Jul 7, 2012

Ini comel





Assalamualaikum
Ini comel sangat oke,rasa nak lempang laju-laju
Ehh??
............................................



Lepas ni boleh try dengan muka masing-masing yaa..comel sangat! Lulz



Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Jul 5, 2012

Adikku dipaksa kahwin







Semacam tak percaya hal ini terjadi.Dalam diam aku menyeka titis titis jernih yang laju turun di pipi ku.Betul ke keputusan mama dan abah buat? Adik ku baru form 5,tahun depan InsyaAllah akan melanjutkan pelajaran di mana mana institusi di negara ini.Kahwin..siapa yang taknak..aku pun nak,tak dapat dinafikan lagi.Tapi adik mahu fokuskan belajar,kenapa mesti mama dan abah marah-marah adik dan paksa dia kahwin..baik sangat ke lelaki yang akan menjadi bakal adik iparku kelak..itu semua atas pilihan mama dan abah.Kami tak mampu bersuara.


Aku tahu,adik selalu menangis..dia taknak kahwin secepat ini.Dia masih mentah.Bagaimana dengan masa depannya nanti.Adik bermati-matian bangkang keputusan mama.Aku tidak mampu berbuat apa-apa.Hanya mampu menenteramkan hatinya yang telah terluka.Aku bayangkan diriku ditempatnya.Terpaksa tinggalkan insan yang dia sayang untuk bakal suami bukan dari pilihan hati.Ya Allah,dugaan..


Angin sepoi-sepoi bahasa.Petang ini sangat indah,sangat tenang.Perlahan-lahan aku menarik kerusi duduk bersebelahan mama dan abah yang sedang menikmati pisang goreng.Jantungku makin berdebar-debar.Aku mulakan perbualan...


Aku: Mama,abah..kenapa buat angah macamtu,kesian dia.Dia masih muda,baru 17 tahun...biarlah dia kahwin dengan pilihan sendiri lepas habis belajar.


Mama menjegil mata kearahku..Aku tahu mama marah,bimbang abah mengamuk jika aku tanya banyak.Aku tunduk...


Abah: Along buat hal sendiri.Tak payah masuk campur urusan kami.Yang pasti angah tu dia kena kahwin sebelum masuk belajar di universiti nanti.


Aku: Tapi kenapa?.....seribu persoalan bermain dimindaku masih belum terjawab.


Mama: Dah pergi masuk dalam,jangan sibuk hal orang tua.


Air mata ku mengalir laju.Mama dan abah semua berbicara dengan nada tinggi..Aku terkilan..Maafkan along dik,along tak mampu halang pernikahan kali ni..Aku menyeka lagi titis jernih ini.


Keesokan harinya,apabila aku bangun dari tidur..aku terlihat banyak kereta diluar rumah.Ya Allah,orang datang merisik adik ke.Paling malu aku masih tidak bangun dari tidur sedangkan orang ramai diluar rumah.Masa tu jam menunjukkan pukul 8 pagi...Aku kehairanan,mengomel seorang diri..


"awalnya datang merisik..baru pukul 8..sekurang kurangnya datanglaa pukul 10 ke..hurmm" lantas aku mencapai tuala disebelahku untuk kebilik air.


Aku cari adik.Puas aku cari disekeliling rumah.Akhirnya aku berjaya jejaki dirinya dibelakang rumah.Aku nampak dia menangis tersedu-sedu.Aku peluk erat dirinya.Aku bagi kata kata semangat untuknya.Makin aku bersuara makin kuat tangisannya.Lantas aku masuk rumah dan berlari meluru kearah mama dan abah.Dengan suara yang tinggi,aku pertahankan hak adik aku...


Aku: Mama abah! Tak kesian ke tengok angah menangis setiap hari?Penting sangat ke lelaki tu sampai tidak fikirkan kebahagiaan anak sendiri?Kami ni anak angkat ke abah?mama?


Airmata aku makin laju..Akhirnya tangan abah hinggap dipipiku..Aku jatuh terduduk..Pipiku terasa kebas dan pedih yang amat..Tak pernah abah tampar aku selama hidupku 21 tahun ini..Aku menangis tersedu-sedu..bergetar suaraku..hanya tuhan yang tahu..


Saat aku ingin bangun,pinggangku sakit yang amat.Bila aku sedari,aku tahu aku hanya bermimpi..Terdengar suara mama diluar rumah mengejutkan aku dari tidur.Aku terkesima..Ya Allah mimpi rupanya..Mimpi sehingga jatuh katil...Aku tergelak seorang diri..Petang harinya aku menceritakan kisah mimpiku kepada ahli keluarga..Semua gelakkan aku..Dan aku tahu orang yang membaca cerita ini pastinya bengang..Sekian...






Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)