Sep 28, 2013

Giveaway Saya Sayang Malaysia – JiwarOsak



Assalamualaikum semua.

Hari ni dengan berbesar hatinya yana nak sertai giveaway Saya Sayang Malaysia dari Jiwarosak.


Giveaway Saya Sayang Malaysia


Jom Sertai Saya Memeriahkan Lagi Giveaway ini..

Hanya 4 Step untuk Sertai Giveaway Saya Sayang Malaysia


1. Tajuk "Giveaway Saya Sayang Malaysia – JiwarOsak"

2. Copy and Paste Code entry giveaway

3. Follow dan Like fanpage Sponser



4.Lengkapkan Ayat – Saya Sayang Malaysia kerana dirimu tiadalah pengganti. Betapa saya sayang dan kasihnya pada Malaysia. Sekiranya Malaysia hilang jati diri, maka Malaysia yang saya kenali sekarang takkan ada lagi pengganti di masa hadapan. Kekalkanlah jati diri, agar diri ini akan kekal mengasihimu,Malaysia. Saya sayang Malaysia!!!


Sila Layari Website Penganjur untuk menyertai giveaway ini..

Tunggu ape lagi? Mana tahu ada rezeki untuk menang kali ni kan? Who knows :-)







Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Sep 22, 2013

Victoria Secret.



assalamualaikum.

Siape tak kenal produk Victoria Secret yg wangi sampai nak berdarah hidung tu kan? Yang penting semua jenis wangi dan dapat puaskan hati sesiapa je yang beli. Dari body mist, body lotion dan jugak body wash dia kan? Alright. Mukaddimah tu je. Ada yang berminat nak beli tak? Yana jual murah-murah je dekat korang. Nak borong pun dialu-alukan. Harga dapat dirunding, puji lah sesikit kalao nak murah. Kesitu pulak kan. Hehe. 

Untuk pertama kalinya, Yana amik order untuk body mist dulu ya? In shaa Allah nanti akan jual body lotion & body wash pula. 







1.love spell
2.pure seduction
3.romantic wish
4.delicate petals
5.vanilla lace
6.amber romance
7.pretty in pink
8.blossoming romance
9.sweet day dream
10.endless love
11.sweet tamtasion
12.secret scrush
13.strawberi and champion
14.secret champ
15.berry kiss
16.ginger cream
17.such a lirt
18.secret craving
19.enchanted apple
20.island waters
21.sheer love
22.ravising love
23.moonlight dream
ada 23 jenis bau body mist Victoria Secret semuanya best


Harga sebotol Rm50 sahaja include postage. Nak borong kita kasi harga lain oke. Anything boleh PM Yana di facebook atau page sahaja oke? 

Facebook: <KLIK>
Page: <KLIK>

*untuk minggu ni, Yana amik pre order dulu ye. PM laju-laju!





Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Sep 21, 2013

Pre-loved SALE!!




Assalamualaikum.

Dah lama berhajat nak bersihkan lemari penuh baju shawl semua. Sampai mak berleter baju banyak sangat. Hahaha. Alang-alang balik rumah ni kejap, bolehlah teruskan niat murni lagi kudus tu untuk jual mana mana yang tak pakai. In shaa Allah semua dalam good condition lagi :-) 

Sesape berminat nak beli, boleh PM yana dekat facebook oke, sebab fon rosak. Kalau tak senang sikit nak whatsapp tsk tsk >,< Boleh bagi details cam dekat bawah ni. Serious buyer only! Sebelum tu, harga dkt bawah ni tak termasuk postage tau. Okay?

Nama
Alamat
Kod baju
No telefon





Kod 01
RM 20

Ni contoh Yana pakai baju macam dekat atas tu :



Kod 02
RM 25


Kod 03
RM25


Kod 04
RM 25


Kod 05
RM 20


Kod 06
RM 25


Kod 07
RM 25


Kod 08
RM 20

Pernah pakai sekali dua je. Siapa pakai baju saiz XS-S muatlah kot. hehe



Kod 09
RM 25


Kod 10
RM 25


Kod 11
RM 20


Kod 12
RM 25


Kod 13
RM 25


Kod 14
RM 25

Pakai sekali je masa shoot tahun lepas:



Kod 15
RM 20


Kod 16
RM 25

Hantarkan kod baju dekat FB YANA <KLIK> ok
So.. sape cepat dia dapat oke? Macam biasa, nanti lepas confirmkan baju available ke tak, bank in dan bagi resit ye. Thank you :-)






Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Sep 12, 2013

PIXY Truly Asian Beauty


Assalamualaikum.


