Sep 24, 2012

Have Fun at Gambang Waterpark




Assalamualaikum


Cak ! Mukaddimah kali ni kena senyum lebar-lebar sebab terpaksa tengok saya yang seketul ni. Jadi model tak bertauliah sekali-sekala ape salahnya. Dan kenapa saya posing pelik semacam. Ahh pedulikan. Janji ada muka saya. Pernah pergi Gambang Waterpark? Cuti hujung minggu hari tu saya ke Gambang Waterpark dengan kawan 3 orang. Seronok sangat oke. Memandangkan dekat je dari UMP yakni tak sampai 1 saat naik kereta. Ehh over betul. Mungkin 15-20 minit je kot dari UMP. Lupa nak set masa. LOL.

Biasalah hujung minggu, kalau tak balik memang tido jelah dekat bilik atau layan movie. Kalau ada fulush lebih sedikit maka keluarlah shopping perabeh duit. Teruk teruk. Tapi saya dan kawan-kawan dah rancang nak ke Gambang Waterpark. Bertolak dari bilik pukul 11 lebih kot. Lepastu makan tengahari kejap. Jam 12 maka bertolak lah kami ke sana. Dekat je pun... dekat sangat.

Masuk je dekat resort tu, punya lah banyak kereta sampai parking pun hampir penuh. Serius tak tipu. Mungkin sebab hujung minggu kot. Memang ramailah family datang kan. Gembira kemain.


Dekat sini budak-budak kecik je boleh main. For kids only. Awak yang besar bapak tak payah masuk.


Dekat sini pun jadi tumpuan ramai jugak. Best !


View dari atas


Welcome to da Beach ! Dekat sini best. Sekali datang ombak,melambung korang. Make sure pelampung korang naik tu balance. Hahaha. Air agak dalam jugak ah. Kalau dengan saya maybe paras mata kot. Ainyonyo


Kalau main slide tak jerit memang tak sah -____-" dah la tinggi laju lak tu. Bagi penghidap sakit jantung tolonglaah jangan beranikan diri nak main. Hahaha

Masuk pukul 1 keluar pukul 5 lebih kot. Syok sangat main air haa sampai lupa nak balik. Dah petang pun masih ramai lagi yang tak puas mandi tau. Dan...ini kami :)


Teka lah mana satu saya.. Hahaha.. Tak kenal tak tahu ah :p


Haruslah interprem dalam setiap gambar


Nak buat pose lain tapi lain lak jadinya. LOL


Cantik lak gambar ni. Puji gambar sendiri. Eh haruslah ! :p


Disebabkan saya nampak dinding ni cantik maka wajib lah ke atas saya ambil gambar sekeping di sini.

Gambar-gambar dekat atas ni semua bila nak siap mandi. Dah nak balik pun. Gambar masa mandi tak ada oke. Tak kuasa gua nak letak. Hahaha. So lepas ni siapa nak pergi Gambang Waterpark bolehlah calling yaa. Sila lah belanja diri ini. Ehemm. Nak pergi lagi. Tak puas..... Tentang tiket masuk,kalao awak bawak student card (kad matrik), then you get discount laa. Tiket saya harga RM18 sahaja. Harga sebenar dalam RM22++++++ lah kot. Hehehe. Lupaaa. Then see you again. Tata x!





Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Sep 23, 2012

Choclairs Stackaboom



Assalamualaikum

Mukaddimah entry kali ni nak kasi awak semua joget-joget kejap. Lagu dia best,rancak.
Rasanya mereka yang tegar online facebook mesti dah tahu kan Contest best dari Choclairs. Yeah. Suka makan Choclairs? Mestilah suka kan yang sweet-sweet camni. Kalau dulu tiap-tiap hari bawa duit ke sekolah beli Choclairs dekat koperasi. Punya lah suka makan cekelat manis ni sampai sakit gigi. 

