan-jalan cuci mata dekat gerai di Teluk Cempedak tu. Nak cari kasut baju cantik-cantik dan murah, bolehlah beli-belah dekat sini. Jimat pun jimat.


Gambar blur secara tak sengaja. Semacam kreatif jugak rasanya. Tiba-tiba nampak lawa semacam. Silakan teka dimana daku. Klu : Ada dalam gambar. Lolz


Sempat lagi mintak adik abang yang lalu tepi jalan tolong ambilkan gambar. Malu jugak seposen dua kalau nak ingatkan balik. Haha. Mane-mane pon boleh. Nampak gemuk pulak daku dalam gambar ni. Padahal takpon. Cis cis -___- ilusi semata-mata


Rawwrrrr. Ni akak-akak kami. Hehehe


Last but not least, from us. Adik-adik. Haha adik ah sangat. By the way, happy birthday to Kak Peje. May Allah bless you always.







Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Mar 2, 2013

Berbakat? Kreatif? Silakan Join.



Assalamualaikum <3.

Sukakan contest atau giveaway di facebook dan blog? Nak menangi hadiah percuma? Ape kate korang semua sertai contest dari Kstyle Clothing untuk memenangi hadiah idaman kalbu. Tak susah, cuma reka satu tagline yang paling kreatif di abad kini untuk online shop mereka. Mudah je kan?


Contest berakahir pada 31 Mac 2013. Mudah kan? Nak tahu lebih lanjut sila ke page Kstyle Clothing atau masuk sendiri ke blog Kstyle Clothing. Mana tahu rezeki menyebelahi korang hari tu. Jemput sertai seramai yang mungkin ye (:

p/s: Jangan lupe sertai Giveaway dr blog Yana jugek :p





Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)