Feb 28, 2012

Grab this! PC Untuk dijual





Assalamualaikum. sihat semua? sekembalinya saya menghupdate belog ni sebab nak promote barang spesel punyaa dan korang boleh dapatkan dengan harga berpatutan,eceh bab-bab tang jadi promoter serah 100% dekat eden laa m_m.


Actually PC ni en.boipreng yang jual,saya jadi tukang promote je,hihihi..berminat? korang boleh dapatkan segala benda alah ni macam list kat bawah ni, m_m




Powerlogic Series ( RM 1150.00 )
Intel Core 2 Duo E7500 @ 2.93Ghz
3GB DDR2 800Mhz memory
MSI Mainboard M/ATX
500GB SATA Hard Disk
Samsung DVD-RW Drive
Nvidia G210 512MB Graphic Adapter
Gigabyte Optical Mouse ,Keyboard & Morro Multimedia Speaker
20” LG LED Wide Screen Monitor (USED)

Acer Veriton M4 Series ( RM 1,500.00 )
Intel Core i3 540 @3.06Ghz
4GB DDR3 1333Mhz Memory
500GB SATA Hard Disk
Intel Chipset Mainboard
Samsung DVD-RW Drive
Nvidia G210 1GB Graphic Adapter
Gigabyte Optical Mouse ,Keyboard & Morro Multimedia Speaker
22” HP LCD Wide Screen Monitor (USED)

Cooler Master Series ( RM 1500.00 )
Intel Core 2 QUAD Q8400 @ 2.66Ghz
4GB DDR2 800Mhz memory
Gigabyte Mainboard M/ATX
500GB SATA Hard Disk
LG DVD-RW Drive
Nvidia GT 220 1GB ( OC ) Graphic Adapter
Gigabyte Optical Mouse ,Keyboard & Morro Multimedia Speaker
22” DELL LCD Wide Screen Monitor (USED)

AVF Series ( RM 1,850.00 )

Intel Core 2 QUAD Q8400 @ 2.66Ghz
4GB DDR2 800Mhz memory
Gigabyte Mainboard Full Board
1000GB SATA Hard Disk
Samsung DVD-RW Drive
Cooler Master RS 460 Power Supply
Nvidia GTX 260 2GB Graphic Adapter
Gigabyte Optical Mouse ,Keyboard & Morro Multimedia Speaker
22” Samsung LED Wide Screen Monitor (USED)

Kalao berminat boleh la hantar mesej dekat no ni 014-5219230 (faiz) atau 019-9279719 (yana).Ataupun contact di facebook Faiz >TEKAN< dan juga facebook Yana >TEKAN< untuk sebarang pertanyaan. All in 1 set yaa. Thanks you for reading m_m











Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Feb 26, 2012

Rahsia Mata Wanita



Assalamualaikum.




Mesti awak semua tak cairkan tengok saya tenung awak semua dalam-dalam sepenuh hati,oke oke saya faham -___-" eh Yana form 2 eh? eh Yana form 3 eh?eh? eh? Jangan sebab muka saya ala-ala bebifes awak cakap saya masih budak-budak,HAHA..oke sila muntah sekarang,perasan konon bebifes sangat kan m_m. Sesungguhnya tahun 2012 ni saya dah masuk 21 tahun,jangan trauma histeria pula sebab tak boleh terima kenyataan,k fine m_m pelishh stop merapuinggg.


Dari mana datangnya cinta? Dari mata turun ke hati... Mata juga mengungkap pelbagai makna....firasat tersirat. Namun firasat ini hanyalah sekadar menambah pengetahuan, tentang tingginya rahsia pusaka Melayu lama yg kaya dgn pelbagai ilmu tilikan tentang insan bergelar WANITA. Sejauhmana kebenaran tidaklah diketahui dan mungkin sekadar kebetulan semata-mata..Perghh berbunga-bunga ayat ni kan, m_m. Kalao ambil subjek sastera kompem dapat A++++++++.


Ape rahsia disebalik mata wanita? Jom cekidouttt.