Berita baik untuk penggemar lagi kegilaan produk produk PIXY. Sejak 1 September hingga 28 September ini,Pihak PIXY Malaysia menganjurkan kontes untuk mereka mereka yang setia menggunakan produk PIXY dan mendambakan hadiah hadiah yang lumayan. Hadiah ape yang menarik? Berminat untuk join sekaki? Silakan habis baca segala terma & syarat. Bimbang akan direject hidup hidup pulak. Sesal tak sudah. 

Antara syarat-syarat penyertaan:

  1. Peraduan ‘Truly Asian Beauty’ PIXY dianjurkan oleh Mandom Malaysia Sdn. Bhd. (“Penganjur”) dan dibuka kepada semua wanita warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas kecuali kakitangan-kakitangan Penganjur, syarikat sekutunya, agensi-agensi pengiklanan dan/atau promosi, dan/atau ahli keluarga terdekatnya. Pihak Penganjur mempunyai hak untuk membatalkan kelayakan Peserta untuk menyertai Peraduan ini. Keputusan penganjur adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayani.
  2. Tempoh kempen Peraduan ini adalah dari 1hb September 2013 hingga 28hb September 2013.Penyertaan yang diterima selepas 28hb September 2013 tidak akan dilayani.
  3. Pemenang-pemenang akan dipilih oleh Penganjur berdasarkan kreativiti dalam gambar yang dihantar, undian yang diterima dan keterangan. Sistem pengadilan adalah seperti berikut: 70% untuk kreativiti gambar yang dihantar, 30% untuk undian yang diterima dan keterangan akan digunakan sekiranya markah adalah seri. Keputusan penganjur adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayani.
  4. Peserta adalah dibenarkan untuk menghantar seberapa banyak penyertaan, tetapi hanya akan layak untuk memenangi satu (1) hadiah sahaja.
  5. Peserta tidak dibenarkan untuk menggunakan kandungan yang dianggap menyinggung perasaan, melanggar hak, berunsur hasutan atau menyalahi undang-undang yang berkaitan dengan mana-mana undang-undang dan/atau peratuan Malaysia. Pihak Penganjur mempunyai hak untuk membuang sebarang kandungan yang dianggap menyinggung perasaan, melanggar hak, berunsur hasutan atau salah disisi undang-undang. Keputusan penganjur adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayani.
  6. Penganjur akan memaklumkan pemenang melalui e-mel sebelum membuat pengumuman keputusan di laman Facebook PIXY Malaysia.
  7. Hadiah-hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai, kredit, baucar atau lain-lain barangan, sama ada sebahagian atau sepenuhnya. Penganjur berhak untuk menggantikan hadiah dengan barangan yang sama nilai pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
  8. Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian atau kerosakan hadiah semasa / selepas proses penghantaran.
  9. Peserta akan bertanggungjawab dan menanggung segala liabiliti dan tanggungjawap jika berlaku sebarang liabiliti, kejadian yang tidak diingini, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kematian) akibat daripada penyertaan mereka dalam Peraduan ini, penebusan dan / atau penggunaan hadiah penuh. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti, kejadian yang tidak diingini, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kematian) dalam apa cara sekalipun.
  10. Semua kos pengangkutan, penginapan, kos peribadi dan / atau sebarang kos, yuran dan / atau perbelanjaan lain yang ditanggung untuk menyertai Peraduan ini dan/atau untuk menuntut hadiah adalah tanggungjawab peserta.
  11. Peserta bersetuju untuk melindungi dan bertanggungjawab dengan sepenuhnya kepada Penganjur terhadap sebarang pelanggaran kesulitan, paten, hak cipta atau mana-mana hak harta intelek dalam gambar dan bahan-bahan yang dihantar dan akan menpertahankan, melindungi dan memastikan Penganjur tidak mengalami sebarang tindakan, tuntutan, kerugian untuk pelanggaran atau didakwa melanggar kesulitan, paten, hak cipta atau mana-mana hak harta intelek tersebut.
  12. Dengan menyertai Peraduan ini, peserta bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat-syarat Peraduan ini dan keputusan Penganjur.
  13. Tanpa notis terlebih dahulu, pihak Penganjur berhak untuk mengubah, membatalkan, menamatkan atau menggantung Peraduan ‘Truly Asian Beauty’ PIXY, termasuk tetapi tidak terhad kepada jangkitan oleh virus komputer, penggodaman, campur tangan, tanpa izin, penipuan, kegagalan teknikal atau apa jua sebab lain di luar kawalan Penganjur.
Cara-cara untuk menyertai peraduan:

1. Hantarkan sekeping gambar anda sudah bermekap. 
2. Tulis keterangan gambar. 
3. Lengkapkan borang pendaftaran.
4. Kongsi di Facebook dan dapatkan undian dari rakan-rakan anda.

Hadiah-hadiah yang lumayan bakal menanti para pemenang!

