Mar 29, 2013

Pemenang Giveaway.



Assalamualaikum <3.

Maaf lambat 4 hari umumkan pemenang giveaway tempoh hari. Hari ni baru dapat update blog sebab dah setelkan proposal final year project siang tadi. Bukan senang nak buka blog. T__T. Dan pemenang yang bertuah untuk Free Dress Giveaway kali ni adelah................................*drumroll*

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


2 dresses from Sheera Aya Shop
http://thesitesaya.blogspot.com/2013/02/free-dress-giveaway-by-yana.html  (blog)
https://twitter.com/IzzatiShaidi  (twitter)

Tudung Bawal from Trendy Collection
http://syaheerayusof.blogspot.com/2013/02/free-dress-giveaway-by-yana.html

5 blog terpilih untuk direview entry akan datang
-http://ohthrillers.blogspot.com/2013/02/free-dress-giveaway-by-yana.html
-http://sicomotizati.blogspot.com/2013/02/free-giveaway-by-yana.html
-http://inisemuapoyolaaa.blogspot.com/2013/02/free-giveaway-by-yana.html
-http://nursyafiqahrahmat.blogspot.com/2013/02/free-giveaway-by-yana.html
-http://iekazalikhams.blogspot.com/2013/02/free-giveaway-by-yana.html


Tahniah bagi yang menang! (:
Siape yang menang dress tu boleh tuntut hadiah di Sheera Aya Shop ye.
Siape yang menang tudung bawal pula boleh tuntut hadiah di Trendy Collection.







Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Mar 26, 2013

Giveaway Ditutup!




Assalamualaikum.

Maaf sebab lama sangat menyepi. Sibuk memanjang siapkan kerja. Lumrah sebagai student. Hari ni taip entry selaju yang mungkin. Walaubagaimanapun, saya amat berterima kasih bagi sesiapa yang join giveaway tempoh hari. Nanti saya listkan senarai pemenang ye. Jangan risau, hadiah still ada untuk mereka yang menang. Hehehe. Sila tunggu dengan penuh kesabaran di entry yang akan datang tau. Mana tahu kot-kot ada rezeki untuk korang. Akhir kata, stay tuned ya (:

>RUJUK SINI<

Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Free Dress Giveaway by Yana


STICKY POST UNTIL 25/3/2013


Assalamualaikum <3.

Dengan sukahati lagi sukacita dimaklumkan saya akan mengadakan satu giveaway buat pembaca setia blog saya yang kian menginjak ke usia 3 tahun. Yang tak setia pun boleh join tapi lepasni kena lah selalu setia berkunjung ye walau tak update sebulan. Eh kau.. hehehe. Nak menang dress comel tak? Jangan panik jangan gelojoh, ikut sahaja step dekat bawah In shaa Allah ada rezeki. Selain menang hadiah dress comel ni, saya akan pilih 3 orang blogger yang bertuah untuk direview blognya. Best bukan? Apa yang lagi best, bukan sahaja mereka yang ada blog sahaja boleh menang, mereka yang banyak share hashtag di twitter pun boleh menang tau.

Syarat-syarat Giveaway.

BLOG:
1) Buat entry bertajuk "Free Giveaway by Yana"
2) Masukkan banner giveaway dalam entry.

3) Like 2 fanpages dibawah selaku sponsor dress dan shawl. (WAJIB)

4) Hantar link entry diruangan komen dan link facebook masing-masing. (UNTUK SAH KAN LIKE PAGE SPONSOR)

TWITTER:
1) Tweet menggunakan hashtag #FreeDressGiveaway dan mentionkan saya @nuyuyana.
2) Tweet sebanyak mungkin untuk menjadi Top Referral.

Mudah je kan? Follow semua syarat, menanglah anda. Giveaway akan bermula dari 25/2/2013 dan berakhir pada 25/3/2013. Goodluck ebelibady~~

P/S: LIKE & SHARE YAA





Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Mar 10, 2013

Makeup Remover Simplysiti



Assalamualaikum.


Nak keluar hang out dengan kawan-kawan? Berdating dengan pakwe? Mestilah nak melawa aje kan. Dan kini malas sangat nak bermekap tebal sume, kasi liang roma tersumbat adelah. At last jerawat beranak pinak dimuka. Rimas kan? Kalau sekarang ni, pergi kelas cuma sapu foundation jelah sikit yang ada perlindungan dari sinaran matahari tu berserta bedak. Bukan ape, nak elak sunburn. Kang hitam legik cik abe lari. Huhuhuhuu -____-" Dunia sekarang makin panas, dalam kampus takdenya pokok besar-besar untuk bertuduh. Jalan bawah matahari ajelah. 

Masa keluar outing barulah pakai eyeliner, ada feeling nak melawa sikit pakai maskara sekali, kasi lentik gitew bulu mata. Tapi takdelah pakai eye shadow, blusher semua. Kurang berminat. Just simple and nice. Aiceh. Gitu....

Dah balik kelas, mesti penat kan. Kalau boleh terus nak baringkan badan atas katil sampai pagi esok tanpa menghadap assignments homeworks bagai. Foundation bedak semua pun kalau boleh malas nak cuci. Esok boleh tunggu cik jelawat datang melawat. Tapi sekarang dahu dah jumpa makeup remover paling best abad kini. Tak berminyak, 3 in 1 khas untuk bersihkan muka, bibir dan mata. Best kan? Thanks Dato' Sitinurhaliza selaku idola pujaan hati ini memperkenalkan dan menghasilkan produk makeup remover simplysiti. Ade fefeling jadi Dato' Siti kejap. Aiseh.