Nak menang hadiah best dari Choclairs? Jom ramai-ramai main game Choclairs Stackaboom. Mana tahu kot-kot menang kali ni.. bagi mereka yang tegar bermain game tu,boleh laa cuba nasib. Dan ni adalah senarai hadiah bakal dimenangi


Sangat best kan. Kalau siapa menang, marilah kongsi hadiah dengan saya. Paling kurang bagilah saya laptop seketul. Hehehe.


Baca syarat-syarat untuk join. Masih ada masa untuk join ! Last untuk join pada 14 Oktober tau. So jangan lepaskan peluang ye. Nak main tu make sure line internet awak laju. Kalau pakai berukbend yang nak tamat tempoh tu bimbang awak bengang dan campak lappy ke longkang. Hehehe. Tapi tak salah mencuba, harus sabar tahap 2783746 peratus!

Kalau nak join masuk cuma kelik dekat sini. Jangan lupa tekan LIKE untuk fanpage Choclairs Malaysia.






Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Sep 21, 2012

7 Jenis Wajah Mayat di dalam Kubur




Assalamualaikum.
Sekadar perkongsian bersama. Jika kita bercakap tentang alam kubur, pasti semua senyap. Semua terdiam. Semua insaf. Tapi insaf kita tu hanya untuk beberapa minit atau selamanya? Sebenarnya bagus kalau kita selalu baca tentang kejadian di alam kubur ni, bukan nak tunjuk kita warak. Biar kita bersedia, biar kita rasa takut. Semalam saya terbaca satu blog ni, dan rasa tertarik untuk kongsi dengan awak semua.
Its about 7 Jenis Wajah Mayat Di Dalam Kubur
Takut kan tengok gambar dekat atas ni? Sebenarnya saya loya tengok gambar-gambar macam ni :/

( 1) Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat.

Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan syirik kepada Allah. Dosa yang paling besar dalam Islam. Kekal dalam neraka selama-lamanya.
( 2) Mayat yang mukanya berbentuk babi.

Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu serta lalai dalam solatnya.
sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar.
( 3 ) Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam.

Itulah mayat yang hidupnya derhaka kepada kedua ibu bapa.
( 4 ) Mayat yang perutnya buncit dan meletup.

Itulah mayat semasa hidupnya suka makan harta yang haram.
( 5 ) Mayat yang kukunya mencengkam dan melilit seluruh tubuhnya.

Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi mengata dan mengumpat orang.
( 6 ) Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai.

Itulah mayat orang yang suka makan riba.
( 7 ) Mayat yang wajahnya tersenyum

Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh
Jadi ape awak rasa sekarang lepas baca? Nak pilih nombor mana satu? Seriusly rasa meremang bulu roma sekarang. Rasa kerdil, rasa hina. Banyaknya dosa-dosa atas dunia ni. Bayangkan kita meninggal dunia sebelum sempat bertaubat. Nauzubillah.. *sadface.jpg*

sumber : FACEBLOG



Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Sep 18, 2012

Majlis Hari Raya UMP Kali ini



Assalamualaikum.

Hai semua. Straight to the point, UMP baru buat sambutan Hari Raya tau. Hehehe. Oke what,sebab masuk belajar pun last week. Feeling raya masih lagi terasa. Cuma tak dapat duit raya. Makan free saja. Oke apa.

Tapi yang best sambutan Hari Raya kali ni berbanding tahun-tahun sebelumnya disebabkan berpeluang makan banyak. Yeay,kelas habis awal. Pagi tu jam 8-10 pagi saya ada kelas Mandarin. Lepastu takde kelas sampai petang. Masuk kelas mandarin pun gelisah je sebab perut lapar. Tak sabar nak makan. Bau sate menusuk kalbu. Hehehe u____u



Cuba teka mana satu saya? cepat.. kalau betul kasi choki-choki satu. Hehehe.. "klu : Berbaju kurung"

Masa ni dah semangat nak ke jamuan hari raya. Haha. Maklumlah makan free. Rehat kejap dekat bustop sebab tunggu kawan sorang lagi. Seperti biasa, bergambar dulu. Jadi model bustop. K......