Prizes

Best kan? Mana tahu ada nasib dekat sini. Pihak PIXY Malaysia mencari 13 orang pemenang. Ramai bukan? Lepasni bolehlah touch up dengan bedak PIXY sikit sikit, lepastu jangan lupa upload dekat page PIXY Malaysia okay. Untung untung dapat iPad Mini seketul. Hehehe.

Boleh refer page PIXY Malaysia untuk menyertai ye:










Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Sep 8, 2013

Tips Wajah Berseri



Assalamualaikum :-)

"Wah cantiknye muka kau, berseri-seri macam pengantin, kau guna produk ape ye?"
"Eh teruknya muka kau, kusam semacam, jerawat banyak lak tu,"

2 situasi ni memang selalu kita dengarlah kan? Seorang muka cantik, flawless, gebu baq hang. Natural beauty. Gitu. Seorang lagi jenis muka bermasalah, jerawat kalau takde seketul dekat muka memang tak sah. Stress gitu. Tapi muka yang bermasalah ni bukannya tak boleh dirawat kan. Ada lah cara dia. Yang penting diri sendiri, malas ke rajin nak belek muka tiap-tiap hari. Bak kata orang, "sikit sikit lama lama jadi bukit". Aiceh, gitu haaa.

Nak wajah cantik berseri, tak susah mana pun. Yang penting kena istiqamah jaga. Tapi biasanya students ni jarang-jarang lah boleh belek muka, busy katanya. Eh ke ai je cemni, pemalas cemni T__T Tapi kan hujung minggu tu bolehlah bermanja-manja dengan wajah kita sekali sekala. Takkan takde masa langsung, betul idok? Oke, ni antara tips-tips yang boleh korang buat untuk kekalkan wajah berseri setiap masa.


1.Mata Segar
Mata yang layu turut memberikan kesan kepada wajah kita. Korang boleh segarkan mata dengan menyimpan sudu besi di dalam peti sejuk semalaman. Apabila bangun pagi, lekapkan sudu yang telah disejukkan tu ke bahagian atas kelopak dan bawah mata. Ini dapat membuatkan mata kita terasa sejuk dan segar. Best kan? Selain tu, kita jugak boleh hiris timun dan lekapkan dekat mata. Alaa macam biasa-biasa orang buat tu. Tapi sekarang ni orang lebih ramai gunakan Collagen Crystal Eye Bag Mask untuk kesegaran mata dan kurangkan eye bag. Cubalah. Pasti best!

2.Skrub Wajah
Skrub wajah untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati yang membuatkan kulit wajah kita menjadi kusam dan tidak bermaya. Scrub muka biasanya boleh kita beli dekat watson/guardian. Tapi zaman sekarang ni, macam-macam jenis scrub muka dah dijual di laman sosial. Yang penting pilih yang tak berbahaya dan kasi side effect pada kulit wajah kita okay?


3.Masker Wajah
Masker pun kita dapatkan dekat watson/guardian. The best masker adalah berasaskan aloe vera ataupun bird nest.Selain itu, masker berasaskan yogurt pun sangat banyak khasiatnya untuk kulit wajah kita. Nak buat masker sendiri tak susah pun, ini salah satu masker yang kita boleh buat dirumah.

"Caranya kisarkan timun bersama dua sudu besar yogurt asli dan satu sudu susu segar. Selepas itu, sapukan ke wajah dan leher. Biarkan ia kering selama 10-15 minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Wajah akan terasa lebih lembut dan segar selepas menggunakannya."



4.Haruman
Semua orang sukakan wangian kan. Takde yang suka pada bau busuk. Tubuh badan yang wangi dapat merangsang mood kita secara tidak langsung. Mood yang baik dapat membuatkan kita gembira, bertenaga dan membuatkan wajah kita berseri-seri. Betul kan? Lepasni, jangan lupa pakai perfume atau losyen okay. Wangi-wangi sikit baru best. Secara tak langsung confident level menjadi tinggi, tak risau bila nak berhadapan dengan orang.


5.Kuasa Mekap
Kata orang, natural beauty itu lebih baik dari kuasa mekap. Ye, memang betul. Tapi sekali sekala tak salah kalau nak mekap. Janji jangan conteng muka berlebih lebihan sudahlah. Gunakan kuasa mekap yang dapat memberikan warna kepada wajah kita. Oleskan penggaris mata, pemerah pipi dan gincu di bibir. Pasti ianya dapat menyembunyikan wajah kusam dan menjadikan wajah kita tampak lebih berseri-seri!. Mekap bukan bermaksud kita perlu oleskan eyeliner, mascara, gincu merah, blusher, eyeshadow semua. Tak tak. Mekap disini membawa maksud, biarlah muka kita nampak sedikit fresh dari biasa, contohnya pakailah eyeliner dan lipgloss pun sudah cukup. Simple is better right?