Saiz mata kecil - Peramah, banyak cakap, kurang pertimbangan. Lelaki boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya. Bersikap periang tapi bila marah lambat sejuknya. Bila bercinta suka tukar pasangan kerana hatinya tidak pernah puas. Boleh bahagia dengannya jika dapat penuhi kehendak duniawinya dan melayan syahwatnya dengan baik.


Saiz mata sedang - Sederhana, tidak banyak berahsia, ada pertimbangan, bertanggungjawab serta perlukan belaian mesra suami.


Saiz mata lebar - Cukup kuat berahsia, otak kurang cergas, pemarah,bertindak tanpa fikir panjang, kurang teratur, tiada arah tujuan dan putus asa.Tapi boleh setia. Nafsu syahwat tinggi.


Mata selalu berkedip - Pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan sabar. Wanita ini baik.


Mata jarang berkedip - Wanita ini istimewa, bijaksana, baik pekerti, setia, adil,bertanggungjawab,tidak cerewet, membantu dan membahagiakan.


Mata cengkung - Kurang memuaskan, materialistik,hidup dengannya boleh sengsara, kata manis tapi bohong, mahu senang, mudah curang, bila anda susah dia tidak peduli.


Mata redup - Wanita ini mudah dipermainkan, tidak dapat kawal emosi, hati tidak tetap, banyak kenalan kurang sahabat, mengumpat, irihati, kejam, kasar,mencemuh, pemarah.


Matanya seolah tersembul keluar - Sifatnya baik, rela, tabah, menyenangkan,ikut kata. Tapi mungkin tidak tepati janji, pendendam, tamak dan marah bila tidak puas nafsu syahwatnya.


Tapi kalao mata saya camane pula ek? Hurm,mata saya mata barbie doll,erkk puiii..oke lah,stop merapuinggg -___-" yang penting mata wanita tiada tandingan cantiknya,lebih-lebih lagi dikurniakan package dengan bulu mata yang lentik liang lentokk gitu,err saya maksudkan yang original punya,kalao pakai bulu mata pelesu tuh sah-sah memang lentik kan.. m_m. Bak kata orang,dari MATA turun ke HATI..ewahhh kelasss kau maria.



Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Feb 25, 2012

Gambar Majlis Pernikahan Ana Raffali dan Naim



Assalamualaikum, ramai sungguh artis di tanah air kita kahwin bulan februari ni kan? 2 hari lepas pasangan Lisa Surihani dan Yusry,hari ni pula Ana Raffali dan pasangannya Naim pula. Ape-ape pun,moga kalian bahagia sampai akhir hayat yaa.

ana raffali dan naim


ana raffali nikah

ana raffali nikah naim

ana raffali dan naim


Tahniah buat  Penyanyi Ana Raffali, 26 yang sah bergelar isteri kepada Ahmad Aznaim Abdullah, 30, selepas sekali lafaz dalam majlis pernikahan Ana Raffali  dan Ahmad Aznaim Abdullah telah diadakan di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati di sini, Sabtu.
Pasangan Ana Raffali  dan Ahmad Aznaim dinikahkan oleh bapa Ana, Mohd Raffali Mohd Nor kira-kira pukul 12 tengah hari dengan disaksikan oleh Jurunikah Masjid Al-Hidayah, Abdullah Mat. Sebelum majlis pernikahan Ana Raffali  satu majlis pertunangan  antara Ana dan Naim pada pukul 11 pagi.
Majlis dihadiri kira-kira 500 jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga kedua-dua pasangan pengantin dan wakil media.
Ana Raffali  menerima mas kahwin sebanyak RM11,412 daripada pihak lelaki dan menerima tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang.
Antara barang hantaran yang diberikan oleh pihak perempuan (Ana Raffali)  seperti bunga rampai, buah, kek, dompet, kamera, iPad, jam tangan, minyak wangi, sebentuk cincin dan sirih junjung.
Manakala pihak lelaki (Ahmad Aznaim) membalas dengan sirih junjung, coklat, telekung, minyak wangi, manisan dan gelang tangan perak. Kesemua hantaran itu direka dan digubah sendiri oleh Ana.
Ana Raffali  tampil Cantik  dengan mengenakan busana  baju kurung moden rekaan pereka fesyen, Ezuwan Ismail dari rona kelabu manakala Naim segak dengan baju Melayu lengkap bersamping dengan warna sedondon dari pereka sama.
majlis resepsi perkahwinan Ana Raffali  dan Ahmad Aznaim Abdullah  turut diadakan di tempat sama sejurus selepas majlis pernikahan.
Selamat Pengantin Baru Ana Raffali  dan Ahmad Aznaim Abdullah  semoga bahagia hingga ke akhir hayat….


Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Feb 23, 2012

Gambar Majlis Pernikahan Lisa Surihani dan Yusry


Alhamdulillah,semua dah baca entry yang INI ?? Kalao belum tekan je link tu oke, seperti biasa,keeksaitedan dalam diri saya masih melampau-lampau lebih-lebih lagi artis kesayangan saya bernikah,hihi..untunglaa Yusry dapat Lisa kan? frust menonggeng jejaka kahchak semard macho diluar sane tu,hihihii m_m.

Nak tambah keeksaitedan,jum tengok gambar-gambar disekitar majlis pernikahan Lisa Surihani dan Yusry..sumber gambar dari ROTIKAYA.COM













Lisa nampak cantik sangat dan Yusry nampak lebih matang berbanding dulu kala,moga kalian kekal hingga akhir hayat.




Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Tahniah Lisa ! Dengan sekali lafaz Lisa Surihani sah bergelar Isteri Yusry









Assalamualaikum. Sungguh keeksaitedan saya malam ni gara-gara artis pujaan saya,Lisa Surihani bernikah dengan Yusry. Walau tak dapat tengok live tapi setia menanti info-info terbaru tentang perkahwinan beliau. Saya nampak sedikit sawan ye bila sebut nama Lisa Surihani,HAHA..maklumlah,dye sangat cantik bagi saya..beauty with brain,dah cantik,pandai pula tu,ada bakat berlakon lagi. Oke dah lebih-lebih pula nak puji.hihi..


Majlis pernikahan beliau diadakan di Hotel Marriot Putrajaya. Tentang mas kahwin pula,Lisa diberikan seuntas rantai platinum. Waaa nak jugak m_m tibe-tibe meroyan :O Tema majlis pernikahan beliau adelah "Winter Garden",mesti comel kan? putih je semua,ala-ala snow white ke ape,hish ape aku merepek nih -__-" oke sila bayangkan anda di atas pelamin si Lisa Surihani tu duduk,kompem malu-malu kambing kan,stop meroyan pelishh.


Lisa juga dilihat mengalirkan air mata tanda terharu selepas lafaz nikah disahka. Ohh My,sangat sweet. Seperti biase,upacara tukar dulang diadakan,dan pihak perempuan menghantar 9 dulang hantaran dengan keyboard dan koleksi lagu Beatles adelah hantaran yang menarik dan unik. Pihak lelaki pula membalas dengan 7 dulang kepada pihak perempuan. Tahniah Lisa dan Yusry ! Moga kalian kekal bahagia hingga akhir hayat.


gambar nikah lisa dan yusry

From,
Yana a.k.a peminat setia Lisa Surihani..
huwaaaaa... sedih pule Lisa dah kahwin,HAHA


Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

"Lelaki dan Memasak"



hey cool,am I cool enough? LOLOLOLOLO XD

Assalamualaikum. Sihat semua? Alhamdulillah kalau sihat,kalao tak sihat jumpa doktor ye,jangan jumpe saya pula. Usah dilayan gambar takde motif diatas,tutup mata tutup mata,hehe.


