Jan 21, 2014

#Throwback Selesai kisah Viva kali ini



Assalamualaikum


Tempek dulu gambar seketul sebagai mukaddimah entry kali ini. Haha. Gembira dalam hati ni Tuhan je tahu. Penantian selama ini akhirnya sampai ke penghujung garisan. Eceh ayat nak bombastik je kan. Hehe. Minggu lepas aku dah habis final exam. Exam terakhir aku dekat UMP ni, inshaAllah. Dan semalam aku dan kawan-kawan baru je selesai presentation Final year project kitorang. Nak tunggu hari presentation ni Tuhan je tahu betapa nervousnya kitorang, macam satu keturunan gajah berlari dalam perut dibuatnya T.T

Bangun awal pagi, prepare ape yang patut dengan senyuman kelat dibibir. Haha. Tak senang duduk dibuatnya. Kami dibahagikan beberapa kelas yang berlainan panel. Alhamdulillah aku dapat panel yang best, yang super sporting, tak banyak tanya soalan merepek, yang tak hentam pelajar. Fuh lega.


Maaf, bergambar dengan pakwe orang kejap :p giliran aku, orang yg ke-6. Tak sukanya habis lambat-lambat ni, bimbang pelajar lain menyibuk masuk kelas nak tengok jugak. Itu je sebabnya. Haha :p 

*bermula sesi viva aku selama 20 minit*

Mesti korang cakap "eleh 20 minit je pun". Haa iye memang 20 minit je, 15 minit present, 5 minit sesi soal jawab. Yang 5 minit ni la nervous bimbang tak dapat jawab. Bila tak dapat jawab, kan dah kurang markah disitu. Tapi syukurla, aku buat senyuman paling manis, so panel tak tanya soalan. Haha. Eh tak wey, tanya je soalan cuma soalan yang super senang. Yang boleh jawab. Yang peliknya, dia tanya tapi dia jawab. Lol -.-"

*merdeka!! merdeka!! merdeka!!*

Pom pam pom keluar bunga api! Haha. Lega dia Tuhan je tahu okey. Group aku habis awal. Walaupun start lambat. Aku pun tak tahu kenape. Haha. Maybe panel tak banyak tanya kot wee wee. Keluar kelas, dah ramai rupanya dari kelas lain yang dah siap. Tapi ada je belum siap. Duduk luar kelas, sibuk posing sana sini. Last dah ni last dah last dah. Lepasni takde dah nak jumpa. Sibuk praktikal lak :-(


Me with mr. Faidhi. Hmm kecik aku dibuatnya. Hmm Hmm


Me with wawa zainal. Haha. Taklah, nama dia wawa jugak. Aku je panggil wawa zainal :p 


Bahagia~ bahagia~ muka bahagia~


Me with Saleeya


With ahkak controversy. Haha, Fety controversy


With saleeya & Iera


With wawa zainal & kak Teah


With Tikah Nasuha yg super duper pemalu :p


We olls dengan sir Hajar Fauzan


Siap awal kan, bergambar ah dulu. Haha.



Nah, perangai budak laki -.-"





Me with Fajrina a.k.a Gyna oo lala. Haha. Partner kita buat project plant tissue culture. Belajar dengan dia, angkat barang dengan dia, kena marah dengan dia, bengang dengan dia, kira-kira dengan dia, maki hamun pokok selalu contam pun dengan dia. Haha.




Gambar berempat ni adalah anak-anak Supervisor Dr. Tan. Sv yang paling orang takut, senang cerita yang orang kennot go lah. Haha. Bukan ape, garang sikit je, kami berempat tau lah penangan dia cemana. Tapi sebenarnya dia baik je. Pernah tolong dekat lab, pernah belanja makan, selalu push kitorang siapkan kerja cepat-cepat sampai nak nangis kadang2 tu. Tapi takpelah, demi kebaikan kita jugak kan. Buang yang keruh, ambil yang jernih :')





Candid from Berjayet and budak tak betul -.-"



Last picture, muka happy.

Ni baru habis viva, kalau grad bulan 10 nanti tak tahu lah senyum dia lebar setara mana. Hehe. Lastly, moga lepasni kita kuatkan hati dengan cabaran intern 17 Februari nanti. Moga Allah permudahkan segala urusan kita semua. Aamin aamin ya Rabbal Alamin.




Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Jan 17, 2014

1st Mini Giveaway by Ainim Rashihah




Assalamualaikum

Buat pertama kalinya, blog ini menganjurkan giveaway sempena menghargai para pengikut dan juga pembaca blog Ainim Rashihah. Sebagai salah satu usaha untuk menghargai sokongan kalian semua, Ainim nak adakan giveaway pertama blog ini.


Semua orang boleh sertai giveaway ini, tapi kenalah ikut syarat-syarat berikut:

1. Follow blog Ainim Rashihah, Add To Circle Google+ Ainimsuju, Follow Twitter Ainimsuju dan Like Fanpage Blog Ainim Rashihah
2. Buat satu entri bertajuk 1st Mini Giveaway by Ainim Rashihah
3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
4. Tinggalkan URL entri kalian ke dalam ruangan komen ini.
5. Tarikh tamat giveaway ini ialah pada 30 Januari 2014.