Rasanya ni jelah kot sedikit perkongsian tips untuk buatkan wajah kita berseri. Hehehe. Rajin pulak kan nak update pasal ni. Cantik comel cute sama-sama. Gitu. :-)





Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Sep 7, 2013

Jamuan Raya terakhir di UMP




Ollaa Ollaaa Ollaaaaa. Assalamualaikum semua <3

Kemain eksaited mak. Baca tajuk entry semacam tak boleh belah sebab ada perkataan "terakhir" tu kan. Bukan ape, esok lusa bukak semester kita kena sedar diri sebab kita dah jadi budak Final Year dah. Dah masuk tahun empat dekat UMP. Tahun depan dah boleh belah slow slow dari UMP. Taktahulah rasa sedih ke happy sebab bercampur baur. Ekekek. Ciss.

Ni nak cerita pasal Jamuan raya. Bukan pasal sedih sedih tau. Pasal sedih sedih entry tahun depan ah tunggu ah. Jamuan raya ni kali terakhir la sebelum keluar UMP. Sebab memang takde nak sambut dah jamuan raya untuk tahun depan dekat sini. Meriah? Bolehlaa, macam biasa. Penuh booth, staf hidang makanan yang sedap, bebudak ramai. Tahun ni budak diploma dengan first intake degree yang masuk last week pun ramai gilaaaaaa kau. Tu tak termasuk senior dengree tahun 2 3 & 4 lagi tu. Fuhh.

Sebelum bergerak. Ambik gambar dulu sekeping dua. Dah menjadi kewajiban setiap insan bergelar perempuan tahu? Lelaki sila lah faham.



Nasib baik bawak baju raya balik U. Kalau tak bawak alamatnya pakai baju kurung biasa yang pergi kelas tu jelah jawab dia. Aiceh. Tema ai adalah purple plus pink belacan. Wey tahu ke pink belacan tu ape. Haha. Cekati ai lah nak panggil ape pun. Hek eleh >,<


Ni lah kawan kawan ai. Baru angkat kamera dah start posing. 


Ek ehem. Gambar ai mestilah ada sekali okay. Masa ni bergambar depan booth Fakulti Fist rasanya. Kalau tak silap. Sesak. Takleh jalan. Penuh dengan junior saje. Sama besar je adik adik dengan golongan ahkak ahkak ni tahu. Tsk tsk.



Dua keping gambar dekat atas dah cukup rasanya bukti yang menunjukkan betapa ramainya junior wey. Student yang bertudung hitam semua tu adalah first intake degree yang masuk last week. Kalau students lelaki diorang pakai seluar hitam dengan kemeja putih. So boleh cam lah kan bebudak baru masuk ni haa. Hambik. Ramai kan. Tsk tsk. Dah macam join orentasi je berada dalam kelompok diorang ni T.T


Tadaa. Ni antara makanan yang sempat kami sambar. Hehehe. Cari tempat best dulu baru boleh kumpul makanan banyak-banyak. Padahal banyak lagi makanan yang tak tunjuk dalam gambar ni. Bimbang speechless jakgi. Lol.



Maaf. Sengaja letak gambar candid korang. Hahaha. Mesti tak perasan bila aku ambik kan? Ekekek


Nah. Ada jejaka datang join sekali. Lol. Ni semua antara bebudak kelas ai lah ye. Ramai yang belum balik UMP lagi sebab seronok berholiday dekat rumah. Eee nyampah nyampah. Tampor pipi lelaju. Mostly yang datang awal ni sebab kena siapkan Final Year Project. Hehehe.


Ek ehem. K bye :b



Ni kawan ai. Akmal nama dia. Dia orang Pahang. Lol. Perlu ke nak sebut kan. Ekekek. Kalao Akmal tengok mesti dia marah makin hamun ai jakgi. Sebab pemalu orangnya. Biar ah. Hahaha.


Ni cik Adiela Ridzuan kita :D


Dah siap makan kenyang-kenyang. Barulah boleh ambik gambar dengan jayanya. Nah terimalah gambar dari 7 aweks UMP. 


Close up sikit. Aicecece.


Close up sikit lagi. 


Lambang UMP dekat belakang haruslah ada. We are UMPians. We love UMP. We love each other.

Last but not least. Gambar ai posing sorang-sorang wajiblah ada. By the way, ni tudung bawal yang ai pakai with new styles. Dah lama tak belit tudung/shawl dengan new style kan. Mahu simple katanya. Yang penting boleh dilabuhkan dan menutup dada. Mahu cuba? Silakan :-)









   
Sekian cerita jamuan raya kali ni. Open house pun dah habis. Mari kita open books and assignments pulak lepas ni. Aicece. Macam tak biasa. Students kan. K lah, adios :-)







Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)