Ada yang ingin berkongsi Fakta tentang "LELAKI DAN MEMASAK"?? Kali ni saya bukan mahu membela kaum Adam, tapi ingin berkongsi serba sedikit fakta mengenai lelaki, m_m. Siapa cakap lelaki pandai masak tak cool? Bagi saya ianya sangat cool sebab jarang kita tengok kaum Adam ni pandai memasak,sediakan makanan untuk isteri bila isteri diorang sakit,kan sweet macam tu,hehe..tu jela dalam fikiran aku,hish -__-" dan saya harap Mr X saya pun macam tu juga,hihihi..boleh tak? boleh boleh? panggg!! pelempang sekali sebab buat aksi mengada-ngada -__-"


Lelaki,memang pandai memasak sebenarnya,bukan kaum perempuan je yang hebakk dalam masak memasak ni..TAPI...ade TAPI nya..TAPI TAPI TAPI :-


• 99.9% lelaki amat pandai masak kari…..tapi megi kari saja la.
• Lelaki kadang2 memang suka memasak….tapi amat malas nak basuh periuk belanga serta pinggan mangkuk…
• Apabila lelaki memasak umpama sedang bertukang umah… bukan main bising lagi.
• Adalah kebiasaan lelaki memasak tanpa memakai baju…pastu,sambil isap rokok plak…
• Menu utama masakan lelaki adalah telur goreng, sardin, telur goreng dan juga sardin. Tak ketinggalan jugak kicap masin…
• Jika seorang lelaki yg rajin memasak, anda akan dapati gas masakan akan cepat habis, kerana lelaki memasak selalunya guna api yg kuat…cepat sikit masak.
• Keadaan dapur rumah orang lelaki yang bersepah sepah adalah satu pemandangan biasa yang mempunyai nilai artistiknya yang tersendiri…
• Dan lelaki tidak akan merungut sekiranya masakan itu dimasak oleh seorang lelaki..tetapi peng’komplen’ nombor satu jika makanan itu di masak oleh wanita..

Antara sebab sebab para lelaki memasak adelah :-
• Malas nak pegi kedai
• Hampir hampir pokai
• Nak menghabiskan stock makanan yang dah nak expired
• Mental theraphy
• Konon konon nak practice…nanti buleh amik hati pasangan
• Buang tebiat…


Walaupun begitu, chef chef terkemuka di dunia ini masih terdiri daripada kaum lelaki..betul tak? betul kan? (ayat wat sedapt hati kaum lelaki..kui3) so lepas ni,jangan pandang rendah dekat para lelaki,tu jela MOTIF? err -__-" oke la,ni je nak share kali ni,tak boleh panjang-panjang sebab sang lelaki dah ready nak baling telur dekat saya,hihihi..okebai.


Thanks for reading. Spread it out m_m.










Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

SEGMEN: Jom Blogwalking + Follow




Assalamualaikum.


Yana tag semua join tau ! Jom blogwalking!

Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Contest Blog Cantik



Assalamualaikum. Jom ramai-ramai join contest.



Berminat untuk join kelik je banner di atas.
Grasias


Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Feb 19, 2012

Another FAKE ACCOUNT,saboo jelah




Assalamualaikum, Allah akan bersama dengan orang-orang yang sabar.


Ada baca entry saya semalam tentang seorang hamba Allah ni yang susah-susahkan diri buat facebook account menggunakan gambar Yana tanpa izin? yeah that we called them a facker okei. m_m  ambil hak orang lain tanpa izin untuk kepentingan diri sendiri. Tapi saya tahu perangai manusia,jika kita bertindak kasar dan memaksa,sesuatu masalah tu akan jadi makin rumit..so saya decided slow talk lah dengan si owner account facebook tu..dan syukur la dye dah tak letak gambar saya,dye dah tukar DP dye..yeah memang saya suka sangat.



tekan SINI untuk bace entry semalam

Okei saya maafkan,lepas ni jangan buat lagi..amaran keras ni ! hehe -___-" tegur selembut mungkin,erkk..ceh, Tapi kan,ade seorang hamba Allah ni dengan baik hatinya report dekat saya ada satu lagi FAKE ACCOUNT yang tanpa segan silu menempak seketul seketul gambar saya di facebook,banyak shantek muka awak ye, Kali ni budak tu nama AMYIRA LAILA..aitotoo,omei punya nama tapi cilok guaa punya gambar,entah-entah nama pun cilok orang lain punya..hope jangan terpedaya dengan facebook yang ni oke !



See? Lahir 1993,oke kerja budak-budak lagi, tinggal dekat Pasir Mas Klate rupanya..nice,patot lawa orang Pasir Mas rupanya,ceittt -__-" apesal tak letak gambar Neelofa je,asal Pasir Mas jugak,lagi lawa dari aku,cehh -__-" hurm,siap maried lagi..