Mana saya? Hehe. Pakai baju kaler pink tu. Yang buat peace tu (Y)


Hai. Kami comel. Hahaha. Perah santan. Sekian.


Kami lagi.


Suka pula gambar ni.


Kami geng. 7 orang je dalam gambar ni. Sorang lagi takde. K..


Dah macam kumpulan nasyid pula. Hmmp Hmmp


Bergambar tiada henti. Tiada penat lelah. Itu kami

Dah penat bergambar. Maka berjalanlah kami ke tempat makan-makan tu. Mula melangkah masuk kawasan, dah bau sate. Sedap sangat oke. Jalan jauh. Dahaga amat. First sekali cari air. Yeay dapat air kelapa. Sedap gilaaaaaa oke. Tak tipu langsung. Lepastu cari makanan sikit.


Hai uolss :D


Nah, model air kelapa dan nasi impit. Haha :o


Selamat Hari Raya!


Sedapnya.. Tapi tak sempat makan yang ini :(


suasana dekat sini. Dah macam Jom Heboh dah -__-"


Semua berebut. Ehem


Menteri Besar Pahang pun datang tau :)


Orang bagi ucapan dekat depan. Kami bergambar dan makan dibelakang. Hehehe


Nice kan? :)


Penat dah nak senyum. K...


Ni sape makan ni.. Haha. Ni antara koleksi makanan kitorang kebas semalam. Bermula dengan air kelapa, cendol, nasi impit, mee goreng, laksa penang, lemang dan rendang, kek. Nasi lemak pun ada. Haha. Nasib baik tak amik nasi kerabu. Kalau tak...habislaa ketat baju ni -___- Ni pun kenyang sekejap je. Lepastu lapar balik.. Lahai...

Yang penting makan free. Eh?? Selamat Hari Raya semua ! :)




Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Sep 10, 2012

Kini di UMP





Assalamualaikum.

cakk!! hehe

Kalau dulu home sweet home. Kini Ump sweet Ump. Sweet ke? Erm erm. Mood kini mengalahkan budak first year. Pesan pada diri sendiri "kau dah tahun 3,kau dah besar,kau kena berdikari" oke. Tolong jangan sedih. Tolong sangat.

Semalam bertolak dari rumah jam 12.30 Tengahari. Kalau boleh satu kereta tu nak penuhkan barang saya je. Lepastu mama perli "ni dah macam taknak balik rumah je ni"..Me "smile.jpg". Tiga jam perjalanan dari Terengganu ke Pahang. Bila masuk je sempadan Pahang saya bisik dekat telinga mama "mama jom balik." Mama *annoyedface.jpg* saya tahu benda tu takkan berlaku. Sedih.. *seret teddy* Sampai Pahang jam 3.30 petang kalau tak silap. Daftar dan masuk bilik. Mama tolong kemaskan barang saya. Hahaha x! manja nak mampos kau Yana. Jeles letew. Dah macam first time duduk hostel pulaa -__- Bukan ape,abah nak rehat penat drive. Sementara tu kemaslah yang mana patut. Lepastu keluar makan dekat keluar. Masa ni sedih tau sebab keluarga dah nak balik dah. *kesat air mata*

I miss my mom, my adik 

Hostel kali ni agak jauh berbanding tahun sebelumnya. Oke saya tak kisah. Tak kisah langsung. Padahal dalam hati "nak pindah bilik!!!". Roomates? In shaa Allah semua oke setakat ni. Mungkin baru kenal,semua jadi janggal. Buat hal masing-masing je. Semua hadap laptop layan facebook. Dan saya golek-golek atas katil. Layan lagu sedih sebab nak balik. Hahaha x! Nak online langsung tiada mood. Entah. Ahh lantak laa. Roomates saya ramai budak tahun 4. Not bad. Best borak dengan diorang. Kawan tepi katil saya nama dia Yana jugak. Bila orang panggil Yana, dua-dua perasan. Ahh sampai hati kenakan kami *jeling*