Haa ni lah rupa makeup remover simplysiti. Kandungan 100ml. Nampak 2 lapisan dekat situ, atas warna cam jernih gitu dan bawah warna hijau. Kalau sebelum ni, guna baby johnson oil aje nak buang makeup. Lepastu tak selesa sebab muka rasa berminyak. Cari produk lain, ada untuk muka sahaja. Untuk mata sahaja. Untuk bibir sahaja. Kan dah rugi dekat situ. Guna makeup remover simplysiti ni jugak yang best. Berbaloi-baloi. Tak berminyak, mudah serap kedalam kulit. Ape yang penting dihasilkan dari natural plants. Dan kalau boleh elakkan segala jenis produk yang menggunakan bahan kimia tau. Pilih yang berasaskan pokok sahaja.


Kalau nak guna cuma goncangkan sedikit botol tu, biar 2 lapisan tadi bercampur. Lepastu ambil kapas muka dan tuangkan sedikit. Sapulah keseluruhan muka, mata dan bibir. Yang paling best makeup remover simplysiti ni sesuai untuk semua jenis kulit. Jangan risau kalau kulit korang jenis sensitif tau. Semua okey.


Nampak kan pada kapas muka tu. Dah takde sisa foundation bedak semua dekat muka. Rileks 3 minit, sedar-sedar muka dah kering dan bersih macam baru lepas cuci muka. Best sangat. Kulit pun jadi lembut. Tapi kalau boleh, pergilah cuci muka dulu ye. Kadang-kadang kalau dah datang tahap malas gaban tu tak cuci pon, terus tido. Eheh -___-"

Mana nak dapatkan produk ni? Boleh berkunjung ke watson ataupun guardian. Harga around RM19.90 camtu lah. Dah lupa. Tapi berdasarkan pengalaman kawan-kawan yang gunakan produk simplysiti ni, semua memberi kesan yang positif, makin cantik. Berbaloilah dengan harga dan keberkesanannye kan? Tak rugi pun melabur sedikit duit, janji puaskan hati kita dan dapat digunakan dalam tempoh jangka masa yang lama.


Terima kasih sudi baca (;







Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Mar 8, 2013

Berjimba



Assalamualaikum <3 <3 <3


Disertakan 3 ketul love belakang salam tanda rindu buat kalian semua. Gitu. Long time no see. Konon busy dengan study padahal tak seindah khabar pun. Ada jugak masa untuk melepaknya. Haruslah bagi seorang student berperangai sedemikian. Hehe. Bersiap-siap lepas maghrib dengan blouse warna peach berpolkadot kecik cinonet serta tudung bawal warna warni warnu dengan niat dihati berjimba lantas makan pizza. Sedap gila kau tahu. Mata agak lebam mungkin banyak tido barangkali. Hahaha -____-"


Beli 3 pizza tahu, bolehlah masing-masing makan sampai buncit. Dengan rasa tak bersalah, ambil cawan dari kepsi lantas tadah sos dekat mekdi dan melepak makan di pondok luar mekdi tanpa segan silu. Nasib baik kepsi dan mekdi bersebelahan dekat Teluk Cempedak tu. Aiseh.


Sempat lagi tangkap gambar seketul dua tanda ingatan di sanubari. Terliur pula rasanya tengok pizza dalam gambar ni tahu. Muka nak cover aje bila bergambar, kalau tang makan tak hingat dunia angin lintang semua.


Sempena birthday Kak Peje malam tu, dapatlah merasa sekeping dua pizza buat alas perut dimalam hari. Tak sah kalau tak berjalan-jalan cuci mata dekat gerai di Teluk Cempedak tu. Nak cari kasut baju cantik-cantik dan murah, bolehlah beli-belah dekat sini. Jimat pun jimat.


Gambar blur secara tak sengaja. Semacam kreatif jugak rasanya. Tiba-tiba nampak lawa semacam. Silakan teka dimana daku. Klu : Ada dalam gambar. Lolz


Sempat lagi mintak adik abang yang lalu tepi jalan tolong ambilkan gambar. Malu jugak seposen dua kalau nak ingatkan balik. Haha. Mane-mane pon boleh. Nampak gemuk pulak daku dalam gambar ni. Padahal takpon. Cis cis -___- ilusi semata-mata


Rawwrrrr. Ni akak-akak kami. Hehehe


Last but not least, from us. Adik-adik. Haha adik ah sangat. By the way, happy birthday to Kak Peje. May Allah bless you always.







Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Mar 2, 2013

Berbakat? Kreatif? Silakan Join.



Assalamualaikum <3.

Sukakan contest atau giveaway di facebook dan blog? Nak menangi hadiah percuma? Ape kate korang semua sertai contest dari Kstyle Clothing untuk memenangi hadiah idaman kalbu. Tak susah, cuma reka satu tagline yang paling kreatif di abad kini untuk online shop mereka. Mudah je kan?


Contest berakahir pada 31 Mac 2013. Mudah kan? Nak tahu lebih lanjut sila ke page Kstyle Clothing atau masuk sendiri ke blog Kstyle Clothing. Mana tahu rezeki menyebelahi korang hari tu. Jemput sertai seramai yang mungkin ye (:

p/s: Jangan lupe sertai Giveaway dr blog Yana jugek :p





Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)