To AMYIRA LAILA,hope awak tukar gambar orang lain lah ye,takpon letak la gambar awak sendiri..tak perlu la tempek gambar saya,aiyooo m_m. Sape-sape nak tolong saya nanti tekan report/block facebook ni okei..huhu..nanti datangkan kekonfiusan pulak..kalao nak add Yana tolong guna account dibawah oke,ini real punyaa..original,terbaik dari ladang..kuang kuang,tetibe \(^_^)/

NI REAL PUNYAA !
TEKAN GAMBAR UTK KE YANA PUNYAA FB





Harap takde dah lepas ni yang menyamar jadi Yana ke pape ke,selagi tak burukkan saya,saya terima
Tolong report ye kawan-kawan
Salam,soo sad,hurmm




Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Feb 18, 2012

FAKE ACCOUNT ! THANKS A LOT


Assalamualaikum. Tangan masih gigih menaip walaupun penat tak hilang lagi,maklumlah baru balik shopping guna voucher 1 Malaysia,hehe..untungnya jadi student m_m. RM200 memang tak sia-sia bagi dekat cik minah suka shopping sakan ni. Agaknya kalao bagi RM1000 mahu habes satu malam,aitotooo -___-"



Kalao nak diingatkan balik,selalu saya baca kisah fake account orang-orang famoes amoes..lebih-lebih lagi dikalangan blogger..memang kadang-kadang buat orang ramai konfius 263789055% nak percaye ke tak tuan empunya account tu kan..


Balik rumah tadi,saya tengok facebook saya dan ade la seorang sahabat saya ni kasi satu link facebook..ohh facebook siapa tu? oke dengan hati yang tenang saya terus tekan link tu..ohh my,muke saya laa..eh eh saya salah sign in facebook ke ape ni -___-" dah terang lagi bersuluh budak tu buat account facebook tapi guna gambar saya ! Ohh terima kasih ! susah-susah je kan ! GGRRRR


Setakat ni saya dah jumpe 2 account facebook guna gambar saya ! oke saya diam,saya tak marah..maybe dye suka gambar saya kot..erkkk perasan shantek ke ape ni? -___-" tapi buat kali ketiga ade lagi orang guna gambar saya,hishh hilang sabar nieh m_m. Apesal nak guna gambar saya haa? tak perlulah buat account lain,cukup la dengan facebook dan page saya ada selama nieh..


Bila tengok facebook dye,wow ! dah 977 friends tau..ramainyaa,huk..adeh -__- tapi yang tak puas hatinya dye tampal words ANAK MELAKA dekat gambar saya tu,wowowoo..you wrong lah beby ! I anak Terengganu okei, erkk tetibe je -__-" tapi kan,naluri saya kuat mengatakan budak-budak yang buat account ni..betul tak? yang baru nak up or whatever laa..


saya harap sangat awak bace entry khas untuk awak ni yer si facker omei \(^_^)/


Nak kenal lebih mesra sila lah melawat Yana di facebook sini



Nasib baik guna satu je gambar,jangan lepas ni makin bertambah gambar guaaa sudah !
LIKE JIKA SUKA STORY KALI NI




Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Feb 16, 2012

Perempuan tak suka jika lelaki begini!







Assalamualaikum. Saya nak jadi isteri solehah,awak? err tetibe je -___-" silap silap,saya nak jadi perempuan baik dan tak queen control,awak? hehe m_m.


Ehem,sehat? Alhamdulillah ceria-ceria semua. Bila kita ceria kita akan dapat awek muda,eh silap awet muda..betol ke? maybe betol lah kan sebab senyum selalu takde marah-marah macam nenek kebayan tu.maybe maybe maybe..tinggg poshitif okey? m_m. Boleh setuju tak dengan penyataan saya ni tentang perbezaan emosi fizikal dan minda lelaki dan perempuan bila diorang sedang marah atau cemburu? 