Biasanya kalau dengar lagu, mesti nyanyi sekali. Kadang-kadang siap menari. Tapi kali ni takkan nak buat macam tu. Malu lah dekat roomates. Rasa tak puas pula dengar lagu. Hmmp hmmp. Part best bila borak dengan sorang akak ni dari Terengganu jugak. Bila dah jumpa geng,keluar kepekatan keterengganuannya. Orang lain semua senyap bila kami borak. Tak faham letew :p

Hari ni cuma setelkan registeration subjects dekat fakulti. Ramai sangat oke ramai sangat. Tapi alhamdulillah siap juga. Beban dah kurang. Yeay. Pergi makan. Lepastu balik bilik. Fuhh jauh sangat. Panas terik pula tu. Boleh keluar peluh jantan kalau setiap hari macam ni. Lols -___-

mood: First time masuk asrama. Hahahaha x! Tata.




Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Sep 2, 2012

Ahli keluarga baru saya....




Assalamualaikum

Sihat? Sejak seminggu yang lalu saya dapat ahli keluarga baru tau? Dulu kami berenam, tapi kini dah bertujuh. Macam tak sangka. Dia comel buat saya geram rasa nak lempang kuasa 2435676 ! Biarpun bukan keluarga kandung tapi kami dah anggap macam keluarga kandung oke. Biarlah. Lantak ah....

|
|
|
|
|
|
|
V

Ni haa dia. Comel kan? Kecik lagi... Baby lagi ni.



Sebenarnya dekat rumah ni dah banyak bela kucing. Tapi tak lama pun hidup. Dah sampai hayat dia. Jadi rumah kami dah lama takde kucing. Minggu lepas ada orang buang anak kucing ni depan sekolah adik. Lepastu ramai budak sepak terajang smackdown kucing ni. Kesian kan :( Mama saya tak sampai hati, lepastu bawak balik rumah. Kesian sangat. Sampai rumah terus dia tidur. Lama sangat tidur. Dari pukul 3 petang sampai lah keesokan hari. Mungkin dah lama tak dapat tempat yang selesa untuk tidur.

Kemudian mandikan anak kucing ni. Bagi dia makan. Lahap sangat dia makan. Mesti lapar sangat ni. Manalah mak bapak dia. Haihh. Buang anak merata-rata. Tak bertanggungjawab betul. u__u Bila tengok wajah kucing ni, Ya Allah..sayu sangat rasa. Terfikir jugak macam mana kes yang buang bayi tu. Mesti lebih kurang je keadaan dia dengan anak kucing ni..Hurm. Sedih.

Sebenarnya saya ni penakut sikit dengan kucing. Dulu tak macam ni...Tak. Tapi sejak ade kes dengan adik masa kecik dulu. Terus jadi trauma, fobia dan seangkatan dengannya. Yelah dulu selalu gaduh dengan adik. Lepastu dia kejar saya sekeliling rumah sambil dukung kucing tu. Dah sampai depan muka terus lempar kucing tu. Dah terkejut sangat,kucing tu terus cakar dekat muka. Ohoii sapa tak trauma wehh m_m

Tapi sekarang cuba beranikan diri main kucing. And Im done! Sekarang dah boleh usap-usap sikit. Belai-belai. Manja-manja. Hahaha. Dah macam ape dah..





Kenapalah kau kecik sangat. Dan comel amat. Rasa nak lempang-lempang je. Sabar ah Yana. Lek ah..Lek lek. Bila besar mesti comel ni. Bulu dia kaler putih keperangan sikit. Mata tak kalah ala mat saleh oke. Warna grey. Cehh tak payah pakai contact lens dah. Me jelous. Joke.




Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)