Pemenang akan diumum pada 6 Februari 2014 dan pemilihan pemenang adalah melalui random.org





Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Jan 13, 2014

#Throwback Hari Bahagia Kami




Assalamualaikum

Tak cukup dekat twitter & facebook & instagram nak pakai hashtag, dekat blog pun boleh nak #throwback kan, hehe. Sibuk dengan study masing-masing sampai lupa nak habiskan masa berlalu insan insan kesayangan untuk kali terakhir. Oke ni part sedih bila cakap "kali terakhir". Moga dipanjangkan umur & kita boleh jumpa lagi oke?.

Tak rancang pun nak keluar hujung minggu lepas. Disebabkan otak seakan akan beku lagi tepu bila seharian dalam bilik layan movie je, kita ubah angin sikit kita keluar ambil angin dekat Kuantan. Haha. Kuantan jelah aku mampu memandangkan belajar dekat sini. Tak pergi oversea memang takkan lah. Ikutkan nak keluar dengan semua roomates tapi macam ada yang busy study untuk exam je, so tak semua lah yang keluar. Aku nak exam jugak minggu ni tapi macam orang tak exam je perangai. Mwihihihihi.


So, ini aku. Lol.



Aku dan mereka. Liya (baju biru merah) merangkap PA aku disini. Hahaha. Taklah, merangkap kawan yang paling baik dengan aku lah kiranya dekat sini sepanjang 4 tahun aku di UMP. Yang tengah tengah tu Yana (nama sama), muda setahun dari aku, merangkap roomate aku semester ni, dan sebelah lagi tu Fatin, kawan si adik yana ni. Ceh adik la sangat ekekek.

Mula-mula tempat yang dituju adalah Ecm dekat Kuantan tu. Cari makanan gila tak lapar dari pagi belum makan. Singgah dekat nasi ayam penyet. Not bad lah, 6/10 kot. Kekeke. Sebab lapar kan. Uhm ape lagi selca dulu, menyempat je.








Boleh tahan kembung pipi aku. Hahaha. Lol. Satu je aku perasan, tak tahu lah korang perasan ke tak. Kawan aku ni aku syak dia muka lebih kurang macam Nisa Kay. Haha. Kalau senyum nak dekat sama je aku tengok. Marah betul dia kalau aku cakap muka dia macam Nisa kay :p


Ape tengok-tengok? Mau jugak ehh. Teka air ape aku minum tu. Ni air favourite aku kalau nak tahu. Nyummeh sedap weh.


Aiskrimmmm! doposen doposen!










Aku tak tahu nak letak caption ape sebab gambar banyak sangat, haha. 

Dah nak malam ni, dinner lah pulak kan. Penat sebenarnya jalan-jalan dalam mall tu. Kalau ada 30 kedai kasut, kesemua kedai kasut tu lah kitorang masuk and try kasut. try je, bukan beli pun. Ekekek. Nasib tak melecet je kaki, lenguh dari atas sampai bawah dibuatnya haaa. Malam kitorang jalan-jalan dekat Teluk cempedak. Destinasi pertama dituju adalah kedai yang jual western dengan hanya RM5 shj tau. Ada jugak jual RM5 keatas. tengoklah menu ape. Uhm kitorang order Chicken Chop, RM5 satu set. Kenyang weh. Berbaloi sangat. Nampak sikit tapi bila makan macam tak larat dah nak habiskan.

Yang pastinya kedai sini memang sentiasa dipenuhi orang. Mana tak laku kalau jual murah dan sedap. Kalau datang Teluk Cempedak bolehlah cuba tau.



Tengah taip pun boleh tertelan air liur ni sebab terliur. Nak lagi nak lagi! Gedik betul nak masa ni, bila ada depan-depan tak ngabis pulak. Hehehe.





Nampak kan orang ramai beratur dekat belakang tu, kedai dia dah besar. Ada dekat luar & dekat dalam. Itu pun full gila gila masa baru sampai. Pandai- pandailah kau kene berebut tempat dengan orang. Masa aku dah siap beli ni pandang sekeliling, eh nampak kosonglah pulak. orang dah ramai siap makan, eh sakit pulak hati kita. Haha. Buat letih je berebut tempat tadi. 

Dah siap makan semua, kitorang jalan-jalan dekat tepi orang jual jual barang tuh. Sekali hambek kau, ada budak main ular sawa dekat sana. Mahu tak kene serangan jantung, dah lah aku aku paling & geli & memang senang cerita takleh pegi ah dengan ular. Sibuk pulak jalan sana sini main ular, suruh orang pegang lah. Marah betul aku tau. Haha. Duduk jelah situ diam-diam ek eleh dia ni. Ada sesekali tu budak tu datang dekat aku oke, padahal dah cover gila muka taknak bagi nampak takut, eh main main betul lah. Last last kawan aku ni macam warning dia lah. Melawan tau budak budak zaman sekarang, dia jawab camni "dah kalau dia takut ular, biar dia lah, bukan masalah saya" ewah ewah budak ni. Nasib baik dia pegang ular, kalau tak dah lama aku cili tau haha.

Lantaklah cerita budak tu. Yang penting aku happy hang out hari tu haha.


Last but not least, maybe ini last kita keluar sama-sama tau Liya. Lepasni aku dah nak praktikal, tak dapat gosip sama-sama dah, makan sama sama dah, gedik sama sama dah. gedik dalam telefon je kalau mampu. Haha. Thanks untuk persahabatan kita selama ni and thanks untuk gelang yang kau hadiahkan dekat aku. Yeayyy sukaa sangat! Akhir kata, selamat maju jaya untuk FYP kau semester depan, dan kita jumpa balik masa konvo Oktober nanti oke? Gonna miss you friend.





Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)