Tajuk besar : Cemburu buta tahap 74598203987%
Tajuk kecik : Tengok perbezaan mata si perempuan,kui kui kui




Hihi,cepat check mata siape lagi besar? Bila perempuan marah,dunia bagai bergoyang-goyang nak meletup..mahu jadi kecik-sekecik keciknya sang lelaki..sebab sayang punya pasal,rela jelah tadah telinga dengan bebelan si intan payung masing-masing..kan?HAHA,betul ke.. m_m

Tapi takkan lah saje-saje perempuan naik angin dengan pasangannya.Lelaki memang berbeza dari perempuan. Setiap ciri adalah berbeza samada dari segi percakapan, gaya, gerak geri, penulisan dan sebagainya. 

Dan sebab itulah terdapatnya beberapa sikap yang sangat-sangat perempuan tidak suka sekiranya lelaki berbuat begini kepada dirinya.


Suka menyampuk apabila mendengar sesuatu cerita, menjadi cepat bosan, hilang sabar dan suka menyampuk. Cerita tidak didengar dengan tekun.

Memerintah apabila memerlukan sesuatu, dia seakan-akan memberi perintah dan bukan suatu permintaan. Misalnya, “buka pintu!!!”, “buat kopi!!!”, "angkat kasut tu!!!” dan tidak bermula dengan pertanyaan yang lebih elok seperti “boleh tolong buatkan kopi” dan “tolong buka pintu tu”.

Bergurau kasar. Gurauan yang kasar tidak sesuai dengan keperibadian wanita yang lembut sekali gus memperkecilkan wanita apatah lagi jika menggunakan humour yang berbaur sexist. Apabila wanita menunjukkan rasa jengkel, lelaki marah pula dan berkata “gurau pun tak boleh”.

Cepat naik berang. Sifat lelaki yang cepat berang, suka mengutuk, mengkritik dan meninggikan suara membuat wanita berjauh hati. Lebih baik berkongsi pendapat dengan kaum wanita yang lebih memahami.

Cakap besar. Sikap lelaki yang suka syok sendiri membosankan. Bermegah-megah dengan pencapaian dan kebaikan diri seakan-akan dirinya sahaja yang paling baik.

Suka mengawal. Jika wanita datang dengan sesuatu masalah misalnya berselisih pendapat dengan teman, keluhan tidak didengar secara empati tetapi dengan cepat diberitahu apa yang sepatutnya dilakukan dan bagaimana sesuatu patut dikatakan. Memberi huraian yang tidak dipinta.

Ego sebesar gajah. Sukar meminta maaf walaupun sedar akan kesilapan, sukar mengakui kesilapan dan tidak mahu meminta pertolongan. Tidak mahu merendahkan diri.

Tidak suka meluah emosi. Walaupun ada sesuatu yang mengganggu fikiran, lelaki lebih suka diam membatu lalu membuat wanita tertanya-tanya dan rasa terasing dan terabai.

Buat wanita rasa bersalah. Jika wanita menimbulkan sesuatu perkara yang menimbulkan perasaan kurang senang, lelaki menganggap wanita itulah yang bertanggungjawab membangkitkan perasaan negatif pada dirinya dan bukan terhadap perkara yang disebutkan itu.

Lokek beri pujian. Lelaki suka dipuji tetapi berat memberi pujian sama ada jika masakan sedap atau pakaian isteri yang cantik. Mereka seolah-olah tidak perasan sebarang perubahan. Buat penat masak sehari suntuk dan berdandan untuknya.

Pengotor. Tiada wanita yang tahan dengan lelaki bersifat pengotor sama ada dalam soal kebersihan diri atau yang suka mengotorkan ruang sekitaran.

Lupa hari-hari istimewa. Wanita yang bersifat nostalgik dan romantis memang senang diberi hadiah yang bermakna pada hari-hari istimewa. Lelaki yang tak ambil kisah terhadap keinginan begini bersiap sedialah apabila cik adik merajuk.

Tidak tunjuk rasa kasih. Wanita ingin dibelai dan dimanjakan dan tentunya akan berasa tidak disayangi apabila lelaki bersifat seperti robot, tiada luahan kasih sayang dalam bentuk senyuman, gurauan, berkongsi masalah dan dakapan.

Sekiranya ada lelaki yang baca post ni, peliharalah diri korang. Korang suka kepada si dia, oleh itu,korang kenalah menunjukkan yang diri korang itu layak untuk dirinya. Berapa banyak korang laa -___- Semoga berjaya!

Thanks for reading,
tekan LIKE jika suka entry ini
babai semua....


Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Luna Shoppe's Giveaway




Assalamualaikum. Pagi yang indah,jom ramai-ramai join contest hebat ini m_m. Kalao rasa nak join boleh kelik banner dekat bawah tanpa segan silu. Kot-kot korang lagi bertuah dari saya,kan? hehehee

Yana tag semua readers blog Yana tau ! Love yaa

Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Feb 15, 2012

Hot Blogs Contest by Manja


Assalamualaikum. Hari yang indah,mari senyum lame-lame.



Dah lame tak join contest kan,so hari ni saya nak join contest yang dibuat oleh Manja.. m_m. Makin hari makin banyak blog hot dan comel-comel kan,so saje nak mencuba nasib kali ni kot-kot menang dapat first prize,wuhuu. memang hot la blog saya lao camni,oke perasan sorang-sorang,hihi m_m.




Kalao awak semua nak mencuba nasib jom kelik banner dekat atas okeyh. Lambat lagi tarikh tutup contest ni,bulan April nanti..fuhh lame betul kan -__-" hopefully saya menang ! kuikuikui


Yana tag Aina,Aqila dan Shila untuk join. Blogger lain dijemput join same,babai *lambai tangan
Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Feb 14, 2012

Sudah lama begini





Assalamualaikum semua. Bangun pagi terus terasa pening-pening ayam sebab tido lambat semalam m_m. Ye! saya berjaya pagi tadi! Berjaya bangun dari tido sebab tadi mimpi ngeri,erkk sumpah takut,adehh.

Bila saya facebook,kebanyakan post berkisarkan tentang Valentines day hari ni..yeah betul! 14 Februari dianggap hari kekasih buat Kristian,tapi perlu ke kita ikut? ada yang menyokong ada yang berceramah selaku ustaz ustazah,ade yang share post mengenai Valentines day dan bla bla bla m_m.

Yang pasti Valentines day dikaitkan dengan 3 perkara sebenarnya

Pertama, Hari Valentine bermula semasa pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti bagi orang Juno, ratu kepada dewa-dewa dan dewi-dewi Rom. Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisi bagi masyarakat Rom di mana pada malam pesta tersebut, nama-nama gadis Rom ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama di dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.

Kedua pula menyatakan pada 14 Februari 270 Masihi, St. Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270M). Pada waktu itu Raja Claudius telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat di dalam peperangan. Menyedari hakikat itu, St. Valentine dan St. Marius telah mengahwinkan orang-orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan tersebut, St. Valentine telah ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari dalam tahun 270 Masihi.

Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St. Valentine sebagai upacara keagamaan.

Ketiga adalah Hari Valentine diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St. Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope. Apabila St. Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St. Valentine merupakan seorang Paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin.

Tindakan St. Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu telah menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai hari Kekasih untuk St. Valentine sendiri.



Semua dah jelas? tapi bagi saya hari berkasih sayang adalah tiap-tiap hari..kasih sayang sesama makhluk,ibu bapa ,dan lain-lain.. erm tetibe rindu mak abah dirumah..soo sad. Tapi kan,ada yang lagi special buat saya untuk tarikh 14 Februari ni,hari ni adelah tarikh yang ke 3 tahun saya kenal itu budak maa..kenal ke kapel? which one? errr,okefine nanti ade orang marah..hihihii -__-" faham sendiri lah,malu nak berucap lelebih,ceh no point.



Bila awak ucap "Happy Anniversary" semalam,saya jadi kaku,saya malu okeh,HAHA..eh ape ni? ape ni?ingatkan dah lupe,kikiki..nasib tak merajuk 40 hari 40 malam,ceh -___-" awak tahu saya jadi camane? Sebenarnya saya jarang ambil gambar dengan dye,sebab masing-masing pemalu,HAHA..ayat paling nonsence ke ape nieh? -______-" lempang sekali boleh?


Three things that make my life complete
Are love, laughter, and you, my sweet
The laughter has lasted since day one
Loving you darling " family , my babe , friend n people who i love, has been so much fun

Whether it's giggles at the kitchen table
Or all out laughter wherever we're able
Each and every laugh, a symbol of our love
You're my everything, all I ever dream of

Our love, now that's a bit more serious
Shining through when our laughter is delirious
Starting the day with love's tenderness
Saying goodnight with a sweet caress

Love, laughter, and of course you.
You bring into my life the other two
From the day we met, and for every single day
Love and laughter in our lives will stay 

♥ ♥ ♥ ♥ ♥



Dah la merepek banyak-banyak,nak buat entry lain tapi lain pula jadinya,huhukk..nanti tunggu saya up entry lebih berilmiah lagi bertauladan pule,entry ni saje-saje nak meroyan di pagi hari,kuikui..thanks for reading,spread some loves from me m_m.


Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)

Feb 13, 2012

Spread new smile and love




Assalamualaikum. Walaupun baru balik UMP,saya tetap gigihkan badan kemas barang secepat mungkin,kemudian mandi lelaju tapi wangi laa semata-mata nak hadap belog yang ditinggalkan ni..satu je nak cakap "Perghh!! Lame gila aku tinggal blog,sebulan lebih tuuu!!" disebabkan hal ni,ramai dah tak sudi datang kan?sedihnye..kesat air mata kejap -___-"


Sebelum saya merefek panjang-panjang untuk kasi awak semua terbeliak mata bila bace,saya rasa nak senyum sorang-sorang kejap sebab ramai rendu saya,HAHA..sumpah perasan..hihihi..bukti?ramai inbox di facebook tanya mana saya pergi,tak online pun,tak update blog pun..lagi nak senyum bila ramai sergah twitter dan fanpage saya..uiks,bertambah jugak bilangan kawan-kawan walaupun menyepi..eceh. Alhamdulillah saya tidak dilupakan..ceh,bajet macam kau artis kan,nak feel lebih-lebih pulak malam ni..hihihihii..penat yang tadi terus hilang lepas dapat online..ade ke patot m_m.



Nah senyuman rendu dari saya..ishh,ade ke senyuman rendu? m_m. Yang penting mata lagi besar akibat kekuasaan oleh lens serta pipi yang memang dari dulu cenggitu..ceh -__-" wah rasa nak jerit kuat-kuat bila dapat luangkan masa untuk update..cuti sebulan dirumah memang tak ada kesempatan langusung laa,so sad.

Bila buka blog teman-teman lain,wah maju semuanya..blog kena botox laa,follower makin bertambah laa,blog makin cantik laa,last-last yang satu ni jugak laa ketinggalan dibelakang..so sad lagi. Haa! saya ade banyak story yang nak dikongsi sebenarnya,tapi nanti-nanti lah update lagi..


Bosan-bosan dirumah saya banyak snap gambar poyo,HAHA..dan banyak jugak sediakan tutorial shawls untuk gegirl yang suka lagi gilakan shawls,erm next time saya ajar okeh..cuba teke nape gambar dekat atas saya posing camtu? sape betul saya promote blog dye,HAHA,cepat teke cepattttt!!! Yeah nampaknya saya berjaya hasilkan satu entry yang nonsence malam nieh,puas hati sangat-sangat. Well well well totally lifeless tonight.

Banyak benda saya fikir malam ni tapi tak selesai jugak,pasal study pasal result lepas..haihh,lemah semangat..banyak benda saya buat tapi tak selesai jugak,banyak masalah betul,hurm m_m. bak kata orang,barang yang lepas jangan dikenang,hehe..betolke? eh tadi saya buka twitter,baru punya erh? ceh bapak kuno -_-" huk. dah la merefek,nak rehat-rehat lak..besok dah start kelas? Ohh My,malas-malas! Update lain masa pula okeyh,smile always \(n__n)/


Spread some love. Thanks for reading \(n__n)/



Suka? LIKE je! :)


LIKE Fan Page Yana sekali yer! :)